Sabtu, 31 Oktober 2009

Dari Stadium Ke Jambatan (4)

Hari ini selain daripada kematian 3 orang kanak - kanak akibat runtuhan jambatan gantung di Kampar, Perak. Kita sekali lagi dikejutkan dengan kematian ayah kepada N Diva Dene yang terkorban kerana runtuhan tersebut juga mati kerana terlalu sedih dengan kematiannya anak itu. Nathan ayah kepada N Diva Dene mati akibat tak nak makan dan minum sebab sedih kerana kematian anak kesayangannya itu.

Percayakah kita siasatan ini akan selesai?

Tidak...tidak sama sekali.

Stadium runtuh hingga ke saat ini kontraktor yang membina stadium tersebut tidak dihukum.

Inikan pula jambatan yang tidak mempunyai simbol negara sangat....siapa kontraktor yang membina jambatan tersebut.

Siasatan yang mengambil masa sampai minggu depan...lepas tu senyap.

Tak percaya tengoklah di suratkhabar, television, blog - blog juak Umno yang hanya menjadi lidah penyambung media perdana yang sedia ada.

Sure minggu depan berita pasal ini makin kurang dan makin kurang. Lepas itu senyap.

KUGAN, VK LINGAM, ALTANTUYA ISU BAGAIMANA BOM C4 BOLEH DIKELUARKAN.

Semuanya senyap kerana semuanya berkaitan dengan Umno.

Kalau tak nampak lagi...tak tau la...

Jumaat, 30 Oktober 2009

Terima Kasih..

Terima kasih Najib, Ezam, dan kepada sesiapa yang merancang beberapa ADUN PKR keluar parti.

Aku berterima kasih sebab biar bersih sikit parti ni dari barua - barua Umno dan anasir - anasir yang tidak sihat dalam parti tersebut.

Aku tahu ini merupakan tindak balas Umno kerana mereka berdendam dengan tindakan TG Nik Aziz memaksa diadakan EGM untuk memastikan PAS bebas dari pengaruh Umno.

Apa pun,

Dengan tindakan ini aku yakin dan InsyaAllah...sokongan rakyat akan bertambah kuat. Ya mereka fikir dengan tindakan seperti ini akan meranapkan pengaruh Pakatan Rakyat...tetapi..

Lupakah mereka dengan melompatnya Adun - adun yang bermasalah ini sokongan rakyat akan bertambah kuat??

Silakan...tolonglah...buatlah lagi..

Permatang Pasir satu pengajaran kepada Umno...jangan buat - buat lupa.

Oh ya kepada anasir - anasir Umno tahniah la...dahsyat kerja kamu semua. Silap - silap Tuhan pun korang nak beli.

Buat yang keluar Adun Perlabuhan Kelang...selamat percaya fitnah...

Khamis, 29 Oktober 2009

Marah TG Nik Aziz Marah Seorang Ayah

Saya masih ingat bagaimana pedihnya hati apabila dimarahi oleh Allahyarham ayahanda tercinta saya. Ketika dimarahi perasaan memberontak cukup tinggi. Bisikan syaitan untuk menderhaka kepada beliau cukup tinggi. Namun berjaya dibendung.

Sehinggalah saya berjaya dalam hidup dan kehilangan beliau yang pergi mengadap Pencipta kita semua, barulah saya sedari..setiap teguran dan marah beliau terhadap saya adalah untuk membimbing saya kearah menjadi manusia yang taat kepada Pencipta (walaupun ya saya akui saya tetap melakukan kesilapan), jangan sakiti hati orang lain, sentiasa berlaku adil.

Kepada pimpinan PAS yang terasa pedih dengan teguran TG Nik Aziz berlapang dadalah kalian semua. Teguran TG Nik Aziz adalah untuk memastikan PAS senantiasa berada di landasan yang sebenar. Mahu melihat PAS menjadi satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat yang menjadi lindungan kepada rakan - rakan PKR dan DAP.

Beliau mahu PAS menjadi sebagaimana tentera - tentera Muslim terdahulu yang membela rakan - rakan mereka.

Hassan Ali...sedarilah, TG Nik Aziz tidak mahu anda membuat sebarang keputusan secara sendirian. TG Nik Aziz mahu anda membuat keputusan dalam satu pasukan. Ya niat anda baik untuk memastikan arak tidak dijual di premis - premis yang menjadi majoriti Muslim tapi sebelum membuat sebarang arahan hendaklah berbincang bersama MB Tan Sri Khalid. Bukankah Tan Sri Khalid ketua anda di Selangor?

Mustafa Ali...anggaplah kritikan TG Nik Aziz adalah semata - mata mahu anda jangan terpengaruh dengan hasutan Zionis Umno. Mahu anda kembali kepada perjuangan mahu membenamkan Umno di Malaysia. Bukankah anda juga pernah melihat bagaimana Umno menjahanamkan Terengganu dengan menarik kembali royalti minyak??

Buat Presiden PAS yang dihormati...saya salute...Salute kerana sebagai anak muda yang sering turun ke jalanraya selalu melihat wajah TG Haji Hadi berada bersama - sama puluhan ribu rakyat berarak. Tapi janganlah terlalu berdiam diri sangat. Anda sebagai Presiden. Anda sebagai ketua kepada PAS. Bertegaslah dengan ahli - ahli yang mahu menghancurkan PAS kerana termakan hasutan Umno. Jika di Terengganu TG Haji Hadi boleh berkeras dalam memerintah sehingga menyebabkan Terengganu terlepas ke tangan Umno semula, kenapa dengan mereka yang bermasalah ini TG Haji Hadi berdiam diri??

Khas kepada mereka yang marah kepada TG Nik Aziz...CERMIN MUKA!! CERMIN MUKA!! CERMIN MUKA!! Kamu semua tidak pernah merasa peritnya menjadi mangsa kezaliman dan penindasan Umno terhadap beliau dan rakyat Kelantan. Penulis picisan yang tidak pernah kena penindasan teruk dari Umno...cuci mulut mu dengan air bersih dan basuh jari - jari mu dengan air sabun yang bagus kerana mulut dan jarimu berbau longkang!!

VIVA PAS...VIVA PAKATAN RAKYAT!!

Rabu, 28 Oktober 2009

Dari Stadium Ke Jambatan (3)

Rakyat sering dimangsakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap ini. Siapa mereka ini? Umno dan Barisan Nasional.

Ketika rakyat Malaysia terus bersedih dengan kehilangan 1 nyawa dan 2 lagi yang masih hilang, media terus memainkan isu jambatan itu runtuh kerana murid - murid di sekolah tersebut melompat - lompat di jambatan tersebut dan alasan yang paling bangsat diberi...jambatan baru dibina tidak sampai dua minggu. Pertama kali aku dengar benda yang dah siap dua minggu tak cukup kuat untuk digunakan.

Kalau tau tak selamat kenapa bagi murid - murid pakai juga jambatan tersebut...bodoh..alasan paling bodoh!!

Selasa, 27 Oktober 2009

Dari Stadium Ke Jambatan (2)

Ketika stadium di Terengganu roboh dan runtuh kecoh sekampung. Jawatankuasa itu, jawatan kuasa ini akan ditubuhkan. Siasatan lanjutan bagaimana runtuhan ini berlaku akan disiasat. Kontraktor yang membina stadium ini akan disiasat.

Hingga ke saat ini.......HARAMMMMMM takdak

Ni pulak isu jambatan roboh...hilang dua orang nyawa kanak - kanak yang tidak berdosa. Sekali lagi

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selepas melawat tempat kejadian malam tadi turut mengarahkan siasatan terhadap aspek pembinaan jambatan berkenaan sama ada mengikut spesifikasi. BERNAMA

Confirm takkan ada apa - apa tindakan...percayalah!!

sampai bila...sampai bila..rakyat mahu dikorbankan atas nama kontraktor untung atas angin.

sampai bila budaya sub mahu diteruskan...

ini semua kerana terlalu banyak sangat rundingan terus maka diberikan kepada mereka yang tak bertanggungjawap dan berkelayakan...

haishhhhhhhhhh....

Dari Stadium ke Jambatan

Runtuh,
semuanya runtuh..apa lagi yang selamat buat rakyat. Punca runtuh akibat kecuaian pihak yang memberi tender kepada pihak kontraktor yang tidak ada membina bangunan mahupun jambatan.

