kemaskini 11.35am Tidak cukup muktamar dua minggu lalu menjadi medan pertelagahan sesama pemimpin PAS berhubung kerajaan perpaduan, isu itu bakal membawa retak pula pada jentera pilihanraya kecil DUN Manek Urai.Kini sudah tersebar ura-ura bahawa Dewan Pemuda PAS di beberapa negeri berhasrat menarik diri daripada membantu kempen sebagai tanda bantahan terhadap PAS Kelantan yang didakwa membesar-besarkan isu kerajaan perpaduan.
Sumber :
Malaysiakini---------------------------------------------------------------
Kalau benar dakwaan ini, silalah boikot. Kita tengok negeri mana yang boikot. Siapa yang ketuai Pemuda Pas di negeri - negeri tersebut. Jika mereka sekarang ADUN di mana - mana negeri. Kita humban sahaja mereka pada PRU - 13.
Buat TG Nik Aziz ku, jangan bimbang. Tuan Guru tidak keseorangan. Ratusan ribu rakyat akan menolong Tuan Guru.
Jika benar mereka mahu boikot. Inilah yang dikatakan pemuda kurang ajar dan perangai serupa samseng dan Umno.
Tuan Guru...kami anak muda bersama Tuan Guru.
Kami akan ajar mereka yang boikot Tuan Guru...kami akan ingati setiap tangisan dan keluhan ketika saat Tuan Guru menghadapi kesusahan menghadapi kesialan dan kejahatan Zionis BN.

KAMI BERSAMA TUAN GURU!!!