Isnin, 9 November 2009

PRU13 Pakatan Rakyat Kalah Teruk

Sudah setahun kita rakyat Malaysia memberikan kemenangan yang cukup membanggakan buat Pakatan Rakyat. Kebencian kita kepada kesombongan pimpinan Barisan Nasional membuahkan hasil. Kesombongan kerana tidak mahu meringankan bebanan rakyat. Harga barang naik mendadak. Poket kita semakin kurang. Maka pada Mac 2008, sejarah tercipta. Barisan Nasional tewas teruk. Hilang 2/3 majoriti.

Setahun sudah berlalu. Lagi beberapa bulan tahun 2010 akan menjelma. Satu lagi tahun yang akan mencatit beberapa perkara baru. Perkara baru mengenai baik dan buruk akan berlaku pada tahun tersebut. Setiap gabungan parti - parti politik yang bernaung dibawah PR mahupun Bn pasti akan bekerja keras untuk mendapat mandat baru yang dijangka berlangsung pada tahun 2012. Hanya tinggal lagi dua tahun saja lagi....dua tahun saja lagi.

Bn pasti akan bekerja keras untuk mendapatkan kembali Selangor. Lubuk emas yang menjanjikan kekayaan yang melampau buat mereka yang rakus merebut dan merampas hak rakyat sebagaimana Khir Toyo. Bn pasti bekerja keras untuk memastikan 2/3 majoriti yang hilang dahulu ketika gelombang kebangkitan besar - besaran rakyat.

PR...pasti sudah memasang angan - angan yang tinggi untuk melangkah gagah masuk ke Putrajaya. Angan - angan mahu memastikan rakyat hidup dengan aman dan diberikan keadilan sepenuhnya. Namun bersediakah mereka?

Pakatan Rakyat mahu tidak mahu, sebagai warganegara Malaysia yang bebas dari mana - mana parti politik masih dalam keadaan kucar - kacir. Lihat saja di Selangor. Keadaan hormat - menghormati dalam jemaah masih tidak dapat dibentangkan. Lihat saja isu arak, tiada perbincangan maka tindakan undang - undang mengikut tafsiran Hassan Ali dilaksanakan. Maka berlakulah kekecohan. PR di Selangor segera dicop tidak sebulu. Walaupun atas nama demokrasi untuk menutupi keadaan yang tidak sependapat itu, mereka lupa...rakyat pentingkan sebuah kerajaan yang stabil seperti Kedah dan Pulau Pinang.

Kerana tindakan beberapa individu yang mengkucar - kacirkan kerajaan negeri Selangor, jangan terperanjat jika rakyat akan menghukum Pakatan Rakyat keseluruhannya akibat kegagalan mereka menyelesaikan masalah itu. Pakatan Rakyat kena ambil iktibar dari sejarah. Lihat tahun 1999 dimana kekerasan dalam memerintah, rakyat memerhati dengan penuh minat maka rakyat mengambil keputusan untuk menghukum Barisan Alternatif pada waktu itu keseluruhannya. Mereka memberi peluang kepada Pak Lah waktu itu untuk menjaga kepentingan negara dengan baik. Malangnya Pak Lah gagal maka sekali lagi rakyat menghukum Bn dengan seteruk - teruknya.

Pakatan Rakyat!! Tidak mungkin sejarah akan berulang. Dengan kehadiran beberapa tokoh yang bermasalah umpamanya Hassan Ali, tidak mungkin benda yang sama berlaku pada Pakatan Rakyat. Kedah dan Pulau Pinang yang tidak bersalah dalam keadaan yang gampang ini pasti terpalit dengan kerja - kerja yang tidak beretika oleh Hassan Ali yang mewakili Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang pasti hampir lumpuh atau mungkin lebih teruk kalah di tangan Barisan Nasional dan yang paling membimbangkan benteng terakhir kekuatan rakyat di Kelantan juga pasti goyah sebagaimana PRU ke-11.

Ya, saya bukan pemerhati politik yang mempunyai Ijazah dalam ilmu politik. Tapi saya membaca senario politik negara dari pengalaman yang tak seberapa ini dan hasil pembincangan anak - anak muda Malaysia yang semakin cerdik. Kami tidak perlu analisa berbagai. Kami hanya mahu melihat kami dapat hidup dengan aman, hubungan sesama kaum elok, dapat mencari kerja, poket tak kosong. Maka kami mengharapkan sebuah kerajaan yang sedemkian. Kami memberi peluang kepada Pakatan Rakyat. Mulanya nampak cantik, air percuma dan banyak lagi perkhidmatan yang berguna namun malangnya...wujud insan seperti Hassan Ali maka ini mencacatkan usaha murni Pakatan Rakyat Selangor. Tidak mungkin anak muda Malaysia akan menghukum sekali pakatan pembangkang atas nama Pakatan Rakyat sekali lagi.

