Ketika saat ini hampir 590 juta kereta telah berada di muka bumi ini. Kereta telah digunakan dengan satu tujuan untuk membolehkan kita pergi ke suatu tempat dengan pantas.
Saat ketika ini, pelbagai jenis kereta telah berada di bumi ini. Dari buatan Jepun hinggalah ke Eropah. Aku sebagai salah seorang yang memiliki kenderaan ingin berkongsi pengalaman bagaimana kereta yang aku naiki ini, telah membawa aku ke serata semenanjung Malaysia dan dengan kereta aku ini lah aku dapat menimba pengalaman baru dalam hidup aku ini. Ya benar, aku memang menyukai kereta sebagai gadis yang minatkan baju dan emas, aku menyukai kereta bagaimana seorang jurugambar begitu taksub dengan kameranya, aku menyukai kereta bagaimana seorang insan yang begitukan komputer, aku menyukai kereta sebagaimana sang pemuisi begitu ghairah ketika mendeklamasikan dan merekacipta sebuah puisi, aku menyukai kereta bagaimana ahli politik yang begitu ghairah mencari kuasa untuk terus berkuasa. Taksub? Ya memang benar aku taksub. Salahkah seseorang untuk mempunyai minat dan minat aku adalah kereta.
Aku senantiasa menganggap kereta ini umpama sahabat aku kerana dengan keretalah aku mengenal erti hidup. Dari Perlis hingga ke Johor aku berjalan. Semuanya dengan kereta. Dengan berkeretalah aku dapat pergi ke suatu program yang agak jauh dari rumah aku dengan selamatnya (syukur ke hadrat Ilahi) dan atas sebab itu kenapa blog aku taglinenya From Vehicles to Life. Ya memang benar, dengan berkereta aku dapat melihat, setelah 50 tahun kita merdeka masih ramai lagi yang hidup merempat susah hidup miskin. Lihat saja di Baling, masih ramai lagi yang hidup susah dan merempat. Derma - derma yang diterima oleh mereka yang baik hati saban bulan diterima. Tetapi dimana pula bantuan dari kerajaan. Sudahlah sekarang kerajaaan negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat dan semua orang tahu kerajaan Pusat BN tidak akan menyalurkan bantuan kewangan secara terus kepada kerajaan negeri akan tetapi mereka menyalurkan kepada ketua - ketua bahagian Umno. Persoalan yang sering timbul, adakah duit itu sampai kepada orang - orang kampung atau duit itu masuk ke kocek mereka. Dari mana dan macam mana aku mengetahui perkata tersebut, dari mulut orang - orang kampung dan dengan berkeretalah aku dapat mengetahui kisah tersebut. Aku juga dapat melihat kehidupan yang begitu unik dan menarik di serata semenanjung juga dengan berkereta. Aku menyertai program rakyat juga dengan berkereta. Aku bersama - sama sahabat ku CheguBard untuk menemani dan mengiringi beliau ke pusat penamaan calon di Rembau dan menyaksikan beliau bertempur sendirian di Rembau untuk menentang Khairy Jamaluddin juga dengan berkereta.
Memang ada komen sinis yang perli aku kerana aku memilih tagline sebegini. Aku harap lepas ini kau faham kenapa aku pilih tagline sebegini. Ya benar aku meminati drag racing tapi adakah ianya menjadi satu kesalahan untuk aku berceritakan kepada orang ramai yang aku begitu meminati sukan ini. Setiap individu mempunyai minat masing - masing dan ini telah pun menjadi hak asasi manusia. Jika kau minat kamera dan sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk membeli peralatan kamera pernahkah aku menganggu minat kau itu? Pernahkah aku mengutuk minat kau itu? Tidak, kerana aku menghormati hak engkau sebagai manusia yang mempunyai nafsu dan minat dan selagi mana minat kau itu tidak memudaratkan orang ramai, silakan terus dengan minat mu itu. Jika kau tidak boleh menghormati minat orang dan terus - menerus kau mengutuk minat orang lain bagi aku kau ini sama saja dengan Yahudi Zionis, Umno, SPR, Najib, Amerika, dan sekutu - sekutu mereka kerana mereka - mereka ini jika kamu tidak sokong maka kamu jahat, kamu tidak sebulu dengan mereka maka kamu ini manusia poyo (sorry aku guna bahasa anak muda ya). Akan tetapi bila kamu sokong aku, akan ku berikan kau ganjaran, bantuan, pujian, dan macam - macam lagi lah. Hai manusia - manusia...kenapa sikap kamu sebegini. Yahudi Zionis terus - menerus menghentam Hamas kerana Hamas tidak mahu mengiktiraf kewujudan negara Zionis itu, Umno dan BN terus - menerus menekan kerajaan - kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kerana mereka bukan dari kalangan mereka, Najib akan terus menghilangkan sesiapa sahaja yang dianggap boleh memusnahkan karier politiknya dan banyak lagi.
Jadi kalau aku minat kereta ada sebabnya, aku minat drag racing ada sebabnya. Apa pun bagi aku, ianya satu hiburan dan hiburan aku adalah kereta.
Chow.............
Project 964: The RWB Transformation
18 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.