Memaparkan catatan dengan label Jangan Sokong Umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jangan Sokong Umno. Papar semua catatan

Selasa, 1 Mac 2011

Undilah Barisan Nasional

TEMERLOH 27 Feb. - Kerajaan dijangka membelanjakan lebih RM14 bilion bagi subsidi barangan keperluan termasuk petrol dan diesel tahun ini berbanding RM10.3 bilion tahun lepas. - Bernama
________________________________________________________

PRK Merlimau dan Kerdau nanti tolonglah kepada pengundi di kedua - dua kawasan terbabit. Jika mahu barang terus naik undilah Barisan Nasional. Jika kemenangan diberikan kepada BN maka naiklah harga barang.

Kerajaan sudah memberi gambaran bahawa harga barang pasti akan naik. Tapi dengan syarat undilah Barisan Nasional. Jika pengundi - pengundi tidak mengundi Barisan Nasional maka jangan mimpilah harga barang akan naik. Mula sekali harga minyak petrol dan diesel akan naik. Maka dengan segeranya harga barangan runcit lain akan turut meningkat. Syaratnya, UNDILAH BARISAN NASIONAL.

Tapi kalau tak undi Barisan Nasional, jangan mimpi harga barang akan naik. Jangan mimpi harga petrol akan naik. Ini kerana ianya umpama para pengundi sekalian tidak mahu melihat harga barang naik. Kalau tak nak harga barang naik, silalah undi Pakatan Rakyat nanti yang diwakili PAS. Jangan merungut kalau harga barang tak naik.

UNDILAH BARISAN NASIONAL.. MENJAMIN KENAIKKAN HARGA BARANG SECARA MENDADAK!!

Isnin, 28 Februari 2011

Sekali Lagi Rosmah Membazir

“Jadi sebagai isteri yang soleh, yang insya-Allah selalulah mengikut kata-kata suami, saya pun selalulah bersiap dan terus naik helikopter lagi datang ke sini,” kata Rosmah dalam ucapannya kepada kira-kira 200 penduduk Felda Jengka 25 pagi semalam. - Malaysiakini
__________________________________________________

Membazir duit rakyat yang adalah satu perbuatan yang cukup hina. Bermewah - mewahan adalah perbuatan yang tersangat biadap jika ianya menggunakan wang rakyat. Jika di Mesir dan Tunisia, rakyatnya pasti sudah berang dengan perangai dan sikap pemimpin mereka ini. Tambah - tambah kalau dari isteri mereka.

Hari ini Rosmah telah membuktikan dirinya tidak dapat dicabar. Rosmah dengan angkuh menggunakan wang rakyat. Menggunakan wang rakyat dengan menaiki helikopter dimana setiap kali menggunakan helikopter, sudah pasti kosnya mencecah ratusan ribu ringgit. Duit siapa? Duit Rosmah?

Duit kita semuanya itu. Malang bagi kita kerana Perdana Menteri kita membenarkan perbuatan membazir ini. Perdana Menteri kita yang berasal dari parti UMNO. Parti yagn sedang bertanding di Merlimau dan Kerdau. Malang kita wahai rakyat kerana kita terpaksa membayar semua perbelanjaan mewah Rosmah. Malang bukan?

Tapi tak mengapa, kerana kita yang memilih Umno dan Barisan Nasional. Terima saja nasib malang kita ini. Teruskan mengundi BN dan Umno. Benarkan mereka menggunakan wang kita dengan boros. Benarkan Rosmah berbelanja dengan mewah.

Selamat mengundi dan berbahagialah dengan membenarkan Rosmah belanjakan wang kita!!

Ahad, 27 Februari 2011

Najib Anti Islam

Najib said he has “some concerns, deep concerns” about Yusuf al-Qaradawi, the Muslim Brotherhood’s spiritual leader. Those concerns center on Qaradawi’s support and justification for terrorism, which carries a great deal of weight given Qaradawi’s credibility as an Islamic scholar - National Review Online
_________________________________________________

Tiada kata yang dapat dihamburkan lagi kepada Najib. Tiada perasaan yang dapat dibayangkan dan diterjemahkan apabila perkataan ini keluar dari mulut Perdana Menteri Malaysia.

Yusuf Al-Qardhawi telah dihina oleh Najib. Najib menuduh ulama' besar dunia dan pemimpin utama Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas. Kenyataan Najib dan tuduhan jahat ini dihamburkan hanya semata mahu menjilat tapak kaki Amerika Syarikat. Siapa yang menjadi talibarut Amerika Syarikat? Anwar atau Najib?

Anwar sekurang - kurangnya tidak pernah menghina mana - mana gerakan Islam didepan dunia barat. Tetapi Najib, hina, fitnah, tuduhan, dan macam - macam lagi hanya semata mahu mendapatkan keredhaan Amerika Syarikat. Amat malang sekali kita jika berketuakan orang yang sanggup menjadi pencacai Amerika.

Buat orang Umno, berbanggalah dengan Najib kerana Najib berjaya menjilat kaki Amerika dengan menghina pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan ulama' besar Yusuf Al-Qardhawi. Menuduh mereka ini sebagai pengganas. Tahniah Perkasa dan pemuda Umno. Tahniah kerana menjadi talibarut Amerika!!

Buat mereka yang diatas pagar, mahukah kita berketuakan pro AMERIKA dan anti Islam!?
Sedarlah, jika kita mengundi BN dan Umno bererti kita mengizinkan penindasan Yahudi terhadap rakyat Palestin. Kita mengizinkan Amerika mengawal negara kita.

JANGAN SOKONG UMNO!!

Khamis, 24 Februari 2011

Penakut Yang Teragung

Dahulu kala, ketika pemerintahan As-Sultan Muzaffar Shah 1 (Merong Mahawangsa), ada satu daerah yang bernama SerbaBoleh. Ada pun di daerah tersebut struktur yang tersendiri. Ada dewan daerah. Ada dua kelompok yang sedang membuktikan siapa yang layak memerintah.