Mohon maaf, ini perasaan saya dan kebanyakkan anak muda Malaysia. Jangan kerana tindakan beberapa individu macam Hassan Ali dan Zulkifli Noordin, kekuatan yang dibina selama ini oleh Pakatan Rakyat hilang begitu saja. Ya, 2 Adun PR di Perak keluar parti, ADUN Lunas keluar parti dan ADUN Perlabuhan Kelang keluar parti. Biarkan. Sekurang - kurangnya mereka tahu tempat mereka tiada disini. Tapi perangai macam Umno tapi masih dalam Pakatan Rakyat lagi menjijikkan. Parasit yang merosakkan dari dalam.

Renungkan dan fikirlah. Kasihanlah kepada RAKYAT. Ini bukan soal kekuasaan semata - mata. Ini soal kebajikan rakyat. Rakyat sedang menunggu siapakah yang mampu memelihara kebajikan mereka. Jangan sampai esok Bn diludah Pakatan ditendang.

Oh ya...Ketua Penerangan PAS...mengkritik PAS bukannya bererti kami cybertroopers Umno...

HIDUP RAKYAT!!

Jumaat, 6 November 2009

Royalti Atau Wang Ehsan?

Hari ini kecoh pasal wang ehsan di negeri Kelantan. Semua juak - juak Umno bertempik gembira dengan isu kononnnya kerajaan Pusat Rosmah prihatin kepada rakyat Kelantan dan dengan cara ini Kelantan dapat dirampas kembali.

Wowowowo....relax..tenang dulu.

Kalau Kelantan dan Terengganu dapat wang ehsan sebab Kelantan diperintah oleh Pakatan Rakyat dan Terengganu dulu diperintah oleh PAS pada tahun 1999. Tahun 1999 juga kita dapat tengok macam mana wang royalti ditarik balik akibat dendam jahat Mahathir Muhammad.

Tapi kan...kenapa Sabah dan Sarawak dapat 5% royalti minyak?

Apa istimewa mereka ini? Ohh ya...dua - dua negeri sedang diperintah oleh BN.

Sarawak Raja Taib sedang memerintah.

Sabah BN yang sedang memerintah...kahkahkah...

Jadi tolong buka mata luas - luas...nampak betapa kejinya hati mereka ini.

Selamat berfikir dengan tenang.

Sekian

Selasa, 3 November 2009

Dr.MAZA dan DSAI Insan Yang Difitnah


Sebelum saya panjang lebar menulis mengenai dua tokoh anak muda Malaysia pada hari ini, janganlah kita lupa perbicaraan kes fitnah liwat DSAI pada 23 November 2009 nanti. Dapatlah kita turun beramai - ramai untuk memberi sokongan padu kepada beliau.

Hari ini, fitnah yang paling dahsyat telah berlaku sekali lagi pada tahun ini. Kedua - duanya melibatkan tokoh yang telah memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia. Ya mungkin mereka ini tidak sama dalam arus perjuangan. Ada yang berjuang kearah pemutihan Islam. Ada yang berjuang kebebasan kepada rakyat Malaysia walaupun dikeji oleh teman - teman sendiri.

Tapi bagi saya dan mungkin juga anak Malaysia menganggap kedua - dua mereka ini sama saja kerana kedua - duanya menyeru kearah pembaharuan. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyeru kearah TAJDID. Dato Seri Anwar Ibrahim menyeru kearah REFORMASI. Tapi kedua - dua mereka ini juga dikecam oleh masyarakat sekeliling yang buta kepada indahnya gerakan pembaharuan. Mereka dikecam kerana gerakan yang mereka bawa ini menyebabkan mereka yang tergolong sebagai benda busuk dalam masyarakat akan kehilangan pengaruh dalam masyarakat.

