“Pertama saya bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada sebahagian besar rakyat Malaysia, terutama generasi muda yang memberikan sokongan yang tidak putus-putus kepada usaha-usaha tajdid. Namun, saya agak kecewa kerana ada saluran media yang tidak bersikap positif dengan usaha tajdid yang sedang berlaku. Mungkin ada gangguan pihak tertentu.
Pihak TV3 telah menjemput saya juga Tuan Hj Uthman Muhammady dalam rancangan al-Kulliyyah secara langsung. Malang sekali apabila tiba waktu siaran, dimaklumkan kononnya tidak mendapat ‘lampu hijau’ untuk disiarkan secara langsung. Janji mereka rakaman tersebut akan disiarkan, namun tidak muncul sehingga kini. Alhamdulillah, nasib baik ada pihak yang merakamkan program dan ia telah disiarkan dalam internet serta mendapat sambutan.
Pihak RTM 1, pula semalam (28 Disember 2009) menyiarkan siaran langsung Hj. Uthman Muhammady dan seorang penceramah yang tidak dikenali membuat tafsiran yang salah terhadap perbezaan pendapat dan usaha pembaharuan. Sepatutnya, mereka hendaklah terbuka pada zaman ini dengan menjemput secara adil kedua-dua pihak memberi pendapat. Masyarakat kini sudah bijak untuk menilai.
Alhamdulillah, walaupun RTM 1 membuat demikian, survey yang mereka buat dalam rancangan tersebut tetap menunjuk majoriti penonton menganggap positif perkembangan pemikiran atau yang mereka istilah sebagai pertembungan.
Saya berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan yang memberikan pentas terbuka yang dihadiri ribuan orang di Kota Bharu baru-baru ini. Ia memberi ruang untuk saya yang tidak berparti berforum secara terbuka dengan Dato’ Nik Amar (PAS), Datuk Nakhaei (UMNO) dan Ustaz Afendi (Pemuda UMNO). Rakyat dapat melihat dan menilai.
Sila dapatkan rakaman program tersebut yang saya rasa banyak pihak merakamkannya. Demikian saya berterima kasih kepada beberapa saluran media seperti Mingguan Malaysia, Akhbar Sinar, MSTAR, Majalah i dan banyak media yang lain yang selalu memberikan laporan yang positif dan adil.
Saya dengan ini menyeru para pencinta perubahan, penyokong keluasan minda dan usaha-usaha tajdid terutama generasi muda, agar mula menilai parti politik yang mana yang lebih meraikan keluasan pendapat dan memberi ruang serta hak bersuara kepada rakyat secara adil. Nilailah juga parti mana yang tidak mesra dengan perkara ini. Dengan arus yang ada ini, pastikan undi anda pada pilihanraya ke-13 membantu ke arah semangat perubahan dan keluasan pendapat yang kita harapkan”.
Buat anak muda Malaysia, usah takut dan gentar melakukan perubahan. Perubahan adalah hak kita. Jangan sesekali takut untuk berbicara. Mereka yang anti kepada gerakan reformasi/tajdid/islah adalah mereka yang mahu melihat rakyat mundur kebelakang dan sentiasa mengharapkan mereka. Lihat Iran membantai rakyat dan menutup ruang demokrasi di sana. Lihat Malaysia membantai rakyat dan juga menutup ruang untuk berbicara.
Ini wajah - wajah pejuang yang sinonim dengan anak muda masa kini. Garang, berani, progessif. Semuanya datang dari berlainan latar belakang akademi.
Tapi niat mereka hanya satu. Kebenaran harus ditegakkan. Tidak kira apa sekali pun menghalang. Yang benar tetap benar.
Hanya mereka yang garang saja akan kedepan dan diminati.
Bak kata seorang sahabat saya, Rasulullah s.a.w diagungkan zaman - berzaman adalah kerana keberanian membela hak rakyat Arab waktu itu yang teruk ditindas oleh kaum jahiliah.
