Tanah selalu digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya untuk pertanian, kawasan perumahan, kawasan industri dan lain - lain. Sememangnya Allah telah menciptakan bumi ini untuk makhluknya khasnya manusia untuk berbakti dan menduduki bumi yang sangat indah ini. Tuhan telah menjadikan manusia ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama untuk menduduki bumi ciptaanNya dengan aman dan untuk saling kenal - mengenali antara satu sama lain dan bagi umat Islam harus disebarkan agama ini kemerata pelusuk dunia dan ini yang saya pelajari ketika di tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, surau, masjid, dan di kedutaan Arab Saudi. Malah ketika mengikuti kelas - kelas falsafah oleh Hishamuddin Rais di Bangsar Utama juga menekankan bahawa pentingnya untuk kita berbaik sangka antara satu sama lain supaya dunia ini lebih aman.
Namun, semua itu macam tidak terpakai apabila melihat situasi yang berlaku di bumi Malaysia tercinta ini. Kasih sayang sesama rakyat yang berbilang kaum dan agama ini hanya dapat dirasai ketika menjelang suasana perayaan sahaja namun apabila tiba soal tanah dan pendudukan, permusuhan yang sengaja direkacipta dapat dirasai. Apabila tanah ini mula diberikan kepada yang bukan Melayu mula kita kedengaran soal Ketuanan Melayu. Demonstari yang mengancam keamanan mula dicetuskan oleh mereka yang kononnya memperjuangkan Ketuanan Melayu. Dengan segera kita akan kedengaran slogan - slogan yang mencetuskan api permusuhan perkauman. Kenapa ini harus terjadi?
Saya ingin menanyakan beberapa persoalan kepada mereka yang terlalu memperjuangkan Ketuanan Melayu. Antara Cina Malaysia dan Cina Singapura yang mana lebih layak untuk diberikan tanah. Antara India Malaysia dan India yang tinggal di India yang mana lebih layak untuk diberikan tanah. Antara Cina Malaysia dengan mat - mat saleh yang mana lebih layak untuk diberikan tanah. Antara India Malaysia dengan mat - mat saleh yang mana lebih layak diberikan tanah.
Ya, saya merujuk semua pernyataan tersebut kepada apa yang berlaku di Malaysia. Di Pulau Pinang lihat sahaja berapa ramai orang Singapura, Hong Kong, Taiwan dan beberapa tempat lagi diberi peluang untuk menduduki tanah di pulau tersebut. Bagaimana mereka dapat menduduki tanah tersebut? Ini semua dasar perumahan yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Gerakan dan disokong oleh UMNO. Lihat berapa banyak tanah orang Melayu tergadai di Balik Pulau. Lihat bagaimana orang Melayu yang pada asalnya merupakan penduduk asal di Pulau Pinang terpaksa meninggalkan pulau tersebut dan berpindah ke tanah besar kerana tidak mampu lagi membeli rumah yang terlampau mahalnya. Sengaja kerajaan negeri menaikkan harga rumah kerana semata - mata mahu mengaut keuntungan yang tinggi tanpa menghiraukan nasib rakyat yang menduduki kawasan tersebut dan yang menjadi mangsa orang Melayu kerana bangsa ini sebenarnya tidak pernah dibantu oleh UMNO. UMNO hanya menggunakan nama bangsa ini untuk membeli saham berjuta - juta ringgit (Lihat KJ yang membeli saham ECM Libra), menggunakan nama bangsa ini kerana ingin membelasah kontrak - kontrak yang dikeluarkan oleh kerajaan. UMNO menggunakan nama bangsa ini hanya kepentingan ahli mereka sahaja yang kebanyakkan tidak layak untuk mendapat bantuan keistimewaan ini. Tapi cuba bayangkan kalau tanah ini diberikan kepada kaum lain yang bukan menjadi penyokong mereka sudah pasti laungan keramat keparat Ketuanan Melayu akan kembali berkumandang. Wayang yang dilakukan oleh UMNO Pulau Pinang hanyalah lebih kepada projek - projek yang tidak dimiliki oleh kroni - kroni mereka kerana kebanyakkan projek di Pulau Pinang telah disebat oleh GERAKAN. Tapi kalau sesuatu projek itu dapat kepada kroni - kroni mereka hatta tanah itu diberikan kepada orang luar lupa segala laungan Ketuanan Melayu dan itulah yang berlaku di Pulau Pinang.
Nun jauh di selatan tanah air kita, bakal terdirinya Wilayah Pembangunan Iskandar. Umum diketahui, tanah - tanah di sana boleh dibeli oleh orang luar untuk tujuan pembangunan ekonomi dan pembangunan. Namun tiada satu pun suara yang membantah. Suara yang membantah ketika kerajaan Pakatan Rakyat Perak memberikan tanah hak milik kekal selama 999 tahun kepada orang Cina tidak pula membantah ketika kerajaan BN membuat benda yang sama kepada tanah di Johor malah telah membenarkan orang asing membeli tanah - tanah Wilayah Pembangunan Iskandar. Namun boleh dikatakan tiada langsung suara yang membantah. Mereka semua bersetuju dengan dasar itu dengan atas nama pembangunan. Kerana apa mereka bersetuju kerana projek maha mega ini turut dapat dikaut oleh kroni - kroni gerombolan UMNO. Mereka lebih rela melihat tanah Malaysia ini dijual oleh kepada orang asing daripada diberikan kepada rakyat Malaysia sendiri yang terdiri daripada bukan Melayu. Inilah penipuan yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mereka hanya berjuang apabila mereka melihat peluang membuat duit sudah tiada. Laungan Ketuanan Melayu hanya dipakai untuk menaikkan imej politik mereka sahaja. Mereka akan lupakan seketika laungan Ketuanan Melayu apabila peluang membuat duit berjuta - juta ada didepan mata. Mereka senyap dan diam hatta tanah Malaysia yang tercinta ini mula diambil oleh orang asing.
Kalau di Perak mereka menyalak sekuat - kuatnya. Kononnya MB Nizar menjual tanah Perak kepada orang Cina. Mana yang lebih mulia, tanah diberikan kepada orang Cina MALAYSIA atau kepada bangsa asing seperti mana di Pulau Pinang dan WPI? Saya pasti mereka iaitu juak - juak UMNO akan membantah penulisan ini dengan mengatakan WPI itu tujuannya atas nama pembangunan. Ya pembangunan sampai tanah sendiri tergadai kepada bangsa asing. Ya perjuangan melayu apabila projek tak dapat. Ya perjuangan lebih rela melihat rakyat Malaysia yang hendak diberikan tanah dibantah sekeras - kerasnya.
Ini belum lagi dilihat program menjadikan Malaysia rumah kedua kepada warga asing. Sila klik di sini. Walaupun atas nama pembangunan dan atas nama ingin memacu ekonomi namun kerajaan Malaysia lebih rela melihat rakyat Malaysia tidak mampu memiliki kenderaan dan rumah. Mana pergi suara kononnya pejuang Melayu untuk membantah dasar ini.
Sedih dan sememangnya sedih dengan situasi ini. Melayu, Cina, India dan lain - lain semuanya rakyat Malaysia. Kenapa harus mereka ini ditindas. Kenapa warga asing tidak ditindas sebagaimana mereka yang bukan Melayu? Kenapa? Saudara - saudari sekalian boleh menjawap persoalan ini...
HIDUP RAKYAT!!
Throwback: The Golf/Beetle Mashup With A Rotary In The Rear
15 jam yang lalu
saya amat bersetuju dgn artikel ini...terima kasih!!
BalasPadam