TERKINI !!!
Warga kota Ipoh telah mula berkumpul di perkarangan rumah Menteri Besar.
Sms yang di hantar awal petang ini telah berjaya
menjemput ratusan yang semakin ramai sampai.
Adalah di nasehatkan agar jangan menggangu ketenteraman awam.
Warga Ipoh diharapkan akan turun beramai untuk menunggu berita
selanjutnya dari MB Perak.
sumber : Tukar Tiub
----------------------------------------------------------------------------------
9.00 malam: Pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat menuju ke kediaman rasmi Menteri Besar, Nizar Jamaluddin.
9.10 malam: Rakyat sedang menuju beramai-ramai kerumah MB Perak untuk menyatakan sokongan. Mereka berdiri dibahu jalan yang sedang dikawal ketat oleh polis.
9.15 malam: Semakin ramai rakyat menuju kearah kediaman MB Perak untuk menyatakan sokongan. Jalan mula sesak.
9.30 malam: Ratusan rakyat sedang berkumpul berhampiran rumah MB. Ramai lagi yang sedang berpusu-pusu kerumah MB. Esok dilaporkan akan ada program besar di Perak. Masih lagi menunggu konfirmasi.
9.50 malam: Perhimpunan besar-besaran rakyat Perak akan dianjurkan esok untuk menyokong kepimpinan MB Nizar Jamaluddin. Perhimpunan tersebut akan bermula pada pukul 3 petang di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Perak.
Solat Munajat akan turut dianjurkan bermula pukul 7 petang.
sumber : Amin Iskandar
Project 964: The RWB Transformation
19 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.