Memaparkan catatan dengan label Kerja Bodoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja Bodoh. Papar semua catatan

Selasa, 10 Januari 2012

Surat Terbuka Kepada Ahli Perkasa

PERKASA merupakan satu badan bukan kerajaan yang mempunyai semangat perjuangan membela Melayu yang tersangat ekstrem. Satu pertubuhan yang sangat menimbulkan keresahan kepada rakyat Malaysia yang sekarang ini sudah bergerak untuk membuang semangat perkauman.

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali sering kali menimbulkan kenyataan yang menimbulkan perasaan benci dan meluat dengan telatah dan kata – katanya. Namun sedarkah ahli Perkasa bahawa anda sekarang sedang dipermainkan oleh Ibrahim Ali?

Tidak percaya?

Lihat pada perhimpunan raksasa rakyat BERSIH 2.0. Ketika puluhan ribu rakyat sudah bersiap – sedia mahu berhimpun, lihat sahaja kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau. Ugut – mengugut dengan mengatakan beliau akan turut bertempur dengan rakyat jika rancangan BERSIH 2.0 mahu berhimpun diteruskan. Mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan memimpin 50,000 ahli Perkasa untuk berperang dengan rakyat. Tapi pada hari tersebut dimanakan beliau? Senyap dan duduk diam di rumah. Beliau menggesa anda semua keluar ke Tasik Titiwangsa, tapi di manakah beliau? Duduk diam di rumah.

Ketika perhimpunan 901 dirancang untuk diadakan, sekali Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan. Mahu mengerahkan puluhan ribu ahli Perkasa untuk berhadapan dengan rakyat yang mahu melihat Anwar Ibrahim dibebaskan. Mana dia ketika perhimpunan itu berlangsung? Diam menikus takut di rumah.

Tidak malukah anda semua mempunyai ketua yang penakut lagi bacul itu. Lihat sahaja pimpinan NGO yang memperjuangkan nasib rakyat. Mereka turun untuk turut serta berhimpun dan sanggup menghadapi risiko dibelasah oleh pihak berkuasa. Lihat sahaja pimpinan Pakatan Rakyat, mereka sanggup bersama – sama dengan rakyat dan mengambil risiko jika dikasari oleh pihak berkuasa.

Ibrahim Ali telah memalukan anda semua. Anda semua telah dikeji, dikutuk dan dihina hanya kerana keceluparan Ibrahim Ali yang berlagak berani tetapi sebenarnya penakut dan bacul.

Buat ahli Perkasa, sudahlah, berubahlah. Buangkan semangat perkauman dan gunakan keberanian anda untuk membela rakyat. Mari menyertai rakyat Malaysia yang mencintai keadilan dan menentang kezaliman.

HIDUP RAKYAT!

Rabu, 18 Ogos 2010

Wayang Murahan BN

Pada tahun 1969, kerana kuasa BN telah mula terhakis. Isu perkauman dimainkan. Ketika itu tiada internet. Ketika itu maklumat sampai begitu perlahan dan lambat. Maka ribuan anak muda Melayu terpengaruh dengan agenda Ketuanan Melayu. Ribuan telah tercedera dan ratusan terkorban. Hasilnya BN kembali memerintah untuk beberapa dekad lagi. Modalnya, hasut orang Melayu agar bangkit membunuh semua bangsa Cina dan lain - lain. Biar nyawa rakyat tergadai asalkan kuasa Umno terbela.

Hari ini, pelakon "filem" terhebat Chua Soi Lek sekali lagi berjaya membawa wataknya dengan begitu berkesan. Watak sebagai penjahat untuk orang Melayu. Watak sebagai penghasut agar keharmonian kaum ini tergugat. Lakonannya mantap. Ramai orang Melayu terpengaruh dengan lakonannya khas Perkasa dan Muhyidin Yassin. Slogan - slogan mengeji, laungan amarah, dan jeritan membela Melayu dipekikkan. Laporan polis segera dibuat. Tujuannya agar memulakan cetusan api kecil agar pergaduhan yang mereka nantikan itu benar - benar terjadi.

