Kuasa rakyat sinonim dengan perhimpunan besar di jalanan. Walaupun ada beberapa pihak tampil dengan mengatakan aktiviti ini tidak sihat dan sebagainya, namun semuanya tidak menafikan betapa kuasa rakyat yang kuat dan mampu menggerunkan pihak pemerintah tidak dapat lari daripada demonstrasi.
Ketika Tembok Berlin masih kukuh tegak berdiri, bukan tiada aksi penentangan dilaksanakan oleh penduduk Jerman Timur. Namun kemuncak kebangkitan rakyat yang dapat meranapkan terus Tembok tersebut apabila kuasa rakyat bergabung dan menjadi besar dan akhirnya ratusan ribu rakyat berkumpul dan itulah yang dipanggil demonstrasi. Semangat rakyat menuntut kemerdekaan daripada pihak diktator yang menyekat kebebasan rakyatnya semakin memuncak apabila mereka yang selama diam sepi melihat ratusan ribu berdemonstrasi akhirnya turut serta dalam aksi tersebut.
Golongan petani di Baling, Kedah suatu ketika dahulu sebelum mahasiswa memimpin mereka berdemonstrasi, bukannya tiada aksi penentangan dari beberapa individu. Pasti ada, namun suara mereka tidak cukup kuat maka suara mereka tenggelam begitu sahaja. Namun apabila mahasiswa memimpin gerakan petani maka puluhan ribu petani berhimpun maka suara mereka didengari. Rejim jahat takut. Maka kehendak rakyat dikotakan. Takut kerana bimbang rakyat akan menghukum mereka waktu pilihanraya kelak.
Tahun 1998, siapa yang tidak tahu tahun tersebut mencetuskan fenomena yang cukup dahsyat buat sejarah moden Malaysia. Pemecatan Anwar Ibrahim disudahi dengan aksi perlawanan beliau terhadap bekas mentornya Mahathir telah menyebabkan jutaan rakyat Malaysia yang sudah gelisah dengan pemerintahan Mahathir turut serta berhimpun di Dataran Merdeka. Perhimpunan yang boleh dikatakan terbesar dalam sejarah Malaysia. Ratusan ribu rakyat berhimpun. Malah selepas penahanan Anwar Ibrahim dalam penjara, demonstrasi demi demonstrasi dilaksanakan. Maka semangat rakyat sememangnya membuak - buak nah, akhirnya pada tahun 1999 BN dimalukan oleh anak muda Malaysia.
Selepas itu tahun 2000, sekali lagi rakyat bangkit. Puluhan ribu rakyat berhimpun di Lebuhraya Kesas akibat tindakan gila babi oleh pihak polis yang menutup jalan menuju ke Jalan Kebun. Akibat dari tindakan gila itu, aksi perlawanan rakyat terhadap polis berlaku. Selepas dari peristiwa itu, semangat rakyat yang masih membuak - buak, berlaku pilihanraya kecil Lunas. Dendam membara rakyat terhadap kekejaman polis hasil daripada arahan Mahathir diterjemahkan kepada undi. Maka tumpaslah BN di Lunas.
Selepas Mahathir menahan puluhan aktivis reformasi, gerakan rakyat hampir lumpuh. Kuasa rakyat yang sinonim dengan demonstrasi kelihatan lesu. Sebabnya tiada satu pun pemimpin parti politik yang pernah turut serta dalam kuasa rakyat ini yang mahu menghidupkan aktiviti demonstrasi. Maka, apabila Pak Lah mengisytiharkan pilihanraya umum semangat rakyat yang menjunam teruk dan dengan melihat percakaran parti politik yang dilihat mampu membela rakyat semakin merungsingkan maka tiada jalan lain, rakyat terpaksa memberi undi kepada Bn. Atas nama mahu kebajikan mereka dijaga.
