Memaparkan catatan dengan label Demonstrasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Demonstrasi. Papar semua catatan

Khamis, 3 Disember 2009

Himpunan Menyokong TG Nik Aziz


Saya menyeru anak - anak muda Kelantan, turun secara beramai - ramai. Raikan hari bersejarah ini.

Jadikan Kota Bahru dipenuhi dengan lautan manusia.

Mereka minta 10,000, kita beri 100,000 rakyat.

Ini adalah salah satu cara untuk kita menaikkan semula gerak-kerja kita mempertahankan benteng terakhir kuasa rakyat. Benteng terakhir bagaimana adilnya Islam memerintah.

Perhimpunan akan menyebabkan semangat kita menjulang naik.

Maka berhimpunlah...datanglah...

Tunjuk kepada Zionis Umno...kamu datang 500 orang, kami balas 100,000 rakyat!!

Rabu, 18 November 2009

Kuasa Rakyat Tanpa Demonstrasi

Kuasa rakyat sinonim dengan perhimpunan besar di jalanan. Walaupun ada beberapa pihak tampil dengan mengatakan aktiviti ini tidak sihat dan sebagainya, namun semuanya tidak menafikan betapa kuasa rakyat yang kuat dan mampu menggerunkan pihak pemerintah tidak dapat lari daripada demonstrasi.

Ketika Tembok Berlin masih kukuh tegak berdiri, bukan tiada aksi penentangan dilaksanakan oleh penduduk Jerman Timur. Namun kemuncak kebangkitan rakyat yang dapat meranapkan terus Tembok tersebut apabila kuasa rakyat bergabung dan menjadi besar dan akhirnya ratusan ribu rakyat berkumpul dan itulah yang dipanggil demonstrasi. Semangat rakyat menuntut kemerdekaan daripada pihak diktator yang menyekat kebebasan rakyatnya semakin memuncak apabila mereka yang selama diam sepi melihat ratusan ribu berdemonstrasi akhirnya turut serta dalam aksi tersebut.

Golongan petani di Baling, Kedah suatu ketika dahulu sebelum mahasiswa memimpin mereka berdemonstrasi, bukannya tiada aksi penentangan dari beberapa individu. Pasti ada, namun suara mereka tidak cukup kuat maka suara mereka tenggelam begitu sahaja. Namun apabila mahasiswa memimpin gerakan petani maka puluhan ribu petani berhimpun maka suara mereka didengari. Rejim jahat takut. Maka kehendak rakyat dikotakan. Takut kerana bimbang rakyat akan menghukum mereka waktu pilihanraya kelak.

Tahun 1998, siapa yang tidak tahu tahun tersebut mencetuskan fenomena yang cukup dahsyat buat sejarah moden Malaysia. Pemecatan Anwar Ibrahim disudahi dengan aksi perlawanan beliau terhadap bekas mentornya Mahathir telah menyebabkan jutaan rakyat Malaysia yang sudah gelisah dengan pemerintahan Mahathir turut serta berhimpun di Dataran Merdeka. Perhimpunan yang boleh dikatakan terbesar dalam sejarah Malaysia. Ratusan ribu rakyat berhimpun. Malah selepas penahanan Anwar Ibrahim dalam penjara, demonstrasi demi demonstrasi dilaksanakan. Maka semangat rakyat sememangnya membuak - buak nah, akhirnya pada tahun 1999 BN dimalukan oleh anak muda Malaysia.

Selepas itu tahun 2000, sekali lagi rakyat bangkit. Puluhan ribu rakyat berhimpun di Lebuhraya Kesas akibat tindakan gila babi oleh pihak polis yang menutup jalan menuju ke Jalan Kebun. Akibat dari tindakan gila itu, aksi perlawanan rakyat terhadap polis berlaku. Selepas dari peristiwa itu, semangat rakyat yang masih membuak - buak, berlaku pilihanraya kecil Lunas. Dendam membara rakyat terhadap kekejaman polis hasil daripada arahan Mahathir diterjemahkan kepada undi. Maka tumpaslah BN di Lunas.

Selepas Mahathir menahan puluhan aktivis reformasi, gerakan rakyat hampir lumpuh. Kuasa rakyat yang sinonim dengan demonstrasi kelihatan lesu. Sebabnya tiada satu pun pemimpin parti politik yang pernah turut serta dalam kuasa rakyat ini yang mahu menghidupkan aktiviti demonstrasi. Maka, apabila Pak Lah mengisytiharkan pilihanraya umum semangat rakyat yang menjunam teruk dan dengan melihat percakaran parti politik yang dilihat mampu membela rakyat semakin merungsingkan maka tiada jalan lain, rakyat terpaksa memberi undi kepada Bn. Atas nama mahu kebajikan mereka dijaga.

