Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:
- Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus (Lebuhraya E1 & E2) dinaikkan 0.68 sen sekilometer (tidak sampai satu sen) bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.
- Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).
- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).
- Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)(Lebuhraya E9): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.
- Lebuhraya Baru Pantai (NPE)(Lebuhraya E10): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).
Sumber : Malaysiakini
----------------------------------------------------------------------------------
Lepas ini kita akan kedengaran di televisyen dan di dada - dada akhbar kenaikkan ini teramat kecil berbanding dengan negara - negara lain.
Akhir kalam..UNDILAH BARISAN NASIONAL
----------------------------------------------------------------------------------
TOL TAK JADI NAIK..SEBAB BN TAKUT UNTUK MENGHADAPI DUA PILIHANRAYA KECIL NANTI KERANA BN SUDAH JANGKAKAN MEREKA PASTI AKAN KALAH KELAK..