Kelompok pertama menggunakan lambang keris kontot manakala satu lagi menggunakan lambang purnama penuh. Tujuan mereka lambang - lambang tertentu hanyalah untuk memastikan mereka berbeza. Jika mengikut sumber dahulu - kala nama pertubuhan yang menggunakan lambang keris kontot adalah Pertubuhan Ketuanan Masyuk Bersatu manakala yang kedua tidaklah dikenalpasti. Biasalah sejarah selalu ditulis oleh mereka yang menang.

Daerah ini sangat terpencil. Daerah ini telah berpuluh tahun diperintah oleh Pertubuhan Ketuanan Masyuk Bergabung (PKMB)melalui pilihanraya. Namun sejak kebelakangan ini, sudah tercetus penentangan di kalangan orang kampung. Penentangan itu memuncak apabila orang nombor pertubuhan tersebut telah dipecat dan difitnah dengan teruk. Pengerusi pertubuhan tersebut lupa, orang nombor dua itu sangat terkenal dikalangan orang kampung dengan program Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan pelbagai program Islamiah. Maka telah tercetus aksi penentangan.

Arakian penentangan itu telah berlanjutan belasan tahun. Perawi - perawi sejarah pelik kenapa PKMB tidak tumbang - tumbang juga. Walaupun 5 negeri telah tumbang. PKMB tetap utuh. Setelah dikaji - kaji, maka para perawi sejarah telah mendapat punca - punca kenapa PKMB tidak tumbang - tumbang. Walau sekuat mana pertubuhan bulan purnama yang sekarang ini sudah bergabung dengan kilang Roket dan pertubuhan Mata diatas nama Pakatan Anti Masyuk, mereka tetap tewas. Sampaikan tauke TukarTiub pun dah siap keluarkan kenyataan elok pilihan jalan raya.

PKMB ini dijika diikut kajian sejarah, merupakan petubuhan yang paling pengecut, penakut, bacul dan sebagainya. Mengalah Pondan Thai. Mana tidaknya ketika dan setiap kali pilihanraya dijalankan, dari anggota keselamatan, tukang menjalankan pilihanraya, wartawan taraf kedai kopi, pencacai guru pondok yang menjilat PKMB, pertubuhan adik - beradik dan paling penting Pertubuhan Katak Perkasa. Semua macam instrumen penting dalam daerah tersebut dikerah untuk menghadapi gelombang Pakatan Anti Masyuk. Ada satu bahagian yang didapati oleh perawi, mengatakan arakian mereka yang sudah mati dihidupkan kembali untuk datang mengundi. Tersangat dahsyat ketakutan pertubuhan tersebut. Gegak - gempita kerana tidak sanggup berdepan kekuatan dengan mereka. Nak bertempur menggunakan samseng jalanan yang hanya tahu bergaduh bila ramai. Tak ramai, menikus takut.

PKMB dikenang dalam sejarah dahulu - kala kerana penakut yang teramat sangat. Takut pertama kerana takut hilang kuasa. Takut kedua kerana takut sumber keMASYUKkan mereka hilang. Takut ketiga kerana takut apabila kalah nanti akan didakwa. Takut yang paling ketara apabila isteri Mamanda Menteri yang besarnya teramat menakutkan hilang sumber keMASYUKkan untuk membeli - belah. Isteri Mamanda Menteri ini tersangat besar. Jika berjalan bergegar sekalian alam. Jika dia lalu dan tidak suka pada seseorang, dia sanggup meletupkan mangsa tersebut.

PKMB sekarang sudah nazak. Anak muda di pondok - pondok sudah mula menampakkan penentangan. Orang - orang daerah tersebut mula muak dengan janji manis Mamanda Menteri yang bermulutkan merah, yang suka ada hubungan terlarang dan macam - macam lagi. Malah dikatakan harga minyak akan melambung naik apabila lepas pilihanraya kelak. Seperti biasa, PKMB menggunakan alasan harga minyak di Temasik sudah naik. Tapi daerah tersebut unik, kerana kebanyakan mereka terpengaruh slogan Ketuanan Masyuk. Laungan "Hidup Masyuk" akan dimainkan oleh Pertubuhan Katak Perkasa dan pertubuhan samseng jalanan. Maka terpengaruhlah penduduk daerah SerbaBoleh tersebut. Namun jumlah mereka tidaklah ramai.

Apalah nasib mereka selepas itu tidaklah diketahui ini kerana buku yang didapati oleh perawi tidak lengkap. Nasib mereka tidak diketahui apa yang telah terjadi. Namun apa dapat diketahui, PKMB adalah pertubuhan paling bacul dan penakut. Tidak pernah ada pertubuhan lain yang penakut seperti mereka. Tidak berani berlawan secara jantan dan adil. Diharapkan tiada lagi pertubuhan yang penakut dan bacul seperti mereka.

p/s Masyuk - wang
PKMB - Umno lah..siapa lagi!!

Rabu, 23 Februari 2011

Tripoli Memali

Ketika tulisan ini sedang ditulis, ratusan anak - anak muda di Libya telah syahid. Mereka telah dibunuh dengan kejam oleh pemimpin yang dahulunya disanjung oleh mereka. Pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah moden dunia. Menggunakan jet pejuang, mengupah tentera asing dari negara Afrika dan mengizinkan penyokongnya membunuh mereka yang menentang Muammar Gadafi.

Apa bezanya Gadafi dengan Mahathir. Apa bezanya Tripoli dengan Memali? Mereka dibunuh oleh pemimpin mereka sendiri. Hanya kerana tidak bersetuju dengan pemimpin mereka. Mereka tidak mahu tunduk dengan kemahuan dan kezaliman pemimpin mereka masing - masing. Mereka rela berkorban nyawa asalkan prinsip yang benar dapat ditegakkan.

Wajib kita membantah kekejaman Gadafi. Tapi kita juga jangan lupa dengan kejadian dan tragedi zalim di Memali, Kedah. Memali pernah melalui peristiwa ini. Memali pernah bermandikan darah. Memali pernah bersedih dengan kematian rakan - rakan mereka yang ditembak secara rambang oleh mereka yang berkuasa. Tiada beza antara Gadafi dengan kekejaman Umno.

