Selasa, 3 Februari 2009

Jangan Bodohkan Orang Melayu Lagi!!

LONDON 2 Feb. - Melayu termasuk penuntut yang memperoleh manfaat daripada dasar yang diterajui UMNO, hendaklah jangan berpaling tadah terhadap parti itu dan sebaliknya mestilah mampu menterjemahkan hasrat UMNO dan terus berjuang bagi hak masyarakat, kata Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek.-BERNAMA

Ermm, anak - anak muda Melayu. Perlukah kita melayan saranan yang paling bodoh yang dikeluarkan oleh Menteri Penerangan Yang Paling Bodoh..ya benar kami mendapat manfaatnya. Tapi sapa yang kuat sebat saham - saham di syarikat - syarikat besar milik kerajaan. Penduduk kampung di Baling atau kroni - kroni? Siapa yang telah merampas tanah orang Melayu di Kampung Berembang, Kampung Chubadak, dan banyak lagi kampung melayu lagi yang telah dirampas atas nama pembangunan yang tidak seimbang...Siapa yang rampas??

Jangan memperbodohkan lagi orang Melayu boleh tak??

p/s bila la aku boleh cite pasal kerete ni wei...

1 ulasan:

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.