Namun, Pak Lah tidak prihatin kepada masalah rakyat. Harga minyak dinaikkan sesuka hati. Harga barang naik secara mendadak. Anwar Ibrahim dilepaskan. Maka ketidakpuasan hati rakyat diterjemahkan dalam bentuk jalanraya. Sekali lagi, aktiviti ini yang senyap beberapa tahun muncul kembali. Slogan - slogan "REFORMASI", HIDUP RAKYAT, dan sebagainya hidup kembali. Aktiviti sedemikian berlarutan. Kemuncaknya apabila perhimpunan BERSIH dilakukan. Selepas 10 tahun, perhimpunan BERSIH merupakan perhimpunan kedua terbesar dalam sejarah Malaysia.Semangat yang membuak - buak itu diterjemahkan melalui kertas undi. BN hampir terkorban. 2/3 majoriti hilang ditangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menguasai Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan mempertahankan benteng terakhir kuasa rakyat di Kelantan dengan bergayanya. Rakyat menyambut kemenangan itu dengan tangisan. Saya sendiri turut menangis kegembiraan melihat keangkuhan Bn ditumbangkan.

Semuanya hasil daripada kekuatan rakyat diterjemahkan melalui aktiviti demonstrasi. Demonstrasi cara mudah menaikkan semangat rakyat untuk berjuang dengan lebih gigih. Semua pelusuk kampung dapat dimasuki tanpa ada satu perasan gentar. Keinginan mereka yang atas pagar untuk mengetahui kenapa rakyat berdemonstrasi teramat tinggi maka dengan mudahnya pejuang rakyat dapat menerangkan kepada mereka ini. Blog - blog pula selepas peristiwa besar tersebut mula wujud dengan begitu pantas. Ada analisis mengatakan, ratusan blog wujud setiap hari ketika sebelum pilihanraya umum diadakan.

Perhimpunan terakhir rakyat di jalanan adalah sebelum PRK Permatang Pasir. PARA PEMIMPIN PARTI POLITIK HARUS BUKA MATA SELUAS - LUASNYA! PRK Manik Urai Pakatan Rakyat hampir kalah. Namun apabila demonstrasi anti - ISA diadakan, semangat perjuangan rakyat kembali membuak. Hasilnya, Permatang Pasir kita menang bergaya. Ya, mungkin analisa saya salah. Analisa yang tidak intelek. Namun inilah hasil pemerhatian saya. Kuasa rakyat harus senantiasa dihidupkan. Perhimpunan besar harus senantiasa diadakan.

Apabila kuasa rakyat yang hebat ini diadakan, percayalah setiap isu yang cuba kita bangkitkan akan mendapat perhatian. Contoh, isu ISA apabila isu hangat ini mula dibicarakan selepas demonstrasi besar - besaran yang diadakan di KL, semua orang mula berminat untuk mengkaji apakah akta ini masih relevan atau tidak masa kini. Isu PPSMI, apabila puluhan ribu rakyat berhimpun semua pihak mula membuat analisa sendiri apakah PPSMI masih relevan untuk terus diguna-pakai.

Semua parti politik yang perjuangannya membela rakyat harus tahu, kita tidak punya media perdana. Ya, benar blog, Malaysiakini, TheMalaysianInsider dan macam - macam lagi ada. Tapi cukupkah ia untuk menimbulkan kesedaran kepada rakyat? Demonstrasi jika diadakan walaupun media perdana memburuk - burukkannya, tapi sudah pasti akan menyebabkan rakyat akan bergerak dan mencari informasi yang sebenar apakah sesuatu isu benar atau tidak.

Kuasa rakyat memang tidak boleh dipisahkan dengan demonstrasi. Demonstrasi adalah tempat dimana sesuatu isu dapat dibangkitkan. Isu yang dibangkitkan itu dapat menarik perhatian rakyat. Jika benar isu menyebabkan rakyat tertindas percayalah, adakan saja mana - mana PRK atau PRU, BN pasti tumbang.

Saya memilih untuk garis perjuangan PILIHANJALANRAYA dan inilah ciri - ciri anak muda yang cool.

Jumaat, 11 September 2009

Demo Menyokong Malaysiakini

Mari berdemo dihadapan pejabat Malaysiakini bagi membantah tindakan MCMC, Isnin (14 September) ini pada pukul 10.00 pagi...

Semua pencinta kebebasan akhbar dijemput berdemo di sana.

Nyatakan kepada bantahan kepada kejahatan kerajaan Zionis Barisan Nasional.

Mereka akan membebaskan mereka yang berdemo isu kepala lembu.

Tapi yang kena akhirnya Malaysiakini.

Atas tuduhan menghasut dan menyebar fitnah dan menyebabkan ketegangan kaum..