Apabila hari Jumaat bila kita berarak menuju kedutaan Libya. Wajib juga kita mengingatkan Umno. Jangan terlalu ghairah membantah kekejaman Libya. Anda juga pernah membunuh rakyat Malaysia yang tidak bersalah. Kenapa tidak membantah ketika kekejaman yang berlaku di Memali. Jangan jadi hipokrit wahai penyokong Umno. Anda sama kejam dengan Muammar Gadafi.

Aku merayu kepada mereka yang bakal menyertai perarakan esok. Angkat sepanduk yang menyatakan Malaysia sama saja dengan Libya. Umno sama saja dengan Gadafi. Tripoli sama saja dengan Memali. Biar kerajaan Umno sedar, mereka ini juga tidak suci. Mereka ini zalim. Kezaliman dimana - mana, tapi jangan cuba menutup mata dengan jenayah yang pernah mereka lakukan 20 tahun dahulu.

Selasa, 22 Februari 2011

Awas Rakyat Malaysia

Baru sebentar tadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob membuat kenyataan bahawa harga ron 95 tidak akan naik. Percayakah kita semua? Kalau percaya tak mengapa jangan merungut kalau harga minyak naik.

Awas buat rakyat Malaysia. Harga minyak akan naik selepas pilihanraya kecil atau pilihanraya umum nanti. Najib pasti akan menaikkan harga minyak. Kita harus bijak membuat penilaian ketika tiba masanya mengundi nanti. Jika kita terus membenarkan BN berkuasa ini bermakna harga minyak akan naik sesuka hati.

Awas rakyat Malaysia. Jangan tertipu dengan janji manis si mulut merah ini. Dia suka menjanjikan perkara yang menyebabkan kita leka. Leka dengan janji manis yang tak pernah ditunaikan. Dulu masih ingat dia berjanji tidak akan menaikkan harga minyak RON 95. Dari RM 1.80 kepada RM 1.85 dan sekarang RM 1.90. Nampak tak jahatnya Najib ini.

Oh ya Perkasa dan Pemuda Umno yang bengap. Bagus, teruskan menjerit ketuanan Melayu. Melayu yang sekarang terasa sangat dengan harga barang yang meningkat naik. Tahniah usaha murni anda. Sokongan padu maut telah membuahkan hasil dengan kesan kenaikan harga minyak RON 95. Bagus!!

Buat rakyat Malaysia. Ingat dan waspada. BN sedang menunggu peluang menaikkan harga minyak. Semuanya kerana negara sudah tidak punya wang. Kenapa tidak punya wang. Sebab rasuah berleluasa dikalangan Ahli Parlimen dan ADUN BN. Kita sekarang menanggung derita.

Awas rakyat Malaysia...awas!!

Harga Minyak Nak Naik Lagi!!??

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.
Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya. Sumber : Utusan

-----------------------------------------------------

Dahulu Pak Lah buat silap, bila umum harga minyak naik dia sendiri yang umum. Tapi zaman Najib tak lagi. Dia suruh pensyarah, tauke kedai minyak, presiden persatuan mangkuk hayun mana entah yang akan keluarkan kenyataan

Hari ini, kerajaan Malaysia sekali lagi menggunakan taktik busuk macam itu. Apalah nasib kita. Dulu janji dah tak naikkan harga minyak. Sekarang secara tiba - tiba harga minyak macam dan bakal dinaikkan. Semuanya pasti berlaku selepas pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau.

Oh ya, penyokong tegar Umno undilah Umno lagi. Jangan lupa, bila mengundi anda semua boleh berseronok dengan kenaikan harga minyak.

Buat pengundi atas pagar, sila fikir dengan waras. Bila harga minyak naik saja, secara agresif harga barang akan naik. Jadi silalah buat keputusan yang wajar. Jangan bebankan rakyat Malaysia jika anda mengundi BN. Kami tak sanggup harga minyak dan harga barang naik lagi.

Buat pemuda Pakatan Rakyat. Jangan diam saja. Sudah lama mereka khianat rakyat. TOlonglah, bawa suara kami ke jalanraya sekali lagi!!

Barisan Nasional dan Umno...tunggu!! Masa anda semua akan tiba!

Jumaat, 11 Februari 2011

Duit Kita BN Sebat

Sudah puluhan tahun kita bekerja keras untuk memastikan kita mampu menyara diri - sendiri dan keluarga. Jika dahulu RM10.00 boleh tahan hingga ke dua hari. Hari ini RM10.00 setengah hari saja. Jika dahulu RM50.00 kita boleh gunakannya selama 1 minggu, hari ini hanya 3 hari sahaja.

Kenapa jadi begitu? Puncanya senang, harga minyak naik. Bila harga minyak naik, semuanya terpaksa naik. Dalam negara ini, tiada sebarang urusan perniagaan yang tidak melibatkan pengangkutan yang menggunakan diesel dan petrol. Maka sayur - sayur dari Cameron Highlands yang mahu diangkut kesana - sini, harganya pasti dinaikkan. Harga beras dari utara Malaysia yang diangkut menggunakan lori, terpaksa dinaikkan. Harga pemasangan astro satu Malaysia terpaksa dinaikkan sebab menggunakan harga minyak.

Apa punca harga minyak naik? Sebab harga dunia ke? Tidak. Harga minyak naik sebab negara kita sudah tidak punya wang. Kita tidak punya wang kerana keborosan, kerakusan, ketamakkan beberapa pemimpin negara yang laparkan duit. Projek harga ratusan ribu terpaksa dinaikkan puluhan juta harga semata mahu memastikan beberapa peratus dari jumlah tersebut masuk ke poket mereka. Mahu melancong bersama digunakan dana negeri ratusan ribu macam Khir Toyo. Mahu membeli - belah, ratusan juta digunakan dan diambil dari kerajaan macam Rosmah.