Lihatlah betapa jijiknya permainan BN. Perhatikan betapa biadapnya mereka terhadap nyawa rakyat Malaysia. Nyawa kita tidak bernilai yang bernilai bagi mereka adalah kuasa yang merampas wang rakyat. Rakyat Malaysia amnya lihat saja wayang murahan yang dimainkan oleh BN. Orang Melayu bukalah mata seluas - luasnya, selama ini ketika rumah saudara - mara dirobohkan di Kampung Berembang ada Perkasa dan Umno membela mereka ini? Tidak. Sekarang mereka cuba menjadi hero kerana mereka tahu kuasa mereka semakin tipis dan bakal hilang selama - lamanya. Hero dengan menjadi hero jadian ketika kuasa sudah tiada. Hero seperti inikah yang kita mahukan. Ketika mereka senang merompak wang rakyat, wajah kita, rumah kita, langsung tidak dihiraukan. Sekarang, sibuk mahu menjadi panglima besar Melayu zaman Kesultanan dahulu kala.

Buat Chua Soi Lek, Muhyiddin Yassin, Perkasa dan siapa sahaja yang melompat tak kena gaya. Jangan terkejut gaya anda semua menyebabkan rakyat semakin jauh dari anda. Jangan samakan kebodohan anda dengan rakyat Malaysia. Kami perhati dan kami nilai. Tindak - tanduk yang seperti badut ini bakal dihukum. Kami rakyat Malaysia terhibur dengan wayang kos rendah anda, tapi nilai yang harus kamu semua bayar teramat tinggi. HILANG KUASA!!

Jumaat, 5 Mac 2010

KJ Buat Lawak

KUALA LUMPUR, March 4 — Retaining Datuk Seri Anwar Ibrahim as the Opposition Leader will bring more problems not only to the Parti Keadilan Rakyat (PKR) but also to the opposition coalition as a whole, said Barisan Nasional (BN) Youth head Khairy Jamaluddin

Sumber : TheMalaysianInsider

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom gelak dulu...hahahahahahahahahahahahaAHAHAHAHAHAHA.

Cermin muka kau dulu KJ wei.

Pilihanraya 2008 sapa punya hal sampai BN hilang 2/3 majoriti.

BN kalah terus - menerus 8 pilihanraya kecil salah siapa KJ wei.

Ini sekarang timbul berita ramai pemuda Ummo menyampah dengan kau dan nak kau berambus dari jawatan Ketua Pemuda Umno siapa KJ wei.


Kau tu nak menumpang pengaruh DSAI supaya nama kau naik balik.

HAHAHAHAHAHA

KJ si beruk yang tak tahu malu...LUPA SALAH DIA YANG DULU.

Rabu, 3 Februari 2010

Ni Baru Pembantu, Tuan Dia Lagi Lah!!


Ini adalah manusia yang mengeluarkan kenyataan paling jijik dan paling bodoh dalam sejarah Malaysia. Sumpah aku katakan inilah manusia yang paling kotor dan mengejikan yang pernah hidup dalam sejarah Malaysia.

Kalau dia ini bodoh dan menjijikkan, bagaimana pula Tuan dia. Tuan yang sanggup mengambil mangkuk ini sebagai PEMBANTU KHAS...ingat...PEMBANTU KHAS!!

Nak tau sapa TUAN DIA?



Bukan yang laki tu...tu yang perempuan tu...ermm dia la PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG SEBENAR!!

Ahad, 10 Januari 2010

Rakyat Tak Bodoh Yang Bodoh Najib

Aku memang bangga dengan rakyat Malaysia. Walaupun ada segelintirnya terperangkap dengan permainan Najib namun majoritinya tidak sedemikian. Masih ramai lagi yang berfikiran waras.

