Badut memang gemar menghiburkan orang ramai dengan telatah yang cukup menghiburkan. Kita yang mungkin senang telatah badut akan ketawa bersungguh - sungguh dan berusaha bersungguh - sungguh untuk memberikan tepukan yang paling gemuruh buat sang badut yang sedang berusaha bersungguh - sungguh membuat aksi lawak. Namun ramai juga yang menyampah dengan lawak badut ini. Berbekal dengan hidung merah, pipi merah, mulut merah dan aksi lawak yang tak berapa nak menjadi maka sang badut yang berusaha gigih akan dibenci dan kemungkinan disampahkan saja lawak sang badut.
Najib, merupakan sang badut. Bagi penyokong Umno totok setiap kata - kata yang terbit dari mulut dia merupakan satu rahmat, satu fatwa, satu janji yang pasti tunai dan macam - macam lagi. Setiap kata - kata dia akan dipandang mulia malahan dianggap satu kenyataan yang lebih suci dari kata - kata Nabi Muhammad s.a.w. Namun ada juga yang menganggap dia hanyalah pembohong besar. Pelbagai janji ditaburkan namun tiada apa yang dilaksanakan. Pelbagai model Ekonomi dilancarkan. Namun tiada satu dilaksanakan.
Antara Najib dan Tan Sri Khalid (Menteri Besar Selangor)siapa yang lebih benar - benar bekerja untuk rakyat. Ketika mula - mula Pakatan Rakyat mendapat amanat dari rakyat antara perkara utama dibuat adalah memberi air secara percuma untuk rakyat negeri Selangor. Najib ketika mula - mula memerintah negara ini harga gula naik, harga minyak naik dan sudah pasti GST akan dilancarkan dimana semua harga barang akan naik. Itu beza Najib dan Khalid Ibrahim. Najib membuat lawak tapi majoriti rakyat menyampah. Khalid Ibrahim berusaha meringankan beban rakyat. Najib?
Najib penuh retorik sampah. Namun kenapa masih ada yang menyokongnya. Kenapa masih orang Melayu yang menyokong dengan taat dengan Umno. Ini semua kerana semuanya terpengaruh dengan lawak - lawak sampah daripada Najib. Menuduh Anwar Ibrahim agen Yahudi, namun dalam isu APCO semua diam seribu bahasa. Bukankah ini perangai persis Yahudi Zionis yang menyembunyikan kebenaran dan menegakkan kezaliman. Kenapa masih ada Melayu percaya akan sandiwara Umno dan Najib ini?
Badut yang bernama Najib ini buat sementara masih lagi berjaya dalam mengekalkan dan mungkin meningkatkan popularitinya. Namun untuk berapa lama? Apa yang Najib buat untuk meringankan beban rakyat? Apakah yang Najib telah buat untuk menggembirakan hati rakyat? Ada yang menyokong Umno kerana diri mereka sudah kaya. Robohnya rumah kampung Berembang tidak dianggap satu dosa menderhaka kepada bangsa Melayu. Cuba orang Melayu yang secara membabi buta menyokong Umno fikirkan secara mendalam. Kenapa isu APCO yang menjadi alat tunggangan Yahudi Zionis kamu PERKASA dan orang Melayu Umno tidak mengamuk dan mendesak agar kerajaan menghalau atau menyiasat perkara ini. Tiada satu kemyataan mendesak Najib untuk menyiasat perkara ini. APCO merupakan perkakas Yahudi Zionis. Jadi sekarang cuba tanya pada diri sendiri wahai Melayu Umno. Apakah Umno perkakas Yahudi Zionis kerana tidak mahu menyiasat perkara yang mengguris perasaan rakyat Palestin dan umat Islam di seluruh dunia dan Malaysia. PERKASA? Perkakas kepada Umno jika mereka tak melenting isu APCO anggap saja mereka ini PERKAKAS Yahudi Zionis.
Lawak - lawak yang dicetuskan oleh Najib mungkin sekarang masih boleh lagi dilayan oleh sebahagian besar orang Melayu walaupun lawak yang dihidangkan oleh Najib teramat bahaya kepada keselamatan negara kita. Teramat bahaya kerana setelah tahun menjadi PM tiada satu pun polisi yang menggembirakan hati rakyat dilaksanakan. Tapi sampai bila kita khasnya orang Melayu mahu terus melayan lawak durjana ini.
Najib telah punah imejnya sebagai badut dikalangan rakyat yang sedar. Dari isu Altantuya, kapal selam, enjin jet hilang, harga minyak naik, harga tepung naik, GST dan yang paling terbaru isu APCO syarikat Yahudi Israel Zionis. Kita marah Zionis tapi kita tidak marah dengan Najib yang bersekongkol dengan Zionis. Tepuk dada tanya selera.
PRK Hulu Selangor sudah dekat. Buktikan kepada dunia dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita menolak Zionis wujud dalam negara kita!! Tunjukkan kepada Najib sudah tiba masanya engkau menolong rakyat bukannya hanya janji - janji kosong. Tunjukkan kepada Najib engkau hanyalah seorang badut yang sudah tiba masanya untuk kau serius dalam bekerja.
Apa caranya? Undi Pakatan Rakyat
Always Meet Your Hero Car: My Day With The Need for Speed BMW M3 GTR
15 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.