Kalau nak jadi macam Rasulullah s.a.w kenalah ada tak banyak atau sikit sifat seperti Baginda s.a.w. Maka ambillah menegakkan kebenaran dahulu kerana kebenaran membuka ruang kita dekat dengan Allah dan hampir sifat dengan Rasulullah s.a.w.
Mereka berusaha menjadi manusia agung ini. Maka kebenaranlah yang mereka perjuangkan.
Kita anak muda...kena berani dan menegakkan kebenaran.
Bekas Ameer Jama’at Islami Pakistan, Mian Tufail Muhammad telah meninggal dunia. Moga - moga Allah merahmati roh beliau.
Beliau merupakan tokoh gerakan Islam yang disegani dan terkenal gigih memperjuangkan Islam. Mendapat didikan langsung dari Maulana Amin Ahsan Islahi dalam bidang ilmu hadith serta Quran. Beliau menggantikan Sayyid Abul A’ala Maududi, guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepada beliau, pada tahun 1972 sebagai Ameer Jama’at Islami.
Penulisan kali ini mengenai tokoh antarabangsa yang cukup dikenali. Dari seorang yang bermasalah kepada seorang insan yang telah menjadi ikon perjuangan buat semua umat manusia. Insan terkenal itu adalah Malcolm X.
Latarbelakang
Malcolm Little (sebelum beliau masuk Islam) telah dilahirkan di Omaha, Nebraska pada 19 May 1925. Ketika beliau berumur 13 tahun, ayah beliau telah mati dan ibunya telah dihantarkan ke hospital mental. Setelah melalui pelbagai cabaran dalam hidupnya, Malcolm Little telah terlibat dengan jenayah di Boston dan New York dan telah dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman selama 10 tahun.
Ketika beliau di dalam penjara, beliau telah diperkenalkan kepada Elijah Muhammad (pemimpin tertinggi dalam Nation Of Islam). Pada tahun 1952, Malcolm X telah pun menjadi salah seorang pemimpin kanan dalam Nation Of Islam.
Nation Of Islam
Ketika beliau berjuang didalam Nation Of Islam, beliau percaya kepada pendapat Elijah Muhammad bahawa Islam hanya diturunkan untuk orang kulit hitam sahaja. Perjuangan mereka hanyalah semata - mata untuk membela orang kulit hitam saja (atau bahasa kasarnya Ketuanan Negro).
Namun pada tahun 1964, Malcolm X telah mula mempunyai hubungan tegang dengan Elijah Muhammad atas dasar moral dan ini telah menyebabkan Malcolm X mengambil keputusan untuk keluar dari Nation Of Islam.
Makkah Pembuka Pintu Kesedaran
Ketika Malcolm X mengerjakan haji, beliau cukup terkejut melihat suasana persaudaraan yang cukup tinggi. Kejutan ini telah diterjemahkan dalam surat beliau kepada isteri beliau iaitu Betty Shabaaz :
"April, 1964
The Ka'ba, in Mecca -- the ancient House of Worship built by Abraham and Ishmael.
Never have I witnessed such sincere hospitality and overwhelming spirit of true brotherhood as is practiced by people of all colors and races here in this Ancient Holy Land, the home of Abraham, Muhammad and all the other Prophets of the Holy Scriptures. For the past week, I have been utterly speechless and spellbound by the graciousness I see displayed all around me by people of all colors.
I have been blessed to visit the Holy City of Mecca. I have made my seven circuits around the Ka'ba, led by a young Mutawaf named Muhammad. I drank water from the well of the Zam Zam. I ran seven times back and forth between the hills of Mt. Al-Safa and Al-Marwah. I have prayed in the ancient city of Mina, and I have prayed on Mt. Arafat.
There were tens of thousands of pilgrims, from all over the world. They were of all colors, from blue-eyed blonds to black-skinned Africans. But we were all participating in the same ritual, displaying a spirit of unity and brotherhood that my experiences in America had led me to believe never could exist between the white and non-white.
America needs to understand Islam, because this is the one religion that erases from its society the race problem. Throughout my travels in the Muslim world, I have met, talked to, and even eaten with people who in America would have been considered 'white'--but the 'white' attitude was removed from their minds by the religion of Islam. I have never before seen sincere and true brotherhood practiced by all colors together, irrespective of their color.