Percayalah

AYUH KITA BERDEMO!!

Jumaat, 27 Mac 2009

Pejuang Rakyat : Penyakit Kurang Kasih Sayang Harus Dibuang

Kurang kasih sayang (KKS) merupakan istilah yang cukup terkenal yang dikeluarkan oleh Hishamuddin Rais ketika beberapa bekas orang kuat KeADILan isytihar keluar parti. Penyakit ini disebabkan mereka telah samakan perjuangan untuk membela rakyat Malaysia ataupun membela Anwar Ibrahim dengan pekerjaan dimana perjuangan harus dibalas dengan pelukan manja oleh Anwar.

Ini yang berlaku oleh Ezam dan rakan - rakannya. Mereka mahu Anwar datang berjumpa dan membelai wajah mereka dan mengucapkan terima kasih kerana berjuang bersungguh - sungguh untuk membebaskan aku. Mereka mahu Anwar datang ke rumah mereka dan minum teh bersama - sama dengan keluarga mereka. Kelompok seperti inilah yang akan menghancurkan perjuangan rakyat. Mereka lupa, rakyat memandang Anwar Ibrahim sebagai satu simbol perjuangan rakyat dan setelah beliau bebas, beliau utamakan rakyat daripada beberapa orang yang pernah suatu ketika dahulu berada di dalam rumah beliau dan membela beliau ketika beliau di penjara.

Sesungguhnya pejuang rakyat yang tegar tidak boleh ada sedikit pun sikap sedemikian. Perjuangan harus ikhlas. Perjuangan tidak sama dengan pekerjaan. Perjuangan bukannya diminta - minta dibalas jasa. Jasa dan habuan (bagi yang MUSLIM) hanya YANG MAHA ESA. Jika kita meminta - minta daripada manusia untuk dibalas jasa kita waktu berjuang samalah kita dengan Umno. Samalah kita dengan puak jahiliyah. Lihat sahaja sahabat - sahabat Nabi s.a.w mereka semua jika dilihat dalam sejarah tidak pernah meminta jawatan - jawatan dari Nabi s.a.w. Sedangkan pengorbanan mereka teramat tinggi. Dalam seribu yang dijanjikan syurga hanya sedikit sahaja yang diberi kepercayaan untuk memegang jawatan.

Pejuang rakyat yang merajuk dan kecewa dengan Anwar Ibrahim kerana tidak mengiktiraf perjuangan anda, sudahlah, cukuplah. Perjuangan kita bukan untuk Anwar. Perjuangan kita untuk Malaysia. Kita berjuang membebaskan beliau kerana kita mahu dia membebaskan kita dari cengkaman Umno dan Bn. Ternyata Anwar kotakan janji beliau. Umno dan Bn telah hilang dua pertiga kerusi. Umno telah malu.

Sedih dan menyedihkan ada segelintir pejuang rakyat yang bersifat seperti Ezam. Mempertikaikan Anwar berjumpa dengan beberapa tokoh dunia seperti Yusuf Al-Qardhawi. Lantas mereka - mereka ini mengeluarkan gambar - gambar betapa rapatnya mereka ini dengan keluarga Anwar. Atas tujuan apa? Tujuan kerana mereka ini telah terkena penyakit KKS. Apabila KKS telah melanda, mereka menagih simpati dari Anwar supaya belailah wajah mereka, peluklah mereka.

Wahai sahabat - sahabatku,
Orang - orang kampung memerlukan kita, rakyat Malaysia memerlukan kita, orang miskin memerlukan kita, perpaduan kaum yang kuat harus dibina oleh kita, rakyat Malaysia harus dibebaskan oleh Umno dan Bn yang telah sekian lama merompak duit negara.

Kembalilah kepada perjuangan rakyat yang sebenarnya. Kembalilah kepada rakyat. Rakyat Malaysia memerlukan anda. Rawatilah penyakit KKS itu. Jika anda faham makna perjuangan yang ikhlas InsyaAllah penyakit KKS itu pasti akan hilang. Kita harus kembali kepada rakyat. Kita dalam keadaan bahaya sekarang. Najib si gila ini akan mengganas. Kita sudah tiada masa lagi untuk KKS. BANGKITLAH!!

Ayuh pejuang - pejuang rakyat, ayuh singa - singa rakyat. Bangunlah dari tidurmu. Malaysia harus dibebaskan dari Umno dan Bn.