Anak muda Malaysia tidak ramai yang turut serta dalam demo anjuran mereka - mereka yang menganggap diri mereka lebih pandai dari Rasulullah s.a.w. Demonstrasi yang hanya mencecah ratusan orang sahaja. Tidak langsung dapat mencecah angka ribuan umat. Berbeza dengan perhimpunan rakyat membantah kezaliman kerajaan Mesir terhadap rakyat Palestin dengan membina tembok sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Zionis Yahudi Israel. Lebih 1ooo rakyat Malaysia berhimpun membantah tindakan kejam kerajaan Mesir itu.

Apa yang boleh kita lihat disini. Buatlah percubaan untuk mencetuskan kemarahan sesama kaum. Rakyat Malaysia hanya dari jauh melihatnya dan mentertawakannya. Kita masih rasional. Bukannya bodoh sebagaimana mereka itu. Kita mampu menilainya. Najib dalam keadaan terdesak. Tidak sampai setahun memerintah terlalu banyak kontroversi yang dihadapinya. Serangan bertali - arus dari mereka yang menyampah dengan Rosmah dan melihat kekejaman Najib memerintah dan mengendalikan ekonomi menyebabkan Najib terpaksa bertahan dan ada masanya sesak nafas.

Cubaan demi cubaan untuk mengalihkan rakyat daripada masalah sebenar gagal. Dari isu kerajaan Selangor hinggalah cubaan melagakan pimpinan PAS namun tetap tidak berjaya. Rakyat hanya berhenti seketika daripada meneropong kepimpinan Najib namun kembali meneropongnya kembali. Najib lemas. Rosmah lemas. Umno lemas. BN sesak. Maka perancangan dibuat.Mahkamah konon - konon membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak Kristian. Bantahan demi bantahan dibuat. Hishamuddin Hussein membenarkan demonstrasi. Najib kata tak boleh halang mereka berdemo. Minyak dititiskan keatas api yang tak berapa nak menjadi itu. Maka gereja terbakar kerana perbuatan sesetengah yang menganggap Najib membenarkan. Demonstrasi dirancang dan diadakan. NAMUN TETAP GAGAL MENDAPAT SAMBUTAN!!

Setelah melihat demo gagal, maka mereka terpaksa membuat konon - konon simpati dengan isu gereja yang dibakar. Bantuan diberikan RM 500,000 diberikan kepada gereja terbabit. Namun bolehkah rakyat membuat prasangka buruk terhadap Najib bahawa sememangnya dia mahu mencetuskan ketegangan kaum? Tidak. Tidak sama sekali. Terlajak perahu boleh tarik balik terlajak kata - kata dan menyebabkan musibah terjadi sudah pasti amat susah untuk dilupai.

Najib sedang cuba sedaya - upaya untuk mengekalkan kuasa. Serangan bertali - arus oleh rakyat menyebabkan Najib sanggup membunuh rakyat Malaysia sendiri. GST yang bakal dikenakan terhadap rakyat bakal mengundang kemarahan rakyat yang maha dahsyat. Harga gula naik, kadar bayaran broadband akan dinaikkan dan harga baru petrol akan dikenakan. Semuanya pasti mengundang kemarahan rakyat tidak kira apa kelas dan kasta sekali pun. Maka untuk mengelakkan kemarahan rakyat kekal sampai PRU ke-13, maka isu - isu jijik seperti ini dimainkan.

Aku tetap bangga dengan anak muda Malaysia. Rata - rata tidak berminat dengan mainan songsang Najib. Hanya mereka yang sengal sahaja terikut.

Sekarang aku menyeru kepada semua pihak agar kembali tumpu kepada perhatian kepada pemerintahan Najib. Perhatikan harga - harga barang tidak naik. Perhatikan ekonomi kita. Perhatikan semuanya. Pastikan Najib sesak nafas dengan keprihatinan kita dan yang paling penting. Seranglah sebanyak mungkin.

HIDUP RAKYAT!!

Rabu, 28 Oktober 2009

Dari Stadium Ke Jambatan (3)

Rakyat sering dimangsakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawap ini. Siapa mereka ini? Umno dan Barisan Nasional.

