Memaparkan catatan dengan label Munafik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Munafik. Papar semua catatan

Isnin, 24 Januari 2011

Terbukti UMNO PENDERHAKA!!

Katanya, Umno Selangor tidak akan sesekali menyokong cadangan itu kerana menurutnya ia bertentangan dengan perlembagaan persekutuan dan bermotifkan politik.
Sumber : Malaysiakini

-----------------------

Mahu kata apa lagi? Umno memang tidak mahu kuasa raja dikembalikan. Jika benar mereka menyokong raja kenapa tidak sokong sahaja pindaan tersebut. Mereka memang suka tipu Melayu.

Wajib orang Melayu tolak Umno. GAPS dan PERKASA anda semua sememangnya penjilat punggung Umno. Tahniah. Terbukti anda semua penderhaka dan pengkhianat besar. Anda semua sememangnya munafik besar seperti Yahudi Zionis.

Anda gemar membodohkan orang Melayu. Kerana apa? Kerana anda mahu kaya dan terus kaya dengan menjilat punggung Najib. Anda semua mahu kaya dengan menjadi askar upahan yang tersangat bebal.

Sinar baru buat institusi raja sedang bersinar. Mereka selama ini tertindas seharusnya menyokong usaha mengembalikan kuasa raja -raja. Para Sultan harus sebulat suara menyokong usaha kerajaan negeri Selangor.

Buat Umno, GAPS dan PERKASA. Tahniah anda sememangnya penderhaka kepada Tuanku.

Isnin, 10 Mei 2010

Jangan Jadi Yahudi Zionis

Katanya dalam laporan itu, PERKASA juga meminta Lim tidak lagi menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz dalam mana-mana ucapan, penerbitan atau lain-lain bentuk komunikasi yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam. Sumber Malaysiakini


Islam merupakan Agama sejagat. Hak milik semua bangsa jika mereka mengakui Allah itu Maha Esa dan tidak ada anak dan diperanakan. Islam menjadi hak milik semua bangsa jika mereka mengakui Nabi Muhammad s.a.w. Islam bukan hak milik Arab. Islam bukan hak milik Melayu Umno-Yahudi. Islam bukan hak milik Ibrahim Ali, PERKASA atau PERKAKAS Yahudi. Islam milik Allah yang diturunkan demi kesejahteraan umat manusia.

Menjadi tanggungjawap kita sebagai umat Islam membiasakan mereka yang bukan Islam merapati agama ini supaya mereka lambat - laun jatuh cinta dengan agama yang suci ini. Menjadi tanggunjawap kita supaya mereka kenal dengan tokoh - tokoh agung dalam dunia pemerintahan Islam supaya mereka sedar bahawa Islam merupakan agama yang mementingkan keadilan dan kesejahteraan manusia.

Namun sayangnya terdapat segelintir umat Islam yang berperangai seperti Yahudi Zionis. Yahudi Zionis sering beranggapan bahawa agama kitab Taurat ini hak milik kekal bangsa Yahudi. Bangsa lain tidak boleh menganut agama ini. Maka agama kitab Taurat ini kekal menjadi agama minoriti dalam dunia kerana larangan bangsa lain memeluk agama itu. Islam tidak begitu. Rasulullah s.a.w tidak pernah melarang bangsa lain menganut agama Islam. Walaupun Rasulullah s.a.w berbangsa Arab tapi baginda juga tidak pernah mengangkat bangsa Arab lebih mulia daripada bangsa lain.

Orang Melayu yang menjadi penyokong setia Perkasa telah pun berubah menjadi Yahudi Zionis. Merekalah yang telah menyempit ajaran Islam yang sebenar. Merekalah yang telah menyebabkan Cina, India, Sikh, Serani, Thai(Siam), Iban, Melanau, Kadazan dan lain - lain takut kepada Islam. Merasa tidak selesa dengan Islam kerana perbuatan mereka yang menyerupai Yahudi Zionis.