Kita rakyat Malaysia terus - menerus dipaksa dan dizalimi. Kita semakin tersepit. Apakah tiada jalan keluar? Mahu mengundi, pilihanraya di Malaysia paling kotor dan tidak adil. Mahu apa lagi? Ke jalanraya? Beranikah kita? Mampukah mendepani kezaliman pihak polis yang menerima arahan dari Najib untuk membantai kita? Kita mampu! Cuba kita hanya menunggu masa yang sesuai. Kita sudah tidak takut dengan herdikan mereka. Kita sudah lali dengan gas pemedih mata. Kita sudah berani berdepan dengan FRU. Semuanya kita sudah berani. Kita lebih berani dari tahun 1998.

Masa untuk kearah itu hanya menunggu masa yang tepat. Najib dan Rosmah jangan terlalu bergembira. Rosmah, rakyat berdendam dengan kau. Ratusan juta kau telah bazirkan. PERMATA projek bodoh telah mendapat RM 111 juta!! Makin lama Rosmah wujud makin teruklah keadaan wang negara. Makin lama BN memerintah makin jahanamlah negara kita. Kita terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapatkan sesuatu. Berbeza negara lain. Negara yang baik adalah negara yang membangun dengan nilai - nilai yang baik. Rakyat tidak merasa susah. Kekayaan negara dikongsi bukannya hak milik orang Umno. Rakyat tidak perlu mengikat perut semata mahu mendapatkan sesuap nasi. Pemimpin yang perlu berkorban bukannya rakyat. Itu contoh negara yang baik.

Regim yang jahat sama seperti Mesir, Tunisia, Yaman, Algeria dan sebagainya. Kerana apa mereka jahat? Kerana mereka yakni pemimpin hidup mewah sedangkan rakyat terpaksa berhempas - pulas demi negara. Duit yang kita kerjakan dapat kepada pemimpin.

Mesir sedang menunggu masa mendapat sinar baru. Bagaimana Malaysia? Haruskah kita terus menunggu?

Isnin, 24 Januari 2011

Terbukti UMNO PENDERHAKA!!

Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana menurutnya ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan bermotifkan politik.
Sumber : Malaysiakini

-----------------------

Mahu kata apa lagi? Umno memang tidak mahu kuasa raja dikembalikan. Jika benar mereka menyokong raja kenapa tidak sokong sahaja pindaan tersebut. Mereka memang suka tipu Melayu.

Wajib orang Melayu tolak Umno. GAPS dan PERKASA anda semua sememangnya penjilat punggung Umno. Tahniah. Terbukti anda semua penderhaka dan pengkhianat besar. Anda semua sememangnya munafik besar seperti Yahudi Zionis.

Anda gemar membodohkan orang Melayu. Kerana apa? Kerana anda mahu kaya dan terus kaya dengan menjilat punggung Najib. Anda semua mahu kaya dengan menjadi askar upahan yang tersangat bebal.

Sinar baru buat institusi raja sedang bersinar. Mereka selama ini tertindas seharusnya menyokong usaha mengembalikan kuasa raja -raja. Para Sultan harus sebulat suara menyokong usaha kerajaan negeri Selangor.

Buat Umno, GAPS dan PERKASA. Tahniah anda sememangnya penderhaka kepada Tuanku.

Muhyiddin Pelacur

Jika ada orang datang mengutuk agama kita, kita harus tampil kedepan dengan membetulkan keadaan. Kita mengajak mereka berdialog. Semuanya kerana mahu memastikan agama kita ini tidak dipandang serong. Kita sepatutnya membela agama kita bukannya turut mencela.

Muhyiddin adalah pemimpin paling tak berguna dalam negara kita. Pemimpin yang sanggup melacurkan agamanya demi satu undi. Menjadi pelacur kelas rendah hanya kerana mahu memastikan Barisan Nasional menang di DUN Tenang. Jika Chua Soi Lek salah faham mengenai agama kita, kita masih lagi boleh faham. Tapi apabila orang Islam sendiri turut serta memperlekehkan agama ini. Tiada yang lebih keji daripada Muhyiddin sekarang ini.

Malu kita sebagai orang Islam dalam negara ini punyai timbalan ketua macam ini. Sepatutnya dia memperbetulkan salah faham Chua Soi Lek mengenai isu bersalaman dengan lelaki. Tapi malangnya dia turut serta. Kenapa Muhyiddin sebegitu hina dan rendahnya pemikiran dia. Apakah kerana mahu memastikan kemenangan dia sanggup bersekongkol dalam isu ini.

Kita sepatutnya orang Islam harus tolak Muhyiddin. Tolak BN bererti kita menolak Muhyiddin. Wajib kerana inilah pelacur agama. Pelacur yang sanggup melacurkan diri semata - mata mahu memastikan kemenangan kepada partinya. Malang sungguh nasib orang Islam dan Melayu. Kenapa harus kita mempunyai pemimpin sedemikian rupa. Muhyiddin sanggup sama - sama melacurkan agama demi parti.

Khas buat pengundi semua. Jika Muhyiddin boleh melacurkan agamanya, bagaimana pula dengan nasib orang lain. Bagaimana nasib saudara semua yang bukan satu agama dengan dia. Jangan percaya pada Muhyiddin dan BN. Demi kuasa kepercayaan mereka sanggup dilacurkan. Awas, ini pemimpin paling tidak berguna!!

Rabu, 19 Januari 2011

Nak Subsidi Balik Tak?

Saban hari kita terus mencongak wang kita. Cukup atau tidak hingga bulan. Cukupkah jikalau yang sudah berkahwin dan mempunyai anak. Cukupkah kalau secara tiba - tiba anak datang kepada ayah atau ibu untuk meminta wang perbelanjaan. Setiap kali kita mendapat gaji kita harus buat kira - kira agar anak dan isteri kita cukup makan hatta kita terpaksa mengikat perut. Si bujang juga terpaksa mengikat perut.

