Ketika tumbangnya kerajaan negeri Perak, aku memandang dari sudut positif. Dengan terjadinya peristiwa ini rakyat akan semakin menyayangi Pakatan Rakyat kerana mereka yang melompat parti sudah pun keluar awal - awal lagi. Proses pembersihan berlaku. Mereka yang perangai macam Umno sedar mereka tiada tempat di dalam Pakatan Rakyat maka 2 ahli PKR dan 1 ahli DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Hasilnya? Pakatan Rakyat semakin kuat di Perak.
Ketika pilihanraya kecil di Permatang Pasir, aku bersyukur lagi keluar lagi hamlau yang bermasalah dalam PKR dan PR kerana sudah tahu dia sudah tiada tempat lagi kerana berperangai macam Umno. Maka dia pun keluar parti. ADUN Lunas.
Sekarang yang terbaru Adun Perlabuhan Kelang keluar parti. Bagus kerana antara alasan yang diberi untuk keluar parti ialah antaranya percaya DSAI liwat. Bagus!! Kerana orang macam ini tiada tempat dalam parti. Perosak masyarakat sebagaimana Zamil Ibrahim ketika pilihanraya kecil Ijok sibuk berkempen untuk Abdul Rahman Othman untuk menjadi calon Presiden PKR. Akhirnya keluar parti!!
Bagus...syukur ke hadrat Ilahi. Orang - orang macam ini telah keluar dari perjuangan rakyat. Berjuang kerana mahukan pangkat dan kuasa. Bukannya mahu menjaga kebajikan rakyat. Rakyat dibelakangkan. Wang diutamakan. Mereka ini seangkatan dengan mat kotak Ezam. Suka menagih imbuhan daripada DSAI. Mereka menganggap mereka saja yang layak berjuang. Mereka saja yang patut dapat imbuhan. Padahal ratusan ribu yang berjuang tidak pernah menagih kuasa dan kewangan hatta bantuan. Cukup Allah membalas jasa kita semua.
Buat mereka yang menagih bantuan dan menagih kuasa kerana kuat berjuang sudah - sudahlah...perjuangan tidak sama macam dunia pekerjaan!! Keluarlah dari medan perjuangan kalau macam itulah perangai buruk anda. Persis Umno!!
Tapi...sekurang - kurang malaun - malaun yang keluar parti ini sedar diri juga. Keluar parti kerana tahu mereka tiada tempat didalam parti.
Ni seorang mamat ini dan seorang lagi mamat ini. Bila nak keluar parti dan jadi mesra BN. Sampai bila mahu menyorok. Rakyat dah nampak belang kamu semua. Kenapa harus menjadi hati BN tapi bertopengkan PR. Kamu berdua tahu tak, kamu sekarang telah menghancurkan Pakatan Rakyat dari dalam.
Mereka berdua sebenarnya suka melihat Pakatan Rakyat lebur dipertengahan jalan. Islam menjadi isi perjuangan mereka. Walhal mereka sekadar menjual Islam. Menjadi pedagang yang mahu kaya dengan menggunakan Islam macam kes penjual kayu bahtera Nabi Nuh.
Islam agama yang penuh dengan sopan santun. Bukannya hentam sembrono. Kemudian kata "Islam First".
Islam tidak begitu. Islam adalah agama hujah lawan hujah dan jika pedang dihunuskan baru pedang dihunuskan.
Jikalau Rasulullah s.a.w perangai macam mereka berdua, percayalah Islam tidak kemana.
Mereka berdua ini hanya menggunakan Islam sebagai batu loncatan untuk Umno.
Sedih..teramat sedih. Mereka tidak sedar diri mereka sekarang telah mula sedikit demi sedikit menghancurkan Pakatan Rakyat dari dalam.
Kalau mereka sedar cepat - cepatlah berhenti perbuatan sebegitu jika tidak...keluarlah dari medan perjuangan menjaga kebajikan rakyat.
Keluarlah. Jika anda terus berada dalam ini anda berdua lagi hina daripada mereka yang melompat keluar kerana mereka tahu jika berada didalam parti mereka akan dihina zaman berzaman.
Tepuklah dada masing - masing...jangan jadi parasit dalam medan perjuangan.
Salam.
An Electric Atmosphere: Rywire’s EV Civic Debut With CSF Race
8 jam yang lalu
aku nak menyampuk.
BalasPadampandangan kamu sangat terbuka dan kritis sebenarnya. tapi tiada apa yang pelik kerana kamu masih berkeupayaan meletakkan hujah2 sokongan.
bak kata kamu : "Islam adalah agama hujah lawan hujah dan jika pedang dihunuskan baru pedang dihunuskan."
aku suka aku suka!
mungkin kita tidak akan sentiasa sependapat. tapi selagi anak muda seperti kita ditiup semangat ingin berjuang dan melihat kebaikan dan kesejahteraan di masa mendatang, maka dengan selambanya aku ingin mencalit ibu jarimu itu lalu berkata "cayalah, kita satu kepala!"
terima / arigato..
BalasPadamperbezaan tu kalau betol caranya mesti best..
apa pun terima kasih banyak banyak sebab datang ke blog yang tak seberapa ni