Jumaat, 4 September 2009

Penganjur Demo Kuil, Ditolak Penduduk Tempatan

Persatuan Penduduk Seksyen 23 Shah Alam menggesa agar kontroversi pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke kawasan mereka diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan anasir politik yang berkepentingan.

"Kita sudah lama hidup aman damai di sini. Kita tidak mahu ada yang rosakkan perpaduan sesama kita," kata pengerusinya Zainudin Md Yusuff.

"Minta (semua pihak) hindarkan anasir politik. Jangan libatkan anasir politik," katanya ketika ditemui Malaysiakini semalam.

Beliau mengulas bantahan sekumpulan penduduk dan NGO Melayu yang menentang pembinaan kuil di kawasan tersebut.

Kumpulan itu juga mengarak kepala lembu dalam demonstrasi di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK ) Selangor, Shah Alam pada Jumaat lalu.

Ketika ditemui di kediamannya hari ini, Zainudin, 69, meminta penduduk setempat memberikan kerjasama dan menyatakan pendirian mereka melalui saluran yang disediakan.

"Minta semua buat kerja masing-masing. Kalau esok (majlis) bandaraya panggil, kita pergi. Beritahu pendirian kita. Kalau hendak (kuil), kata ya. Kalau tak hendak, kata tidak.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yang mangkuk - mangkuk bawak kepala lembu ni sapa ya??

Penduduk setempat pun tak suka tindakan korang..

Wei sebelum korang mandi darah dengan org Hindu...jangan kepala berjahit dengan penduduk setempat.

Korang ni pengacau betul la..

Pegi gesa kerajaan pusat tutup kilang carlsberg di Shah Alam dan tepi Federal Highway sebelum terpekik terlolong TAKE BEER!!

Woi TOTOK UMNO dan konco - konconya...otak hangpa kat mana??

Dah pecah tembelang...jangan lupa pegi sorok muka dalam lubang jamban!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.