Atas nama kroni maka semua struktur yang runtuh itu dibina. Kontraktor utama telah sub kepada kontraktor kecil. Kontraktor kecil yang terpaksa membayar harga mahal kerana umpama membeli projek tersebut dari kontraktor utama terpaksa mengurangkan mutu bahan binaan...hasilnya

Seorang pelajar perempuan mati lemas manakala dua lagi masih hilang sehingga pagi ini apabila jambatan gantung yang mereka lalui secara beramai-ramai untuk menyeberangi Sungai Kampar putus.Kejadian itu mengakibatkan 22 murid dihanyutkan air deras. Menurut The Star, 19 lagi murid ditemui selamat.Jambatan tersebut terletak di Pusat Kokurikulum Daerah Kampar dalam kawasan SK Kuala Dipang. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Yang paling teruk :

Dunia Ini Penuh Dengan Kekejaman

Dari Umno hingga ke Zionis, semua bangsat dan suka melakukan kezaliman kepada mereka yang dipaksa menjadi minoriti.

Di Malaysia Umno memaksa Cina dan India supaya ikut kata mereka. Menuduh mereka menutup peluang pekerjaan walhal kita yang Melayu ini dipaksa terus - menerus bergantung kepada "tongkat" yang tidak pernah wujud.

Di Palestin, Zionis memaksa rakyat Palestin menerima mereka sebagai pemerintah yang sah walaupun mereka datang menjajah bumi bertuah yang penuh dengan nilai sejarah.

Di Iraq, rakyat Iraq terpaksa melalui hari - hari duka akibat serangan kejam daripada Amerika Syarikat yang kononnya mencari senjata pemusnah walaupun tidak pernah jumpa.

Di Malaysia, sekali lagi..mat rempit yang terpengaruh dengan filem - filem yang berkisar mengenai perlumbaan dihalang daripada memuaskan nafsu mereka dengan tidak menyediakan tempat sewajarnya maka di seksa oleh mereka yang memakai uniform.

Di Switzerland, penindasan terhadap mereka yang menjadi minoriti juga berlaku. Bumi yang dianggap suci dari penindasan juga sebenarnya berlaku. Mereka sedang merancang untuk mengadakan satu referundum untuk menghalang sebarang pembinaan masjid baru di sana atas alasan itu merupakan kekuatann simbol Islam. aduh...ramai sungguh yang bersifat zalim dan sialan. Itu hanyalah simbol kenapa harus ditakuti dan dihalang.

Kenapa mereka yang menjadi minoriti yang tidak pernah cuba menganggu - gugat keselamatan majoriti sering dibuli.

Dunia ini sememangnya kejam. Kejam kerana dipenuhi oleh mereka yang berfikiran kolot dan bodoh. Sepatutnya hidup harus dipenuhi dengan kasih sayang. Jika tidak Allah tidak akan menjadikan umat manusia ini pelbagai bangsa untuk kita saling kenal - mengenal antara satu sama lain dan hidup secara harmoni. Segala masalah pendapat diselesaikan dengan cara berdialog. TAPI malangnya...malangnya wujud mereka yang suka kepada peperangan dan kekacauan atas nama membela sesuatu pendapat.

Islam tidak dibina atas PEDANG...dibina atas hujah. Perang yang terjadi akibat mereka yang kalah dengan hujah bertindak zalim dan kejam. Seksaan terhadap mereka di zaman jahilliah sudah lama maka atas nama mempertahankan diri terpaksa dilaksanakan.

Oh ya...ISLAM juga tidak dibina dengan ISA!!

Ahad, 25 Oktober 2009

TG Nik Aziz Dokongan Anak Muda

Siapa yang bersama TG Nik Aziz


Tokoh muda yang sering memuji Nik Aziz


Siapa mereka di belakang TG Nik Aziz


Ratusan ribu bersama TG Nik Aziz. Bersedia membela TG Nik Aziz. Kami bersatu tidak kira apa ideologi kerana tahu TG Nik Aziz memperjuangkan kebenaran tidak kira siapa pun.

Apa salah TG Nik Aziz yang mahukan EGM. PKR telah melaluinya kerana mahu memperkuatkan parti.

Hassan Ali...nafikan yang anda pernah berhubungan dengan Khir Toyo.

Nasharuddin nafikan anda pernah mengarahkan Ustaz Ahmad Awang bekerjasama dengan Umno.

Nafikan...sila nafikan.

Jika tidak...EGM harus dilakukan. Harus dan teramat harus.

Buat yang kata TG Nik Aziz Gelenyar dan nyanyuk khasnya Mohd Sayuti Omar.


Ingat wajah ini...ingat..yang menangis bagai nak rak untuk mempertahankan bumi Kelantan dari serangan Umno. Benteng terakhir umat manusia di Malaysia.

Kamu yang baru berjuang bersama "PAS" selamba bodoh mengkritik TG Nik Aziz...hahaha..penulis picisan..

Sabtu, 24 Oktober 2009

Umno Hijack Melayu

Melayu itu melayu. Siapa kata Melayu itu Umno dan Umno itu Melayu. Saya masih ingat ketika masih kanak - kanak, teringat kata - kata orang dulu - dulu Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Jika masuk Islam maknanya masuk Melayu. Cina jika masuk Islam umpama masuk Melayu, India jika masuk Islam dianggap masuk Melayu.

Semuanya di Melayukan. Walhal, jika di Xinjiang berpuluh juta umat Islam disana namun satu pun tiada yang menjadi Melayu. Begitu juga dengan Umno. Kelakar dan lawak apabila ada sebilangan blogger yang pro-Umno mengatakan Melayu itu Umno. Maknanya jika tak Umno maka dia bukan Melayu. Ermmm KIMMA kenapa tak dimasukkan dalam Umno sedangkan Reezal Marican, Azeez ketua putera Umno boleh dimelayukan.

Semua ini hanya untuk membodohkan orang Melayu di luar bandar. Umno perangainya serupa dengan Thailand. Bumi Thailand dahulu digelar Siam. Sehinggalah kedatangan Sukothai datang menjajah bumi Siam yang meliputi dari Ayuthia hingga kepulauan Borneo yang kebanyakkan makam - makam diraja mereka berada di bumi Malaysia khasnya di Kedah. Apabila penjajahan terancang ini dengan bantuan British dan pengkhianat kerajaan negara Kedah ini maka dengan tenangnya bumi Siam yang menyimpan pelbagai khazanah negara kita telah ditukar namanya kepada Thailand. Puak Sukothai mengatakan Siam itu Thai dan Thai itu Siam. Sebab itulah kenapa pergolakkan di selatan Thai tidak akan selesai kerana bagi mereka Siam adalah sebuah entiti yang berbeza dengan Thai. Tak percaya pergilah tanya mereka yang tinggal di Nakhon Si Tammarat. Jika kita kata mereka ini Thai nescaya dapatlah pelempang.

Maka Umno sama saja dengan perangai puak Sukothai. Merampas makna Melayu. Umno sememangnya perangai serupa penjajah. Tidak pernah mahu membenarkan orang Melayu mengetahui siapakah mereka yang sebenarnya. Disogok dengan sejarah tahyul kancil tendang anjing di bawah pokok Melaka, raja - raja ada kuasa Daulat supaya umat Islam yang berbangsa Melayu suka berkhayal, Hang Tuah hilang entah kemana padahal kuburnya ada di Acheh, Hang Jebat pengkhianat padahal terbunuh ketika menentang penjajahan Belanda di Kota Lukut dan masakan pengkhianat diberi kawasan makam yang besar.

Ini semua hanya untuk menjahanamkan minda orang Melayu. Membiarkan orang Melayu leka dengan khayalan yang tidak pernah wujud. Maka secara perlahan - lahan minda orang Melayu ditanamkan Umno itu Melayu. Akhirnya wujudlah sekelompok manusia yang mengatakan hanya Umno boleh membela Melayu. Walhal, Melayu yang menyokong Umno diakar - umbi tiada daya saing maka apabila gagal mula menyalahkan bangsa Cina.

Orang Melayu harus celik dan buka mata seluas - luasnya. Orang Melayu (dahulunya digelar Siam, Acheh, Minang, Jawa tapi malangnya bahasa dijadikan sebagai sebuah bangsa) merupakan satu kaum yang kuat. Kekuasaannya dari Ayuthia hingga ke kepulauan borneo. Tidak perlu Umno, tidak perlu DEB. Semuanya atas usaha mereka terdahulu.

Orang Melayu sengaja dibodohkan kononnya dijajah 400 tahun lamanya walhal penjajahan secara total bermula pada tahun 1821. Apabila ditipu sedemikian maka ditambahkannya lagi Melayu tak reti buat jarum oleh penulis upahan Thai dan British iaitu Munsyi Abdullah. Lalu Umno meneruskan langkah keji Thai dan British dengan sengaja membiarkan sejarah realiti ditenggelamkan dan sejarah fantasi ini diteruskan dengan harapan orang Melayu terus bergantung harap dengan Umno.