You may be shocked by these words coming from me. But on this pilgrimage, what I have seen, and experienced, has forced me to re-arrange much of my thought-patterns previously held, and to toss aside some of my previous conclusions. This was not too difficult for me. Despite my firm convictions, I have always been a man who tries to face facts, and to accept the reality of life as new experience and new knowledge unfolds it. I have always kept an open mind, which is necessary to the flexibility that must go hand in hand with every form of intelligent search for truth.
During the past eleven days here in the Muslim world, I have eaten from the same plate, drunk from the same glass, and slept in the same bed (or on the same rug)--while praying to the same God--with fellow Muslims, whose eyes were the bluest of blue, whose hair was the blondest of blond, and whose skin was the whitest of white. And in the words and in the actions in the deeds of the 'white' Muslims, I felt the same sincerity that I felt among the black African Muslims of Nigeria, Sudan, and Ghana.
We were truly all the same (brothers)--because their belief in one God had removed the white from their minds, the white from their behavior, and the white from their attitude.
I could see from this, that perhaps if white Americans could accept the Oneness of God, then perhaps, too, they could accept in reality the Oneness of Man--and cease to measure, and hinder, and harm others in terms of their 'differences' in color.
With racism plaguing America like an incurable cancer, the so-called 'Christian' white American heart should be more receptive to a proven solution to such a destructive problem. Perhaps it could be in time to save America from imminent disaster--the same destruction brought upon Germany by racism that eventually destroyed the Germans themselves.
Each hour here in the Holy Land enables me to have greater spiritual insights into what is happening in America between black and white. The American Negro never can be blamed for his racial animosities--he is only reacting to four hundred years of the conscious racism of the American whites. But as racism leads America up the suicide path, I do believe, from the experiences that I have had with them, that the whites of the younger generation, in the colleges and universities, will see the handwriting on the walls and many of them will turn to the spiritual path of truth--the only way left to America to ward off the disaster that racism inevitably must lead to.
Never have I been so highly honored. Never have I been made to feel more humble and unworthy. Who would believe the blessings that have been heaped upon an American Negro? A few nights ago, a man who would be called in America a 'white' man, a United Nations diplomat, an ambassador, a companion of kings, gave me his hotel suite, his bed. ... Never would I have even thought of dreaming that I would ever be a recipient of such honors--honors that in America would be bestowed upon a King--not a Negro.
All praise is due to Allah, the Lord of all the Worlds.
Sincerely,
El-Hajj Malik El-Shabazz"
Semasa beliau berada di bumi Makkah, beliau telah pun menukar nama buat kali kedua dari Malcolm X kepada Malik El-Shabazz. Beliau secara terang - terangan mengatakan beliau keluar dari Nation Of Islam dan menyertai Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Deklarasi memeluk Islam Yang Sebenar (keluar dari Nation Of Islam)
Akibat daripada kenyataan itu, permusuhan antara beliau dan Elijah Muhammad semakin tinggi. Elijah Muhammad yang tidak menerima Malik El-Shabazz telah mengatakan untuk menyelesaikan masalah perkauman yang cukup tinggi di Amerika ketika itu hanyalah kembali kepada Islam yang sebenar dan bukannya kepada semangat perkauman yang tinggi. Kenyataan itu juga telah menyebabkan Elijah Muhammad pernah mengatakan manusia yang hipokrit seperti Malik harus dipotong kepalanya.
Akhir Hayatnya
Pada 21 February 1965 ketika Malik El-Shabazz sedang memberi ucapan di Manhattan's Audubon Ballroom untuk Organization of Afro-American Unity, satu kekecohan telah berlaku dan muncul dua orang lelaki telah menembak kearah beliau sebanyak 16 das tembakan. Malik El-Shabazz telah diisytiharkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.