RE-FOR-MA-SI

HIDUP RAKYAT

Selasa, 24 Mac 2009

Najib Abdul Razak : Para Pejuang Rakyat Menunggu Anda 2

Najib Abdul Razak, kemungkinan besar kamu akan menjadi PM yang ke-6. Kemungkinan besar anda akan Presiden Umno yang terakhir. Ya semuanya berkemungkinan besar. Belum sempat kamu menjadi PM, diri kamu telah dicemuh oleh semua rakyat Malaysia. Tidak pernah dalam sejarah realiti negara kita, TPM yang bakal menjadi PM dirinya telah dibenci dan dianggap musuh oleh rakyat Malaysia.

Apa silapnya? Silapnya kerana Najib tidak pernah mahu mendengar suara, rintihan rakyat. Silapnya kerana NAJIB SUKA BERSUMPAH. Silapnya kerana isterinya Rosmah suka membeli - belah di luar negara. Silapnya kerana merampas kerajaan rakyat di Perak tanpa mengikut peruntukan undang - undang dan terlupa undang - undang itu wujud.

Sekarang lihatlah bahananya. Najib lupa, Umno dan Bn hampir hilang kuasa akibat kesombongan Pak Lah yang tidak mahu mendengar suara rakyat. Dahulu pada zaman Tun Dr. Mahathir, blog - blog tidak wujud pada zaman pemerintahan beliau. Kesedaran pada waktu itu baru bermula. Pada zaman Pak Lah, rakyat memberi peluang kepadanya setelah mereka merasakan agak sedikit lega setelah undurnya Tun. Apabila menang besar, Pak Lah menjadi angkuh dan sombong, tidak mahu mendengar jeritan rakyat. Akhirnya blog - blog yang anti beliau telah wujud dengan begitu banyak. Sekarang giliran Najib menerimanya.

Benar, Najib boleh membuat apa sahaja. Tapi Najib kena ingat. Sebarang tindakan yang menekan rakyat dan juga pejuang rakyat akan membawa bahana kepada Najib dan Umno. Umno dalam keadaan yang cukup tertekan. Umno akan menggunakan polis, SAMSENG - SAMSENG BACUL, dan jangan terkejut jika pihak tentera digunakan.

Bagi pendapat saya, gunalah. Gunalah polis, tentera, dan samseng - samseng taik kucing ini. Rakyat sudah tidak gentar. Sila tanya FRU - FRU di Perak dan Kuala Lumpur. Apa perasaan mereka apabila diasak oleh puluhan ribu rakyat. Rakyat sudah tidak gentar untuk menerima pukulan belantan yang datang secara berdepan. Buat samseng - samseng Melayu yang sengal dan tak pakai otak, kerja kamu semua memang suka menyerang dari belakang kerana anda semua penakut dan bacul. Tanya kepada kepala samseng macam yahudi mabuk di Perak baru - baru ini. Apa perasaan dia apabila berdepan dengan ratusan rakyat Perak yang berani sahaja berdepan dengan dia sehinggakan si kepala samseng yang macam yahudi mabuk ini terpekik terlolong meminta tolong.

Jadi Najib, anda telah memulakan gendang perang. Terlalu awal Najib kerana saat ini rakyat telah meluat dengan perangai busuk kamu. Kamu buatlah apa sahaja. Tapi ingat!!

Kamu mulakan...Rakyat Malaysia akan tamatkan!! Kami akan memburu sahaja apa tindakan anda. Kami akan berhimpun di mana saja. Kami tidak gentar dengan kamu Najib!! Kami menunggu umpama Hamas menunggu peluru bacul daripada Zionis dan kamu adalah Zionis Malaysia!!



HIDUP RAKYAT!!

Sabtu, 14 Mac 2009

Seminggu Di Kedah

Assalamua'laikum w.b.t

Seminggu aku berada di Kedah kerana melawat nenek ku yang tak berapa sihat. Aku terlepas DEMO ANTI-PPSMI di ibukota. Aduh aku cukup kecewa.

Aku ingin berkongsi pandangan mengenai Kedah khasnya Alor Setar sempena bercuti (bercuti ke?) seminggu ini. Tak banyak pun. Aku dapat pesanan ringkas dari sahabat baik Khairy Zulkoflee (nasib dia ni tak perangai macam KJ) bahawa dia ini dah jadi ayah. Tahniah! Moga - moga Allah memberi perlindungan kepada anak mu..Ameen.

Aku dapat menukar kotak gear yang ku nanti - nantikan selama ini di Jitra. Puas hati, tersengih - sengih sebab dapat tukar kotak gear yang lama yang tersangat lemau kepada kotak gear yang berprestasi tinggi hehehe..

Keesokkan harinya atau senang cerita malam saya pergi berjumpa sahabat - sahabat di Seriab, Perlis. Dah lama tak jumpa dia ini. Jadi sembang - sembang punya sedar - sedar dah pukul 4.30 pagi.