Terima kasih kepada mereka yang tidak pernah putus harapan untuk membuka mata orang Melayu. Membuka minda mereka bahawa mitos Umno itu Melayu hanyalah penipuan semata - mata. Dari blog pembongkaran sejarah sebenar Malaysia sehinggalah mereka yang mahu melihat bangsa Melayu itu benar - benar bangkit tanpa mitos - mitos tahyul ini.

Wajib setiap umat manusia mengenal sejarah mereka yang sebenar. Bangsa Arab kuat dan digeruni oleh Zionis kerana mereka kenal sejarah mereka. Bangsa Cina mampu kedepan kerana mereka tahu sedikit sebanyak sejarah realiti mereka. Orang Melayu yang selama ini tunduk kepada harus angkat kepalanya kembali jika faham sejarah realiti mereka.

Umno tidak pernah mahu membenarkan orang Melayu faham sejarah mereka yang sebenar kerana khuatir orang Melayu dapat berdikari sepenuhnya dari mereka. Sokongan yang mereka dapat selama ini akan hilang kerana khuatir orang Melayu sudah tahu temberang mereka. Mereka tidak rela melihat orang Melayu cerdik memikirkan siapa yang patut dinobatkan pemimpin mereka yang sebenarnya.

Jadi, jika Umno masih meniupkan slogan Umno itu Melayu dan Melayu itu Umno segera kita menolaknya. Kita harus angkat kepala dan terangkan kepada mereka "Hey, Melayu boleh berdikari dengan sendiri tanpa Umno!!".

Dan orang Melayu harus dan harus mengetahui sejarah sebenar supaya kita dapat menjadi sebuah kaum yang cukup toleransi dengan kaum yang lain sebagaimana sejarah realiti dahulu menerangkan betapa harmoninya hubungan antara kaum dahulu sehinggalah datangnya Thai dan British dan juga Belanda dan tak lupa gelombang kedua kedatangan Portugis memporak - perandakan hubungan dengan melagakan semua kaum dan perang saudara di bumi walaupun perang saudara ini tidak pernah diceritakan.

Jangan berhenti mencari kebenaran dan jangan takut bercakap benar. Bak kata pepatah orang Siam di Kedah

"QULIL HAQ WALAU KANA MURRON"

PAS..Sila Tanya Pengerusi KDEB

Saya sebenarnya malas nak masuk campur hal - hal parti - parti politik. Kecuali Umno. Sebab hal - hal Umno perlu diambil tahu kerana Umno perlu dikuburkan.

Saya ingin mengambil langkah seiring dengan TG Nik Aziz dalam hal mesyuarat Agung Khas PAS. Mesyuarat yang dikatakan untuk membersihkan anasir - anasir Umno dalam PAS.

Jika saudara - saudari baca tajuk saya berikan tentu tertanya - tanya apa kaitan Pengerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dengan PAS.

Hassan Ali ada mempunyai seorang adik yang bernama Baharuddin Ali. Terlibat aktif dalam dakwah dalam suatu jemaah yang besar di Sri Petaling. Baharuddin Ali juga merupakan seorang peguam syariah.

Baik, apa kaitannya dengan anasir Umno. Baharuddin Ali telah memporak-perandakan keluarga Pengerusi KDEB. Apa yang dia dah buat? Sebab itu saya suruh PAS tanya kepada Pengerusi KDEB yang bernama Dato Karim Munisar.

Saya dapat tahu cerita ini daripada seorang teman yang merupakan salah seorang ahli keluarga terdekat kepada isteri Dato Karim Munisar.

Baharuddin Ali jika mengikut cerita teman saya persis perangai Hassan Ali. Suka membuat onar di belakang. Gilakan kuasa walaupun telah dididik oleh ayahnya Haji Ali dengan didikan agama yang cukup tinggi.

Benar kata Raihan "Iman tak boleh diwarisi"

PAS..

Sudah - sudahlah percayakan kepada Hassan Ali. Jika adiknya juga perangai jahat semacam inikan pula abangnya.

TEPUK DADA TANYA SELERA...PAS SILA BERUBAH SEBELUM ANDA DIUBAH OLEH RAKYAT

JANGAN SAMPAI PERANGAI BURUK ADIK - BERADIK INI MEROSAKKAN PARTI ANDA.

JIKA ADIK BELIAU BOLEH MENGANGGU - GUAT KEHIDUPAN PENGERUSI KDEB
MANAKALA HASSAN ALI SUKA MENGANGGU - GUGAT KELANCARAN PEMERINTAHAN PR DI SELANGOR..

BUKA MATA...BUKA MATA...JANGAN TAK BUKA MATA...

CUKUP PELIK MACAM MANA MEREKA BERDUA BOLEH DIPERCAYAI WALHAL PERANGAI MEREKA TUHAN SAJA TAHU

Jumaat, 23 Oktober 2009

Lawak Belanjawan Najib

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dari BPR ke SPRM...

Rasuah tetap bermaharajalela...

Kalau perasuah boleh jadi wakil rakyat inikan pula tubuh mahkamah berbagai..

Tak musnah rasuah jika Umno masih wujud.

Sudah bertahun dengar...kes rasuah yang melibatkan para menteri senyap begitu saja.

Apa cerita Khir Toyo...takdak tindakan...bukan dia pun rasuah...

Sebab apa?? sebab dia Umno maka terlepaslah...

Belanjawan 2010..Sabah dan Sarawak Dipinggirkan

Benar,
jika diperhatikan secara mendalam kesemuanya hanya pembangunan di Semenanjung. Kemiskinan yang melampau berada di Sabah dan Sarawak.

Jika benar kerajaan 1Rosmah peka terhadap rakyatnya, mereka yang miskin sepatutnya dibantu secara lebih meluas.

Tiada...langsung tiada.

Rakyat sudah muak dengan janji - janji pembangunan yang kononnya mega...namun jarang sekali sampai ke kampung.

Rakyat mahu harga - harga barang yang pernah naik secara mendadak diturunkan, harga tambang teksi diturunkan, harga tambang bas sekolah direndahkan...

Apa guna dengan jika memaksa syarikat - syarikat swasta memperuntukkan sejumlah wang besar kepada 1Malaysia Development Berhad...sedangkan semua syarikat swasta ada tanggungjawap sosialnya sendiri...

Ini tidak lain...mahu sebat duit rakyat..itu sahaja.

Tanyalah BALKIS...medan bini Khir Toyo simpan duit..

Percayalah...dengan pembentangan Belanjawan yang nampak mega sebenarnya SIGNAL JELAS...HARGA MINYAK AKAN NAIK..

ALASAN...kerajaan terpaksa buat demikian kerana untuk rakyat...

HAHAHA...

JADI PERSOALAN YANG SAYA INGIN UTARAKAN...SUDAH 52 TAHUN MERDEKA...KENAPA MASIH ADA KAWASAN YANG MUNDUR MACAM ZAMAN PENJAJAH BRITISH DAN THAI....

BAGI 100 BELANJAWAN SEKALI PUN...KALAU TAK SAMPAI..TAK GUNA

Khamis, 22 Oktober 2009

Tian Chua Dihukum, Mereka Yang Memukul?



Mereka yang memukul tanpa sebab dilepaskan begitu sahaja.

Negara apakah ini?

Kita sudah masuk zaman firaun...yang kuat dilepaskan..

Yang teraniaya ditangkap dan diseksa..

Bayangkan kalau ini terjadi pada diri mereka yang masih tidak mahu berubah..

Selamat berfikir

Buat rakyat...teruskan berjuang

BN Pembunuh Rakyat Malaysia

Dari peristiwa Memali hinggalah ke kes mendiang Teoh...semuanya melibatkan pembunuhan.

Kenapa BN gemar dan menjadi hobi untuk membunuh rakyatnya sendiri?

Memali mereka cukup seronok melihat belasan rakyatnya sendiri dibunuh dan dalam masa yang sama menyeksa penduduk kampung tersebut.

Kes pembunuhan mendiang Kugan. Kenapa mereka gemar membela mereka yang terlibat membelasah mendiang dengan seganas - ganasnya.

Kes pembunuhan mendiang Teoh. Kenapa mereka gemar membela mereka yang terlibat dengan cara soal siasat yang kejam itu kepada mendiang.

BN tidak berminat membela keselamatan rakyat. Mereka hanya membina benteng keselamatan rakyat jika itu menguntungkan POKET mereka. Jika tidak....matilah kita!!

Orang Melayu...seronok ke kena tipu dengan Umno ni.

Selasa, 20 Oktober 2009

Syuhada Memali Akan Menjadi Ikutan Anak Muda



Syuhada Memali harus menjadi contoh pada semua anak muda Malaysia.

Berani dan berani dan terus berani.

Kita tidak takut kepada mereka yang cuba menggugut kita dengan kekerasan.

Kita akan terus berjuang.

Bn boleh susunkan puluhan ribu pihak berkuasa untuk menghalang kita.