Semuanya kerana semuanya telah naik. Harga makanan terpaksa dinaikkan setelah harga minyak masak, bawang, tepung, gula, harga tong gas dan lain - lain telah naik mendadak. Harga minyak petrol juga naik dan ini menambahkan lagi kekusutan kita. Apa salah kita? Kita taat menyokong kerajaan selama puluhan tahun. Kita tidak melawan hatta kuasa raja - raja Melayu ditarik pun kita masih taat.

Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan perbelanjaan boros menggila dari isteri PM iaitu Rosmah? Apakah ketaatan kita ini dibalas dengan menaikkan harga - harga keperluan? Subsidi makanan telah ditarik. Subsidi yang paling utama telah diganggu oleh BN. Salahkah kita untuk menikmati subsidi tersebut. Rakyat ini hina sangatkah? Rakyat ini memang anjing kurap ditepi jalankah?

Khir Toyo merompak wang negeri Selangor ratusan juta. Wang negeri yang sepatutnya disalurkan pada rakyat negeri Selangor akhirnya masuk ke lubang poket Khir Toyo. Itu bagi kawasan negeri. Bagaimana pula negara? Sudah pembaziran yang tersangat dahsyat telah dilakukan. Apabila negara tiada wang siapa yang menjadi mangsa? Kita. Rakyat. Rakyat Malaysia tempat mereka menjadikan sandaran untuk memenuhkan kembali wang negara. Keji sangat perangai mereka.

Persoalan sekarang jikalau mahu kita mengembalikan hak kita. Senang. Pilih yang mana tidak menyusahkan rakyat. Sebagai contoh, pilih kerajaan yang memberi air percuma kepada rakyat jangan pilih kerajaan yang ikut cakap kontraktor. Kita pilih kerajaan dimana jika rakyatnya kena berhenti kerja tapi kerajaan tolong sediakan kerja lain untuk rakyatnya. Jangan sesekali pilih kerajaan yang menarik hak kita.

Undi BN, harga tepung naik. Undi BN, harga air akan naik. Undi BN, harga bawang akan naik. Undi BN, harga minyak akan naik. Ha..fikir secara elok. Nak subsidi atau BN?

Khamis, 13 Januari 2011

Umno Sokong Sultan-Sultan?

Satu dunia gegak gempita dengan laungan Hidup Melayu, Daulat Tuanku, Pertahan Institusi Raja dan macam - macam lagi oleh puak munafik besar iaitu Zionis Malaysia. Siapakah Zionis Malaysia? Umno. Kenapa dikatakan munafik. Apabila berbicara tersangatlah bohong.

Tahun 1993 detik dimana kuasa raja telah ditarik. Siapa yang telah menariknya? Apakah Anwar Bin Ibrahim? Apakah Lim Kit Siang? Apakah Karpal Singh? Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim? Apakah Tuan Guru Nik Aziz? Parti mana yang menarik kuasa raja - raja Melayu ini? PAS? keADILan? DAP?

Bohong kalau Umno menafikan mereka tidak menarik kuasa raja - raja Melayu. Bohong kalau Umno kata mereka tidak terlibat. Bohong kalau Umno kata mereka membantah saat keputusan itu dibuat. Bohong besar kalau mereka katakan perkara itu tidak wujud. Bohong dan munafik besar.

Tahun 1993 di dalam parlimen perkara untuk menarik semua kuasa raja - raja telah dibincangkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad. Diulangi, Dr. Mahathir Mohamad. Siapa Dr. Mahathir? Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno. Dia telah menarik kuasa raja - raja Melayu. Sebelum dia menarik kuasa tersebut, akhbar perdana siang malam menghina Sultan - sultan kita ini. Berita Harian dan Utusan Malaysia ada sejarah yang pernah menderhaka kepada Sultan.

Tahun 2011, kuasa raja akan dikembalikan? Mana pergi penjilat Umno seperti GAPS dan Perkasa. Apakah mereka akan menyokong usaha kerajaan Pakatan Rakyat? Tidak. Mereka ini hanya menyokong ketuanan Umno. Muka - muka yang ada didalam GAPS dan Perkasa adalah muka yang sama ketika Khairy Jamaluddin tengah saat berkuasa. Apabila Khairy sudah tidak berkuasa, Ibrahim Ali pula mereka sanjung. Semuanya kerana mahukan wang. Insan yang tidak punya pendirian.

Sebagai orang Islam dan Melayu. Perhatikan saja apakah benar mereka akan menyokong usaha kerajaan Pakatan Rakyat ini. Buat Tuanku - tuanku sekalian dari Perlis hingga ke Johor, cukuplah. Maruah Tuanku - tuanku sekalian telah dihina selama 19 tahun oleh Umno. Kenapa masih tidak berani menentang Umno?

Isnin, 10 Januari 2011

Ingat BN Ingat Duit Kita

Selepas 2008 cuba kita jujur dan tanya pada diri sendiri. Apakah kehidupan kita lebih baik dari sebelumnya. Apakah kita mendapat hasilnya walaupun kita bekerja keras dan jujur dalam melakukan pekerjaan. Kita melakukan overtime berpuluh jam namun tetap kita terasa kesempitan hidup yang melanda.

Ingat Bn ingat duit kita yang telah dirembat dengan hebatnya. Projek mewah - mewah, pembaziran video klip Rosmah Mansor, ketirisan projek yang melibatkan negara dengan kos yang tak masuk akal, rasuah sana - sini. Akibat perkara buruk seperti ini maka kita dipaksa menerima harga barang dinaikkan. Naik bukannya sedikit, tapi tersangat tinggi.

Gaji masih ditakuk lama sedangkan harga barang semakin naik. Tepung, susu, gula, bawang, tong gas, minyak tanah, RON 95 dan sebagainya semuanya telah naik menggila. Semuanya kerana kita yang mengizinkan perkara tersebut terjadi. Kalau kita menghalang perkara seperti ini terjadi sudah pasti sekarang kita tidak cepat jatuh sakit kerana memikirkan bagaimana mahu mencari duit lebih.