Ketika rakyat Malaysia terus bersedih dengan kehilangan 1 nyawa dan 2 lagi yang masih hilang, media terus memainkan isu jambatan itu runtuh kerana murid - murid di sekolah tersebut melompat - lompat di jambatan tersebut dan alasan yang paling bangsat diberi...jambatan baru dibina tidak sampai dua minggu. Pertama kali aku dengar benda yang dah siap dua minggu tak cukup kuat untuk digunakan.

Kalau tau tak selamat kenapa bagi murid - murid pakai juga jambatan tersebut...bodoh..alasan paling bodoh!!

Isnin, 7 September 2009

Kebodohan Kementerian Di Bawah BN Terserlah

Dasar kerajaan Selangor membekal air percuma kepada rakyat perlu dikaji semula oleh kerana ia tidak memanfaat kumpulan sasaran, menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Jurucakap kementerian itu memberitahu Bernama hari ini bahawa bekalan 20 meter padu air percuma setiap bulan tidak sampai kepada rakyat miskin di rumah pangsa kos rendah dan kawasan setinggan.

lagi


Beliau berkata penjimatan dari subsidi air boleh digunakan untuk program lebih mendesak seperti menambah baik pengangkutan awam dan sistem lalulintas di negeri ini

sumber : Malaysiakini

*********************************************

Tujuan utama Kerajaan Selangor buat macam itu bagi menunjukkan bahawa Selangor mampu beri air percuma kepada semua rakyatnya.

Apakah benar tuduhan mereka yang mengatakan kawasan kampung tak dapat air?? Saya baru sahaja melawat Kampung Parit Baru Baruh di Sungai Besar Selangor. Semua penduduk kampung menikmati air percuma.

Hatta bekas Ahli Parlimen Umno yang merupakan orang tempatan pun mengatakan tindakan kerajaan Selangor buat polisi macam ini benar - benar membantu rakyat!!

Kamu pula kata tak??

BODOH!!

JANGAN BODOHKAN RAKYAT!!

Jumaat, 4 September 2009

Penganjur Demo Kuil, Ditolak Penduduk Tempatan

Persatuan Penduduk Seksyen 23 Shah Alam menggesa agar kontroversi pemindahan kuil Hindu dari Seksyen 19 ke kawasan mereka diselesaikan dengan baik tanpa melibatkan anasir politik yang berkepentingan.

"Kita sudah lama hidup aman damai di sini. Kita tidak mahu ada yang rosakkan perpaduan sesama kita," kata pengerusinya Zainudin Md Yusuff.

"Minta (semua pihak) hindarkan anasir politik. Jangan libatkan anasir politik," katanya ketika ditemui Malaysiakini semalam.

Beliau mengulas bantahan sekumpulan penduduk dan NGO Melayu yang menentang pembinaan kuil di kawasan tersebut.

Kumpulan itu juga mengarak kepala lembu dalam demonstrasi di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK ) Selangor, Shah Alam pada Jumaat lalu.

Ketika ditemui di kediamannya hari ini, Zainudin, 69, meminta penduduk setempat memberikan kerjasama dan menyatakan pendirian mereka melalui saluran yang disediakan.

"Minta semua buat kerja masing-masing. Kalau esok (majlis) bandaraya panggil, kita pergi. Beritahu pendirian kita. Kalau hendak (kuil), kata ya. Kalau tak hendak, kata tidak.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Yang mangkuk - mangkuk bawak kepala lembu ni sapa ya??

Penduduk setempat pun tak suka tindakan korang..

Wei sebelum korang mandi darah dengan org Hindu...jangan kepala berjahit dengan penduduk setempat.

Korang ni pengacau betul la..

Pegi gesa kerajaan pusat tutup kilang carlsberg di Shah Alam dan tepi Federal Highway sebelum terpekik terlolong TAKE BEER!!

Woi TOTOK UMNO dan konco - konconya...otak hangpa kat mana??

Dah pecah tembelang...jangan lupa pegi sorok muka dalam lubang jamban!!

