Selasa, 17 November 2009

Viva Dr Syed Hussin

Tahniah Dr Syed Hussin Ali kerana telah dilantik sebagai Senator dalam kerajaan negeri Selangor.

Beliau memang layak

Cendiakawan yang selama ini ilmunya tidak dimanfaatkan.

Seorang pejuang rakyat yang tulen.

Dr Syed Hussin Ali...tahniah...

Anda sememangnya layak!!

Jangan Gembira Lagi (2)

Sekali lagi jangan meloncat kegembiraan.

Hari ini memang terbukti SPR pencacai Umno yang sememangnya taat - setia. Jika disuruhnya cium lutut Rosmah mau diciumnya.

Sepatutnya Umno yang kena mengemukakan rayuan untuk mempertahankan kerusi tersebut, tapi SPR pula yang gatal - gatal nak mengemukakan rayuan. Ini apa punya badan. Pencacai dan perkakas Umno yang hina!!

Betul cakap Hishamuddin Rais, pilihanraya ini demokrasi ala-Umno akan tetap wujud selagi ianya mampu mempertahankan kuasa mereka. Namun jika ia dilihat tidak mampu mempertahankan kuasa mereka lagi maka cara lain pula mereka akan gunakan.

Hanya satu saja cara lagi...PILIHAN JALANRAYA...dan sememangnya ianya milik rakyat!!

Jangan Gembira Lagi

Hari ini mahkamah memutuskan kerusi DUN Kota Siputih diisytiharkan kosong dan keputusan itu dijangka kekal selagi ADUN kawasan tersebut tidak mengemukakan rayuan.

Rayuan pasti dibuat. Kalau saudara - saudari ingat balik macam kes mahkamah MB Perak Dato' Seri Nizar dahulu. Mula - mula menang, lepas itu apabila MB Haram Jadah mohon rayuan maka kerusi itu dapat semula ke tangan MB Haram Jadah.

Bersabar dahulu....jangan melompat kegembiraan dahulu.

Jika benar kerusi itu dikosongkan...

Maka wajib kita serang dan terus serang!!



Dan POSTER INI WAJIB DIPAMERKAN....

Isnin, 16 November 2009

KJ..Kalau Ada Telor Pi Bela Pak Mentua Hang

Hari ini, sekali lagi Najib mencabar kejantanan KJ. Sekali lagi insan yang membantu KJ naik ke persada politik dengan cara mee segera telah dihina seteruk - teruknya. Terbaru Najib telah menarik semua peruntukan kepada parlimen Kepala Batas.

Siapa yang mewakili kerusi Parlimen tersebut? Tidak lain tidak bukan Abdullah Ahmad Badawi. Siapa Abdullah Ahmad Badawi? Bekas Perdana Menteri Malaysia dan ayah kandung kepada isteri Khairy Jamaluddin. Maka ini bererti Abdullah Ahmad Badawi adalah bapar mertua KJ.

Penghinaan yang maha dahsyat. Namun KJ masih mendiamkan diri. Jika dahulu Mahathir pernah diaibkan oleh beliau, Mukhriz bangkit untuk membela ayahnya. Namun sekarang, apabila Pak Lah dimalukan berkali - kali, KJ mendiamkan diri.

Kenapa KJ? Takut hilang kuasa? Takut semua kerosakan yang pernah kau lakukan akan dibongkar? Takut segala kekayaan kau hilang?

Bagi aku dan semua anak muda Malaysia..Khairy takde telor!!

Penakut!!

Bacul!!

Bapa mertua yang pernah membantu kau naik keatas sekarang dihina seteruk - teruknya namun kau masih menikus takut.

Kalau macam ini perangai kau....jangan harap dapat jadi inspirasi anak muda Malaysia.

Anwar, Hishamuddin Rais, Dr. Asri, Nizar semuanya berani melakukan aksi perlawanan. Maka mereka wajib dan berhak mendapat pengiktirafan oleh anak muda Malaysia.

Kata kunci hati anak muda hanyalah satu...LAWAN dan TERUS LAWAN!!

KJ...simpan telor dalam rumah...