Jika kita tidak mengizinkan projek yang melibatkan kepentingan negara berlaku ketirisan sudah pasti duit negara akan selamat. Sebut harga pada mulanya RM10 Juta naik kepada RM 1 Billion. Semuanya kerana mahu memastikan kroni - kroni mereka mengaut keuntungan secara maksimum. Apabila jumlah sedemikian rupa digunakan dan dibazirkan, siapa yang rugi? Kita!!

Najib kata jangan menang sorak nanti kampung tergadai. Tapi sekarang ini kita tak bersorak pun kampung, tanah, duit tergadai. Jatuh papa kedana. Kasihan kita ini. Makin menjadi bebal akibat lama diperintah oleh Umno. Tapi mahukah kita terus dibebalkan. Sudah pasti tidak mahu. Caranya?

UBAH SEBELUM PARAH (dah parah dah pun)

Jumaat, 7 Januari 2011

Melayu Maju Jika Tolak Umno

Tiada kemajuan jika Melayu terus lena dibawah laungan Ketuanan Melayu yang telah dilaungkan semalam puluhan tahun. Kita telah dilalaikan dengan laungan ketuanan Melayu. 50 tahun lebih kita merdeka masih ramai yang miskin. Masih ramai lagi yang hidup berlantaikan tanah merah.

Melayu mahu maju? Melayu mahu agung balik seperti zaman Empayar Benua Islam Siam Kedah dimananya kekuasaanya dari Ayuthia hingga ke Filipina. Mudah saja. Kembali kepada Islam 100% dan menolak omongan kosong Ketuanan Melayu tajaan Ibrahim Ali dan Umno. Jika kita menolak laungan tersebut percayalah, Melayu akan maju kedepan.

Pemikiran telah dibodohkan secara total dengan laungan ketuanan Melayu. Kita dibodohkan dengan laungan Daulat Tuanku. Tapi kita sedarkah siapa yang menghapuskan kuasa raja? Anwar Ibrahim? TG Nik Aziz? Lim Kit Siang? Pakatan Rakyat?

Aku mahu orang Melayu buka mata luas - luas :



Oh Melayu, sampai bila mahu dibebalkan oleh Umno dan PERKASA? Sampai bila mahu menelan sahaja pembohongan PERKASA dan Umno.

Kita terus lemah kerana percayakan pembohongan Umno dan Perkasa. Lagi bodoh Melayu lagi senang Umno mengumpul kekayaan.

Aku mencabar Perkasa, GAPS, dan Umno. Sila nafikan keratan akhbar ini!!

HIDUP MELAYU kalau TOLAK UMNO!!

Khamis, 6 Januari 2011

Naik Dan Terusss Naik

Menurutnya, harga bawang kecil Burma naik daripada RM8.50 kepada RM20 seguni manakala bawang besar daripada RM6.50 kepada RM18 seguni.
Sumber : Sinar Harian

Mana pergi GAPS, mana pergi PERKASA, mana pergi penjilat Umno, mana pergi pejuang ketuanan Melayu tak tentu hala ini. Yang merempat miskin di kampung adalah orang Melayu. Sekarang nak beli bawang pun tak mampu dah.

Barang naik dan terus naik. Ianya akan terus naik bertambah teruk jika Bn menang besar dalam pilihanraya kali ini. Membenarkan BN menang besar akan menyebabkan poket kita berlubang teruk. Nilai RM10.00 akan jadi macam RM1.00. Cepat habis. Nasi Lemak dari harga RM1.00 akan jadi RM2.00.

Realiti yang rakyat Malaysia harus hadapi. Realiti yang orang Melayu harus hadapi. Ketuanan Melayu yang mereka laungkan hanyalah tin kosong. Ketuanan Melayu yang tak menolong membantu atau memastikan harga barang tidak naik. Sebab yang miskin papa-kedana adalah orang Melayu. Jangan nafikan, ini realiti!

Sekarang fikir secara mendalam dan bijaksana. Nak undi Umno dan BN lagi ke tak?

Selasa, 4 Januari 2011

Kita Nak Kena Lagi

Kalau dia nafi makna betul lah nak jadi. Kalau kerajaan kata harga gula tak naik bohong. Dah naik harga gula. BN kata tak naik harga minyak. Penipu, dah naik pun harga minyak.

Apa yang BN nafikan pasti akan terjadi. Kalau BN kata jamin rakyat tak hidup susah. Bohong, sekarang kita sudah hidup susah. Duit dalam poket cepat sangat habis sedangkan belanja sama saja. Tidak boros. Selalu kena tipu. Dah naik bosan kena tipu dengan kerajaan penipu BN.

Sekarang isu terbaru isu minyak masak. Mula - mula disembunyikan dulu minyak masak. Bagi gempar satu Malaysia. Rakyat kelam - kabut mencari minyak masak. Dari Tesco hingga kedai runcit. Minyak masak disita. Restoran makanan mula terasa bahangnya. Semuanya hanya kerana satu keinginan. Keinginan untuk menaikkan harga minyak masak. Sedangkan kita ini pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di Asia

Hari ini BN menafikan harga minyak masak tak naik. Bohong. Munafik. Penipu. Itu semua gendang- gendang awal harga minyak masak akan dinaikkan. Rakyat dah kena tipu lagi. Persatuan bodoh dan bebal macam Perkasa dan GAPS (jelmaan orang KJ dulu, sebab KJ tiada kuasa dia lari pegi ke Ibrahim Ali..macam Yahudi perangai), akan buat tak tahu. Dia sibuk mengenai Ketuanan Melayu padahal yang hidup merempat nanti orang Melayulah.

Hei rakyat Malaysia. Kita nak kena tipu. Kita dah lama sangat kena tipu. Kenapa tidak mahu berubah. Kenapa tidak mahu menganyang BN. Kenapa biarkan maruah kita dihina sebegitu rupa. Seronok sangatkah ditipu?

Ubahlah sebelum dah parah (padahal semakin parah dah ni)

Isnin, 3 Januari 2011

Ganyang Umno

Dalam keadaan negara yang semakin menggelisahkan, Umno masih lagi bersuka - ria. Ramai pemimpinnya bersuka - ria sedangkan rakyat gelisah dengan kenaikkan harga barang yang menggila.

