Memaparkan catatan dengan label Manik Urai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manik Urai. Papar semua catatan

Rabu, 15 Julai 2009

Dua Cerita Bodoh Untuk Hari Rabu

PORT DICKSON 14 Julai - Kementerian Pelancongan berharap kerajaan menarik balik tindakan kuarantin ke atas pelancong asing yang demam atau selesema berikutan kebimbangan jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1).

Menterinya, Dr. Ng Yen Yen berkata, penarikan balik tindakan kuarantin itu perlu memandangkan trend peningkatan bilangan pelancong, dengan bulan Jun lalu saja meningkat 7.5 peratus membabitkan 2.208 juta orang.

Sehubungan itu, tegasnya, pelancong yang hanya selesema dan demam biasa ketika pemeriksaan di pintu masuk terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tidak perlu dikuarantin kerana ia boleh menjejaskan sektor pelancongan negara ini.

Sumber : Utusan Meloya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.

"Sikap politik orang muda tidak sama dengan sikap politik orang tua yang menyokong PAS," katanya.

Sumber : Malaysiakini

**********************************************************

Dua berita yang menyakitkan hati aku. Mula - mula sekali tindakan kerajaan yang membenarkan pelancong yang bawa virus SELSEMA BABI berkeliaran di bumi Malaysia atas alasan takut sektor perlancongan terjejas...WOIIIIIIIIIIIII Keselamatan Rakyat Malaysia nak letak kat mana...JAMBAN?? Aduhhhh hinanya rakyat Malaysia!!!

Berita kedua...yang ni aku paling sakit hati. Dah dapat undi sikit nak salahkan orang muda. Woiiiii
Orang muda bagi signal la..tak mau kerajaan perpaduan..nak bagi amaran kat HADI, NASHA, KETUA PEMUDA PAS, dan buat mereka yang terhegeh - hegeh nak berjimak dengan Umno.

Jangan salahkan orang muda...jangan hina akidah perjuangan kami. Kami tak totok PAS..kami totok kepada perjuangan rakyat untuk menentang kezaliman dan menolak semua usaha untuk berjimak dengan Umno!!!

Faham tak!!!!!!!!

Ishhhhhhh...Bodoh betul la untuk dua berita nie!!!

Jangan Gundah Gulana Wahai Pejuang Rakyat

Jangan gundah gulana wahai pejuang rakyat. Benar kita menang dengan majoriti yang teramat nipis. Kita berjaya pertahankan kerusi tersebut namun kita gagal mempertahankan majoriti yang diperolehi dahulu.

Jangan gelisah wahai pejuang rakyat

Kita harus berbangga disaat isu - isu bodoh yang menyelubungi Pakatan Rakyat kita masih mempertahankannya.

Kita harus berbangga di saat Umno dan BN mendapat bola tanggung untuk dismash, kita masih mampu mengalahkan mereka.

Jangan sedih dan risau wahai pejuang rakyat.

Perjuangan kita masih jauh...

Buat mereka yang gelojoh mahu berjimak dengan Umno lihat inilah hasilnya!!

Buat mereka yang menentangnya..bangga..kerana kita masih menyakinkan rakyat bahawa kita masih utuh!!

Buat pemimpin Pakatan...sudah...cukup...berhenti mengeluarkan kenyataan yang merugikan Pakatan Rakyat!!

Buat pejuang Rakyat!!! Kita menang!!!

Selasa, 14 Julai 2009

100 Hari?? Hek Eleh...Boleh Blah



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

100 HARI..kalah lagi...

Opss jangan lupa...Alhamdulillah...

Manik Urai (8)

Keputusan tidak rasmi

PAS menang dengan 36 undi

Manik Urai TERKINI (7)

Keputusan rasmi (setakat ini) PAS mendapat 3,092 undi, sementara BN pula 2,747 undi.

Majoriti setakat ini 345 undi.

Manik Urai TERKINI (6)

Kiraan semula...

PAS menang 240 undi

Apa pun masih belum rasmi!!

Manik Urai TERKINI (5)

Semua peti telah sampai

Keputusan akan diketahui dalam sedikit masa lagi..