Tempat dimana beliau ditembak
Ideologi Malik El-Shabazz (Malcolm X)
Ideologi perjuangan Malik El-Shabazz sememangnya Islam, tapi beliau juga mempunyai ideologi perjuagan yang cukup menarik. Sila klik di sini. Para pembaca sekalian dapat melihat betapa tebalnya sikap anti - imperialisma beliau dan beliau secara terang - terangan menentang penjajahan yang dilakukan oleh kerajaan Amerika sendiri waktu itu.
Perjuangan beliau keatas orang kulit hitam pada waktu itu sangat jelas. Orang kulit hitam pada waktu itu ditindas habis - habisan oleh orang kulit putih. Tapi dalam masa yang sama menegaskan untuk menyelesaikan masalah perkauman, Islam saja jalannya.
Malik El-Shabazz juga mempunyai pendirian yang jelas mengenai Zionism. Beliau secara terang - terangan mengatakan gerakan Zionis merupakan gerakan penjajahan yang dilakukan oleh mereka yang tamak dan rakuskan kuasa.
Kesimpulan
Mungkin penulisan mengenai Malik El-Shabazz atau Malcolm X tidak lengkap. Tapi tujuan saya menulis peribadi dan perjuangan beliau adalah supaya kita umat Islam yang berbangsa Melayu mempunyai perjuangan seperti beliau. Ya memperjuangkan hak Melayu tapi dalam masa yang sama hak - hak kaum lain tidak ditindas.
Malik El-Shabazz atau Malcolm X telah pun memberi contoh yang terbaik buat kita orang Melayu. Perjuangan untuk memartabatkan bangsa Melayu tidak menjadi masalah tapi membantu kaum - kaum lain juga harus sama dibantu. Malcolm X boleh berubah dari manusia yang tebal perkaumannya kepada manusia yang tidak tebal perkaumannya, kenapa kita tidak boleh.
Malaysia ini milik semua kaum. Bukan milik Melayu, Cina India Iban dan lain - lain. Kita sebagai Muslim harus ada sifat sayangkan semua kaum selagi mana mereka tidak menghina Islam.
Tontoni Video ini..dan buat anak muda..contohi semangat Malik El-Shabazz..
Dua Wajah cool dalam politik Malaysia. Dua Wajah cool yang menjadi Ikon perjuangan anak muda Malaysia, Dua Wajah cool yang telah menggoncang senario politik Malaysia..
Semalam saya dah telah menulis mengenai salah seorang tokoh antarabangsa yang terkenal iaitu Khalid Yassin. Hari ini, tulisan ini akan menceritakan seorang tokoh ilmuwan yang cukup terkenal di Malaysia pada masa kini. Insan itu adalah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.
Sejarah Kehidupan
Dr Asri dilahirkan pada 1.1.1971 di Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau sudah mendirikan rumah tangga. Sebelum ini bertugas sebagai pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis mulai 1 November 2006 (secara pinjaman).
Karya - karya Penulisan
Beliau juga banyak menulis buku - buku yang boleh dikatakan mempunyai standard yang tinggi. Beliau bukan sahaja menulis tulisan - tulisan mengenai akidah, beliau juga ada menulis beberapa buku sejarah Islam.
Ini adalah antara buku - buku yang telah dihasilkan oleh beliau antaranya :
1. Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003).
2. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua). Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2003).
3. Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
4. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
5. Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).
6. Bid'ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Jahabersa, Johor (2005).
7. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Research Centre, International Islamic University, Malaysia. (2005).
8. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon (second edition: 2006)
9. Risalah Koordinasi Ilmiah Ke-9: Islam Hadhari. Jemaah Dato’-Dato’ Perlis.
10. Islam Liberal. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
11. Sunnah Mengenai Adab Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah. Kerajaan Negeri Perlis (2006).
12. Al-Imam al-Syafi’i: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006)
13. Dasar Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
14. Membela Islam: Tanggungjawab & Disiplin. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).
Kontroversi
Beliau juga sering diserang oleh mereka - mereka yang tidak senang dengan tulisan beliau di dalam Utusan Malaysia yang mengkritik pihak - pihak tertentu termasuk parti - parti politik. Sehinggakan ada yang memanggil beliau dengan pelbagai gelaran. Saya masih ingat ketika beliau mula - mula menjadi Mufti, kenyataan pertama yang beliau keluarkan "Tangkap khalwat harus dimansuhkan". Ramai yang menyokong dan ramai juga yang membantah. Beliau ada dalil yang tersendiri yang berdasarkan Al-Hadith.