Namun untuk kita berundur tidak sama sekali

BANGKITLAH HARIMAU - HARIMAU MALAYSIA...KEMANA KAMU SEKALIAN??

MALAYSIA MEMERLUKAN KITA...

BANGKIT DAN TERUSKAN PERJUANGAN KITA..

MEMALI...AKAN KU CONTOHI PERJUANGAN MU YANG TIDAK GENTAR APA UGUTAN SEKALI PUN

Oh Anak Muda, Bersedia Turun Ke Jalan Raya

Kerajaan tidak berhasrat memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana undang-undang itu masih relevan dan terpakai dalam suasana keselamatan dan ketenteraman awam semasa negara, kata Hishammuddin Hussein.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.

“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.

“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.

Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”

Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.
“Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.

“Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.

Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.

Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.

Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.

“Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.

p/s kenyataan keras dari bekas Mufti Perlis, Dr.MAZA

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Oh anak muda Malaysia,
Bersedia turun ke jalanraya sekali lagi,

Perjuangan ini masih panjang

Mereka akan tetap mempertahankan akta ini kerana ini boleh memanjangkan lagi hayat politik mereka.

Kita harus perjuangkan pemansuhan akta zalim ini hinggalah kerajaan mendengar tuntutan kita dan memastikan ianya dimansuhkan sepenuhnya.

Kita sudah bosan mendengar "kerajaan akan mengkaji akta ini".

BOSAN

BOSAN

BOSAN

Anak muda Malaysia...bersedialah..jalanraya memanggil kita..bangun dan terus bangun!!!


Isnin, 19 Oktober 2009

Apabila Si Bodoh Berbicara

Isu mengenai syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) turut dibangkitkan oleh perwakilan lain yang mendakwa pengaruh pembangkang telah menyerapi syarikat berkenaan.

Sebelum itu, wakil Wilayah Persekutuan, Yahaya Mat Ghani menggesa kerajaan supaya melakukan proses pemutihan terhadap GLC terbabit yang didakwa menyokong pembangkang.Katanya, proses pemutihan itu penting penting untuk memastikan sokongan terhadap kerajaan dan Umno.

sumber : Berita Hairan.

*******************************************

Makcik - makcik, kakak - kakak dan semua rakyat Malaysia.

Syarikat GLC milik kerajaan Malaysia. Bukan milik Umno.

Saya ulang sekali lagi. Syarikat GLC milik kerajaan Malaysia bukannya Umno.

Siapa yang miliki kerajaan Malaysia? RAKYAT!!

Siapa yang miliki kerajaan Malaysia? RAKYAT!!

Siapa yang miliki kerajaan Malaysia? RAKYAT!!

Mereka yang berbicara sedemikian adalah mereka yang bersifat Yahudi.
Mereka menipu orang Melayu dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Yang berkerja dalam syarikat GLC adalah rakyat Malaysia. Bukannya orang Umno, orang PAS, orang PKR atau DAP..rakyat Malaysia.

Teruskan menindas rakyat Malaysia wahai Yahya Mat Ghani. Sila meneruskan langkahmu yang mengeluarkan kenyataan yang bodoh. Supaya rakyat Malaysia yang bebas dari mana - mana parti politik dalam melihat kebodohan pimpinan Umno.

Najib Yang Sengal

IPOH, Oct 18 — Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told Perak folk today to accept that Barisan Nasional’s (BN) takeover of the state government earlier this year was done according to the law.

“We will not do anything against the provisions of the law. We will follow the rules."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ermm

Helo Najib...meh sini nak bagitau kat hang.

Ikut undang - undang apanya. Bila mahkamah kata Nizar MB Perak yang sah, hang suruh Zambry pi buat rayuan. Dia yang merangkap MB Bn punya rayuan tak sampai 24 jam dah boleh buat untuk halang Nizar jadi MB.

Tapi bila Nizar buat rayuan, ambil masa seminggu. Kat situ dah boleh nampak hang ni menipu.

Najib, rakyat Perak dah beri signal jelas kepada Bn. Bukit Gantang simbol penolakkan rampasan kuasa. Hangpa kalah teruk. Jadi sila bubarkan DUN Perak.

Dah, lagi kerap hang keluarkan kenyataan lagi meluat rakyat dekat hang.

Awat? Menang di Bagan Pinang nak kata hangpa dah kuat balik?

Minta maaf la...baru menang sekali kecoh satu kampung.

Oh ya...Bila nak buat operasi menculik wakil rakyat PKR lagi....senang sikit. Cepat sikit Bn tergolek.

Rabu, 14 Oktober 2009

Khairy Jamaluddin Meniti Hari - Hari Terakhir (2)

Pemuda Umno hari ini berikrar akan sedaya-upaya menghalang kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang disifatkan sebagai "sesumpah lidah bercabang", menjejakkan kakinya di pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khairy Jamaluddin begitu terdesak mahu dilihat bersama - sama dengan kem Najib. Serangan oleh pemuda - pemuda Umno yang dipimpin oleh beliau terhadap Anwar akan makan diri mereka.

Lagi kerap Anwar diserang maka kuatlah pengaruh beliau. Insan yang bernama Anwar Ibrahim lagi kerap diserang lagi popularlah beliau.

Khairy setiap kali menyentuh peribadi DSAI secara agresif taktik itu akan memakan dirinya sendiri. Beliau begitu tertekan kerana dilihat tidak berguna kepada Umno di mata Najib. Najib pasti akan membuang Khairy suatu hari nanti.

Maka untuk dilihat tidak berseteru dengan Najib maka sekali lagi tiupan anti - Anwar ditiupkan.

Terima kasih KJ kerana mempopularkan DSAI sekali lagi.

Oh Ya KJ, siapkan dirimu untuk ditinggalkan secara perlahan - lahan oleh Najib

Si Penipu Yang Menjual Agama

"Insya-Allah, dengan melakukan hijrah jiwa ini, yang akan terpancar daripada diri peribadi para pejuang Umno ialah sifat-sifat terpuji seperti yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

"Para pejuang kita akan sentiasa berani menyatakan kebenaran (siddīq), bukan dusta, sentiasa amanah bukan curang, sentiasa menyampaikan seruan kebenaran , bukan menyembunyikannya, dan sentiasa berfikiran cerdas, bukan dungu," katanya.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~







Adakah ini yang diajar oleh Rasulullah s.a.w wahai Muhyiddin..

Menipu, rasuah, naikkan harga barang itu adakah sifat terpuji Rasulullah s.a.w?

Siddiq bercakap benar, tapi kamu?

Jangan jual agama wahai Muhyiddin...keji perangai macam tu

Selasa, 13 Oktober 2009

Khairy Jamaluddin Meniti Hari - Hari Terakhir

Apa signifikannya pilihanraya kecil Bagan Pinang yang dimenangi oleh Isa Samad kepada KJ. Tentu kita kata takda dan ada yang kata ada. Bagi saya ada. Kesannya tentu terasa.

KJ sekarang ini dilihat sudah tidak berguna kepada Umno. Suaranya semakin sepi dan akan terus sepi selama - lamanya. Jika dahulu ketika bapa mertuanya masih ada, suara dialah yang paling nyaring kedengarang. Beruk, monyet semua akan keluar. Benar ada yang kata, kerja - kerja ganas yang dilakukan oleh pemuda Umno adalah atas arahan beliau. Namun bagi saya, jika itulah hanya kerja KJ alamat tanda - tanda awal kemunduran akal pemikiran beliau yang datang dari Oxford akan hilang tidak lama lagi.

Sebagai ketua pemuda beliau patut tampil memberi idea yang lebih yakin untuk menarik kembali sokongan anak muda Malaysia kepada Umno. Bagan Pinang bukan Umno yang menang. Isa Samad yang menang (Pakatan Rakyat jangan terima alasan ini, kalau terima juga ermmm selamat membangkang seumur hidup).

Terus terang saya katakan, KJ pasti terasa dengan langkah - langkah yang diambil Najib untuk mengnyahkan orang - orang beliau di persada politik Umno.

Tapi atas sebab TAKUT hilang kuasa dan wang....beliau tidak berani menyatakan bantahan terbuka kepada Najib. Jika Mukhriz berani melawan bapa mertua KJ, inikan KJ yang "gagah berani". Takkan tak berani kot.

Entahlah, KJ semakin sepi dari arus politik Malaysia.

KJ...Sayonara...

Mana PEKIDA, PEWARIS dan PERKASA

KHAIRY DEFENDS NAJIB’S BUMI EQUITY ABOLITION POLICY – malaysian insider

In a sign that the Malays may be worried over i Najib Razak’s liberal policies, Umno leaders are moving to explain that such policies will not abandon them.One such example can be seen in today’s event, where Umno Youth chief Khairy Jamaluddin (picture), speaking before Malay entrepreneurs, defended Najib's move to abolish the compulsory 30 per cent Malay ownership in businesses.Khairy said the decision was made after studies showed that the policy could no longer achieve its objective of building a new generation of Malay businesses and that it had to go to maintain the country's global economic competitiveness.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mana dia kumpulan yang benar - benar mahu membela orang Melayu?