Namun, Pak Lah tidak prihatin kepada masalah rakyat. Harga minyak dinaikkan sesuka hati. Harga barang naik secara mendadak. Anwar Ibrahim dilepaskan. Maka ketidakpuasan hati rakyat diterjemahkan dalam bentuk jalanraya. Sekali lagi, aktiviti ini yang senyap beberapa tahun muncul kembali. Slogan - slogan "REFORMASI", HIDUP RAKYAT, dan sebagainya hidup kembali. Aktiviti sedemikian berlarutan. Kemuncaknya apabila perhimpunan BERSIH dilakukan. Selepas 10 tahun, perhimpunan BERSIH merupakan perhimpunan kedua terbesar dalam sejarah Malaysia.Semangat yang membuak - buak itu diterjemahkan melalui kertas undi. BN hampir terkorban. 2/3 majoriti hilang ditangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menguasai Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan mempertahankan benteng terakhir kuasa rakyat di Kelantan dengan bergayanya. Rakyat menyambut kemenangan itu dengan tangisan. Saya sendiri turut menangis kegembiraan melihat keangkuhan Bn ditumbangkan.
Semuanya hasil daripada kekuatan rakyat diterjemahkan melalui aktiviti demonstrasi. Demonstrasi cara mudah menaikkan semangat rakyat untuk berjuang dengan lebih gigih. Semua pelusuk kampung dapat dimasuki tanpa ada satu perasan gentar. Keinginan mereka yang atas pagar untuk mengetahui kenapa rakyat berdemonstrasi teramat tinggi maka dengan mudahnya pejuang rakyat dapat menerangkan kepada mereka ini. Blog - blog pula selepas peristiwa besar tersebut mula wujud dengan begitu pantas. Ada analisis mengatakan, ratusan blog wujud setiap hari ketika sebelum pilihanraya umum diadakan.
Perhimpunan terakhir rakyat di jalanan adalah sebelum PRK Permatang Pasir. PARA PEMIMPIN PARTI POLITIK HARUS BUKA MATA SELUAS - LUASNYA! PRK Manik Urai Pakatan Rakyat hampir kalah. Namun apabila demonstrasi anti - ISA diadakan, semangat perjuangan rakyat kembali membuak. Hasilnya, Permatang Pasir kita menang bergaya. Ya, mungkin analisa saya salah. Analisa yang tidak intelek. Namun inilah hasil pemerhatian saya. Kuasa rakyat harus senantiasa dihidupkan. Perhimpunan besar harus senantiasa diadakan.
Apabila kuasa rakyat yang hebat ini diadakan, percayalah setiap isu yang cuba kita bangkitkan akan mendapat perhatian. Contoh, isu ISA apabila isu hangat ini mula dibicarakan selepas demonstrasi besar - besaran yang diadakan di KL, semua orang mula berminat untuk mengkaji apakah akta ini masih relevan atau tidak masa kini. Isu PPSMI, apabila puluhan ribu rakyat berhimpun semua pihak mula membuat analisa sendiri apakah PPSMI masih relevan untuk terus diguna-pakai.
Semua parti politik yang perjuangannya membela rakyat harus tahu, kita tidak punya media perdana. Ya, benar blog, Malaysiakini, TheMalaysianInsider dan macam - macam lagi ada. Tapi cukupkah ia untuk menimbulkan kesedaran kepada rakyat? Demonstrasi jika diadakan walaupun media perdana memburuk - burukkannya, tapi sudah pasti akan menyebabkan rakyat akan bergerak dan mencari informasi yang sebenar apakah sesuatu isu benar atau tidak.
Kuasa rakyat memang tidak boleh dipisahkan dengan demonstrasi. Demonstrasi adalah tempat dimana sesuatu isu dapat dibangkitkan. Isu yang dibangkitkan itu dapat menarik perhatian rakyat. Jika benar isu menyebabkan rakyat tertindas percayalah, adakan saja mana - mana PRK atau PRU, BN pasti tumbang.
Saya memilih untuk garis perjuangan PILIHANJALANRAYA dan inilah ciri - ciri anak muda yang cool.
Project 964: The RWB Transformation
20 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.