Memaparkan catatan dengan label Harga Barang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harga Barang. Papar semua catatan

Khamis, 26 Februari 2009

TOL Naik Lagi (TAK JADI NAIK PULOK)

Kadar tol naik lagi bermula 1 Mac 2009. Dalam keadaan ekonomi negara yang kurang stabil, 100,000 rakyat Malaysia yang akan kehilangan pekerjaan, harga barang yang tidak turun - turun, gaji dalam keadaan yang masih tidak mencukupi untuk membeli barang - barang keperluan apa lagi yang kita boleh harapkan kepada kerajaan yang ada pada hari ini.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:
  1. Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus (Lebuhraya E1 & E2) dinaikkan 0.68 sen sekilometer (tidak sampai satu sen) bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.
  2. Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).
  3. Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).
  4. Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)(Lebuhraya E9): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.
  5. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)(Lebuhraya E10): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Sumber : Malaysiakini

----------------------------------------------------------------------------------

Lepas ini kita akan kedengaran di televisyen dan di dada - dada akhbar kenaikkan ini teramat kecil berbanding dengan negara - negara lain.

Akhir kalam..UNDILAH BARISAN NASIONAL

----------------------------------------------------------------------------------

TOL TAK JADI NAIK..SEBAB BN TAKUT UNTUK MENGHADAPI DUA PILIHANRAYA KECIL NANTI KERANA BN SUDAH JANGKAKAN MEREKA PASTI AKAN KALAH KELAK..

Rabu, 28 Januari 2009

Harga Gula Sah Naik!!

Adoi yai,
Harga gula confirm naik. Sila rujuk di sini. Yang kelakarnya, setiap kali naik pihak kerajaan mesti akan membuat macam - macam tindakan seperti serbuan, tangkapan demi untuk meredakan kemarahan rakyat. Kalau semua orang baca di link yang saya berikan tadi tentu saudara semua akan gelak. Dah lah tu wahai pak - pak menteri. Sudah - sudah lah bodohkan rakyat. Ingat!! Tamparan 8 Mac 2008 masih ada sebelah tangan lagi belum diberikan. Takut - takut esok kalau kena lagi mahu pengsan korang semua.

Dan seperti biasa, sila klik di sini, bila sesuatu barang keperluan mula lah ada kempen kurangkan penggunaan gula. Gula bahaya. Gula penyebab diabetes. Gula boleh menyebabkan kaki kena potong. Dey macha, kalau risau sangat pasal kesihatan rakyat haramkan terus gula ini kan senang...betul gula bahaya. Kami semua tak nafikan. Kalau ambil berlebihan mesti kena penyakit kencing manis. Tapi tolong lah, kalau nak naik tu bagitau je Mr. Robert tauke tunggal gula Malaysia ini dah tak tahan naikkan harga gula. Kan senang tu wahai pak menteri!!!!!

Rabu, 21 Januari 2009

Harga Barang Naik Lagi!!!

Adoiiii,
Aku baru je nak sembang fasal dunia perlumbaan drag yang bakal berlangsung bulan 4 tahun ini. Tup - tup dengar cerita fasal harga gula nak naik lepas Tahun Baru Cina. Apa lagi kerajaan Barisan Nasional ini nak daripada kita. Sudahlah produk gula ini dimonopoli oleh tauke Cina Mr. Robert (maaf ini bukan bertujuan racist). Umum diketahui setiap produk yang dimonopoli oleh seseorang individu sudah pasti mengundang bahaya kenaikkan harga.

Apabila harga mahu naik sahaja, taktik yang sering digunakan, gula tidak ada dalam pasaran, peniaga sorokkan barang, barang kena kuota. Masih ingatkah lagi saudara sekalian tahun lepas disaat kegilaan kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak dan sebelum mereka diberi "penampar" oleh rakyat. Semua benda terpaksa dinaikkan harganya. Semua memberi alasan terpaksa naikkan harga barang kerana harga minyak naik. TNB pun terpaksa menaikkan tariff elektrik kerana memberi alasan elektrik bergantung juga kepada minyak atau arang batu yang dibeli oleh IPP.

Sekarang harga minyak telah turun. Tapi harga barang kenapa masih tidak turun? Jangan salahkan peniaga. Salah kerajaan Malaysia. Kerana kerajaan Malaysia begitu cerdik dengan mewujudkan badan - badan swasta IPP yang mengurus perjalanan TNB. IPP yang mengawal kenaikan atau penurunan tariff elektrik Malaysia. Jika tariff elektrik tak boleh turun mana mungkin pengusaha kilang boleh menurunkan harga produk mereka. Semua kita tahu kilang - kilang menggunakan mesin untuk menghasilkan produk mereka dan mesin - mesin itu pula menggunakan elektrik. Jadi mana mungkin mereka boleh menurunkan harga barang jika tariff elektrik tidak turun. Puncanya? TNB dan IPP.
Saudara pembaca semua boleh lihat tulisan yang mengutuk keras peranan orang tengah seperti IPP ini. Kerana IPP inilah tariff elektrik kita tidak akan turun sama sekali..percayalah.

Tapi para pembaca jangan silap dengan mengatakan saya ingin membela Mr. Robert (Kapitalis). Saya memberi contoh TNB dan IPP kerana merekalah yang memonopoli urus niaga elektrik. Hasilnya kita sebagai rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung. Begitu juga dengan gula. Kerana Robert yang monopoli perniagaan ini maka kita terpaksa menghadapi karenah tauke gula ini. Sudah lama beliau mengidamkan kenaikan harga gulanya itu..Ya dia salah, kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional yang salah kerana mereka yang membuat kerja gila seperti ini!!!

Banyak lagi kepincangan dalam negara kita ini.

Bila lah kesengseraan kita ini berakhir ini.

Dan aku bilalah aku boleh bicara soal perlumbaan drag ini (dalam dunia perlumbaan ini juga banyak kepincangan yang telah berlaku di bawah pengurusan SIC yang bakal aku dedahkan).