Isnin, 16 November 2009

KJ..Kalau Ada Telor Pi Bela Pak Mentua Hang

Hari ini, sekali lagi Najib mencabar kejantanan KJ. Sekali lagi insan yang membantu KJ naik ke persada politik dengan cara mee segera telah dihina seteruk - teruknya. Terbaru Najib telah menarik semua peruntukan kepada parlimen Kepala Batas.

Siapa yang mewakili kerusi Parlimen tersebut? Tidak lain tidak bukan Abdullah Ahmad Badawi. Siapa Abdullah Ahmad Badawi? Bekas Perdana Menteri Malaysia dan ayah kandung kepada isteri Khairy Jamaluddin. Maka ini bererti Abdullah Ahmad Badawi adalah bapar mertua KJ.

Penghinaan yang maha dahsyat. Namun KJ masih mendiamkan diri. Jika dahulu Mahathir pernah diaibkan oleh beliau, Mukhriz bangkit untuk membela ayahnya. Namun sekarang, apabila Pak Lah dimalukan berkali - kali, KJ mendiamkan diri.

Kenapa KJ? Takut hilang kuasa? Takut semua kerosakan yang pernah kau lakukan akan dibongkar? Takut segala kekayaan kau hilang?

Bagi aku dan semua anak muda Malaysia..Khairy takde telor!!

Penakut!!

Bacul!!

Bapa mertua yang pernah membantu kau naik keatas sekarang dihina seteruk - teruknya namun kau masih menikus takut.

Kalau macam ini perangai kau....jangan harap dapat jadi inspirasi anak muda Malaysia.

Anwar, Hishamuddin Rais, Dr. Asri, Nizar semuanya berani melakukan aksi perlawanan. Maka mereka wajib dan berhak mendapat pengiktirafan oleh anak muda Malaysia.

Kata kunci hati anak muda hanyalah satu...LAWAN dan TERUS LAWAN!!

KJ...simpan telor dalam rumah...

Sekian

3 ulasan:

  1. alasan yang sama akan diungkai kembali.

    "Penang, PR yang punya. suka ati kami laa nak tarik peruntukan lagu mana pun"

    mungkin ada konsep dendam, mungkin juga tiada.

    tapi konsep tak tau hormat orang yang lebih senior itu tetap ada. oh lupa, bapak beliau lebih senior dari Tun yang pernah tewas 4 negeri ke tangan PR itu.

    namun itu cuma spekulasi. yang bukan spekulasinya adalah apabila kelima-lima negeri pakatan rakyat ini tetap tersenarai sebagai negeri paling kurang menerima peruntukan.

    macam yang pernah aku tekankan - INI SATU UGUTAN!

    BalasPadam
  2. bagi aku pulak...

    ni hanyalah satu tindakan provokasi terhadap KJ.

    KJ meloncat maka siap - sedialah...

    tu tujuan sebenarnya

    BalasPadam
  3. kalau ramai anak muda berani macam azimelon,

    runtuh kerajaan jahat BN nie

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.