Wajarkah kita terus mempertahankan keegoan Umno selamanya. Perlukah kita merobohkan keegoan Umno? Semua persoalan itu harus kita jawap untuk diri kita sendiri. Kita rakyat yang bijak dan cerdik. Harus pandai memilih jawapan yang mana satu benar - benar menguntungkan kita. Untung dalam erti kata kita mampu hidup senyum, kita tidak mengeluh acapkali mahu membeli barang peralatan sekolah yang melambung naik. Kita mengeluh setiap kali membeli barangan dapur yang semakin gila tinggi harganya.

Kita perlu cerdik apakah Ketuanan yang mereka jeritkan itu benar - benar membantu kita? Kita perlu jadi pandai apakah benar - benar laungan 1Malaysia benar - benar dihayati oleh pemimpin negara. Jika kita fikir dengan lebih mendalam maka kita akan ketahui, semuanya itu hanyalah untuk meraih undi kita. Jika mereka masih menang, selepas itu pasti mereka akan membodohkan kita. Kita juga yang rugi.

Ganyang Umno agenda kita pada tahun ini. Jika kita terus diam maka masa depan negara akan punah. Kita terpaksa membela biawak hidup yang suka pada dunia popular dan glamour (Rosmah). Kita dipaksa menambahkan tabung negara dengan menaikkan harga barang secara mendadak. Semuanya kerana berlaku ketirisan dalam perbelanjaan negara. Projek harga 1 juta naik kepada 10 Juta hanya kerana kroni. Apakah kita mahu terus jadi sedemikian rupa? Kita dipaksa menanggung hutang negara sedangkan pemimpin negara berjoli sakan. Adilkah?

Wajib tahun ini kita pasangkan niat untuk menganyang Umno selumat - lumatnya. Tiada lagi jalan penyelesaian yang baik buat diri kita. Tiada lagi jalan untuk kita berbaik dengan Umno. Mereka mengkhianat kita selama puluhan tahun. Sudah tiba masanya kita ganyang mereka. Ganyang Umno bererti kita mahu Malaysia selamat. Bererti kita mahu melihat bangsa Melayu itu hebat tanpa tongkat penipu yang direka oleh Umno. Kita mahu melihat Islam diletakkan tempat sewajarnya. Ganyang UMNO!!

Isnin, 27 Disember 2010

1Malaysia Gagal

1Malaysia walaupun niatnya baik tapi bagi kesemua rakyat Malaysia merasakan ianya projek yang gagal sama sekali. Jutaan telah dilaburkan, namun hasilnya tetap busuk. Walaupun pelbagai iklan telah dikeluarkan, namun rakyat Malaysia tetap tidak menerima konsep ini yang tidak jelas hala tujunya.

Rakyat Malaysia sekarang mentaliti mereka bukan seperti mentaliti kuno Perkasa dan rakan - rakannya. Mereka boleh menerima sahabat - sahabat mereka yang terdiri daripada bangsa bukan Melayu. Tapi mereka menolak 1Malaysia bukan kerana semata - mata isu politik. Semuanya kerana kebebalan Najib yang menaikkan harga barang secara mendadak. Mereka atau kita semakin tersepit semuanya kerana kenaikan harga barang. RM10.00 tidak bermakna pada hari ini. Gaji tidak naikkan. Semuanya menyesakkan otak kita.

1Malaysia tidak bermakna jika kita yang dipaksa menerima kesan kenaikkan harga minyak, barang, dan keperluan lain. Pak - pak menteri, Perdana Menteri, Rosmah dan lain - lain yang mendapat subsidi tidak akan dan mustahil untuk merasai kesusahan rakyat. Mereka cukup pandai berbicara Rakyat Didahulukan. Tapi sekarang rakyat berkata dalam diri mereka sendiri, apakah yang didahulukan. Poket kitakah? Kita sekarang ditipu bulat - bulat. Najib dan Rosmah membodohkan kita. Apakah kita mahu menjadi bodoh?

Kita tidak bodoh. Kita pasti akan menghumban BN. Semuanya kerana idea 1Malaysia yang telah gagal sama sekali. Dari ugutan otak kuno PERKASA hinggalah pemuda Umno yang kuno, semuanya telah menggagalkan 1Malaysia. Ugutan yang berbaur perkauman. Ugutan dengan menggunakan agama suci Islam (namun segala tindak - tanduk mereka tidak mewakili Islam). Apakah ini bererti 1Malaysia itu berjaya? Tidak.

1Malaysia sekarang sudah dipandang sinis. 1Malaysia terpaksa dibebankan dengan kenaikan harga barang demi memuaskan nafsu Rosmah. Demi memuaskan nafsu serakah pemimpin Umno yang membolot projek sebanyak mungkin dengan harga yang tidak masuk akal. Apabila keborosan nafsu syaitan oleh Rosmah dan pemimpin Umno, maka ini melenyapkan terus nilai positif 1Malaysia. 1Malaysia gagal dan busuk di mata rakyat. Dalam dunia ini jika menyusahkan rakyat, pasti akan mendatangkan penentangan.

Penentangan ini semakin membara. 1Malaysia semakin dibenci oleh rakyat. 1Malaysia semakin dianggap menyusahkan rakyat. 1Malaysia semakin dianggap oleh rakyat sebagai alat untuk menyusahkan rakyat. Alat untuk menaikkan harga barang, alat untuk menaikkan harga minyak.

Tahun 2011 merupakan tahun yang bakal menimbulkan aksi penentangan yang ketara. Semuanya kerana rakyat pasti harga pasti akan melambung naik. Dari peralatan sekolah hinggalah soal makan minum di rumah. Semuanya naik sedangkan gaji tidak naik - naik. Gaji naik RM10.00, harga barang naik 2 kali ganda. Tertekan. Apa tanggungjawap kita? Mahu jadi bodoh atau cerdik?

Ubah sebelum parah...

TOLAK BN!!