Sekian

Ahad, 15 November 2009

Perang Dan Lawak Ahad

Hari ni berderau darah aku dan naik bulu roma bila DSAI mengisytihar perang terhadap Najib yang cuba - cuba merampas Selangor dari tangan Pakatan Rakyat.

Semangat mempertahankan kejayaan rakyat di Selangor ini mula memuncak naik. Jika dahulu aku dan mungkin kebanyakkan rakyat Malaysia rasa sedikit kecewa dengan tindakan Hassan Ali yang menjadi balaci Umno dan menyusahkan PR tidak henti - henti dan terbaru mengenai isu tauliah. Wei Hassan Ali, masa pimpinan PAS kena tangkap atas isu tauliah pandai lak hang memekak. La ni semenjak rapat dengan gang - gang Umno dah tukar nada. Ni apa punya perangai la. Esok kena kat hang baru hang tau. Tauliah sangat.

Baik balik pada isu perang kepada Najib dan Umno yang mahu merampas Selangor adalah satu tindakan tepat. Tepat kerana ini dapat membayangkan bahawa kali ini PR sudah tidak mahu membiarkan sahaja tindakan Zionis Umno melanda negeri yang indah ini. Tepat kerana ini dapat melonjakkan semangat rakyat setinggi - tinggi mungkin untuk mempertahankan Selangor.

Sudah pasti semua pejuang - pejuang rakyat akan bersiap - sedia dengan semua kerja jahat Umno. Dengan meniupkan semboyan perang, semangat mahu berperang akan kembali berkobar - kobar.

Aku dan sebilangan anak muda mungkin ada satu tanggapan bahawa selagi mana SPR di bawah komponen BN selagi itulah pilihanraya tidak akan adil. Kami hanya percaya kepada PILIHAN JALANRAYA!! Kerana dengan cara itu sajalah kita dapat menumbangkan sebuah rejim yang jahat ini.

Jadi buat semua pejuang - pejuang rakyat yang sedang berehat di seluruh pelusuk negara dan Selangor. Ayuh bangkit!! Ayuh bangkit!! Perang mahu bermula!!

Ok apa kata kita kurangkan tekanan sikit dengan tengok gambar ini :



Mari meneka dalam gambar ini sapa yang paling besar dan menonjol. hahahhaha.

Jumaat, 13 November 2009

Tingkatkan Serangan Ke Atas Najib

Hari ini kita dikejutkan dengan pendedahan terbaru penyiasat persendirian Bala yang mengatakan beliau disogok RM 5 Juta untuk menarik kembali kenyataannya terhadap Najib.

Keraguan kita terhadap kehilangan beliau dengan mengaitkan beliau mungkin diugut sememangnya benar.

Najib...anda tiba masanya anda menyaman Bala. Bersihkan diri sendiri.

Jika tidak sampai kesudah...rakyat akan percaya andalah pembunuh Altantuya.

Dengar nasihat rakyat...saman Bala.

p/s kalau berani



Dari Stadium Ke Jambatan (5)

Sekarang kes mengenai robohnya jambatan di Perak yang melibat beberapa kematian secara langsung dan tidak langsung akhirnya sudah melebihi 2 minggu.

Betul tak...Kerajaan Umno sebenarnya menganggap nyawa rakyatnya tidak berharga.

Kenapa syarikat yang membina jambatan tersebut terlepas hingga ke hari ini?

Kita rakyat Malaysia telah pun mengetahui syarikat mana yang terlibat.

Synergy Sdn.Bhd
37-1 Jlan TJS 11/280 – Sunway Metro
Bandar Sunway Petaling Jaya


DAN

CWL Enterprise. No 14 Jalan TK 2/13 Taman Kinrara
Puchong – Sela
ngor


Ohh Umno...

Kenapa harus terus menjadi penipu dan menipu?

Nyawa rakyat Malaysia tidak berharga buat mereka..

Apa yang berharga buat mereka adalah DUIT...DUIT....DUIT


Tolonglah buka mata dan fikiran mu itu semua...

Rabu, 11 November 2009

Malaon² Umno Dalam PR..Sila Berambus Keluar!!

