Hari ini aku tak mau bicara soal politik. Cemuih orang utara selalu dok kata, meluat, getik dan macam - macam lagi. Pasal Hassan Ali biarlah, dia tu masa Selangor pasti tumbang ke tangan pembangkang dia sibuk - sibuk pergi jumpa Khir Toyo runding nak tubuh kerajaan campuran bersama BN. Jadi, kalau hangpa terbaca apa - apa pasai Hassan Ali, jangan gabra, tu memang perangai azali turun - temurun. Aku tau sebab sepupu mak aku kahwin dengan adik dia. Perangai sama, ambik kos lawyer syariah tapi bila pasai harta, uishhhh macam rimau. Sama ja dengan abang dia. Kesian.....
Okay, back to topic.
Aku memulakan perjalanan ke kampung halaman iaitu Alor Setar, Kedah Darulaman tepat jam 12.00 malam pada 19 September 2009. Perjalanan yang paling menyakitkan hati. Sebab apa? Aku dah biasa traffic jam. Siapa yang dok Kolumpo tak biasa ngan jam, bohong namanya. Tapi kalau sesak, biarlah kena gayanya. Kesesakan mula berlaku pada kilometer 312.20 selepas RnR Tapah. Apa sebab jam? Sebab ada lori - lori tahap gampang slow cuba nak memotong pastu tak lepas dan terus menyebabkan kesesakan hampir satu jam. Bila telefon pusat khidmat pelanggan PLUS apa sebab sesak. Jawapan yang paling menyakitkan hati. "KAMI DAH REPORT KEPADA POLIS SUPAYA AMBIL TINDAKAN KEPADA KENDERAAN BERAT. KENDERAAN BERAT TAK BOLEH LALU ATAS 12 MALAM. KAMI DAH REPORT, TAPI POLIS TAK BUAT APA - APA." Untuk pengetahuan semua, OPS SIKAP BUKANNYA MAHU MENDIDIK MASYARAKAT, SEBALIKNYA MEDAN DI MANA POLIS BOLEH BUAT DUIT DENGAN BUAT SAMAN BANYAK - BANYAK. APA SAMAN TU? SPEED TRAP LA...POLIS MALAYSIA MANA RETI SELESAIKAN MASALAH KESESAKAN DI JALAN RAYA. DEPA SENDIRI YANG BUAT KENYATAAN KENDERAAN BERAT TAK BOLEH LALU JALAN RAYA DAN LEBUHRAYA ATAS PUKUL 12 MALAM, TAPI BILA BUAT LAPORAN HARAM TIDOQQ......CUBA KATA LORI TU BAWAK ANWAR IBRAHIM...TOBAT CEPAT!!
Selepas melalui perjalanan yang memakan masa 6 jam. Aku tiba di Bandaraya Alor Setar. Benda paling utama aku buat aku pi jalan - jalan di sekitar pekan Alor Setar. Nak cari serunding dengan songkok. Nak cari benda camtu yang cepat dan senang, kena la pi Pekan Rabu. Uniknya Pekan Rabu, disaat penarik beca sudah mula tidak dapat perhatian oleh kerajaan negeri dan pusat, masih ada insan - insan yang mahu melakukan pekerjaan itu. Simpati aku terhadap mereka kerana nasib mereka seolah - olah tidak diberi perhatian. Bila tengok beca, teringat masa aku kanak - kanak di Alor Setar. Waktu aku pi tadika Masjid Zahir. Aku nak beca yang dibawa oleh Pak Mail (moga Allah merahmati roh beliau). Seronok. Pengalaman yang paling best. Sampai dah nyanyuk pun aku takkan lupa. Pagi - pagi kena bangun. Tunggu dia mai. Ambil aku. Pastu ambil aku balik. Kudrat dia memang kuat. Rumah tok aku kena naik jambatan Sungai Kedah. Jambatan tu agak tinggi. Ermmm...memori terbaik. Tapi bila aku semakin membesar, teknologi mula canggih. Kereta dan motor dominasi dunia ini, BECA semakin dipinggirkan. Hanya penarik beca Melaka dan mungkin Penang yang beruntung.
Aku meneruskan perjalanan ke Pekan Rabu. Naik jejantas. Turun jejantas. Wow.....Meriah. Dalam bangunan Pekan Rabu, suasana meriah. Dapat lihat, keseronokan sebenar warga Malaysia di sana. Tidak ada mereka yang membeli - belah di pusat - pusat membeli - belah yang besar. Muka masing - masing berlagak macam nak mampus. Di sini, muka yang normal. Seronok melihat. Anak kecil meminta itu meminta ini. Si ayah melayan sambil meminta harga dikurangkan. Si ibu sibuk mencari tudung, membeli serunding, membeli dodol, membeli kuih - muih yang telah siap dengan harga yang menarik dan murah. Aku suka datang ke sini. Melihat kegigihan peniaga - peniaga kecil mencari sesuap nasi. Walaupun ada yang kaki menipu, tapi masih ramai di dalam sana yang jujur. Mak aku, abang aku, kakak ipar aku, kawan - kawan aku di KL, semuanya kalau tau aku berkunjung di Pekan Rabu mesti mintak kirim macam - macam. Jadi buat sesiapa yang berkunjung mai ke Alor Setar tak singgah Pekan Rabu, rugi oiii...tapi ingat...kena mai dengan orang tempatan. Hehehe.