Pastu aku dapat panggilan dari Black, Arif, Hishamuddin Rais. Semuanya menanyakan pasal Demo Anti - PPSMI di Kuala Lumpur. Aku pun beritahulah tak dapat pergi sebab nenek aku sakit teruk. Tapi aku tersangat kecewa sebab tak dapat pergi. Khabarnya POLIS MENDERHAKA kerana TAK MEMBENARKAN rakyat berjumpa Agong. Derhaka ini!!

Semalam yakni hari Jumaat merupakan hari terakhir aku di bumi Alor Setar (tempat lahir ni). Aku menemani mak aku ke Pekan Rabu untuk membeli beberapa cenderamata (dodol, kuah rojak, rempeyek ermm kategori cenderamata ke).


Sapa mai Kedah tak singgah tempat nie..mai sekali lagi no..

Ok...setakat ini sahaja celoteh aku..aku nak bersiap pergi ke Sunway, singgah bengkel proDRAG, pastu bersiap ke Sepang sebab ada Sepang Drag Battle..mohon maaf, asalnya tarikh 14/4 tapi pengurusan tahap bengong ubah tarikh menjadi lebih cepat..pasti tak ramai peserta..apa pun kita tengok pasti ada aduan yang tak bagus malam ini mengenai pengurusan Sepang GP ni..haiii..

Assalamua'laikum w.b.t

Khamis, 5 Mac 2009

PDRM dan BN..Jangan Derhaka

Istana setuju terima memo anti-PPSMI
Jimadie Shah Othman Mar 4, 09 3:48pm

kemaskini 4.51pm

Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.

------------------------------------------------------------------------------

Khas buat PDRM dan juak - juak Umno, ingat jangan derhaka. Kalau betul taat dengan Sultan dan Raja mari turun bersama - sama pejuang bahasa.

JANGAN TERPEKIK TERLOLONG MENGENAI MELAYU tapi bila tiba masa untuk memperjuangkan Melayu anda senyap menikus takut. Takut KONTRAK TAK DAPAT ya.

OK..BUAT UMNO DAN BN SELAMAT MENDERHAKA.

BUAT PDRM SELAMAT MENDERHAKA.

Isnin, 23 Februari 2009

Perhimpunan Anti SPRM Dikudakan

Himpunan Anak Muda Malaysia
Protes SPRM - seronok jadi kuda kelompok politik
25 Febuari 2009, Rabu
11.00 pagi
Depan Pejabat SPRM Putrajaya.

Perhimpunan ini adalah untuk membantah dwi-standard yang dilaksanakan oleh SPRM terhadap kes - kes rasuah. Longgokan kes - kes rasuah khasnya melibatkan Khir Toyo tidak pernah ada satu kenyataan daripada Pengerusi SPRM Ahmad Said (dimana anaknya ditangkap di Melbourne kerana menyeludup bahan porno). Tapi kes rasuah yang dilaporkan oleh pihak yang menyokong Khir Toyo dengan segera siasatan dijalankan dan kenyataan dikeluarkan.

Mari anak - anak muda sekalian. Pergi ke Putrajaya.!!

Selasa, 10 Februari 2009

Demo Bukan Budaya Kami!!



aik sekarang budaya sapa plak?? Korang ingat kan sapa yang pernah kata macam tu kan..sapo plak yang jadi beghok nie? Poning palo den...

sumber : hanief.blogspot.com

Sabtu, 7 Februari 2009

Pahlawan - Pahlawan Muda Yang Berani

Semalam rakyat bangkit di Kuala Kangsar. Polis menahan sembilan dari mereka. Sememangnya setiap krisis akan melahirkan lebih ramai pejuang.

Sembilan orang yang ditahan ialah:

Yusuf Jaafar,

Muhammad Faiz Muhammad Arshad,

Muhammad Ismail SM A. Kadir,

Pat Latif Mansur,

Isha Riduan Ishak,

Idris Muhammad Amin,

Adi Helmy Muhammad Nasir,

Meor Safizal Meor Muhammad Amin dan

Zulhaizam Zulkifli.

Kepada pejuang-pejuang yang ditahan, diharapkan agar terus tabah. Mereka tidak bersendirian. Perjuangan masih lagi panjang.

Salute kepada mereka-mereka yang berani!!!

sumber : Amin Iskandar

Jumaat, 6 Februari 2009

Berita Terbaru : Perak 6







3.48 ptg
Oppsss ada lagi .. !!!
Terdapat satu kumpulan kira kira 700 orang berkumpul di dataran Kuala Kangsar. Di Roundabout menuju ke Istana.
jeritan "Hidup hidup ... hidup rakyat !!!" bergema.

3.41 ptg
Cuaca masih mendung dan berangin. Keadaan sudah sedikit reda. Masih kelihatan anggota FRU yang berkeliaran. Mungkin sedang mencari barang barang yang tercicir. MB haram mungkin sedang mahu di tabalkan. Tahniah Rakyat Perak kerana dapat MB mamak.