Perbuatan melarang Ketua Menteri Pulau Pinang menggunakan cara dan corak pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz merupakan tindakan bangsa Yahudi Zionis. Perkasa sudah menjadi alat agen Yahudi APCO. Yahudi Zionis sememangnya tidak gemar sejarah mereka dikongsi - kongsi oleh umat Islam. Mereka beranggapan bangsa mereka bangsa pilihan. Perkasa juga beranggapan Islam itu milik Melayu maka tidak layak bukan Islam menyebut tokoh - tokoh Islam yang Maha Agung. Tidakkah itu menyerupai tindakan bangsa Yahudi Zionis?

Perkasa telah memesongkan ajaran Islam yang sebenar. Mereka telah mengubah tujuan sebenar Islam diturunkan. Mereka telah melakukan bidaah besar kerana mengubah cara dakwah Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berdakwah dengan cara yang paling lembut. Baginda s.a.w pernah dilempar najis oleh orang Quraisy namun tidak pernah Rasulullah s.a.w mengisytiharkan perang kerana perbuatan biadap oleh orang Quraisy. Siapa Ibrahim Ali dan Perkasa. Adakah mereka lebih mulia dan agung dari Muhammad s.a.w? Ya bagi pengikut mereka Ibrahim Ali sama agung dengan Ayah Pin kerajaan langit.

Buat masa sekarang non-muslim dalam negara tidak bertindak agresif seperti mana orang Quraisy. Jika berselisahan faham dengan mereka kenapa kita Umat Islam tidak berbincang terlebih dahulu atau berdialog? Adakah tindakan kita ini lebih mulia daripada Rasulullah s.a.w? Perkasa cuba merosakkan imej Islam yang dibina secara mulia oleh Nabi s.a.w

Orang Melayu harus tidak terpengaruh dengan perbuatan membela Islam. Padahal tindakan inilah yang mencemarkan nama baik Islam. Perbuatan ini sebenarnya tidak langung membela agama mulia ini. Mereka tampil kedepan hanya semata nak membantu Umno memenangi hati orang Melayu. Beli undi Melayu dengan slogan Ketuanan Melayu.

Bodoh kalau kita terpengaruh dengan tindak - tanduk mereka ini. Bodoh kalau kita menyokong tindakan tiada otak mereka ini. Mereka hanyalah diwakili oleh mereka yang gagal dalam jawatan bahagian Umno dan ingin membodek Najib sahaja sebenarnya. Jika benar mereka perjuangkan Melayu sepatutnya sekarang ini mereka sudah berdemo depan Jabatan Perdana Menteri kerana Najib membenarkan sukan judi nanti pada Piala Dunia. Perkasa pertubuhan munafik dan sifatnya seperti Yahudi Zionis. Menipu adalah amalan mereka. Jika ikhlas perjuangkan agama dan bangsa, BANTAH SEGERA SUKAN JUDI untuk Piala Dunia nanti!!

Orang Melayu....tolonglah. Jangan terpengaruh dengan dakyah dan tipu alat tunggangan Yahudi Zionis ini iaitu Perkasa.

Berfikir secara waras. Perkasa hanya membela Umno. Bukannya Melayu dan Islam. Mereka hanyalah alat solek kepada ketuanan Rosmah dan Umno.

TOLAK PERKASA AGEN YAHUDI!!

Ahad, 18 April 2010

Umno Parti Bebas Arak





Sebelum nak hentam orang...cermin muka dulu tu elok - elok.

Khamis, 25 Mac 2010

Ciri - Ciri Orang Munafik

30 tanda Munafiq di susun oleh Dr `Aaidh al-Qarni, terbitan Riyadh :