Kat Aloq Setar, yang seronok tu, semua benda murah. Dulu aku ingat, aku nak buat wiring lampu kat KL. Jumlah semua RM 400.00. Pi sana iaitu Aloq Setaq, baru RM 100.00. Pehh gila murah. Hangpa kalau terdatang sini, air cond rosak ka apa, mai kedai Apek ini. Hangpa lalu depan Restoran Bunga Tanjung, Seberang Perak, tanya orang keliling, mana kedai Apek Teik. Tobat depa tunjuk depan tu. Aku suka pegi kedai tu. Depa cakap bahasa loghat Hokkien. Lain sangat. Tak sama dengan Kantonis. Tapi tu la unik kat area tu. Harga ok,
servis ok, layanan baguih. Takdak la sombong. Pastu bukan kaki cong, tipu, kelentong ka apa. Jujur. Aku dah pi banyak kedai wiring, yang ni yang baguih. Buat sementara waktu. Mana tau kan, esok - esok dia mula nak menipu. Manusia boleh berubah. Dulu cina tak sokong Pakatan Rakyat, sekarang dah sokong. Dulu Kedah susah nak tumbang kat tangan PAS, sekarang dah tumbang. Haishh manusia kan. Boleh berubah. Kalau dulu kita tak sangka Hassan Ali tu jahat, sekarang sah jahat. Kebuloq kuasa. Standard. Manusia ini ciptaan Allah. Dia boleh menukar perangai individu manusia. Kita harus berdoa agar sentiasa berubah kearah yang lebih baik. Aminnn.
Masuk raya ketiga. Aku mula buat aktiviti sendiri. Tertarik dengan pembongkaran sejarah oleh mereka yang berkenaan iaitu blogger Sejarah Nagara Kedah, aku mula mencari makam - makam yang ada di sekitar Alor Setar dan kawasan dekat dengan rumah tok aku. Makam yang aku nak cari sangat, Makam Khun Warawangsa atau nama sebenarnya Putera Jalil Yaacob Shah @ Raja Jalil Putera. Nama yang disebut dalam manuskrip yang telah dipulangkan oleh British kepada kita pada tahun 2001. Manuskrip yang bernama Undang - undang Kedah. Aku menjadi ingin tahu sangat sebab semua bukti yang dikemukakan masuk akal dan logik. Jadi aku mula menjadi pengikut setia blog tersebut. Aku tidak pernah percaya Melaka itu wujud. Kesultanan Melaka itu wujud. Mudah tumbang. Melayu perang pakai keris. 460 tahun kena jajah. Ini semua tipu. Malaysia mula dijajah secara total adalah pada tahun 1876. Jika dikira dari tahun tersebut, baru 82 tahun kita dijajah. Sejarah kita banyak sangat penipunya. Sudah tiba masanya kita ubah. Tapi boleh ke? Majoriti raja - raja kat Malaysia ini dilantik. Kalau ubah sejarah maknanya kita derhaka....hahaha patutlah raja - raja kita ni jadi penakut. Sebab semua kena lantik dengan Thai dan British. Batu nisan yang hangpa tengok ni, pi tengok kat kubur Hang Jebat, kubur raja kat Johor, Perak, Kedah, semua sama. Apa kaitannya? Jeng Jeng...misteri...misteri..takpa aku letak la sebahagian kecil dari gambar - gambar yang aku snap di kawasan tersebut. Kawasan tersebut di Mahkamah Lama Kedah.
Pumintharaja @ Nang Che Puan Kemuning
salah satu kawasan perkuburan yang menyimpan sebahagian daripada ribuan tahun kerajaan Negara kita.
Hari jumaat, hari terakhir aku di bumi Kedah. Aku mula jalan - jalan di kawasan kampung. Tempat yang aku teringin nak pegi adalah Padang Terap, Kuala Nerang. Aku suka pergi kawasan kampung. Bila aku pergi kawasan macam ini, aku rasa cukup dekat diri aku. Masyarakat kampung cukup istimewa buat aku. Setiap kali melihat masyarakat kampung ditipu oleh BN, hati aku mendidih. Mentang - mentang depa takdak internet, hangpa tipu depa bulat - bulat. Ishhh tak boleh lari la dari politik. BN ni macam virus HIV...jahat macam HARAM!! Okaylah, tempat yang aku nak pergi namanya Pusat Ihya Us Sunnah. Dibawah seliaan ustaz Zuhdi. Pusat ini tempat remaja yang bermasalah, anak - anak yatim. Aku suka tempat ini dan usaha Ustaz ini. Dalam kita sibuk dengan dunia politik, kata orang itu tak betol, kata orang ini salah, ada sebahagian daripada masyarakat kita ini yang mengambil inisiatif untuk memberi perhatian kepada mereka yang terbiar ini. Melihat kawasan persekitaran aku sedih dan hampir menitiskan air mata. Pusat ini dibangunkan dengan hasil kutipan derma dan kawalan selia yang teramat terbatas. Ohh Yaa, pusat ini juga menjaga kebajikan orang - orang tua yang tiada waris. Contohnya orang tua yang tidak berkahwin, yang tidak ada saudara - mara. Aku salute kepada Ustaz Zuhdi.
Sebahagian kawasan sekitar Pusat tersebut.
Hari raya tahun ini cukup berlainan buat aku. Pengalaman yang cukup indah. Mencari erti sebenar kehidupan dengan berjalan - jalan di kawasan sekitar. Membuat apa yang menjadi hobi aku. Ahhh tahun ini akan aku ingati. Moga Allah panjangkan umur ku tahun depan. Berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal...Ameen ya Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.