Selasa, 6 April 2010

Najib Penindas Hebat

Rupanya masih ada yang berangan mahu menjadi Tuhan. Firaun ketika menjadi pemerintah mengangkat dirinya sebagai Tuhan dan sering mengugut rakyat sembah dia jika mahu selamat.

Lihat sahaja penindas - penindas terkenal di dunia ini siapa sahaja yang tidak sokong mereka maka pasti akan wujud aksi penindasan yang maha dahsyat. Lihat sahaja di sekeliling kita sebagai contoh di Iran kerana menentang kepimpinan Ahmadnedijad maka terbunuhlah seorang perempuan muda ketika terlibat dengan aksi demonstrasi pada tahun lepas di Iran. Itu sebahagian contoh yang wujud di dunia yang luas ini.

Bagaimana pula di Malaysia? Tidak wujudkah penindasan sebegitu? Tidak wujudkah jika mahu selamat sokong dasar yang menindas kamu ini? Wujud...perkara sedemikian sememangnya wujud. Apa buktinya? :

"Itulah sebabnya GST amat penting. Rakyat mahukan gaji yang lebih tinggi tetapi tidak mahu menyokong GST. Saya memerlukan sokongan 1.2 juta penjawat awam. Sekiranya anda mahu dibayar gaji yang lebih baik di masa depan, saya perlu mengukuhkan asas perolehan kerajaan kerana kalau tidak, dari mana saya akan dapat wang untuk membayar penjawat awam?," katanya.

Bunyinya macam baik sahaja niat Najib yang memimpin Barisan Nasional. Dia mahu naikkan gaji namun dengan syarat kena sokong GST. GST yang bakal menaikkan semua harga barang. GST yang bakal merobek poket rakyat serobek - robeknya. GST yang bakal memiskinkan rakyat dan yang paling hina adalah GST bakal membodohkan rakyat selama - lamanya. Mahukah kita menjadi bodoh sebagaimana ahli Umno yang totok? Sudah pasti kita tidak mahu.

Sekarang semua harga naik dengan mendadak. Gaji kita masih ditakuk lama. Rakyat sudah bertahun terpaksa mengikat perut. Terpaksa berbelanja dengan cermat. Rakyat yang berpendapatan rendah terpaksa mengurangkan perbelanjaan barangan dapur saban bulan. Hasil kerana kegilaan Bn yang menaikkan harga sesuka hati. Sudah setahun Najib memerintah namun hasilnya masih tiada. Janji demi janji ditaburkan namun perlaksanaannya masih tiada. Rakyat masih menderita menunggu janji - janji manis Najib yang ditaburkan sepanjang tahun lalu. Namun harapan rakyat tidak pernah pudar. Tapi ingat, jika keadaan terus - menerus jadi sedemikian tidak mustahil Najib akan menjadi Perdana Menteri terakhir dari BN!!

Kenapa Najib suka mengugut? Kerana jika rakyat tunduk dengan ugutan "mesra" ini maka ianya membolehkan parti alat tunggangan Zionis iaitu Umno terus berkuasa. Membolehkan rakyat terus diperbodohkan dengan ugutan "mesra" mereka itu dengan sentiasa bergantung harap Umno. Itulah tujuan Umno. Menggunakan gaya operasi Firaun dan Yahudi Zionis dan tak lupa juga pada British. Terus - meneruskan membodohkan rakyat Malaysia khasnya orang Melayu.

Tapi sayangnya masih ada yang terus bergantung harap dengan Umno. Sayangnya masih ada yang percayakan Umno. Mereka seolah - olah tidak pernah bangun dari lena mereka. Mereka terus terbuai dengan kata - kata manis Umno dan adik tiri mereka iaitu PERKASA. Ketuanan Melayu yang pada hakikatnya membodohkan rakyat. Kesultanan Melayu yang pada realitinya tidak pernah membela dan mendampingi rakyat dan menyayangi rakyat. Namun inilah penindas - penindas yang berjaya. Mereka memberi ugutan "mesra" kepada rakyat agar terbuai dengan ugutan yang membodohkan itu. SOKONG AKU KALAU NAK BERAS, SOKONG AKU KALAU NAK BANGUNAN, SOKONG AKU KALAU NAK JALAR BERTAR. Ini semua proses membodohkan rakyat khasnya orang Melayu.

Percaya atau tidak Anwar Ibrahim yang berjaya membocorkan rahsia hubungan paling celaka antara kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Najib dengan syarikat Zionis APCO yang telah mencipta Satu Malaysia tidak akan dilayan oleh sebahagian besar pengundi di Hulu Selangor. Sebabnya mereka telah terpengaruh dengan ugutan "mesra" Najib. Mereka rela melihat Malaysia dijajah oleh Zionis asalkan diri mereka selamat dari ugutan "mesra" Najib, Umno dan Perkasam. Namun tidak semuanya begitu. Hanya mereka yang tidak terdedah kepada maklumat sebenar sahaja yang terpengaruh dengan dakyah buruk dan bangsat Umno itu. Jadi buat mereka yang telah sedar janganlah sesekali membiarkan rakan kita yang masih terbuai itu terus terbuai.

Umno yang dipimpin oleh Najib penindas yang paling berjaya menipu rakyat. Ugutan demi ugutan dilancarkan. Tapi tetap timbul satu persoalan di dalam hati ini. Apakah benar mereka akan terus tertipu sedangkan PRU 12 mereka telah membuktikan mereka bukan lagi bodoh dan terpengaruh dengan ugutan mereka. Yang tertipu adalah mereka yang tidak mahu minda mereka dibuka dan tidak mempunyai kemudahan untuk mengakses komputer atau internet. Sebab kenapa Umno masih menang.

Penindas harus ditentang habis - habisan. Jika tidak sampai kesudahlah orang Melayu dan kesemua rakyat Malaysia akan ditindas malah dibodohkan. Tanya diri sendiri apakah kita mahu selama - lamanya kita dibodohkan. Orang Melayu di dalam Umno seronokkah anda dibodohkan. Orang Melayu dalam Perkasa, seronokkah dibodohkan. Tanya diri - sendiri dan lihatlah keadaan sekeliling. Melayu semakin meLAYU dibawah Umno. Berubahlah...berubahlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.