Khamis, 16 Disember 2010

Rakyat VS. BN

Kita rakyat harus bangkit menentang Umno dan Barisan Nasional. Pertempuran kita menentang BN sudah sampai tahap menentang Umno dan Barisan Nasional umpama menentang tentera Yahudi Israel.

Tiada yang lebih kejam di dunia ini jika hendak dibandingkan dengan tentera Yahudi Israel. Umno dan BN kekejaman mereka sudah sampai ketahap itu. Kita sekarang sudah dihalang dari bersuara. Kita dihalang dari mendapat keistimewaan dikecapi khasnya rakyat Selangor contohnya air. Kita dihalang dari mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. Kita dihalang dari mendapat cerita dari sebelah pihak. Kita dipaksa menerima saja arahan dari Barisan Nasional.

Bukankah itu tindakan Yahudi Israel. Melarang rakyat Palestin mendapat makanan hanya kerana menyokong Hamas. Bukankah itu tindakan Yahudi Israel dengan menghalang rakyat Palestin mendengar ucapan pemimpin Hamas. Bukankah itu tindakan Yahudi Israel yang menghalang wartawan daripada mendapat cerita sebenar. Umno dan Barisan Nasional sama sahaja dengan Yahudi Israel. Sedikit pun tiada berbeza.

Kita sekarang sama sahaja dengan rakyat Palestin. Tiada punya apa - apa untuk pertahankan hak kita. Semuanya dihalang. Kita dipaksa menerima harga barang mahal. Sama juga dengan rakyat Palestin akibat tindakan Yahudi Israel menyekat bantuan. Umno dan BN menarik subsidi. Rakyat Palestin yang mengundi Hamas ditekan dan disiksa. Rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat dihalang dan disiksa. Sama sahaja dengan Yahudi Israel.

Tapi rakyat Palestin tahu pilihanraya bukanlah segala - galanya. Mereka bangkit melawan. Lawan semahu - mahunya. Mereka membenci Yahudi Israel semahu - mahunya. Ini kerana Yahudi Israel menghalang mereka dari bergerak dan berfikir secara bebas. Mereka dijajah baik tanah lahir mereka hinggalah hak asasi mereka. Mereka melawan dengan perasaan yang tidak gentar dengan ancaman polis dan muntahan peluru.

Kita harus melawan BN begitu juga. Biarkan mereka menyemburkan air asid kepada kita. Biarkan mereka membaling gas pemedih mata. Namun untuk berundur tidak sama sekali. Kita harus menolak BN. Sekarang BN sudah melakukan satu lagi kezaliman dengan menggantung Anwar Ibrahim hanya kerana mereka tidak mampu menjawap isu APCO. Mereka menggantung Ahli Parlimen lain untuk memastikan BN mendapat 2/3 majoriti agar senang mereka membuat penipuan pada pilihanraya kelak dengan membuat persempadanan baru kawasan - kawasan parlimen.

Jahat, kejam, Yahudi dan licik sungguh BN. Rakyat harus bangkit. Ini bukan soal Pakatan Rakyat melawan BN. Ini soal rakyat melawan BN. Kita harus kembalikan hak - hak yang bagus kepada tempat sewajarnya. Sudah tiba masanya kita bangun dan bangkit. Sudah lama BN membuat khianat kepada kita.

Bangun dan lawan. BN sama saja dengan Yahudi Israel.

Selasa, 26 Oktober 2010

ETP : Ekonomi Tempah Penyakit

Economy Transformation Programme (ETP) bertujuan mewujudkan satu perubahan drastik ekonomi dalam negara kita. Tujuannya agar ekonomi kita dapat berdaya saing dengan jiran - jiran kita seperti Singapura dan Indonesia.

Tapi apakah program ekonomi tersebut benar - benar berjaya? Apakah program tersebut akan membawa ekonomi kita dengan lebih dinamik sihat?

Lihat kenyataan ini :
"Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP"
Sumber : Malaysiakini

Saya seorang Muslim. Memang dalam agama Islam melarang sama sekali mewujudkan kelab - kelab malam kerana khuatiri akhlak anak muda Islam akan hancur dan rosak sama sekali. Apakah agama lain juga tidak sedemikian? Biarlah rakan - rakan dari agama lain yang menjawapnya.

Najib akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang mementingkan hiburan semata. Kuala Lumpur, Langkawi dan banyak tempat lain lagi akan dijadikan kawasan ekstrem hiburan. Ya, bagi setengah orang pasti ianya akan menyokong. Tapi jika kita sering kecoh mengenai kes buang bayi, moral pelajar sekolah rendah dan bermacam - macam lagi, inilah punca segalanya. Hiburan melampau mengundang rosaknya akhlak remaja.

Tanya pada diri kita khasnya ibubapa, mahukah anda melihat anak - anak kita terlibat dengan gejala tidak sihat ini? Bohong kalau Najib kata orang Islam tidak boleh masuk disko. Bohong Najib kata kita akan buat penguatkuasaan ketat. Bohong. Semuanya bohong. Lihat Genting. Berapa ramai orang Islam telah masuk ke dalam kasino tersebut.

Anak - anak kita harus diselamatkan. Ekonomi yang Najib perkenalkan makin karut. Dari bangunan 100 tingkat hinggalah budaya hiburan yang melampau. Tiada satu pun membantu menjana pendapatan rakyat di kampung. Tiada satu pun membantu masyarakat miskin di kampung - kampung. Sebaliknya Najib hanya membangunkan ekonomi yang kita sendiri tidak tahu mana hala-tujunya.

Undi Barisan Nasional membawa keruntuhan negara. Kita sedang mengalami kehancuran. Tindakan tergesa - gesa mewujudkan kelab malam sudah pasti membawa masalah dadah. Jangan nafikan. Ini hakikat. Mewujudkan kelab malam akan mewujudkan kes - kes pelacuran. Ini adalah hakikat.

Sekarang buat semua rakyat Malaysia tak kira Muslim, Hindu, Buddha, Kristian dan lain - lain. Buatlah penilaian yang baik. Sama ada kita masih mahu menyokong BN atau tidak.