Kenyataan politik beliau tak kurang hebatnya. Ada satu ketika beliau di anggap barua Umno dan ada masa beliau dianggap penyokong Pakatan Rakyat. Tapi kebanyakkan tulisan beliau banyak menjurus kepada rakyat. Antara tulisan yang masih saya ingat walaupun tak banyak, beliau sering mengatakan pemimpin harus dekati rakyat jangan sombong jika tidak anda semua akan dihumban oleh rakyat. Beliau juga satu - satunya Mufti yang berani mengkritik pucuk pimpinan negara dan juga satu - satunya Mufti yang mengajar masyarakat cara memilih calon yang baik ketika berkhutbah Jumaat.
Ketika di hujung - hujung khidmat beliau sebagai Mufti, banyak puisi - puisi beliau telah dilagukan. Antara yang menyanyikan lagi beliau ada kumpulan Kopratasa. Tapikah lagu atau puisi beliau ini tidak mencetuskan kontroversi. Dr. Asri tidak dapat lari daripada kontroversi. Lagu beliau telah diharamkan oleh RTM kerana RTM mensyaki lagu ini mengkritik pucuk pimpinan Umno yang sinonim dengan rasuah.
Tapi musuh - musuh beliau kebanyakkannya datang dari golongan yang beragama juga. Beliau telah dilemparkan tuduhan sebagai ekstremis WAHABI, ekstrimis Sunnah, anti-syiah, sesat, mufti sesat, bapak setan dan pelbagai lagi gelaran. Ini kerana beliau tegas menentang perbuatan yang mengada - adakan sesuatu benda dengan tanpa asas yang kukuh iaitu dengan bersandarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah.
Antara punca beliau dituduh sedemikian kerana beliau sememangnya tidak mempercayai langsung dengan gerakan Syiah. Puak Syiah lah yang telah memberikan gelaran - gelaran sedemikian. Buku Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003) dan buku Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua) telah menyebabkan beliau diserang bertubi - tubi oleh puak syiah yang berada dalam dunia blog ini dan jangan terkejut penulis blog syiah itu cukup terkenal.
Antara punca beliau diserang teruk oleh puak - puak syiah kerana beliau telah mengatakan, "Syiah telah menghina para sahabat yang telah dijamin syurga, puak syiah telah menghina Saidatina Aisyah, puak syiah telah mengubah sejarah dengan mengatakan Saidina Hussein dibunuh oleh Yazid Bin Muawiyah walhal yang merancang pembunuhan Saidina Hussein adalah syiah." Beliau juga sering mengatakan puak Syiah dan Amerika Syarikat sebenarnya bersekongkol dan berkawan. Perkara ini telah ramai orang perkatakan dan saya percaya dengan tuduhan beliau. Malah tuan punya blog Tukar Tiub juga ketika saya bertemu beliau di Kajang mengatakan, memang Iran versi Khomeini mempunyai hubungan baik dengan Amerika. Menurut beliau, ketika gerakan rakyat yang hendak menjatuhkan Shah Iran itu terdiri daripada beberapa fraksi (maaf saya lupa nama kumpulan tersebut) yang mempunyai ideologi Sunnah Kiri. Amerika yang mahu mematikan gerakan kiri telah mewujudkan Khomeini yang syiah supaya dapat mematikan gerakan Sunnah Kiri dan hasilnya ratusan orang - orang Sunnah Kiri telah dipenggal kepala mereka dan masjid orang Sunnah telah dibakar (tapi Kuil Majusi ada di Tehran). Ini pendapat oleh beliau yang telah mengikuti politik dunia secara rapat.