1. suka dusta (AQ al-munafiqin ayat 1)
2. Khianat (HR BM. "apabila berjanji, khianat")
3. Busuk dalam Pertengkaran (HR BM, " apabila bertengkar, dia busuk."
4. Mungkir janji (HR BM," apabila berjanji dia mungkir")
5. malas beribadah (AQT 4:142)
6. Riya' (AQT 4:142)
7. Sikit zikrullah (AQT 4:142)
8. mempercepat solat (HR Muslim, " lalu dia mempercepat 4 raka'at solatnya)
9. mencela org taat dan soleh (AQ 9:79)
10. memperolok AQ & AS (AQ 9:65-66)
11. sumpah palsu (AQ 63:2)
12. Enggan menyumbang kpd jalan Allah (AQ 9:54-55)
13. Tidak peduli akan nasib orang Islam (4:141)
14. suka sebar khabar dusta (AQ 33:60)
15. Ingkar kpd Taqdir (AQ 3:168)
16. mencaci org soleh (AQ 33:19)
17. sering meninggalkan solat jama'ah (HR Muslim,"tidak akan meninggalkan solat berjama`ah kecuali org munafiq)
18. membuat kerusakan di muka bumi (AQ 2:11)
19: Tidak serasi antara penampilan zahir dan batin (AQ 63:1)
20. takut terhadap apa jua peristiwa (AQ 63:4)
21. Berdolak dalih (AQ 9:49)
22. menyeru mungkar dan mencegah makruf (AQ 9:67)
23. Kedekut (AQ 9:67)
24. Lupa kpd Allah (AQ 9:67)
25. mendustakan janji Allah dan Rasu-Nya (AQ 33:12)
26. melebihkan zahir dari batin (AQ 63:4)
27. angkuh dalam berbicara (AQ 63:04)
28. jahil akan agama (AQ 67:7)
29. menentang agama dgn rahsia (AQ 4;108)
30. seronok dgn musibah yg menimpa orang mukmin dan dengki dgn kebahgiaan org mukmin (AQ 9:50)

Agak - agak...dalam senarai yang diberikan itu, ada tak pada orang - orang yang melompat katak khasnya Zulkifli Noordin.

Mohon kita jauhi ciri - ciri tersebut. Amin.

Rabu, 10 Februari 2010

Senarai Syaitan Kecil Dalam Malaysia

Ingat wajah - wajah ini :


Syaitan Kecil yang menggunakan nama agama...Umpama Abdullah Bin Sabaa'



Syaitan Kecil Yang tamak haloba..




Syaitan Kecil yang tamakkan harta dan kuasa..




Tuan Punya Syaitan kecil...


Ingat wajah - wajah ini. Disaat rakyat tengah risau akan perjalanan mahkamah DSAI..Syaitan - syaitan kecil (khasnya dua ekor dalam PR) mula memainkan peranan setelah mendapat arahan dari tuannya. Ketika rakyat sedang sedih keputusan mahkamah yang berat. Syaitan kecil yang perangainya macam Abdullah Bin Saba' seorang manusia yang bertanggungjawap memecah-belahkan perpaduan.

Semuanya syaitan. Syaitan yang tidak suka melihat rakyat hidup dalam keadaan aman.

Menyeru kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Segera humban mereka ini atau buat satu perhimpunan besar - besaran di kawasan mereka. Biar amarah rakyat ditunjukkan.

MARAH RAKYAT BUKAN MAIN-MAIN.
MARAH RAKYAT BERERTI MENCABAR SATU KUASA YANG SEDANG NYENYAK TIDUR!!

BANGKIT RAKYAT!!

Isnin, 27 Julai 2009

Ibrahim Ali Perangai Macam Yahudi!!

Mohon maaf kalau kali ini tulisan aku agak keras dan sememangnya keras.

Bagi aku antara Khairy Jamaluddin dan Ibrahim Ali, sepuluh kali mulia lagi Khairy!!

Sekurang - kurangnya Khairy tidak mempunyai perangai macam Ibrahim Ali.

Ibrahim Ali manusia yang paling munafik. Dia ini setaraf dengan Abdullah bin Ubay dan Abdullah Bin Sabaq (pengasas mazhab Syiah yang berketurunan Yahudi)

Ketika tiada kuasa, pandai mengadap TG Nik Aziz.

Pandai datang rumah DSAI.

Dah dapat kuasa..habis semuanya dia tinggalkan!!

Betul - betul perangai macam Yahudi!!

Maaf..perasaan marah yang terlalu membuak - buak!!



wajah si munafik!! sekarang mahu menentang rakyat!!