Mana dia?

Ayahanda - ayahanda PEKIDA semua, dimana anda semua? Kemana suara garang kamu semua? Apakah melayu bermakna Umno atau Melayu itu Melayu? Mana pergi slogan AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR?

Pewaris? Dimana kamu semua? Dimana suara - suara gagah kononnya mahu membela orang Melayu? Kamu mahu membela Melayu Umno atau Melayu yang ada di kampung - kampung?

PERKASA? Ahhhhhhh...jual katak la korang. hahahahahaha

Isnin, 12 Oktober 2009

Jangan Disalahkan Pengundi Bagan Pinang

Kekalahan pertama dalam siri pilihanraya kecil Malaysia yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat mungkin agak pedih bagi sesetengah pihak. Ada juga yang menganggap kekalahan ini satu hikmah. Hikmah yang mampu membuatkan sesetengah pihak yang beria mahu bekerjasama dengan Umno, perbalahan sesama sendiri, tidak menaikkan martabat mereka yang sebenarnya dapat merenung nasib mereka sekarang ini.

Pakatan Rakyat terlalu selesa dengan kemenangan demi kemenangan yang berada acapkali perolehi. Sehinggakan ada yang merasakan rakyat sudah 100% berada di sisi mereka. Rakyat Malaysia tidak bodoh. Sudah berapa lama mereka membiarkan Zionis Bn memerintah namun mereka telah berjaya menghumban mereka ke lembah hina pada 8 Mac 2008.

1998 - 2001 merupakan tahun kebangkitan rakyat namun BN tetap juga gagal ditumbangkan malah majoriti 2/3 juga gagal dicantas. Walaupun kebangkitan pakatan pembangkang di beberapa kerusi parlimen, rakyat Malaysia tetap tidak berani memberi harapan yang menggunung kepada pembangkang. Sehinggalah kesombongan sebuah parti tertua di Malaysia yang membawa kepada pepecahan Barisan Alternatif, rakyat Malaysia menghukum pembangkang dengan hampir - hampir saja pembangkang kalah teruk.

Tahun 2008 merupakan kebangkitan mega buat pembangkang. Dari utara hingga selatan, pembangkang menunjukkan kekuatannya. Kedah, Pulau Pinang, Perak , dan Selangor dapat dirampas dari tangan Bn. Rakyat menangis kegembiraan melihat regim yang selama ini angkuh dan zalim hampir tersungkur di lantai. Rakyat menunggu dengan tabah, menanti satu pakatan baru yang kukuh dapat memberikan satu alternatif pemerintahan yang lebih menyakinkan.

Antara isu - isu yang mampu menyebabkan Bn tersungkur di beberapa negeri hanyalah satu. Jika poket rakyat terganggu atau sengaja diganggu maka bersiap - sedialah dan nantikanlah gelombang baru untuk membelasah mereka yang menyebabkan pintu rezeki mereka terganggu.

Hulurkanlah isu - isu penting. Rasuah, penyelewangan kuasa, kezaliman, perkauman apa sahaja, jika hak mereka secara mutlak dan pintu mereka tidak diganggu jangan harap sesuatu regim itu dapat ditumbangkan. LDP ditumbangkan oleh rakyat Jepun bukan semata - mata isu rasuah atau penyelewangan kuasa. Isunya adalah kerana keadaan ekonomi Jepun yang semakin lama semakin tenat dan ini sudah pasti menaikkan kemarahan rakyat Jepun dan mula mencari alternatif lain. Maka muncullah DPJ yang membicarakan soal bagaimana bobroknya pemimpin LDP dalam menangani isu ekonomi. Mereka tampil dengan suatu dasar ekonomi baru yang akhirnya mendapat perhatian rakyat. Apabila perhatian rakyat kearah mereka, barulah mereka mula menyelitkan isu kezaliman atau secara lebih tepat penyelewangan kuasa oleh pimpinan LDP. Maka LDP secara total tumbang di Jepun.

Begitu juga di Malaysia. Apabila isu kenaikkan harga minyak dimainkan, koridor sana sini dilekehkan, kos sara hidup semakin meningkat, barang keperluan semakin meningkat rakyat mula menunjukan minat kepada Pakatan Rakyat. Apabila PAS, KeADILan dan DAP tampil dengan suatu dasar ekonomi masing - masing, rakyat tak kira Melayu, Cina dan India secara bangga menyatakan sokongan kepada mereka. Apabila sokongan mulai diterima, maka isu - isu kezaliman seperti ISA, perkauman, rumah setinggan yang secara paksa diroboh akhirnya juga mendapat perhatian. Hasilnya? Bn kalah beberapa negeri.

Bagan Pinang Pakatan Rakyat gagal menerangkan isu - isu sebegini. Malah isu - isu seperti Kugan, Teoh, kepala lembu kalau ikut kata beberapa sumber tidak dimainkan dengan baik. Isu harga minyak naik gagal mendapat perhatian. RON 95 yang dijanjikan RM 1.75 namun dinaikkan RM 1.80 tidak mendapat perhatian. Tambang bas sekolah, teksi yang dinaikkan juga tidak dimainkan. Jika dulu DSAI muncul di pentas ceramah, antara janji beliau, menang Malaysia turun harga minyak. Sekarang di Bagan Pinang isu seperti ini lesu.

Ya, rasuah adalah suatu jenayah. Namun inilah Malaysia dan bukan sahaja Malaysia silap - silap satu dunia juga begitu. Isu ekonomi lebih dekat dengan kita. Isu mereka yang tertindas teruk di bawah sesuatu regim dekat dengan kita. Rasulullah s.a.w mendekati hamba abdi yang teruk ditindas. Apabila mereka mula dekat dengan Baginda s.a.w barulah Baginda s.a.w menyebarkan dakwahnya. Sesuai dengan keadaan itu. Malaysia, isu sekarang adalah isu ekonomi. Saya ulangi, ISU EKONOMI. Jika kita gagal menyakinkan mereka yang kita bersungguh menyelamatkan ekonomi kita jangan haraplah mereka akan mendekati kita. Contoh di Bagan Pinang. Mana mungkin selama ini PR yang menikmati undi kaum bukan Melayu dengan begitu cemerlang akhirnya kalah di semua peti undi yang melibatkan kaum tersebut. Kerana apa? Kerana isu yang dekat dengan mereka gagal dimainkan dengan baik. Jangan nafikan.

Saya hanyalah anak muda yang biasa sahaja. Yang hanya tahu berseronok sahaja. Tapi saya dan teman - teman juga mengambil tahu isu yang melibatkan negara. Tapi apabila kami sendiri turun ke sana, melihat jentera penerangan yang agak kurang menerangkan isu - isu seperti yang saya terangkan, kekalahan dapat dirasakan. Saya bukannya cerdik pandai politik. Tapi orang bukan cerdik pandai inilah yang lebih dekat dengan masyarakat daripada mereka yang hanya tahu berforum, pergi melancong ke luar negara sana - sini. Tapi realitinya, satu habuk tidak difahami.

Kalah bukan bererti perjuangan sudah tamat. Kalah hanyalah untuk kita merenung diri kita balik. Apakah sudah cukup kita menaikkan taraf rakyat atau cuba sedaya - upaya menaikkan taraf hidup rakyat?

JIKA KITA TERUS BERUSAHA, PERCAYALAH DAN INSYAALLAH...PRU 13 BN TUMBANG SATU SEMENANJUNG!!

Jangan Gundah Gulana

Kepada semua pejuang rakyat,

Jangan anda semua gundah gulana ekoran kekalahan kita yang pertama ini.

Kita kalah kerana kita gagal memahamkan kepada masyarakat bahawa rasuah itu satu jenayah berat.

Kita gagal untuk memahamkan masyarakat rasuah akan menjadi kerjaya utama kepada setiap anak - anak muda yang berada di kawasan Bagan Pinang.

Tapi tak mengapa...kita kalah kerana kita menghadapi satu bala tentera yang besar.

Dari SPR hingga ke TV3.

Kita kalah dengan bermaruah.

Kita kalah dengan hanya mempunyai jentera tentera yang amat sedikit.

TAPI APAKAH KITA AKAN BERHENTI BERJUANG??

TAPI APAKAH KITA AKAN BERHENTI MENENTANG KEZALIMAN DAN KEMUNGKARAN??

TAPI APAKAH KITA AKAN BERHENTI MENEGAKKAN KEADILAN DAN KEBENARAN??

TIDAK!!

