Tepat jam 2.30 petang, aku telah tiba di Bangsar untuk bertemu Black aka Amin. Aku telah berjanji dengan dia untuk pergi bersama - sama ke Sogo untuk menyaksikan pelancaran Gerakan Memansuhkan PPSMI dan buat julung kalinya melihat mereka yang dahulu cukup selesa di pejabat mewah turun ke jalanraya.
2.58 petang aku, Black, Rahmat dan dua orang wartawan Malaysiakini selamat tiba di LRT Putra Masjid Jamek. Rahmat telah menemani Sasterawan Negara kita iaitu A.Samad Said. Kami pun berjalan ke Sogo dengan langkah yang cepat kerana tunjuk perasaan akan mula pada jam 3.00 petang sepertimana yang dijadualkan. Tapi aku cukup terperanjat kerana telah diberitahu oleh seorang sahabat demo telah pun selesai. Selesai? Dalam masa berapa saat mereka berdemo? 2 saat, 3 saat, 1 minit atau 2 minit. Aduh, sudahlah penat berjalan laju untuk ke sana, demo pula dah selesai. Dari sumber yang diberitahu oleh seorang teman, mereka yang bergelar pejuang - pejuang bahasa hanya mengeluarkan kenyataan akhbar itu pun bercetak. Setelah diberikan kenyataan tersebut, demo yang kononnya harus dilakukan di kawasan yang menjadi tumpuan rakyat telah pun selesai.
3.00 petang, aku dan rakan - rakan selamat tiba di Sogo. Sedih, memang menyedihkan. Tunjuk perasaan yang sepatutnya memberi impak agar rakyat sedar betapa penting Bahasa Melayu ini hanya berakhir dengan wajah - wajah para pejuang bahasa ini duduk sebaris di kedai SECRET RECIPE untuk meminum teh dengan harga yang mahal yang tidak mampu untuk dimiliki oleh orang - orang yang tidak mampu tetapi cukup bersemangat hadir untuk memberi sokongan kepada mereka dan mereka pula memperlihatkan wajah sebagai seorang pejuang besar. Memang aku hargai dengan kehadiran mereka di Sogo. Aku hargai mereka buat kerana julung kalinya turun ke jalanraya. Tapi aku cukup sedih, jika beginilah bentuk pelancaran gerakan tersebut. Lancarkan saja di HOTEL - HOTEL, RESTORAN - RESTORAN MEWAH di sekitar ibukota ini. Kami bukannya mahu bertempur dengan polis. Kami datang kerana sayangkan bahasa Melayu ini. Syukur kerana ada seorang rakyat Malaysia yang berani telah melahirkan perasaan tidak puas hati dengan sikap mereka ini. Individu ini dengan lantang mengatakan "Kalau nak lancar macam ni, baik buat kat hotel, kalau takut kena hujan baik buat kat restoran, kalau takut dengan polis, baik takyah berjuang!!!". Setelah diasak bertubi - tubi oleh individu tersebut dan juga disertai oleh beberapa orang lagi, barulah mereka yang lantang bersuara di internet bangun dan mula kehadapan.
Para Pejuang Yang Mulanya Melepak Mula Kehadapan Setelah Ditengking
3.15 petang, barulah kedengaran suara - suara slogan anti PPSMI dan diakhiri dengan laungan Mansuhkan PPSMI. Syabas, walaupun sedikit sahaja, kurang - kurangnya pelancaran ini agak sikit bermakna. Bukannya kehadiran tidak ramai. Lebih kurang 1000 orang telah mula berhimpun. Tapi entah mengapa mereka semua ini tidak berani.
Jadi buat pejuang - pejuang bahasa, jika anda gentar untuk berjuang jangan harap Bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan semula. Aku berharap, program 7 Mac 2009 ini berjaya dilaksanakan. Jangan baru mula tak sampai 2 minit dah selesai.
Apa pun, selamat berjuang!!
Salute pada Kopratasa...artis yang sayangkan bahasa. Mana pergi artis - artis lain???
Three Of The Best NFS Most Wanted M3 GTR Tributes
18 jam yang lalu