Sudah setahun kita rakyat Malaysia memberikan kemenangan yang cukup membanggakan buat Pakatan Rakyat. Kebencian kita kepada kesombongan pimpinan Barisan Nasional membuahkan hasil. Kesombongan kerana tidak mahu meringankan bebanan rakyat. Harga barang naik mendadak. Poket kita semakin kurang. Maka pada Mac 2008, sejarah tercipta. Barisan Nasional tewas teruk. Hilang 2/3 majoriti.
Setahun sudah berlalu. Lagi beberapa bulan tahun 2010 akan menjelma. Satu lagi tahun yang akan mencatit beberapa perkara baru. Perkara baru mengenai baik dan buruk akan berlaku pada tahun tersebut. Setiap gabungan parti - parti politik yang bernaung dibawah PR mahupun Bn pasti akan bekerja keras untuk mendapat mandat baru yang dijangka berlangsung pada tahun 2012. Hanya tinggal lagi dua tahun saja lagi....dua tahun saja lagi.
Bn pasti akan bekerja keras untuk mendapatkan kembali Selangor. Lubuk emas yang menjanjikan kekayaan yang melampau buat mereka yang rakus merebut dan merampas hak rakyat sebagaimana Khir Toyo. Bn pasti bekerja keras untuk memastikan 2/3 majoriti yang hilang dahulu ketika gelombang kebangkitan besar - besaran rakyat.
PR...pasti sudah memasang angan - angan yang tinggi untuk melangkah gagah masuk ke Putrajaya. Angan - angan mahu memastikan rakyat hidup dengan aman dan diberikan keadilan sepenuhnya. Namun bersediakah mereka?
Pakatan Rakyat mahu tidak mahu, sebagai warganegara Malaysia yang bebas dari mana - mana parti politik masih dalam keadaan kucar - kacir. Lihat saja di Selangor. Keadaan hormat - menghormati dalam jemaah masih tidak dapat dibentangkan. Lihat saja isu arak, tiada perbincangan maka tindakan undang - undang mengikut tafsiran Hassan Ali dilaksanakan. Maka berlakulah kekecohan. PR di Selangor segera dicop tidak sebulu. Walaupun atas nama demokrasi untuk menutupi keadaan yang tidak sependapat itu, mereka lupa...rakyat pentingkan sebuah kerajaan yang stabil seperti Kedah dan Pulau Pinang.
Kerana tindakan beberapa individu yang mengkucar - kacirkan kerajaan negeri Selangor, jangan terperanjat jika rakyat akan menghukum Pakatan Rakyat keseluruhannya akibat kegagalan mereka menyelesaikan masalah itu. Pakatan Rakyat kena ambil iktibar dari sejarah. Lihat tahun 1999 dimana kekerasan dalam memerintah, rakyat memerhati dengan penuh minat maka rakyat mengambil keputusan untuk menghukum Barisan Alternatif pada waktu itu keseluruhannya. Mereka memberi peluang kepada Pak Lah waktu itu untuk menjaga kepentingan negara dengan baik. Malangnya Pak Lah gagal maka sekali lagi rakyat menghukum Bn dengan seteruk - teruknya.
Pakatan Rakyat!! Tidak mungkin sejarah akan berulang. Dengan kehadiran beberapa tokoh yang bermasalah umpamanya Hassan Ali, tidak mungkin benda yang sama berlaku pada Pakatan Rakyat. Kedah dan Pulau Pinang yang tidak bersalah dalam keadaan yang gampang ini pasti terpalit dengan kerja - kerja yang tidak beretika oleh Hassan Ali yang mewakili Pakatan Rakyat Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang pasti hampir lumpuh atau mungkin lebih teruk kalah di tangan Barisan Nasional dan yang paling membimbangkan benteng terakhir kekuatan rakyat di Kelantan juga pasti goyah sebagaimana PRU ke-11.
Ya, saya bukan pemerhati politik yang mempunyai Ijazah dalam ilmu politik. Tapi saya membaca senario politik negara dari pengalaman yang tak seberapa ini dan hasil pembincangan anak - anak muda Malaysia yang semakin cerdik. Kami tidak perlu analisa berbagai. Kami hanya mahu melihat kami dapat hidup dengan aman, hubungan sesama kaum elok, dapat mencari kerja, poket tak kosong. Maka kami mengharapkan sebuah kerajaan yang sedemkian. Kami memberi peluang kepada Pakatan Rakyat. Mulanya nampak cantik, air percuma dan banyak lagi perkhidmatan yang berguna namun malangnya...wujud insan seperti Hassan Ali maka ini mencacatkan usaha murni Pakatan Rakyat Selangor. Tidak mungkin anak muda Malaysia akan menghukum sekali pakatan pembangkang atas nama Pakatan Rakyat sekali lagi.
Mohon maaf, ini perasaan saya dan kebanyakkan anak muda Malaysia. Jangan kerana tindakan beberapa individu macam Hassan Ali dan Zulkifli Noordin, kekuatan yang dibina selama ini oleh Pakatan Rakyat hilang begitu saja. Ya, 2 Adun PR di Perak keluar parti, ADUN Lunas keluar parti dan ADUN Perlabuhan Kelang keluar parti. Biarkan. Sekurang - kurangnya mereka tahu tempat mereka tiada disini. Tapi perangai macam Umno tapi masih dalam Pakatan Rakyat lagi menjijikkan. Parasit yang merosakkan dari dalam.
Renungkan dan fikirlah. Kasihanlah kepada RAKYAT. Ini bukan soal kekuasaan semata - mata. Ini soal kebajikan rakyat. Rakyat sedang menunggu siapakah yang mampu memelihara kebajikan mereka. Jangan sampai esok Bn diludah Pakatan ditendang.
Oh ya...Ketua Penerangan PAS...mengkritik PAS bukannya bererti kami cybertroopers Umno...
HIDUP RAKYAT!!
Project 964: The RWB Transformation
19 jam yang lalu
aku x suka pas...aku f**k UMNO...
BalasPadamPAS x Profesional...UMNO f**k
namun, aku rasa lebih elok klu aku undi yg x profesional dri undi yg f**k...
p/s: pas sila berubah...anak2 muda ramai yg menyokong mu...budak2 um kawan2 ku, x ramai yg sokong BN...ada la gak 2-3 orang yg totok..
Salam Tuan..
BalasPadamMinta izin copy and paste artikel ini kedalam blog Hamba..
Dan kalau tidak keberatan.. sudilah kiranya Tuan menyenaraikan blog hamba yang tak seberapanya ini kedalam Senarai Blog Tuan..
Anak Sungai Derhaka
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/
Salam sdr.
BalasPadamArticle yang baik yang sepatutnya di renungi oleh semua Pemimpin PR terutamanya PAS.
Izinkan saya linkkan ke blog saya.
terima kasih pada semua...
BalasPadamsilalah ambil..tak menjadi masalah..