TIDAK SAMA SEKALI....

DENGAN KEKALAHAN INI, KITA HARUS BERSUMPAH PADA DIRI KITA SENDIRI UNTUK TERUS BERAZAM.

TERUS MEMPERKEMASKAN JENTERA SERANGAN KITA.

MEMPERKUATKAN PERPADUAN RAKYAT!!

TERIMALAH KEKALAHAN INI SEBAGAIMANA TENTERA ISLAM MENERIMA KEKALAHAN DI PERANG UHUD..

AYUH BANGKIT!!

TERUS BANGKIT!!

Ahad, 11 Oktober 2009

UMNO(PEKIDA) Ganas



Gambar Penyokong PAS kena baling batu dan berdarah

Sabtu, 10 Oktober 2009

Suasana Malam Terakhir Di Bagan Pinang

Ketika ini puluhan ribu penduduk Bagan Pinang membanjiri kawasan Batu 9.






DSAI Berucap

Rayuan Terakhir Buat Pengundi Bagan Pinang

Salam kepada semua pengungi Bagan Pinang,

Saya merayu kepada semua pengundi Bagan Pinang untuk membuat satu perubahan yang cukup bermakna dalam diri anda sekalian.

Jika anda menolak Isa Samad ini menunjukkan anda semua benci kepada orang yang melakukan rasuah namun berjaya dibersihkan oleh undang - undang parti sahaja bukannya undang - undang SPRM.

Jika anda memilih ISA Samad, bererti anda semua membenarkan kerjaya rasuah akan menjadi kerjaya wajib dalam diri anak - anak kalian. Jika mereka menjadi perasuah jangan dimarahi mereka, kerana anda semua yang membenarkan pemimpin yang rasuah menjadi wakil rakyat anda. Percayalah suatu hari nanti jika anda semua memarahi anak anda yang menjadi perasuah pasti mereka akan menyalahi anda kerana tidak mengajar mereka bahawa rasuah itu salah.

Saya merayu sebagai anak muda yang bebas dari mana - mana parti politik, merayu agar ISA Samad ditolak dan dicampak ke Laut China Selatan. Saya tidak mahu generasi akan datang melihat kerjaya perasuah dianggap bersih dan halal.

Undi ditangan anda semua, anda penentu masa depan politik Malaysia dan akhlak generasi yang akan datang.

PILIH PERASUAH BERMAKNA ANDA MEMBENARKAN RASUAH MENULAR DALAM KELUARGA ANDA SEMUA.

JANGAN UNDI BN..

UNDILAH PAS

Kehangatan Berkempen Semakin Memuncak





Kehangatan berkempen semakin memuncak.

Kehadiran mereka - mereka yang sememangnya dekat dengan perjuangan rakyat sememangnya menambahkan kehangatan berkempen.

Tian Chua dengan kempen rumah ke rumah.

Cikgu Bad dengan ceramahnya yang sering membuat orang ramai membuka mata.

TERUSKAN MENGGEMPUR KUBU KUAT BN INI

Jumaat, 9 Oktober 2009

Buek Sedaro Den Kek Bagan Pinang

ISA SAMAD Biadap

Sebentar tadi, ISA Samad telah menghina kaum perempuan dan mengatakan kata - kata lucah.

Dia mengatakan "Itu bulan (PAS) x baik, masa perempuan "bulan" datang, tak bole kacau."

Info ini saudara - saudari boleh sahkan daripada Elizabeth Wong.

Buat pengundi - pengundi kaum hawa di Bagan Pinang.

BUKALAH HATI MU..BUKALAH AKAL MU..

SUDAHLAH DIA NI KAKI RASUAH...SEKARANG JUGA SUDAH MENJADI JUARA MENGHINA KAUM HAWA...

JANGAN UNDI BN

Tingkatkan Serangan..DSAI Sudah Tiba

Dari info terkini yang diperolehi, DSAI telah kembali tiba di Malaysia.

Beliau dijangka akan terlibat secara langsung dalam peperangan ini pada petang ini.

Semua jentera PR naikkan semangat anda.

Pastikan Bagan Pinang kepunyaan kita.

Pastikan Bagan Pinang kepunyaan kita.

Sudah pasti Umno akan menggunakan taktik jahat dan gangster.

Pertingkatkan kawalan keselamatan.

Pertahankan diri masing - masing dan kawan - kawan yang lain jika diserang.

PEPERANGAN SEBENAR SUDAH BERMULA!!

Bank Rakyat Rasuah BN..BN Suka La



Eyyhhh...ni bukan rasuah...ni tandanya sumbangan ikhlas.

Tapi kalau pembangkang buat pula macam mana...INI JENAYAH..MEREKA INI HARUS DIHUMBAN KEDALAM PENJARA..

BUAT PENGUNDI BAGAN PINANG...BUKA HATI DAN PEMIKIRAN. BN MEMANG PARTI RASUAH. DARI ISA SAMAD SAMPAI KE PERDANA MENTERI.

JANGAN UNDI BN

Khamis, 8 Oktober 2009

Menyeru Kepada Semua Anak Muda Malaysia

Saya menyeru kepada semua pejuang - pejuang yang gagah berani di seluruh Malaysia. Turunlah beramai - ramai ke Bagan Pinang bagi memastikan samseng - samseng sial Umno ini tidak lagi berlaku ganas.

Pastikan mereka tidak dapat sesekali berbuat sedemikian.


Anak muda Malaysia yang gagah berani. Bangkitlah



Di mana kamu sekalian? Di mana harimau - harimau rakyat!!


Keluarlah kamu semua...kemarilah ke bumi Bagan Pinang!!

BUAT MAKCIK-MAKCIK dan PAKCIK-PAKCIK YANG PERCAYA KONONNYA AZEEZ YANG MENGAKU MELAYU CEDERA....SIAPA YANG LAGI GANAS..

PEKIDA...AKU BERDOA AGAR SEMUA AHLI KAMU SEMUA YANG BERPERANGAI SEPERTI SYAITAN DAN IBLIS AGAR ALLAH MEMPORAK - PERANDAKAN KEHIDUPAN ANDA SEMUA!!

Kuburkan Maruah Umno (2)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata memperoleh kemenangan adalah lebih penting bagi BN dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, daripada saiz majoriti kemenangan.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hari ini Najib sudah dapat merasakan majoriti BN akan turun mendadak.

Percayalah maruah mereka semakin menurun.

Mereka dengan jentera penerangan dari RTM hingga ke TV9...semuanya menyebelahi mereka.

Jabatan Perdana Menteri hingga ke Kementerian Belia dan Sukan menyebelahi mereka.

Mereka sepatutnya menang besar. Jika Pak Lah berjaya menaikkan majoriti ketika PRK di Ijok, takkan Najib gagal. Kalau GAGAL..bermakna...ini bermakna...Najib PM yang LEMBAB DAN LEmAH

Kejahatan ISA SAMAD Ketika Jadi MB (3)

Tan Sri Rashdan Baba adalah pengerusi Telekom dan anak jati Chembong, Rembau. Dia mahu Universiti Telekom dibina di kawasanperindustrian Chembong. Isa tak bagi dan berkeras mahu kan universiti itu dibina diNilai dimana banyak kepentingan hartanah dia bersama Dr Gan. Akhirnya, Universiti Telekom dipindahkan ke Bukit Bruang Melaka. Semua Negeri ada Universiti, NS habuk pun tak ada sebab Isa Samad.

Isa lebih pentingkan kroni dari membantu rakyat Negeri Sembilan.
Honda hendak bina manufacturing plantnya diChembong sebab dekat dengan Highway S’ban-KL. Isa mahu kilang tersebut dibina diNilai juga. Akhirnya, Honda cabut dan bina kilang tersebut di Alor Gajah, Melaka.
Inilah antara dosa Isa Samad, kaki rasuah yang lebih mementingkan duit rasuahnya dengan Dr Gan dari kepentingan rakyat NS.

Sumber : PerakExpress

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kepada pengundi Bagan Pinang. Renung dan buka pemikiran kalian semua.

Sudah banyak kali Isa Samad menjahanamkan ekonomi Negeri Sembilan.

Berapa banyak bangunan terbengkalai yang ada di Seremban dan di Port Dickson?

Dia bukan calon terbaik. Dia bukan pembela rakyat.

Dia calon yang ada jenayah rasuah. Hanya dibersihkan oleh undang - undang parti. Undang - undang negara tidak dilaksanakan kepada beliau.

JANGAN UNDI BN!!

Suasana Ijok Mula Berlaku (3)

Saya sudah memberi amaran kepada semua petugas PR di tulisan yang lalu. Semua petugas PR akan diganggu - gugat sehingga membahayakan nyawa.



Lihat gambar - gambar petugas PR yang telah dipukul oleh mereka yang berjumlah 100 orang.


