Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Roslan. Berdoalan kalian agar suami dan ayah kalian ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman..Ameen Ya Allah.
Kedua, salute pada YB Arumugam kerana tidak mahu mengikuti perangai dua ekor pengkhianat yang tidak tahan dengan tekanan dari pihak BN khasnya Najib lantas sanggup melompat masuk BN. YB Arumugam meletakkan jawatan agar pilihanraya kecil dapat diadakan dan seterusnya dapat mengajar aparat BN dan Najib.
Peperangan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau merupakan peperangan rakyat. Rakyat telah memilih calon dari Pakatan Rakyat. Sudah pasti apabila kawasan - kawasan ini dikosongkan, rakyat akan membuat pilihannya sekali lagi. Harapan sudah pasti agar kerusi ini dikekalkan kepada Pakatan Rakyat. Kerana apa kerusi - kerusi ini harus dikekalkan? Kerana umum diketahui, Bukit Gantang berada didalam kawasan negeri Perak yang baru sahaja kita saksi satu perbuatan keji rampasan kuasa secara jijik oleh Najib. Bukit Selambau, bekas YBnya meletakkan jawatan kerana risaukan keselamatan keluarganya yang sering diganggu oleh pencacai Najib, beliau pernah diancam untuk diculik, keretanya pernah disimbah cat. Wajib rakyat Malaysia mencampakkan orang yang jahat seperti Najib ini ke Laut China Selatan dan benamkannya ke dasar laut.
Bukit Gantang dan Bukit Selambau bakal menyaksikan pertempuran rakyat melawan Zionis Malaysia iaitu BN. Bukit Gantang bakal menjadi medan di mana rakyat akan membuktikan kepada Sultan Perak sememangnya rakyat mahukan Pakatan Rakyat bukannya Barisan Zionis. Bukit Selambau bakal menyaksikan rakyat akan mengajar BN jangan sesekali membuat onar di dalam negeri jelapang padi tersebut.
Sudah pasti isu yang bakal dimainkan oleh pencacai BN adalah Pakatan Rakyat penderhaka. Kita balas kembali siapa yang ajar kami untuk derhaka dan membolehkan penderhakaan ini. Jangan lupa siapakah yang telah menarik kuasa imuniti raja - raja dan memburukkan mereka ketika isu itu panas diperkatakan, jangan lupa kerja sapa yang telah menabal sultan baru di Kelantan, jangan lupa siapa yang telah memanggil Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan sebagai binatang (natang). SIAPA? Perwaris siapa yang mulakan..sila jawap? Umno..siapa yang mulakan dahulu..sila jawap?
BN dalam kepanasan sekarang ini. Najib bakal disembelih oleh rakyat di dua kawasan ini. Dia akan dihina di mana saja beliau berada ketika pilihanraya ini dilaksanakan. Rakyat Perak sememangnya sangat menunggu dia. Rakyat Kedah sesungguhnya panas hati kerana ugutan yang dia lakukan sudah melampaui batas.
Apakah Najib akan diburu di mana sahaja beliau? Wahai Rakyat Perak dan Kedah. Gempurlah Barisan Nasional (Zionis) dan Najib habis - habisan.
Project 964: The RWB Transformation
19 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.