DSAI telah dihina sekali lagi pada penghujung tahun 2009. Fitnah yang paling jijik pada tahun 1998 diulang kembali. Tujuannya hanyalah satu. Supaya DSAI tidak mara kedepan lagi. Kemaraan insan yang bernama Anwar Ibrahim harus dihentikan. Baik cara baik mahupun jahat. Buat masa sekarang cara jahat yang kita nampak. Fitnah yang tidak masuk akal. Liwat yang melibatkan seorang yang sudah berumur dan anak muda yang masih kuat tenaganya. Jika benar Saiful dipaksa, sudah tentu cukup dengan satu penumbuk di muka DSAI sudah mampu menumbangkan DSAI dan sekali gus membiarkan Anwar Ibrahim pengsan dan berlumuran darah. Namun? Wayang...semuanya wayang.

Dr.MAZA, antara individu yang terbaru kerana fitnah maha dahsyat ini. Terbaru tuduhan yang paling jijik oleh pegawai JAKIM yang bernama Zamihan Mat Zain kononnya kelulusan Dr.MAZA adalah palsu walhal terang - terang bukti yang diberikan oleh Dr.MAZA baru - baru ini menunjukkan memang benar Dr.MAZA mempunyai dua kelulusan sekali gus.
Jika bukti yang diberikan ini jelas, sudah pasti pertuduhan ini dapat ditepis dengan tenangnya. Namun masih ada yang percaya kepada Ustaz Zamihan Al-Ghari yang giat mengajar di masjid - masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jika orang seperti ini terbukti menipu bagaimana pula ilmu yang diajar kepada masyarakat? Tepuk dada tanya selera.
Jangan kita terpengaruh dengan nama - nama arab dibelakang kononnya mereka ini tawaduk dan alim padahal merekalah penyumbang fitnah terbesar.


Wajib untuk anak muda untuk terus berjuang. Jangan bicara soal perjuangan anda ikhlas selagi tidak diuji. Jangan bicara soal keadilan jika perangai macam ADUN Lunas dan ADUN Perlabuhan Klang.

Mudah - mudahan kita telah nampak persamaan antara mereka berdua ini. Persamaan ini bukan tujuan untuk menyamakan ketokohan mereka, tapi sebagai penunjuk kepada kita apa itu erti pejuang gerakan TAJDID dan REFORMASI atau dalam bahasa mudah pembaharuan. Juga tulisan ini bertujuan untuk kita memilih siapa kawan kita dan siapa lawan kita.

Dan yang paling utama adalah kita senantiasa harus membuka minda dan menilai apa yang orang yang kononnya baik itu benar atau tidak. Contoh Zamihan Mat Zain, memang benar ilmunya tinggi tapi sudah terpalit dengan budaya fitnah maka mahukah kita percaya kepada dia lagi??

Umno, nampak macam bela melayu tapi terlibat dengan fitnah jahat..mahukah kita percaya kepada mereka?

TAJDID , ISLAH dan REFORMASI PILIHAN KITA.

QULIL HAQ WALAU KANA MURRON

Isnin, 2 November 2009

Dr.Asri..Selamat Datang Dunia Kezaliman


Selamat datang ke dunia yang penuh dengan kezaliman Dr.Asri.

Hari ini Dr.Asri telah melangkah ke dunia fitnah yang teramat kejam.

Dr.Asri mungkin hanya ditohmah dengan kata - kata keji, namun buat pada hari ini Dr.Asri telah merasai bagaimana pedihnya ditahan dengan tanpa sebab - sebab yang kukuh.

Jangan risau Dr.Asri, ratusan ribu anak muda bersama Ustaz. Kami sentiasa bersama mereka yang memperjuangkan kebenaran.

Kuatkan semangat dan kami yakin semangat juang Dr.Asri juga tidak akan luntur malah akan terus bersemarak.

Yakinlah, anak muda Malaysia bersama Dr.Asri.

Terima kasih kerana selama ini tampil ke depan mengeluarkan kenyataan yang mampu membuatkan rakyat Malaysia tersenyum.

Viva Dr.Asri.

Qulil Haq Walau Kana Murron

Terbaru..Dr. Asri Didakwa

Dr. Asri akan didakwa di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat AU jam 9 pagi ini (2 November 2009).

Sila datang untuk memberi sokongan.


Sokongan terhadap beliau amat penting kerana selama ini ketika rakyat resah apabila sesuatu isu penting muncul, beliaulah acapkali mengeluarkan kenyataan yang sememangnya menggembirakan hati rakyat. Ketika PRU12 beliau yang menggesa agar rakyat memilih mereka yang terbaik yang merujuk kepada Pakatan Rakyat. Ketika PRK Bagan Pinang beliau juga menggesa agar kita memilih calon yang bersih.

Terbaru...Dr.Asri Ditahan!!

berita sahih:

Dr.Asri telah ditahan ketika sedang menyampaikan ceramah.

