Apa lagi yang mereka mahukan? Pergaduhan sesama rakyat Malaysia? Pembunuhan sesama rakyat Malaysia?
Ya, saya yakin orang Islam khasnya yang berbangsa Melayu tidak lagi terpengaruh dengan dakyah kotor oleh Umno dan Barisan Nasional. Terbaru dari Utusan Melayu, mereka cuba mengapikan api persengketaan agama namun telah dibantah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah menafikan laporan akbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan negeri tersebut telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu."Semua itu satu pembohongan... kita tidak ada majlis seumpama itu," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar."Dan jika mereka mempunyai sebarang bukti yang kita menubukan majlis seumpama itu, maka bawalah ke mahkamah," katanya. Utusan Malaysia menyiarkan di muka depannya laporan bahawa kerajaan Pulau Pinang telah menghina Islam dengan penubuhan majlis perundingan antara agama.Akhbar tersebut memetik Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.
sumber : Malaysiakini
Apa lagi yang Umno dan Barisan Nasional mahukan?
p/s Tunggu entry seterusnya..orang melayu dan cina sebenarnya bersaudara.
Project 964: The RWB Transformation
19 jam yang lalu
Siapa yang ajar perkauman kalau tidak Umno. Lihat iklan di televisyen, dah macam-macam bahasa kaum lain ada. Apakah kalau hanya iklan berbahasa kebangsaan dikatakan perkauman, lalau disertakan juga bahasa Cina. Begitu. Kalau begitu iklan di stesen televisyen China yang hanya berbahasa Cina itu perkauman lah. Gila. Selepas ini hapuskan iklan di televisyen yang bukan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu).
BalasPadam