Selasa, 10 Januari 2012

Surat Terbuka Kepada Ahli Perkasa

PERKASA merupakan satu badan bukan kerajaan yang mempunyai semangat perjuangan membela Melayu yang tersangat ekstrem. Satu pertubuhan yang sangat menimbulkan keresahan kepada rakyat Malaysia yang sekarang ini sudah bergerak untuk membuang semangat perkauman.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali sering kali menimbulkan kenyataan yang menimbulkan perasaan benci dan meluat dengan telatah dan kata – katanya. Namun sedarkah ahli Perkasa bahawa anda sekarang sedang dipermainkan oleh Ibrahim Ali?

Tidak percaya?

Lihat pada perhimpunan raksasa rakyat BERSIH 2.0. Ketika puluhan ribu rakyat sudah bersiap – sedia mahu berhimpun, lihat sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau. Ugut – mengugut dengan mengatakan beliau akan turut bertempur dengan rakyat jika rancangan BERSIH 2.0 mahu berhimpun diteruskan. Mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan memimpin 50,000 ahli Perkasa untuk berperang dengan rakyat. Tapi pada hari tersebut dimanakan beliau? Senyap dan duduk diam di rumah. Beliau menggesa anda semua keluar ke Tasik Titiwangsa, tapi di manakah beliau? Duduk diam di rumah.

Ketika perhimpunan 901 dirancang untuk diadakan, sekali Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan. Mahu mengerahkan puluhan ribu ahli Perkasa untuk berhadapan dengan rakyat yang mahu melihat Anwar Ibrahim dibebaskan. Mana dia ketika perhimpunan itu berlangsung? Diam menikus takut di rumah.

Tidak malukah anda semua mempunyai ketua yang penakut lagi bacul itu. Lihat sahaja pimpinan NGO yang memperjuangkan nasib rakyat. Mereka turun untuk turut serta berhimpun dan sanggup menghadapi risiko dibelasah oleh pihak berkuasa. Lihat sahaja pimpinan Pakatan Rakyat, mereka sanggup bersama – sama dengan rakyat dan mengambil risiko jika dikasari oleh pihak berkuasa.

Ibrahim Ali telah memalukan anda semua. Anda semua telah dikeji, dikutuk dan dihina hanya kerana keceluparan Ibrahim Ali yang berlagak berani tetapi sebenarnya penakut dan bacul.

Buat ahli Perkasa, sudahlah, berubahlah. Buangkan semangat perkauman dan gunakan keberanian anda untuk membela rakyat. Mari menyertai rakyat Malaysia yang mencintai keadilan dan menentang kezaliman.

HIDUP RAKYAT!