Dianggarkan, terdapat hampir 300 orang hadir mengikuti kuliah tersebut.

Pihak polis bersama dengan pegawai JAIS telah mengepung kediaman di Taman Sri Ukay.

Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.

Suasana tidak ubah seperti tahun 1998 di mana DSAI ditahan sedemikian rupa.

Sekarang ini beliau dibawa ke balai polis Hulu Kelang.

Ditahan kerana dipercayai bantahan daripada PGSM.

Terima kasih PGSM...

Isu ISA apa cerita?? Isu penindasan hak wanita apa cerita?

BACUL!!

TERIMA KASIH ABIM DAN JIM KERANA TERLIBAT DALAM USAHA INI.

BUAT JIM, KETIKA ISU ISA DIMAINKAN BEKAS MUFTI INILAH YANG MENGELUARKAN KENYATAAN HARAM KEPADA ISA...TERIMA KASIH KERANA MEMBALAS JASA DR.ASRI MACAM INI

Ahad, 1 November 2009

Dr.Asri..Persetankan Mereka

Saya menyokong tindakan Dr. Mohd Asri bekas Mufti Perlis menyelar tindakan Peguam Syarie Malaysia yang mengeluarkan fitnah jahat dan keji.

Saya mengaku secara terus - terang, saya merupakan peminat syarahan beliau di Kuala Lumpur ini. Seorang penceramah yang dapat menghimpunkan umat Islam tak kira apa latar belakang sekali pun untuk duduk mendengar syarahan beliau.

Tidak ada tokok tambah, tidak unsur - unsur tahyul dan mengarut dalam ajaran beliau. Semuanyan ada dalil - dalil yang kuat lagi kukuh. Semuanya menyebabkan kita umat Islam yang selama ini terpengaruh cerita - cerita tahyul dan khurafat kembali ke ajaran sebenar.

Tindakan Peguam Syarie Malaysia yang membuat fitnah keras terhadap Dr. Asri hanyalah untuk menutup mulut - mulut wanita yang selama tertekan kerana kelembapan mereka menyelesaikan masalah wanita yang ada masalah kes rumah tangga walaupun sudah bertahun mereka diseksa di rumah.

Buat Dr. Asri mereka sengaja mahu mencemar kredibiliti Dr. Asri. Mereka cemburu melihat Dr.Asri kerana setiap ada masalah negara mesti semua orang menunggu kenyataan Dr.Asri. Mereka??? Senyap...membisu. Rakyat menunggu kenyataan apa mereka keluarkan. Dr. Asri dilihat penyembuh keresahan rakyat. Ketika isu ISA dimainkan, mana peranan peguam syarie? Sebagai peguam syarie haruslah berani keluarkan kenyataan. Tapi yang mengeluarkannya? Dr. Asri juga.

Jadi buat PGSM, jika mahu dilihat pembela agama, selain agama itu dibela rakyat juga harus ditenangkan. Bukan hanya diam dan selesaikan masalah penceraian sahaja.

Dr.Asri...jangan berhenti..terus maju kedepan!!

Sabtu, 31 Oktober 2009

Dari Stadium Ke Jambatan (4)

Hari ini selain daripada kematian 3 orang kanak - kanak akibat runtuhan jambatan gantung di Kampar, Perak. Kita sekali lagi dikejutkan dengan kematian ayah kepada N Diva Dene yang terkorban kerana runtuhan tersebut juga mati kerana terlalu sedih dengan kematiannya anak itu. Nathan ayah kepada N Diva Dene mati akibat tak nak makan dan minum sebab sedih kerana kematian anak kesayangannya itu.

Percayakah kita siasatan ini akan selesai?

Tidak...tidak sama sekali.

Stadium runtuh hingga ke saat ini kontraktor yang membina stadium tersebut tidak dihukum.

Inikan pula jambatan yang tidak mempunyai simbol negara sangat....siapa kontraktor yang membina jambatan tersebut.

Siasatan yang mengambil masa sampai minggu depan...lepas tu senyap.

Tak percaya tengoklah di suratkhabar, television, blog - blog juak Umno yang hanya menjadi lidah penyambung media perdana yang sedia ada.

Sure minggu depan berita pasal ini makin kurang dan makin kurang. Lepas itu senyap.

KUGAN, VK LINGAM, ALTANTUYA ISU BAGAIMANA BOM C4 BOLEH DIKELUARKAN.

Semuanya senyap kerana semuanya berkaitan dengan Umno.

Kalau tak nampak lagi...tak tau la...