Bagan Pinang berada dalam kawasan totok Umno. Negeri Sembilan merupakan bumi totok Umno. Walauppun DUN Paroi dan ada beberapa DUN di Negeri Sembilan berjaya dirampas Pakatan Rakyat, namun kepekatan Umno dalam diri mereka masih menebal. Kita harus ingat, beberapa kerusi yang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat disebabkan undi protes ahli Umno kepada Khairy Jamaluddin.
Kali ini, Khairy Jamaluddin semakin hilang dari arus permainan politik Malaysia. Dibuang dari kabinet Najib. Suaranya ditekan oleh Najib kerana arahan Tun Mahathir. Mungkin sokongan rakyat setempat kepada Umno akan meningkat. Jadi apa strategi Pakatan Rakyat untuk memenangi satu kerusi DUN yang berada dalam kubu kuat Umno.
Benar kata DSAI, kerja keras. Kita kena kerja keras. Tapi sekarang ini sudah pasti, sudah pasti isu KUIL akan dimainkan. Sudah pasti kerusi itu akan diberikan kepada PAS. Maka PAS akan diserang dengan mengatakan mereka pengkhianat orang Melayu dan Islam. PASTI
ITU sudah pasti. Jadi bagaimana mahu menangkisnya? Bagaimana kita menyakinkan pengundi yang kita cuba berlaku adil dengan berlandas ayat Al-Quran dan Hadis. Kena ingat, ini merupakan kubu kuat Umno.
Jangan leka, bersatu dalam pakatan ini. Pasti jentera kita bergerak satu pasukan. Ini bukan jentera PAS, ini bukan jentera KeADILan dan ini bukan jentera DAP. Ini jentera Rakyat.
Jika kita bersatu hulurkan berapa banyak sekali pun isu oleh Umno, percayalah kita mampu menangkisnya. Malah kita mampu menyerangnya mereka kembali.
p/s KERJA KERAS kunci kejayaan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang. TERUSKAN TEMPUR!!
An Electric Atmosphere: Rywire’s EV Civic Debut With CSF Race
8 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.