Ikut keputusan tidak rasmi..PAS menang 157 undi

BERSABAR

Manik Urai TERKINI (4)

Ikut sumber risikan PAS menang dengan 157 undi

Apa pun masih belum rasmi

Manik Urai TERKINI (3)

Dari risikan awal calon Pakatan Rakyat akan menang dengan
majoriti 1700 undi

Manil Urai TERKINI (2)

Penyokong dan jentera BN sudah tidak kelihatan lagi.

Semenjak jam 3.00 petang kebanyakan bilik gerakan BN telah tutup.

Jumlah turun membuang undi ialah 85 peratus.

Manik Urai TERKINI

Peluang memihak kepada Pakatan Rakyat.

Muhyiddin Yassin telah meninggalkan kawasan Manik Urai.

Jika benar berlaku...satu lagi kemenangan bakal terjadi.

UMNO ZIONIS akan kalah.

Ya, Allah bagilah kemenangan kepada Pakatan Rakyat...Ameen

TAKBIR!!!!

Isnin, 13 Julai 2009

Manik Urai (24) : Benteng Rakyat Di Kelantan Tidak Wajar Dijatuhkan

“Melihat kepada usaha-usaha islamisasi di Kelantan yang telah dan sedang dilakukan, maka saya berpendapat sebarang kegiatan untuk menjatuhkan Kerajaan Kelantan yang sedang ada amat tidak wajar dan menyanggahi ruh Islami seorang muslim, bahkan jiwa seorang insan biasa yang adil dalam penilaian pun.
Biarlah Kelantan dengan caranya, mereka muslim, mereka cuba memerintah dengan pendekatan yang tidak menyanggahi syariat, sebaliknya cuba memenuhinya. Usaha menjatuhkan Kelantan hanya menimbulkan salahfaham mereka yang bersemangat Islam terhadap Kerajaan Pusat.”

Sumber : Ustaz Asri Zainal Abidin (Bekas Mufti Perlis)

Saya pernah menghuraikan betapa pentingnya Kelantan kepada rakyat Malaysia pada artikel dahulu.

Manik Urai harus dipertahankan. Walau sukar macam mana sekali pun ianya wajar dipertahankan. Tumbang Manik Urai bermakna kerajaan Kelantan akan diganggu - gugat oleh mereka yang jahat ini.

PERTAHANKAN MANIK URAI!!!!

Ahad, 12 Julai 2009

Manik Urai (23) : Janji, Janji, Janji..Habuk Pun Tarak

Kerajaan pusat menawarkan untuk membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Masa PRK Pengkalan Pasir serupa juga. Janji, janji, janji tapi satu pun tak dapat. Bila dah BN menang, satu apa janji masa PRK Pengkalan Pasir apa pun tak dapat.

Dah la tu Muhyiddin oiii...dulu gadai Melayu JOHOR!! Sekarang nak bela rakyat Manik Urai. Gagal.......

Buat pengundi Manik Urai...dulu Pak Lah kita sokong pastu dia tipu kita...habis barang naik.

Sekarang Najib buat benda sama. Nak percaya lagi??

Muhyiddin nak tipu rakyat Manik Urai...suruh dia teropong Pengkalan Pasir dulu

Nate!!!

Manik Urai (22) : Rayuan Buat Pengundi Di Sana

Saya dan seluruh rakyat Malaysia merayu kepada pengundi Manik Urai agar menyokong calon Pakatan Rakyat yang diwakili PAS iaitu Abe Uji.

Jangan terpengaruh dengan janji manis Najib. Ingat kita pernah tertipu dengan Abdullah Ahmad Badawi. Apabila kita memberi sokongan kepada beliau, dengan tenang beliau menipu dan mengkhianat amanah rakyat.

Percayalah Najib sama sahaja dengan Pak Lah. Janji manis ditaburkan. TAPI AWAS perlaksanaannya belum tentu. Apabila Manik Urai mula memberikan kemenangan kepada BN, maka percayalah segala janji manis yang Najib taburkan akan lenyap.

Selagi namanya pemimpin itu datang dari BN, tipu dan terus tipu rakyat Malaysia kerjanya.