Terima kaseh laporan dari Angkatan Muda Keadilan dan Unit Amal yang menghubungi. Terima kaseh kepada Ketua AMK Gombak, Kota Raja, Kajang, Shah Alam dan Ketua Penerangan AMK Selangor. Terima kaseh juga kepada Ketua AMK PUsat, En Shamsul Iskandar dan Ketua AMK Selangor, En Jonah yang turut berada di tempat kejadian, meredah asap dan getir serangan dari FRU. Salam kepada semua penyokong Pakatan rakyat dan Unit amal yang turut memberikan laporan dan membantu ramai rakyat ketika kejadian. Takbir !!!

3.34 ptg
Orang ramai sudah tidak dapat bertahan. Mereka beransur bersurai. Ramai murid murid sekolah yang berada di persekitaran pengsan kerana gas pemedih mata. Rombongan para mangkok hayun akan di lepaskan ke arah istana Sultan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.

Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.

Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.

3.29 ptg
Upacara doa berakhir, Laungan TakBIR !!! Bergema .. Allahuakbar !!!!
Kelihatan ada yang cuba menjenguk ke luar kawasan dan ada juga yang masih di dalam masjid sambul berehat. Ramai yang sudah pulih selepas pekena garam.

3.26 ptg
Upacara doa menjadi semakin kuat dengan pertambahan orang ramai yang masuk ke dalam masjid. Anilnetto melaporkan pengalaman ini sungguh berlainan sekali. Dia sedang berada di dalam masjid dan ramai lagi yang bukan Islam turut berteduh di kawasan masjid untuk selamatkan diri.

3.25 ptg
Imam masjid Ubudiyah sedang berdoa. Orang ramai yang berada di dalam masjid sedang mengaminkan beramai ramai. Keadaan di luar masih kedengaran siren polis dan bunyi tembakan gas pemedih mata.

3.23 ptg
Banyak tangkapan telah di buat. Tidak dapat di pastikan berapa ramai kah yang telah di tangkap. Keadaan sekarang berangin dan gas pemedih mata terus di lepaskan. Gas tersebut terbang di persekitaran masjid.

3.22 ptg
Kelihatan sejumlah orang baring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.
Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

3.18 ptg
Orang ramai seperti di sekat di dalam masjid. Mereka di kepung. Mereka yang masuk ke dalam masjid mengucapkan syukur alhamdulillah. MB gelap sudah tiba di depan masjid dan sedang cuba untuk lepas dari sekatan.

3.15 ptg
Raja Nazrin baru dapat melepasi sekatan rakyat yang berada di depan masjid. Kelihatan masih ramai yang berkumpul dan menghalang lalu lintas. Kelihatan kenderaan dif dif kehormat masih lagi di sekat. Keadaan di sana, mendung dan berangin. Gas Pemedih mata sudah merebak di bawa angin sekitar 1 kilometer jauhnya.

Anil netto beransur pulih. seorang wanita sudah memberikan segengam garam untuk di makan bagi menghilangkan kesan gas.

3.10 ptg
Pintu belakang masjid telah di buka. Kelihatan mereka yang cedera akibat gas pemedih mata di bawa masuk. Kelihatan juga Anilnetto turut berada bersama. Anil berada di bahagian tempat wanita sembahyang. Di rehatkan. Kelihatan kira kira 40 wanita sedang bersembahyang di sana.

3.07 ptg
FRU sekarang sedang mengejar orang ramai sehingga masuk ke kawasan masjid. Berpuluh puluh gas pemedih mata telah pun di lepaskan. Anilnetto .. blogger yang membuat lapuran di laporkan turut terkena.

Kelihatan orang ramai sudah mula membaling objek seperti kayu ke arah polis FRU.

3.04 ptg
Di laporakan Raja Nazrin baru sampai di hadapan laluan ke masjid dan laluan masih lagi sesak dengan rakyat yang cuba menghalang mereka terus ke istana. Siren polis kedengaran di sana sini. Laungan rakyat "Allahuakbar !!!" masih lagi kedengaran.

3.01 ptg
Di beritahu Raja Di Hilir telah tiba di tempat kejadian.
Gas pemedih mata terus di lepaskan. Orang ramai kelihatan cedera. Gas di lepaskan di luar dan di dalam masjid.
5 buah truck FRU telah berjaya melepasi bentang orang ramai dan menuju ke istana. Beberapa buah kenderaan yang sepatutnya pergi ke istana telah di sekat.
Di hadapan Masjid terdapat sebuah sekolah dan kanak kanak sekolah turut terkena gas tersebut.