Sekali lagi saya memberi amaran kepada semua petugas PR. Jika mahu kemana - mana hatta mahu pergi ke kedai membeli rokok. Jangan berseorangan. Jalan dalam berkumpulan.

PERCAYA ATAU TIDAK....MEREKA AKAN MENCEDERAKAN LEBIH TERUK PETUGAS KITA PADA MALAM TERAKHIR SEBELUM BERKEMPEN.

KEPADA PEKIDA YANG MENJALANKAN AKTIVITI GANGSTER DAN SAMSENG....HANGPA RAMAI HANGPA BERANI!!


Selasa, 6 Oktober 2009

Retak Yang Menanti Belah (2)

KUALA LUMPUR, Oct 6 — The MCA, MIC, Gerakan and even PPP have only themselves to blame for coming to a stage where Umno is thinking seriously of reducing their seat allocation in the next general elections.
These non-Malay political parties in the Barisan Nasional (BN) coalition are growing in irrelevance among the racial constituencies they once represented.
At a retreat of Umno divisional leaders last week, a common refrain heard was that Umno should be less generous in giving up Malay-majority seats to representatives of MCA, MIC, Gerakan and other component parties.

Sumber : TheMalaysianInsider

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat semua ahli MCA, MIC, Gerakan yang ada di kawasan Bagan Pinang. Renunglah..

Umno sebuah parti pembuli. Mereka rasa mereka kuat. Tapi mereka lupa punca kepada orang Cina, India tidak mengundi BN lagi kerana kerakusan pemimpin Umno menaikkan harga minyak dan harga barang.

Jika benar Umno kuat, kenapa mereka tidak boleh menang di Bukit Gantang, Manik Urai dan Permatang Pasir hatta Kuala Terengganu.

Mereka tidak pernah sedar segala kekalahan yang BN hadapi adalah disebabkan Umno yang lupa kepada rakyat.

Orang Melayu yang masih menyokong mereka hanyalah orang - orang tua yang tidak membaca blog - blog dan berita online. Majoriti anak muda Melayu menyokong penuh Pakatan Rakyat.

Justeru itu, saya menyeru kepada semua ahli MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Jika anda masih berani dan mempunyai akal fikiran.

JANGAN UNDI UMNO..AJAR MEREKA

Isnin, 5 Oktober 2009

Jika BN Menang Di Bagan Pinang Bersiap - Sedialah Wang Negara Akan Dibazirkan

Ya,

Jika BN menang kita rakyat Malaysia harus bersiap - sedia untuk melihat pembaziran tahap mega oleh kerajaan Zionis BN.

Najib mahu kita membina satu pasukan F1 yang dinamakan 1Malaysia. Tapi adakah kita semua sedar kos penyediaan dan penyelenggaraan satu pasukan F1 memakan jumlah yang teramat banyak. Berbillion - billion wang negara akan dihanguskan.

Ya, benar Jepun menghantar Nissan, Toyota dan Honda untuk menyertai perlumbaan F1. Tapi Jepun menghantar pasukan - pasukan itu ketika ekonomi tengah kuat. Lihat sekarang. Honda sendiri telah tarik diri dari perlumbaan F1. Nissan sendiri sudah tiada.

Kos penyelenggaraan teramat mahal. Di saat ekonomi negara sedang tenat, mereka masih mahu boros berbelanja.

Dan untuk menampung perbelanjaan mereka wang Petronas digunakan. Jika wang PETRONAS digunakan maka sudah pasti jika duit PETRONAS susut maka

HARGA MINYAK PASTI NAIK!!

UNDI BN BERERTI KITA MAHU HARGA MINYAK NAIK!!

Dari 1957 - 2009 BN Menipu Lagi

Sejak zaman merdeka, kerja utama BN adalah untuk menipu rakyat. Rakyat disogok dengan mengatakan hanya BN mampu memerintah negara. Hanya BN mampu menaikkan ekonomi negara. Orang Melayu harus taat kepada BN.

Namun jika diperhalusi satu demi satu sogokon mereka, ternyata ianya hanyalah satu omongan kosong. Sewaktu BN memerintah Selangor selama 50 tahun, pernah atau tidak rakyat Selangor dapat merasakan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu? Sewaktu BN memerintah Pulau Pinang KOMTAR hampir lumpuh namun dinaikkan kembali oleh Pakatan Rakyat. Sewaktu Khir Toyo memerintah usaha untuk mengalihkan kuil di seksyen 19 tidak pernah berjalan namun di bawah Tan Sri Khalid usaha itu telah berjaya digerakkan. Isu kampung Buah Pala sewaktu pemerintahan Koh Tsu Koon, tanah itu sudah awal - awal dijual kepada pemaju. Di bawah pemerintahan BN, Kampung Tanjung Tokong iaitu kampung orang Melayu hampir sama sekali musnah.

Kerja orang - orang BN hanyalah untuk menipu rakyat. Berpuluh tahun kita ditipu. Apakah kita masih mahu tertipu?

Pengundi Bagan Pinang harus berani memberi signal jelas kepada BN, cukup sudah anda menipu kami. Kami tidak mahu menerima lagi pemimpin rasuah. Ya benar penjenayah harus diberi peluang kedua. Kami masih lagi tidak menganggap ISA SAMAD bebas dari kesalahan selagi mana SPRM tidak menghukum beliau.

JANGAN TIPU KAMI...KAMI AKAN HUMBANG BN KE LAUT SELAT MELAKA!!


p/s berikan mesej jelas ini kepada BN

Kuburkan Maruah Umno

Menyeru kepada semua jentera Pakatan Rakyat.

Kami rakyat Malaysia bergantung harap pada anda semua.

Pastikan pengundi Bagan Pinang membuat keputusan yang tepat.

Pastikan jika Umno menang sekali pun, pastikan majoriti mereka menurun dengan mendadak.

Jika majoriti mereka turun mendadak, sudah pasti maruah mereka dapat kita kuburkan, kerana apa? Kerana dengan semua jentera kerajaan dan media perdana menolong mereka secara besar - besaran. Jika turun, sudah pasti maruah mereka terkubur. Mereka pasti malu. Hatta Barack Obama menolong mereka sekali pun jika majoriti jatuh teruk, kemenangan itu tidak bermakna.




KUBURKAN MARUAH UMNO!!

Kejahatan ISA SAMAD Ketika Jadi MB (2)

Harapan 500 peneroka Felda Sendayan , Labu, Negeri Sembilan untuk menjadi jutawan sepertimana peneroka di Felda LBJ Johnson, Labu hanya tinggal impian. Sebelumnya Isa Samad berusaha menukar status tanah peneroka itu agar lebih lumayan.

LUPAKAH KITA KEPADA PENIPUAN ANGAN - ANGAN KEPADA RAKYAT BAWAHAN INI.

PENGUNDI BAGAN PINANG JANGAN TERTIPU LAGI.

SUATU HARI NANTI KAMPUNG ANDA SEMUA TERGADAI.

JANGAN UNDI ISA SAMAD

Pengundi Bagan Pinang..Fikir Elok - elok

Majlis Tertinggi UMNO telah pun memutuskan untuk mengekalkan hukuman penggantungan keahlian terhadap Mohd. Isa Samad, matan Naib Presiden UMNO walaupun telah mengurangkan hukuman enam tahun kepada tiga tahun. Hukuman tersebut diputuskan selepas Mohd. Isa didapati terlibat dalam politik wang, berkuat kuasa 24 Jun lalu. Dengan keputusan itu, Mohd Isa perlu melepaskan jawatan menteri Kabinet.

Sebagai satu peringatan pada 25 hb Jun 2005 yang lalu Pak Lah telah menyatakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh menyiasat kes rasuah politik membabitkan Mohd.Isa. ( lihat Utusan Malysia 26/6/2005 ).

Pengundi Bagan Pinang harus teguhkan pendirian...perasuah dari kalangan orang Umno akan tetap melakukan rasuah. Biar pun telah dihukum oleh ahli displin Umno mereka tetap akan melakukan rasuah. Kerana apa? Kerana mereka tidak dihukum oleh SPRM dan SPRM sesekali tidak akan menghukum mereka yang berlambangkan Umno.

INGAT PILIH PERASUAH BERMAKNA ANDA MEMILIH MASA DEPAN ANAK - ANAK MENJADI PERASUAH TEGAR.

Altantuya Memburu Najib Dimana - mana

Berita ini jangan harap sampai di media perdana Malaysia.

Yang ada berita Ketua Putera Umno (melayu ke dia nie) kena pukul dengan penyokong PR.



ALTANTUYA AKAN TETAP WUJUD DALAM HIDUP NAJIB...DIA TAK BOLEH LARI...ROSMAH TAK BOLEH LARI...