Rabu, 26 Ogos 2009

PKR : Parti Korban Untuk Rakyat

Kenapa aku pilih tajuk macam nie? Bunyi macam pelik ja?

Sedarkah kalian semua, ketika isu Perak tercetus, yang melompat parti adalah orang dari PKR.

Ya benar, ada orang marah pada parti tersebut.

Tapi apa kata kalau kita lihat dari sudut positif.

Bila ahli PKR yang melompat disebabkan diugut oleh NAJIB dan diculik oleh NAJIB, pasti sokongan terhadap PAKATAN RAKYAT meningkat secara mendadak.

Simpati terhadap PR meningkat. Bencinya orang ramai kepada NAJIB juga turut meningkat.

Hasilnya, Bukit Gantang menang besar, Bukit Selambau menang besar dan terbaru Permatang Pasir pun menang dalam peratus undi kurang.

PKR kena la sikit makian dan cacian daripada penyokong PAS ataupun DAP.

Tapi bila ada sahaja Pilihanraya Kecil pasti Pakatan Rakyat yang dapat hasil lumayan.

Jika culik - menculik, ugut - mengugut dan rasuah - merasuah dibuat oleh NAJIB kepada orang PKR yang lemah iman dan perjuangannya (tak semua macam tu), pasti, CONFIRM, aku yakin Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia.

Percayalah, jika NAJIB terus - menerus buat macam itu, PR dapat memerintah Malaysia.

PKR masa PRU-13 kenalah cari calon yang kualiti. Tak mau lompat - lompat macam ini lagi.

Masa ni takpa, untung kat Pakatan. Bn yang nampak BODOH dan zalim.

p/s buat yang tak faham, maknanya nak bagitau kat Najib hang buat benda macam ini, rakyat lagi meluat kat hang. Ha tunggu apa lagi, kasi Kedah tergolek pastu Selangor pulak..PRU-13 satu semenanjung hang takda power....BODOHHH punya olang

Ahad, 16 Ogos 2009

Wow..Bila Nak Siasat Nie..WOI SPRM!!

KUALA LUMPUR, Aug 16 — The MCA “donation” scandal worsened today when Datuk Seri Tiong King Sing maintained he had also given money to the party's Wanita chief Datin Paduka Chew Mei Fun and “others” in response to her criticisms.


Bila nak siasat nie....tapi masalahnya pulak

PUTRAJAYA: Accusations of bias, negative public perception and the immense pressure on the Malaysian Anti-Corruption Commission has got the better of its investigations chief, Datuk Shukri Abdull.

An exasperated Shukri threw a bombshell yesterday: the MACC willstop investigating politicians, indefinitely.

Aikkk....ni sahih tamau siasat kes pemimpin MCA...buat - buat fed - up tamau siasat dah ahli politik...WOI SPRM....hangpa punya wayang semua dalam poket la...

BALKIS apa cerita?? Rumah banglo Khir Toyo apa cerita?? WOI LUMBU NAZRI...cepat la buat laporan untuk khir TOYo..hang ni lagi satu...LUMBU!!!

sapa kawan ngan Nazri Gerak nie pon satu kali lumbu!!


Ahad, 9 Ogos 2009

Umno Masih Tertido - tido

Umno Selangor menempelak PAS Selangor yang menurutnya baru "bangun dari tidur" berhubung isu kontroversi penjualan arak di negeri itu.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Umno oooo Umno...

Hai...kadang kala aku sedih tengok hangpa nie...

Pakatan Rakyat baru perintah setahun lebih..

Kira bagus juga la PAS bersuara..

HANGPA DULU?? satu habuk pun tak buat apa....biaq lagi ada la!!!

KATA ORANG DOK TIDOQ...CERMIN MUKA DULU..AKU RASA HANGPA TAK TIDOQ..TANGAN DOK ROUND CELAH KANGKANG SYOK...

BILA KALAH BARU TANGAN TU BERHENTI..MULA CARI SALAH ORANG LAIN!!

Dah la...tolonglah..jangan BODOHKAN orang melayu lagi...