2.56 ptg
Sebelum ini Najib dan Hisammuddin menjangkan beberapa buah negeri lagi akan jatuh ke tangan BN dengan cara yang sama. Melompat parti.
Lapuran di perolehi beberapa orang yang di maksudkan adalah
7 dari kedah, 12 dari penang dan 6 dari Selangor. Waspada !!!

2.53 ptg
Tembakan gas pemedih mata di lepaskan. Orang ramai berlari ke arah dalam masjid. Ketika ini kira kira 8 tembakan gas telah di lepaskan. Sementara itu, sebahagian lagi orang ramai terus berarak ke Istana Sultan.

2.50 ptg
Dilapurkan Lori FRU lebih dari 10 buah. mereka terus menghalang FRU dari melalui jalan tersebut yang menghala ke istana. Mereka terus duduk. Polis memberi amaran melalui pembesar suara tapi penyokong PR menjerit ke arah mereka semula.

2.46 ptg
Kira kira 2000 orang penyokong Pakatan Rakyat duduk di tengah jalan berhadapan dengan FRU. dan mereka menghalang jalan menuju ke istana.

2.15 ptg
6,000 orang berkumpul di luar Masjid Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat bersedia untuk berarak ke Istana Sultan. FRU sudah bersedia sejak awal lagi. Selepas waktu Solat, mereka berkumpul diluar dan laungan Allahuakbar !! mula bergema.

Tidak lama kemudian, mereka mula keluar dan berhadapan dengan FRU. Laungan Hancur hancur hancur UMNO !! Hidup, hidup, hidup Rakyat turut berkumandang.

500 orang bergerak berasingan di hadapan bergerak untuk bertemu Sultan.

Gas pemedih mata di lepaskan. Perarakan masih berterusan dan rombongan merempuh benteng FRU. pada jam 2.39 ptg.

Sebahagian dari penyokong menyekat FRU di jalan berhadapan masjid dan sebahagian lagi mengepung jalan.

Kelihatan wanita yang pengsan terkena gas pemedih mata.

Nizar = Anwar

Ya,
Memang Nizar sama dengan Anwar. Jika tahun 1998 Anwar menentang Mahathir Mohamad dan pada ucapan penutupan sebelum beliau ditangkap, beliau pernah mengatakan "Satu Anwar Hilang, Beribu Yang Akan Muncul". Di hadapan ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau di Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka beliau telah memberikan ucapan berapi dan laungan reformasi, Suara Rakyat Suara Keramat telah menjadi satu laungan legenda sepanjang zaman.

Sekarang obor perjuangan rakyat itu telah diambil oleh Nizar. Beliau dipaksa letak jawatan oleh Sultan Azlan Shah yang dipengaruhi oleh Najib Abdul Razak (Ingat 5/2/2009). Beliau jatuh dan rakyat angkat beliau kembali. Beliau dianggap hero oleh rakyat khasnya rakyat Perak. Puluhan ribu rakyat bersorak dan mengangkat beliau dan beliau dengan begitu semangat mengatakan beliau tidak akan berhenti dari berjuang dan NAJIB akan BERKUBUR DI PERAK!!!

Hari ini beliau akan bersolat di Masjid Ubudiah. Teringat ketika waktu mula - mula Anwar dipecat, Masjid Abu Bakar di Bukit Damansara menjadi tempat beliau mula - mula menggerakkan kuasa rakyat. YB Nizar, gunakan peluang ini untuk menggerakkan rakyat Perak. Menjelajahlah satu negeri Perak dengan ucapan keras, berapi dan bersemangat. Kemudian jelajah satu Malaysia dan kemudian kembali semula ke Ipoh. Di sana pasti ratusan ribu rakyat akan berhimpun menuntut agar pilihanraya negeri diadakan semula

Nizar, pergilah berjuang. Panglima Nizar!! Anak - anak muda Perak dan Malaysia sedang menanti anda. Gelombang REFORMASI ketiga sudah tiba!!!

Sabtu, 31 Januari 2009

Demo Mansuhkan PPSMI

Tepat jam 2.30 petang, aku telah tiba di Bangsar untuk bertemu Black aka Amin. Aku telah berjanji dengan dia untuk pergi bersama - sama ke Sogo untuk menyaksikan pelancaran Gerakan Memansuhkan PPSMI dan buat julung kalinya melihat mereka yang dahulu cukup selesa di pejabat mewah turun ke jalanraya.

