Ahad, 15 November 2009

Perang Dan Lawak Ahad

Hari ni berderau darah aku dan naik bulu roma bila DSAI mengisytihar perang terhadap Najib yang cuba - cuba merampas Selangor dari tangan Pakatan Rakyat.

Semangat mempertahankan kejayaan rakyat di Selangor ini mula memuncak naik. Jika dahulu aku dan mungkin kebanyakkan rakyat Malaysia rasa sedikit kecewa dengan tindakan Hassan Ali yang menjadi balaci Umno dan menyusahkan PR tidak henti - henti dan terbaru mengenai isu tauliah. Wei Hassan Ali, masa pimpinan PAS kena tangkap atas isu tauliah pandai lak hang memekak. La ni semenjak rapat dengan gang - gang Umno dah tukar nada. Ni apa punya perangai la. Esok kena kat hang baru hang tau. Tauliah sangat.

Baik balik pada isu perang kepada Najib dan Umno yang mahu merampas Selangor adalah satu tindakan tepat. Tepat kerana ini dapat membayangkan bahawa kali ini PR sudah tidak mahu membiarkan sahaja tindakan Zionis Umno melanda negeri yang indah ini. Tepat kerana ini dapat melonjakkan semangat rakyat setinggi - tinggi mungkin untuk mempertahankan Selangor.

Sudah pasti semua pejuang - pejuang rakyat akan bersiap - sedia dengan semua kerja jahat Umno. Dengan meniupkan semboyan perang, semangat mahu berperang akan kembali berkobar - kobar.

Aku dan sebilangan anak muda mungkin ada satu tanggapan bahawa selagi mana SPR di bawah komponen BN selagi itulah pilihanraya tidak akan adil. Kami hanya percaya kepada PILIHAN JALANRAYA!! Kerana dengan cara itu sajalah kita dapat menumbangkan sebuah rejim yang jahat ini.

Jadi buat semua pejuang - pejuang rakyat yang sedang berehat di seluruh pelusuk negara dan Selangor. Ayuh bangkit!! Ayuh bangkit!! Perang mahu bermula!!

Ok apa kata kita kurangkan tekanan sikit dengan tengok gambar ini :



Mari meneka dalam gambar ini sapa yang paling besar dan menonjol. hahahhaha.

2 ulasan:

  1. perang itu tak pernah bersih. perang itu sentiasa kotor.

    ramalan aku, mereka akan merampas selangor dengan cara yang kotor seperti yang berlaku pada perak. tetapi rakyat akan mendiamkan diri setelah melihat mereka taknak meminda pendekatan2 yang baik yang diperkenalkan PR seperti subsidi air untuk rakyat selangor.

    itulah formula yang digunakan semasa zaman mahathir dulu. merasuah/mengugut rakyat dengan segala macam peruntukan kewangan asalkan rakyat tak mengacau mereka untuk berkuasa dan merompak harta rakyat seadanya.

    jadi para pejuang sekalian, INGATLAH TUJUAN ASAL KAMU BERPERANG! JANGAN MENUKAR BAJU DALAM PERJALANAN!

    BalasPadam
  2. tumpu...tumpu..

    jangan hilang tumpuan...

    bertahan perlu...tapi jangan lupa menyerang bila ada peluang...dan cari peluang tu

    Lawan dan terus lawan

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.