Sila klik disini untuk membaca dengan lebih teliti..jangan malas membaca

Ahad, 4 Oktober 2009

Retak Yang Menanti Belah

Ada dua berita yang hangat diperkatakan di Bagan Pinang

Satu :

Umno dengan angkuhnya mengeluarkan kenyataan bahawa parti - parti komponen di dalam BN punca kepada kekalahan mereka di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Mereka juga mengeluarkan kenyataan bahawa jika mereka bertanding di semua kerusi pasti ketiga - tiga negeri ini tidak tumbang ke tangan PR.

Buat semua ahli MIC, MCA, Gerakan dan lain - lain. Perlukah anda mengundi Umno lagi. Sebuah parti yang angkuh. Maruah parti anda dihina sebegitu rupa. Ajar Umno habis - habisan.

Kedua :

Mat Hassan dilihat tidak berminat dengan ISA SAMAD yang terpalit tahi rasuah di mukanya.

INI SEMUA MENUNJUKKAN UMNO DAN BN TELAH PECAH - BELAH.

TUNGGU APA LAGI....

Humban Umno ke Selat Melaka!!

Kejahatan ISA SAMAD Ketika Menjadi MB

Dalam kawasan Kampung Bagan Pinang ada kira - kira 40 buah rumah kaum India yang telah diberikan notis untuk keluar dari kawasan itu. Sothinathan manusia yang lahir dan membesar di kampung telah berjanji untuk menyelesaikan perkara itu. Namun tak berjaya.

Arahan siapa?

Tidak lain tidak bukan...


Sekarang ini kaum india telah dihalau keluar seolah - olah bumi Malaysia bukan bumi mereka.

Mau undi lagi ka??

Wei ISA..Jangan Buat Lawak Boleh Tak?

Calon BN, Tan Sri Isa Samad menolak tanggapan pembangkang bahawa beliau adalah calon 'kitar semula' tetapi sebaliknya berkata, label itu lebih sesuai untuk pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pada 2008, saya tidak bertanding dalam pilihanraya umum. Beliau (Anwar tidak bertanding lebih enam tahun, dia telah hancur," kata Isa yang juga calon BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jap Jap..aku nk gelak dulu.

Siapa yang hancur nie? Anwar Ibrahim antara manusia yang bertanggungjawap menhancurkan majoriti 2/3 yang selama ini Zionis BN perolehi.

Betul kau tak bertanding masa pilihanraya kecil 2008...tapi sekarang abang pendekku yang kuat rasuah....kau bertanding ke tak sekarang ni?? Jadi apa kaitan dengan Anwar Ibrahim nie??

Untuk ISA Samad...hancur tak hancurlah kan...7-1..apa tujuh tolak satu...7 Pakatan dan 1 Baru BN...

Buat pengundi di Bagan Pinang....jangan undi PERASUAH!!

Calon Kitar Semula dari perasuah cuba jadi manusia yang tidak bersalah hahahahaha

Sabtu, 3 Oktober 2009

Suasana Ijok Mula Berlaku (2)

Percaya atau tidak...

Ketika hari berkempen dan saat - saat akhir hari berkempen,

Pemuda - pemuda Zionis BN akan berlaku biadap.

Di Ijok MB Selangor Tan Sri Khalid keretanya kena tendang dengan samseng - samseng taik kucing.

Jeff Oi kena baling botol plastik sampai tercedera.

Penyokong PAS kena belasah teruk dengan samseng - samseng yang pakai 3 warna. Penyokong PAS itu berusia 40 tahun lebih dan memijak dan memukulnya itu baya anak beliau.

Saya sendiri kena ugut dengan samseng - samseng yang pakai 3 warna yang berpengkalan di Keramat yang menjadi anjing pelindung kepada KJ. Saya diugut dengan mengatakan kereta saya akan dibakar jika nampak saya berada di bilik Gerakan KeADILan.

JADI...

BUAT SEMUA JENTERA PAKATAN RAKYAT...PASTIKAN ANDA SEMUA BERGERAK DALAM BERKUMPULAN.
JAGA KESELAMATAN ANDA.

HARI AKHIR PASTI AKAN ADA KEKECOHAN DAN AWAS PADA WAKTU MALAM..

HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!

Suasana Ijok Mula Berlaku

Dari info terkini,

Penyokong Barisan Nasional mula membaling botol air kearah penyokong PR..

Bila hujah tidak boleh dilawan, mulalah tenaga digunakan.

Sebab apa??

SEBAB PENYOKONG BN NI BODOH!!

Penyokong PR, biarkan saja penyokong BN itu...merekakan bodoh...teruskan menyerang emosi mereka dan teruskan berkempen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

10.am: Ketegangan meningkat apabila kelihatan botol air di baling dari sebelah penyokong BN. Manakala penyokong Pakatan menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan.

Sumber : Malaysiakini

Kalau BN Tak Menang Gak Memang Sengal La

KES PERTAMA - PAS: PESARA TENTERA MENGAKU PERNAH MANIPULASI UNDI POS - malaysiakini

Dewan Pemuda PAS hari ini mendedahkan pengakuan seorang pesara tentera yang mendakwa pernah bersubahat memanipulasikan undi pos bagi memberikan kemenangan kepada calon BN sebelum ini.

Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat menulis dalam blognya Bila Kentong Berbunyi... (www.kentong-suhaizan.blogspot.com) hari ini, bahawa pengakuan itu dibuat sendiri oleh pesara tentera kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menemui wakil PAS pada 28 Ogos lalu.

Suhaizan menulis bahawa pesara tentera itu berkata dia terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khas buat Umno dan Zionis BN...kalau korang tak menang gak memang al-bahalol.

Kalau tak menang dengan majoriti tinggi gak memang al-bodoh..

Kalau tak dapat belasah PAS dan PR gila babi macam korang al-bengong..

Kalau tak dapat naikkan maruah Najib memang AlTantuya oppppsssss


Ha...buat jentera Pakatan Rakyat...tunggu apa lagi...

KERJA KERAS!!!!
Jangan bagi si perasuah besar ni bersuara....serang habis - habisan

Jumaat, 2 Oktober 2009

Umno Rasuah..Rasuah Itu Umno

Tanpa Hadith yang sahih, Al-Quran sukar untuk kita fahami,

Tanpa sentuhan seorang wanita, sukar untuk kita mengenal erti cinta yang pertama,

Tanpa minyak petrol, sukar untuk kita bergerak dengan berkenderaan,

Tanpa makanan asasi, sukar untuk kita teruskan hidup,

Tanpa komputer dan internet, sukar kita mengenal dunia luar dan isu semasa,

Tanpa telefon bimbit, sukar kita berhubung dengan orang nun jauh di pelosok dunia,

TAPII!!!!!!!!!


Tanpa rasuah kita tidak akan kenal perjuangan Umno..

Contoh??



kenal tak?? ala yang 3 tahun kena hukuman Umno..ala lupa lak..

hahahahaha...Umno tanpa rasuah umpama Adam tanpa HAWA...tu yang tepat..tanpa rasuah Umno tak boleh berjimak...tanpa rasuah Umno tak nak buat anak...tanpa rasuah Umno MATI...tanpa UMNO...KITA SELAMAT...HURAYYYYYYY!!!!

Jutawan Segera Di Bagan Pinang

Dijangka pada 3/10/2009 hingga ke 11/10/2009, penduduk di kawasan Bagan Pinang dijangka akan menjadi jutawan segera.

Kerana fenomena baru yang terjadi sepanjang tempoh tersebut.

Langit di sana akan berubah...

Petir berdentum...

Angin bertiup kencang...

Maka hujan akan turun...

Diwaktu inilah penduduk Bagan Pinang menjadi jutawan segera..



Sebenarnya penduduk Bagan Pinang telah ditipu bulat - bulat oleh seorang manusia yang kononnya dapat merasuah malaikat dan Tuhan dengan mengatakan, "Kita jumpalah di Padang Masyhar."

p/s takpa amiklah duit tu, tapi jangan lupa...jangan undi muka mamat nie


muka perasuah...kalau pilih jugak dia ni esok...nanti pilih menantu yang jual dadah..ok??

INGAT TAU...

UNDI SELAIN DARI UMNO!!

Khamis, 1 Oktober 2009

Banjir Besar Di Bagan Pinang

Awas,

Banjir besar dijangka melanda Bagan Pinang. Banjir besar ini dikatakan akibat kesalahan kontraktor yang tak mahir buat paip jamban. Dulu paip jamban di PWTC penah pecah, si kontraktor ini tak mengaku siap kata, "Jumpo di Padang Masyhar nanti, den tak buek bondo tu."

Kontraktor ini dijangka menyebabkan banjir besar

Banjir??



AWAS, ini amaran terkini dan betul. Tidak tipu langsung...