2.58 petang aku, Black, Rahmat dan dua orang wartawan Malaysiakini selamat tiba di LRT Putra Masjid Jamek. Rahmat telah menemani Sasterawan Negara kita iaitu A.Samad Said. Kami pun berjalan ke Sogo dengan langkah yang cepat kerana tunjuk perasaan akan mula pada jam 3.00 petang sepertimana yang dijadualkan. Tapi aku cukup terperanjat kerana telah diberitahu oleh seorang sahabat demo telah pun selesai. Selesai? Dalam masa berapa saat mereka berdemo? 2 saat, 3 saat, 1 minit atau 2 minit. Aduh, sudahlah penat berjalan laju untuk ke sana, demo pula dah selesai. Dari sumber yang diberitahu oleh seorang teman, mereka yang bergelar pejuang - pejuang bahasa hanya mengeluarkan kenyataan akhbar itu pun bercetak. Setelah diberikan kenyataan tersebut, demo yang kononnya harus dilakukan di kawasan yang menjadi tumpuan rakyat telah pun selesai.

3.00 petang, aku dan rakan - rakan selamat tiba di Sogo. Sedih, memang menyedihkan. Tunjuk perasaan yang sepatutnya memberi impak agar rakyat sedar betapa penting Bahasa Melayu ini hanya berakhir dengan wajah - wajah para pejuang bahasa ini duduk sebaris di kedai SECRET RECIPE untuk meminum teh dengan harga yang mahal yang tidak mampu untuk dimiliki oleh orang - orang yang tidak mampu tetapi cukup bersemangat hadir untuk memberi sokongan kepada mereka dan mereka pula memperlihatkan wajah sebagai seorang pejuang besar. Memang aku hargai dengan kehadiran mereka di Sogo. Aku hargai mereka buat kerana julung kalinya turun ke jalanraya. Tapi aku cukup sedih, jika beginilah bentuk pelancaran gerakan tersebut. Lancarkan saja di HOTEL - HOTEL, RESTORAN - RESTORAN MEWAH di sekitar ibukota ini. Kami bukannya mahu bertempur dengan polis. Kami datang kerana sayangkan bahasa Melayu ini. Syukur kerana ada seorang rakyat Malaysia yang berani telah melahirkan perasaan tidak puas hati dengan sikap mereka ini. Individu ini dengan lantang mengatakan "Kalau nak lancar macam ni, baik buat kat hotel, kalau takut kena hujan baik buat kat restoran, kalau takut dengan polis, baik takyah berjuang!!!". Setelah diasak bertubi - tubi oleh individu tersebut dan juga disertai oleh beberapa orang lagi, barulah mereka yang lantang bersuara di internet bangun dan mula kehadapan.


Para Pejuang Yang Mulanya Melepak Mula Kehadapan Setelah Ditengking

3.15 petang, barulah kedengaran suara - suara slogan anti PPSMI dan diakhiri dengan laungan Mansuhkan PPSMI. Syabas, walaupun sedikit sahaja, kurang - kurangnya pelancaran ini agak sikit bermakna. Bukannya kehadiran tidak ramai. Lebih kurang 1000 orang telah mula berhimpun. Tapi entah mengapa mereka semua ini tidak berani.

Jadi buat pejuang - pejuang bahasa, jika anda gentar untuk berjuang jangan harap Bahasa Melayu akan dapat dimartabatkan semula. Aku berharap, program 7 Mac 2009 ini berjaya dilaksanakan. Jangan baru mula tak sampai 2 minit dah selesai.

Apa pun, selamat berjuang!!


Salute pada Kopratasa...artis yang sayangkan bahasa. Mana pergi artis - artis lain???

Jumaat, 30 Januari 2009

DEMO SABTU DI SOGO - 3 PETANG - SOGO

PELANCARAN GERAKAN MANSUHKAN PPSMI (GMP) - SABTU 31 JAN 09 / 3PM / SOGO



Bersempena dengan program khas Pelancaran Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang akan berlangsung pada hari Sabtu 31 Januari 2009, pada jam 3.00 petang bertempat di Dataran Kompleks Membeli-Belah SOGO, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, semua rakyat digesa hadir menyokong para tokoh bahasa dan pemimpin Pakatan Rakyat agar menyampaikan bantahan kepada kerajaan BN.

Perhimpunan ini bakal menyaksikan penglibatan tokoh-tokoh berwibawa yang mewakili institusi bahasa, akademik, profesional serta parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang dijangka hadir adalah Datuk Dr. Hassan Ahmad, Prof. Dr. Shahrin Md Zain, Prof. Abdullah Hassan, Ainon Mohd., Hasni Abas, Suhaizan Kayat, parti PAS dengan Dr. Nasharuddin Md. Isa, Mohd. Sabu bersama Pemuda PAS diketuai Salehuddin Ayub, manakala PKR dengan peneraju utama Shamsul Iskandar Md. Akin (Ketua AMK Pusat) bersama jentera padu AMK khususnya dari Wilayah Persekutuan dan Selangor dan disokong oleh ahli MPT PKR Tian Chua.