Patung Najib Boleh Pulak??



Korang dulu ingat tak? Masa gambar gergasi Anwar dibuat di Batu Caves. Bukan main melompat gang - gang Zionis Umno nie. Syirik la, khurafat la...semua jadi ulama'.

Aku secara peribadi memang tak minat gambar DSAI dibesarkan macam tu.

Tapi kali ni aku nak tengok...puak - puak ni meloncat tak..

Ha...PEKIDA...PEWARIS kata bela akidah umat....apa lagi...keluarkan keris anda...haahahahahahahahahahahaha...bongok!!

Isnin, 27 Julai 2009

Nizar Pegang Lilin..Najib??



WEL..WEL..WEL..

YELEY PETEY YELEK

SAYA..SAMI NAJIB..DATANG DARI PEKAN MARI..AMMAAAKKKKKK

Ahad, 19 Julai 2009

Apala Malang Nasib Rakyat Malaysia Dapat TPM Sengal

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik anggota exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil rakyat mereka.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini bukan isu politik. Ini soal nyawa rakyat Malaysia yang turut membayar cukai. Ini soal nyawa anak muda yang sepatutnya merakamkan perkahwinannya pada hari Jumaat.

Buat Muhyiddin Yassin, belajar - belajar untuk mengeluarkan kenyataan yang lebih nampak cerdiknya.

Jangan bagi nampak kebodohan itu.

Allah Maha Kaya..Allah Maha Besar..Allah beri sedikit kenikmatan buat Najib dan konco - konconya..namun mereka alpa...

HARGA BARANG NAIK!!

MEREKA BIARKAN NYAWA SEORANG INSAN YANG TIDAK BERDOSA DIBUNUH!!

Sekarang biarkan mereka terkontang - kanting untuk menjawap segala pertuduhan yang rakyat Malaysia lontarkan!!

p/s Najib sama macam Pak Lah...janji - janji...tapi satu pun tak buat..yang dia buat..harga barang naik sekali lagi...

Kebodohan Berita Harian dan Utusan Malaysia Terserlah

KUALA LUMPUR, July 19 — Umno-controlled newspapers, Berita Harian and Mingguan Malaysia, today slammed critics for demonising the country’s graft-busters over Teoh Beng Hock’s death, with one suggesting there is an agenda to weaken Malay-controlled institutions.

Both newspapers accused the opposition of politicising the political secretary’s death on July 16, with Mingguan saying the federal opposition Pakatan Rakyat (PR) was using the incident to divert attention away from internal problems and weaknesses.

Sumber : The Malaysian Insider

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini bukan isu nak melemahkan ketuanan melayu. Ini soal keadilan. Kenapa tahanan SPRM yang berbangsa Cina mati di dalam tahanan mereka.

Buat orang - orang Umno. Ini bukan isu perkauman. Kalau orang Umno sendiri boleh kena siksa inikan pula orang Pakatan Rakyat.

Buat wartawan dan editor Berita Harian dan Utusan Malaysia, cukup!! Jangan jadi bodoh dan cuba memperbodohkan orang Melayu.

Siapa yang gadai bangsa Melayu kalau tak orang Umno sendiri. Yang rampas kuasa raja siapa?? UMNO!!

Yang gadai tanah orang Melayu Johor siapa? Muhyiddin Yassin UMNO!!

Yang naikkan harga barang untuk tahun ini dan memiskinkan lagi orang Melayu siapa?? Najib UMNO!!!

INGAT...JANGAN JADI BODOH MACAM KALDAI!!!

Rabu, 15 Julai 2009

Dua Cerita Bodoh Untuk Hari Rabu

PORT DICKSON 14 Julai - Kementerian Pelancongan berharap kerajaan menarik balik tindakan kuarantin ke atas pelancong asing yang demam atau selesema berikutan kebimbangan jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1).

Menterinya, Dr. Ng Yen Yen berkata, penarikan balik tindakan kuarantin itu perlu memandangkan trend peningkatan bilangan pelancong, dengan bulan Jun lalu saja meningkat 7.5 peratus membabitkan 2.208 juta orang.

