Isnin, 28 September 2009

11 Oktober 2009 : Tarikh Keramat

Perang baru hendak bermula. Hentikan seketika perbalahan sesama Pakatan Rakyat. Ada yang kata itu tanda PR bebas untuk dikritik dan yang kata itu talibarut BN. Apa pun hujahnya, semua mata pedang haruslah dihalakan kepada Bagan Pinang.

Bagan Pinang kubu kuat Umno. Kerusi tradisi Umno. Mampukah PR memenangi kerusi tersebut ataupun berjayakah menjatuhkan undi majoriti Umno?

Semua itu bergantung kepada kebijaksanaan jentera - jentera PR dalam mempengaruhi rakyat tempatan.

Umno sedang bergelut dengan soal calon dan saya yakin PR tidak begitu.

Isu sekarang pada tarikh tersebut, mampukah jentera PR menghimpunkan ratusan ribu penyokongnya untuk memberi signal kepada Zionis BN bahawa PR benar - benar bersiap - sedia menyerang Bagan Pinang.

Dalam masa yang sama mampukah jentera PR bergerak lancar?

Kerusi ini amat penting buat kedua - dua gabungan politik di Malaysia ini.

BN perlu menaikkan majoriti supaya dilihat terus relevan dalam politik Malaysia.

PR penting untuk menang atau menjatuhkan majoriti supaya memberitahu seluruh rakyat Malaysia inilah gabungan yang mampu memerintah selepas ini dan menjatuhkan moral BN.

Buat kepada mereka yang gemar bermain politik dalam selimut (yakni mahu berselingkuh dengan umno), cukup!! Hentikan!!

Buat mereka yang tegar mahu membebaskan rakyat dari jajahan Zionis BN, kerja kuatlah!!

Bagan Pinang penting!!

Kawasan yang bakal mengubah landskap politik negara!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.