Anwar Ibrahim
Dr. Mohd Asri
Hishamuddin Rais a/k/a Tukar Tiub
Ini wajah - wajah pejuang yang sinonim dengan anak muda masa kini. Garang, berani, progessif. Semuanya datang dari berlainan latar belakang akademi.
Tapi niat mereka hanya satu. Kebenaran harus ditegakkan. Tidak kira apa sekali pun menghalang. Yang benar tetap benar.
Hanya mereka yang garang saja akan kedepan dan diminati.
Bak kata seorang sahabat saya, Rasulullah s.a.w diagungkan zaman - berzaman adalah kerana keberanian membela hak rakyat Arab waktu itu yang teruk ditindas oleh kaum jahiliah.
Kalau nak jadi macam Rasulullah s.a.w kenalah ada tak banyak atau sikit sifat seperti Baginda s.a.w. Maka ambillah menegakkan kebenaran dahulu kerana kebenaran membuka ruang kita dekat dengan Allah dan hampir sifat dengan Rasulullah s.a.w.
Mereka berusaha menjadi manusia agung ini. Maka kebenaranlah yang mereka perjuangkan.
Kita anak muda...kena berani dan menegakkan kebenaran.
Bak kata pepatah Siam Kuno :
"Qulil Haq Walau Kana Murron"
Project 964: The RWB Transformation
19 jam yang lalu
salam.
BalasPadamKenapa kita harus takut untuk menegakkan kebenaran.Ini negara kita,negara malaysia yang menjadi tumpah darah kita dan generasi yang akan membimbing ke jalan kebenaran.Segala bentuk kezaliman yang berlaku wajib kita hancurkan.Kita tidak mahu generasi kita akan datang menyalahkan kita atas apa yang berlaku.
Wasalam Shaharudin Othman,
BalasPadamsatu komen yang teramat baik..betul, kita harus memperbaikinya sekarang.
Jika tidak generasi yang akan datang bertambah teruk.
Terima kasih