Sehubungan itu, tegasnya, pelancong yang hanya selesema dan demam biasa ketika pemeriksaan di pintu masuk terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak perlu dikuarantin kerana ia boleh menjejaskan sektor pelancongan negara ini.

Sumber : Utusan Meloya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya.

Sumber : Malaysiakini

**********************************************************

Dua berita yang menyakitkan hati aku. Mula - mula sekali tindakan kerajaan yang membenarkan pelancong yang bawa virus SELSEMA BABI berkeliaran di bumi Malaysia atas alasan takut sektor perlancongan terjejas...WOIIIIIIIIIIIII Keselamatan Rakyat Malaysia nak letak kat mana...JAMBAN?? Aduhhhh hinanya rakyat Malaysia!!!

Berita kedua...yang ni aku paling sakit hati. Dah dapat undi sikit nak salahkan orang muda. Woiiiii
Orang muda bagi signal la..tak mau kerajaan perpaduan..nak bagi amaran kat HADI, NASHA, KETUA PEMUDA PAS, dan buat mereka yang terhegeh - hegeh nak berjimak dengan Umno.

Jangan salahkan orang muda...jangan hina akidah perjuangan kami. Kami tak totok PAS..kami totok kepada perjuangan rakyat untuk menentang kezaliman dan menolak semua usaha untuk berjimak dengan Umno!!!

Faham tak!!!!!!!!

Ishhhhhhh...Bodoh betul la untuk dua berita nie!!!

Rabu, 8 Julai 2009

Si Bodoh Yang Dah Menggelabah Nak Menjawap

Exco kerajaan negeri Selangor dan Setiausaha Agung KeADILan antara individu yang disaman oleh Adun Sementa, Dato' Abdul Rahman Palil kerana mengaitkan nama beliau dengan kontroversi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Laporan ini ada unsur berat sebelah kerana ada 20 lagi ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tetapi mengapa hanya saya yang dikaitkan," katanya.

Sumber : harakah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

YB, kalau nak menjawap tu biar nampak cerdik sikit boleh tak...betul ada 20 ahli pengarah. Tapi masalahnya, kau tu je yang ada jawatan YB.

Nampak sangat kau tu dah salah guna kuasa.

Pastu menggelabah saman sana-sini. Buat malu je.

Dah la...pilihanraya kecil tengah dok jalan nie...malu Umno kang dapat pemimpin sengal macam nie..

Puih!!

Rabu, 20 Mei 2009

Mat Rempit Tak Sama Dengan Samseng Jalanan

Helo kepada mereka yang suka melabel - label individu.

Aku tentang lumba haram (walaupun punca kepada lumba haram sebab tempat nak lepaskan gian berlumba sudah tiada) tapi adalah amat tidak adil kepada untuk mengatakan mereka ini samseng jalanan kerana yang membuat hal di jalanraya bukan dari kelompok mereka.

Tapi dari merempit dekat jalanraya dengan rompak duit rakyat, pemilihan agong parti di PWTC yang penuh dengan politik wang (weiii...rasuah la tu)...mana lebih jahat??

Pilih pemimpin dengan rasuah...nak dapat AP kereta kena ada kabel dan rasuah menteri..nak ada AP ayam esok pun kena ada kabel dan rasuah menteri..

Bagi aku..baik rempit dari orang - orang mangkuk macam nie..

WEI..SEDIAKAN TEMPAT LA WEI...BARU MASALAH REMPIT NIE KHALASS..

NI KENAL KAN VALENTINO ROSSI..TAPI TEMPAT TAKDE NAK BUAT APA GILEEEEEE(KHAS BUAT YANG SEDAP DOK BANTAI MAT - MAT REMPIT)!!!

p/s Mat Rempit pun ada pakai baju Nik Aziz..tak percaya pergi Kedah dan Penang..hangpa tengok la..ni la Mat Rempit yang cool..hahaha