PUTRAJAYA 11 Feb. - Barisan pemimpin muda perlu memiliki kualiti kepimpinan sebenar ke arah memperkasakan lagi sektor perkhidmatan awam pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Timbalan Perdana Menteri berkata, kemampuan golongan tersebut bukan setakat mengenal pasti objektif utama organisasi, tetapi juga berupaya memastikan setiap kakitangannya bekerja ke arah yang ditetapkan.''Bila membuat sebarang cadangan penyelesaian kepada masalah yang timbul, fokus kepada perkara yang jelas dan mudah difahami oleh kakitangan.''Keduanya, mereka perlu berupaya memberi rangsangan kepada kakitangan untuk mencapai sasaran dan memberi fokus untuk mereka menyelesaikan masalah yang utama," katanya. (Sumber Utusan Melayu)
Siapa kamu untuk bicarakan soal kualiti? Bagaimana orang muda mahu jadi pemimpin kalau pemimpin (bagi aku kau bukan pemimpin aku) yang sedia ada telah memberi contoh yang tidak baik. Dari zaman mudanya hinggalah sekarang senantiasa diselubungi kontroversi. Dari ambil isteri orang hinggalah ke C4. Dari jawatan Menteri Besar hinggalah merampas jawatan Menteri Besar Perak dengan cara yang cukup jijik.
Orang muda yang taksub dan bengong pasti akan mengatakan tindakan anda betul dan benar. Jika ramai yang beranggapan begitu adakah itu corak kepimpinan berkualiti yang anda inginkan wahai Najib. Tiada lagi bekerja mengikut peraturan, sanggup membunuh untuk menutup kesalahan diri sendiri, sanggup membelakangkan undang - undang, sanggup tipu untuk mengaut keuntungan berbilion ringgit, dan yang penting takutkan isteri.
Najib, kamu tidak layak bicara soal kualiti kerana kamu tiada apa pun yang berkualiti. Buat juak - juak Umno, Perwaris tolong beritahu apa baiknya Najib ini.
Sudahlah Najib, dua pilihanraya kecil pun tak mampu nak pimpin inikan nak tadbir soal negara...
Porraahhhh!!!
Throwback: The Golf/Beetle Mashup With A Rotary In The Rear
15 jam yang lalu
najib cakap tentang pemimpin pemuda yg boleh ditarik hidungnya, dipulas telinganya, diikat tangan, dipasung kakinya, dijerut lehernya.
BalasPadamitulah maksud tersirat ucapannya.