Selasa, 3 November 2009

Dr.MAZA dan DSAI Insan Yang Difitnah


Sebelum saya panjang lebar menulis mengenai dua tokoh anak muda Malaysia pada hari ini, janganlah kita lupa perbicaraan kes fitnah liwat DSAI pada 23 November 2009 nanti. Dapatlah kita turun beramai - ramai untuk memberi sokongan padu kepada beliau.

Hari ini, fitnah yang paling dahsyat telah berlaku sekali lagi pada tahun ini. Kedua - duanya melibatkan tokoh yang telah memberi inspirasi kepada anak muda Malaysia. Ya mungkin mereka ini tidak sama dalam arus perjuangan. Ada yang berjuang kearah pemutihan Islam. Ada yang berjuang kebebasan kepada rakyat Malaysia walaupun dikeji oleh teman - teman sendiri.

Tapi bagi saya dan mungkin juga anak Malaysia menganggap kedua - dua mereka ini sama saja kerana kedua - duanya menyeru kearah pembaharuan. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin menyeru kearah TAJDID. Dato Seri Anwar Ibrahim menyeru kearah REFORMASI. Tapi kedua - dua mereka ini juga dikecam oleh masyarakat sekeliling yang buta kepada indahnya gerakan pembaharuan. Mereka dikecam kerana gerakan yang mereka bawa ini menyebabkan mereka yang tergolong sebagai benda busuk dalam masyarakat akan kehilangan pengaruh dalam masyarakat.

DSAI telah dihina sekali lagi pada penghujung tahun 2009. Fitnah yang paling jijik pada tahun 1998 diulang kembali. Tujuannya hanyalah satu. Supaya DSAI tidak mara kedepan lagi. Kemaraan insan yang bernama Anwar Ibrahim harus dihentikan. Baik cara baik mahupun jahat. Buat masa sekarang cara jahat yang kita nampak. Fitnah yang tidak masuk akal. Liwat yang melibatkan seorang yang sudah berumur dan anak muda yang masih kuat tenaganya. Jika benar Saiful dipaksa, sudah tentu cukup dengan satu penumbuk di muka DSAI sudah mampu menumbangkan DSAI dan sekali gus membiarkan Anwar Ibrahim pengsan dan berlumuran darah. Namun? Wayang...semuanya wayang.

Dr.MAZA, antara individu yang terbaru kerana fitnah maha dahsyat ini. Terbaru tuduhan yang paling jijik oleh pegawai JAKIM yang bernama Zamihan Mat Zain kononnya kelulusan Dr.MAZA adalah palsu walhal terang - terang bukti yang diberikan oleh Dr.MAZA baru - baru ini menunjukkan memang benar Dr.MAZA mempunyai dua kelulusan sekali gus.
Jika bukti yang diberikan ini jelas, sudah pasti pertuduhan ini dapat ditepis dengan tenangnya. Namun masih ada yang percaya kepada Ustaz Zamihan Al-Ghari yang giat mengajar di masjid - masjid sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jika orang seperti ini terbukti menipu bagaimana pula ilmu yang diajar kepada masyarakat? Tepuk dada tanya selera.
Jangan kita terpengaruh dengan nama - nama arab dibelakang kononnya mereka ini tawaduk dan alim padahal merekalah penyumbang fitnah terbesar.


Wajib untuk anak muda untuk terus berjuang. Jangan bicara soal perjuangan anda ikhlas selagi tidak diuji. Jangan bicara soal keadilan jika perangai macam ADUN Lunas dan ADUN Perlabuhan Klang.

Mudah - mudahan kita telah nampak persamaan antara mereka berdua ini. Persamaan ini bukan tujuan untuk menyamakan ketokohan mereka, tapi sebagai penunjuk kepada kita apa itu erti pejuang gerakan TAJDID dan REFORMASI atau dalam bahasa mudah pembaharuan. Juga tulisan ini bertujuan untuk kita memilih siapa kawan kita dan siapa lawan kita.

Dan yang paling utama adalah kita senantiasa harus membuka minda dan menilai apa yang orang yang kononnya baik itu benar atau tidak. Contoh Zamihan Mat Zain, memang benar ilmunya tinggi tapi sudah terpalit dengan budaya fitnah maka mahukah kita percaya kepada dia lagi??

Umno, nampak macam bela melayu tapi terlibat dengan fitnah jahat..mahukah kita percaya kepada mereka?

TAJDID , ISLAH dan REFORMASI PILIHAN KITA.

QULIL HAQ WALAU KANA MURRON

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.