Orang Melayu, jangan tertipu lagi. Cukup sudah kita memberi peluang kepada mereka. Mahukah kita diperbodohkan lagi??

Manik Urai, kawasan ini istimewa. Pengundinya akan menentukan hala tuju politik negara lepas ini.

UNDILAH PAS......

Jumaat, 10 Julai 2009

Manik Urai (21) : Nampak Muhyiddin Cakap "WOI Pengkhianat Orang Melayu Johor"

KUALA KRAI, 9 Julai (Hrkh) - Masihkah anda ingat siapa yang bertanggungjawab memberi ruang lebih besar kepada penduduk dari Singapura memilik banyak hartanah di Johor. Akibat daripada dasar terbuka itu menyebabkan banyak tanah rezab Melayu di daerah Johor Bahru tergadai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Buat petugas - petugas Pakatan Rakyat dan pengundi Manik Urai, kalau jumpa Muhyiddin Yassin pergi jerit kat muka dia...WOI Pengkhianat..jangan datang Manik Urai.

Jangan nak gadai tanah orang - orang Manik Urai...cukup orang Johor tertipu dengan kau.

Buat pengundi Manik Urai, kalau TPM kita ni dah ada perangai suka mengkhianat, apatah lagi Tuan Aziz calon Umno tu.

Fikir elok - elok yeee..

Rabu, 8 Julai 2009

Manik Urai (20) : Pentingnya Manik Urai Buat Rakyat Malaysia

Sebelum saya menaip apa - apa sila tatap dua wajah utama ini.



MB Perak PAS (Pakatan Rakyat) Yang diGULINGKAN OLEH BN





Insan yang berusaha merapatkan kembali perpaduan parti pembangkang yang suatu ketika dahulu berpecah.

Buat pengundi Manik Urai. Undi anda akan menyelamatkan maruah mereka berdua ini dan sekali gus menyelamatkan maruah rakyat PERAK dan MALAYSIA.

DS Nizar telah dihina seteruk - teruknya oleh BN. DS Nizar dihalau dari jawatan MB secara paksa walaupun rakyat Perak yang memilihnya.

Sanggupkah kita membiarkan DS Nizar dibiarkan berseorangan dalam menghadapi kejahatan BN. Sanggupkah kita membiarkan maruah rakyat negeri PERAK dipijak, diludah dan dihina oleh BN.

DS Anwar Ibrahim (DSAI), insan satu ketika dahulu menjadi pencetus kepada gelombang kebencian BN pada tahun 1998. Gelombang yang tidak pernah dirasai oleh semua rakyat Malaysia. Gelombang itu buat pertama kali kita melihat ratusan ribu rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk menyatakan rasa benci mereka kepada Mahathir dan melaungkan RE-FOR-MA-SI!!

Gelombang inilah punca kepada kejatuhan BN pada hari ini. Gelombang yang cuba dipadamkan dengan penahanan aktivis - aktivis politik di bawah ISA. Gelombang ini cuba dimusnahkan dengan memecahkan Barisan Alternatif.

Namun gerakan itu tidak berjaya selepas bebasnya DSAI. Lama menyepi, DSAI kembali menyerang BN habis - habisan. Keputusannya BN hilang 2/3 majoriti (tak lupa juga sumbangan besar BLOGGERS!!!)

Sekarang cubaan untuk mematikan gelombang kedua ini berjalan. Kerajaan Perpaduan, Wacana Ilmiah, BABI, Liwat dimainkan. Tujuannya hanya satu. Musnahkan Pakatan Rakyat. Namun memecahkannya, DSAI harus dipenjara.

Manik Urai, penting!! Jika menang Manik Urai, Nizar dan rakyat negeri Perak akan dapat semangat baru kerana tahu masih ada lagi yang bersama mereka.

Menang Manik Urai, Pakatan Rakyat akan bertambah mantap perpaduannya. Jika tertangkapnya DSAI, usaha lelah beliau sudah pasti akan disambung oleh mereka yang sayangkan Pakatan Rakyat.

