Jumaat, 6 Februari 2009

Nizar = Anwar

Ya,
Memang Nizar sama dengan Anwar. Jika tahun 1998 Anwar menentang Mahathir Mohamad dan pada ucapan penutupan sebelum beliau ditangkap, beliau pernah mengatakan "Satu Anwar Hilang, Beribu Yang Akan Muncul". Di hadapan ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau di Masjid Negara dan juga Dataran Merdeka beliau telah memberikan ucapan berapi dan laungan reformasi, Suara Rakyat Suara Keramat telah menjadi satu laungan legenda sepanjang zaman.

Sekarang obor perjuangan rakyat itu telah diambil oleh Nizar. Beliau dipaksa letak jawatan oleh Sultan Azlan Shah yang dipengaruhi oleh Najib Abdul Razak (Ingat 5/2/2009). Beliau jatuh dan rakyat angkat beliau kembali. Beliau dianggap hero oleh rakyat khasnya rakyat Perak. Puluhan ribu rakyat bersorak dan mengangkat beliau dan beliau dengan begitu semangat mengatakan beliau tidak akan berhenti dari berjuang dan NAJIB akan BERKUBUR DI PERAK!!!

Hari ini beliau akan bersolat di Masjid Ubudiah. Teringat ketika waktu mula - mula Anwar dipecat, Masjid Abu Bakar di Bukit Damansara menjadi tempat beliau mula - mula menggerakkan kuasa rakyat. YB Nizar, gunakan peluang ini untuk menggerakkan rakyat Perak. Menjelajahlah satu negeri Perak dengan ucapan keras, berapi dan bersemangat. Kemudian jelajah satu Malaysia dan kemudian kembali semula ke Ipoh. Di sana pasti ratusan ribu rakyat akan berhimpun menuntut agar pilihanraya negeri diadakan semula

Nizar, pergilah berjuang. Panglima Nizar!! Anak - anak muda Perak dan Malaysia sedang menanti anda. Gelombang REFORMASI ketiga sudah tiba!!!

7 ulasan:

  1. Bangkitlah Rakyat Perak..
    Suara Rakyat Perak...

    Sila ke alamat di bawah untuk tempahan tshirt...

    http://anarqiyellow.blogspot.com/2009/02/suara-rakyat-perak.html

    BalasPadam
  2. Akan ku sebarkan t-shirt ini..thank you

    BalasPadam
  3. Pirah..

    Nizar=Anwar=Kaki Penipu!!!

    BalasPadam
  4. RAJA BUKAN UNTUK DI SEMBAH
    YANG LAYAK DISEMBAH HANYALAH KEPADA ALLAH SWT.

    BalasPadam
  5. Meremang bulu roma!

    Selamat berjuang buat YAB Nizar!

    BalasPadam
  6. SELOKA(1)SEBELUM PRU 12:
    "Bila 9 KEPALA negeri bersidang untuk SATU Kehendak, Bonang mengapai paluan ikut RENTAK, Seraya datang marhaen berlambak-lambak,Anjing liar BERKELIARAN berlari MENYALAK, Jangan salahkan BANGAU yang kita tidak NAMPAK,WAK terus berkata ULAR yang nak makan KATAK!"

    SELOKA (2) PASCA PRU 12: "9 KEPALA negeri terus bersidang untuk SATU kehendak,BONANG terus berdiri memukul GENDANG mengikut RENTAK,MARHAEN bersandar keletihan sambil BERGELAK,Anjing Liar tidur hilang MENYALAK,Hujan berhenti kelibat BANGAU pun nampak,BERWASPADA agar negara tidak di TEMPLAK!!!"

    SELOKA 3 (SUASANA MASA KINI)
    "BERSIDANG lagi 9 KEPALA negeri atas SATU kehendak, BONANG duduk di SERAMBI merenung FALAK, MARHAEN kembali berkumpuk BERLAMBAK,Anjing terjaga terus MENYALAK,pedulikan kelibat BANGAU yang kita NAMPAK, Benarlah WAK berkata ULAR yang nak makan KATAK,RISIK-PANDANG suasana hingar di PERAK,LALUAN mudah terbuka untuk konco-konco BARAK"
    ---PERMERHATI KATAK

    BalasPadam
  7. SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN ,BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH,TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG,TEPUNG TAK SELERAK RAMBUT TAK PUTUS,IKAN PEKASAM DALAM BELANGGA DIMASAK ASAM SEDAP RASANYA BUAT KEPUTUSAN BIAR BEPADA SILAP PERHITUNGAN BURUK PADAHNYA.KUASA RAKYAT KUASA SEJATI PANTANG BERUNDUR BERMAKNA MATI,RAKYAT BAHAGIA NEGARA AMAN SULTAN DISEMBAH SEPANJANG ZAMAN.pulangkanlah semula kuasa pada rakyat,biar rakyat yang menentukannya...wassalam

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.