Ketika tumbangnya kerajaan negeri Perak, aku memandang dari sudut positif. Dengan terjadinya peristiwa ini rakyat akan semakin menyayangi Pakatan Rakyat kerana mereka yang melompat parti sudah pun keluar awal - awal lagi. Proses pembersihan berlaku. Mereka yang perangai macam Umno sedar mereka tiada tempat di dalam Pakatan Rakyat maka 2 ahli PKR dan 1 ahli DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Hasilnya? Pakatan Rakyat semakin kuat di Perak.

Ketika pilihanraya kecil di Permatang Pasir, aku bersyukur lagi keluar lagi hamlau yang bermasalah dalam PKR dan PR kerana sudah tahu dia sudah tiada tempat lagi kerana berperangai macam Umno. Maka dia pun keluar parti. ADUN Lunas.

Sekarang yang terbaru Adun Perlabuhan Kelang keluar parti. Bagus kerana antara alasan yang diberi untuk keluar parti ialah antaranya percaya DSAI liwat. Bagus!! Kerana orang macam ini tiada tempat dalam parti. Perosak masyarakat sebagaimana Zamil Ibrahim ketika pilihanraya kecil Ijok sibuk berkempen untuk Abdul Rahman Othman untuk menjadi calon Presiden PKR. Akhirnya keluar parti!!

Bagus...syukur ke hadrat Ilahi. Orang - orang macam ini telah keluar dari perjuangan rakyat. Berjuang kerana mahukan pangkat dan kuasa. Bukannya mahu menjaga kebajikan rakyat. Rakyat dibelakangkan. Wang diutamakan. Mereka ini seangkatan dengan mat kotak Ezam. Suka menagih imbuhan daripada DSAI. Mereka menganggap mereka saja yang layak berjuang. Mereka saja yang patut dapat imbuhan. Padahal ratusan ribu yang berjuang tidak pernah menagih kuasa dan kewangan hatta bantuan. Cukup Allah membalas jasa kita semua.

Buat mereka yang menagih bantuan dan menagih kuasa kerana kuat berjuang sudah - sudahlah...perjuangan tidak sama macam dunia pekerjaan!! Keluarlah dari medan perjuangan kalau macam itulah perangai buruk anda. Persis Umno!!

Tapi...sekurang - kurang malaun - malaun yang keluar parti ini sedar diri juga. Keluar parti kerana tahu mereka tiada tempat didalam parti.

Ni seorang mamat ini dan seorang lagi mamat ini. Bila nak keluar parti dan jadi mesra BN. Sampai bila mahu menyorok. Rakyat dah nampak belang kamu semua. Kenapa harus menjadi hati BN tapi bertopengkan PR. Kamu berdua tahu tak, kamu sekarang telah menghancurkan Pakatan Rakyat dari dalam.

Mereka berdua sebenarnya suka melihat Pakatan Rakyat lebur dipertengahan jalan. Islam menjadi isi perjuangan mereka. Walhal mereka sekadar menjual Islam. Menjadi pedagang yang mahu kaya dengan menggunakan Islam macam kes penjual kayu bahtera Nabi Nuh.

Islam agama yang penuh dengan sopan santun. Bukannya hentam sembrono. Kemudian kata "Islam First".

Islam tidak begitu. Islam adalah agama hujah lawan hujah dan jika pedang dihunuskan baru pedang dihunuskan.

Jikalau Rasulullah s.a.w perangai macam mereka berdua, percayalah Islam tidak kemana.

Mereka berdua ini hanya menggunakan Islam sebagai batu loncatan untuk Umno.

Sedih..teramat sedih. Mereka tidak sedar diri mereka sekarang telah mula sedikit demi sedikit menghancurkan Pakatan Rakyat dari dalam.

Kalau mereka sedar cepat - cepatlah berhenti perbuatan sebegitu jika tidak...keluarlah dari medan perjuangan menjaga kebajikan rakyat.

Keluarlah. Jika anda terus berada dalam ini anda berdua lagi hina daripada mereka yang melompat keluar kerana mereka tahu jika berada didalam parti mereka akan dihina zaman berzaman.

Tepuklah dada masing - masing...jangan jadi parasit dalam medan perjuangan.

Salam.