Pengundi Manik Urai, tanggungjawab anda besar. Selain mempertahankan tempat dan maruah TG Nik Aziz. Tanggungjawab anda teramat besar kerana tidak kira apa keputusannya, kesannya teramat besar terhadap negara kita ini.

Saya menyeru dan merayu sebagai insan yang berada di luar kawasan tersebut, amat mengharapkan anda semua membuat satu keputusan yang bijak..

UNDILAH PAS(Pakatan Rakyat)

Manik Urai (19) : Tolak Umno Zionis Yang Sombong

Kira-kira 1,000 peraih dan peniaga ikan akan mengadakan perhimpunan Jumaat ini untuk membantah tindakan Umno yang didakwa telah memperlekehkan profesyen mereka.

Mereka mendakwa, Umno dalam ceramahnya dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai, telah perlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan.

Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, juga seorang peraih ikan.

Kenyataan yang dianggap memperlekehkan mereka itu, didakwa dibuat oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan dalam ceramahnya malam tadi.

Sumber : Malaysiakini

--------------------------------------------------

WAJIB PENGUNDI MANIK URAI MENOLAK UMNO..PENGHINA KERJAYA NELAYAN

PENGHINA KERJAYA PERAIH IKAN..

BIADAP!!

TOLAK UMNO

UNDI PAS

Isnin, 6 Julai 2009

Manik Urai (18) : Makcik - makcik, Pakcik - pakcik, abang - abang..

Makcik - makcik, Pakcik - pakcik, abang - abang..tengoklah gaya mewah pemimpin Umno.

Makcik kat sini hidup susah..pakcik di sini menempuh maut di lautan, abang - abang penat membanting tulang hanya untuk mencari sesuap nasi.

Tapi KHIR TOYO??



NI BARU KHIR TOYO..mustapha muhammad, Tuan Aziz yang jadi pengerusi KESEDAR..ntah berapa punya besar rumah diorang tu weyyy

tgk TG Nik Aziz..rumah kampung saja




PASTIKAN MAKCIK - MAKCIK, PAKCIK - PAKCIK dan ABANG - ABANG UNDI PAS!!



Manik Urai (17) : Laaa...Ada Lagi Kempen Cara Macam Nie!!

Seramai 6,142 pelajar sekolah rendah, menengah dan sekolah Arab di Manek Urai mendapat perhatian Kementerian Pelajaran yang akan memberikan mereka bantuan uniform dan beg sekolah secara percuma.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata pemberian itu telah dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau beberapa hari lalu sebagai tanda ingatan kementerianberkenaan.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dah dah la tu kempen cara macam ini. Muhyiddin, cuba perhati betul - betul. Dah berapa kali PRK BN masuk, semuanya tergolek dok, jatuh terkangkang dan semuanyalah.

Cuba kempen cara baru, kempen mesra rakyat sikit. Ini Kelantan, bukan bumi manusianya kebulur benda percuma.

Buat Manik Urai, ambil jangan tak ambil..tapi ingat!! UNDILAH PAS!!

Ahad, 5 Julai 2009

Manik Urai (16) : Celuparnya Mulut Ahmad Maslan Nie!!

KUALA KRAI, July 5 — Umno’s election heads have scoffed at Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat’s influence in the state, stating that Umno leaders are far more capable than the influential cleric.

Coming on the eve of nominations for the Manek Urai by-election, the show of confidence appears designed to break the psychological grip that the PAS spiritual leader has on the mostly Malay Muslim state.

Sumber : TheMalaysianInsider

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nampaknya KJ dah ada ahli baru...Ahli mulut celupar...kepada Ahmad Maslan..tolong amik iktibar sikit..dulu KJ dah buat slogan 18 Tahun Pade Doh...nah amik kau...terduduk dia.

Sekarang kau pulak?? Nik Aziz tu Kelantan, Kelantan tu Nik Aziz...kutuk Nik Aziz sama kau kutuk Kelantan...jadi...tunggu bahananya dari rakyat Manik Urai..

Ingat kenyataan kau akan tersebar sekejap je lagi..tak sampai 5 minit..

Rakyat Manik Urai...HUMBAN UMNO!!!!