Video dibawah ini pula menerangkan secara ringan mengenai kebobrokan puak Syiah oleh Dr. Asri :
Pengaruh
Saya secara peribadi, pernah mengikuti syarahan beliau di Taman Sri Ukay. Jika anda berpeluang mengikuti kelas beliau, jangan terkejut anak - anak muda yang berambut panjang dan berseluar jeans turut serta dalam kelas beliau. Ramai yang hadir ke kelas beliau terdiri daripada anak - anak muda tak kira apa golongan sekali pun.
Beliau memang terkenal di kalangan anak - anak muda walaupun ada juga anak - anak muda yang benci kepada beliau.
Beliau juga sering diberikan penghormatan oleh Tuan Guru Nik Aziz untuk berceramah dalam majlis - majlis kerajaan negeri Kelantan. Malah ada yang mengatakan beliau dan Tuan Guru Nik Aziz mempunyai pemikiran yang serupa. Lihat sahaja isu penggunaan nama Allah.
Beliau juga pernah dijemput untuk memberikan pandangan di majlis seni yang dianjurkan oleh kumpulan PAKSI bersama - sama Tukar Tiub.
Penutup
Sememangnya beliau disukai dan juga tidak kurang dibenci oleh semua golongan rakyat Malaysia. Jasa beliau di dalam negara kita ketika menjadi Mufti cukup besar. Beliau telah meletakkan standard yang cukup tinggi buat institusi Mufti yang selama ini hanya berfungsi untuk membaca doa sahaja. Beliau telah membuka minda umat Islam agar kembali kepada ajaran Sunnah yang sebenar dengan berpandukan Al-quran dan As-Sunnah bukannya terikut dengan guru - guru yang belum tentu benar dari sudut pandangan Al-Quran dan As-Sunnah.
Hari ini aku nak tulis benda yang luar dari kepompong politik. Kekalahan yang diterima oleh BN cukup memalukan buat PM yang baru, TPM yang dan menteri - menteri kabinet dapur yang baru. Aku? memang cukup berpuas hati.
Hari ini aku nak berbicara seorang tokoh agama yang boleh dikatakan agak disegani di antarabangsa. Khalid Yassin atau Sheikh Khalid Yassin bagi yang menjadi anak murid beliau atau yang sering mendengar kuliah - kuliah beliau.
Sejarah Hidup
Khalid Yassin asalnya merupakan penganut agama Kristian di Brooklyn. Beliau memeluk Islam ketika ramai anak muda Afro-Amerika memilih Islam sebagai cara baru dalam kehidupan mereka dan kebanyakkannya telah dipengaruhi oleh satu kumpulan Islam yang terlalu ekstrem pergerakannya iaitu Nation Of Islam. Kenapa aku mengatakan pergerakan ini terlalu ekstrem, pergerakan ini telah memperkenalkan Islam hanya itu orang kulit hitam (serupa macam Yahudi).
Tapi, Khalid Yassin telah membuat satu transformasi yang bagus kerana dari menganuti Islam cara yang cacat itu kepada cara menganuti Islam yang lebih bersifat universal hasil daripada penghijrahan yang dilakukan oleh Malcolm X ataupun nama penuhnya Malik El-Shabaaz.
Sumbangan
Sumbangan Syeikh Khalid Yassin atau Abu Muhammad terhadap gerakan Islam terlalu banyak. Tulisan beliau yang telah dibukukan terlalu banyak. Belasan buku ilmiah yang telah dikeluarkan. Aku pernah ikut sekali ceramah beliau di Bandar Tasik Selatan pada tahun 2006. Memang gaya ceramah beliau selalu menggalakan persaudaraan, berani untuk membuat perubahan, dan berani menegakkan keadilan. Gaya ucapan beliau memang memukau dan sememangnya beliau mempunyai karisma yang cukup baik.
Antara belasan buku yang dihasilkan, aku cukup berminat dengan satu tajuk buku yang bertajuk The Strangers. Antara isi pati buku tersebut yang menyebabkan aku minat sangat adalah :
Tujuan aku menulis perihal insan ini kerana kagum dengan sikap berani berubahnya. Kesimpulan yang dapat aku beritahu adalah kita sebagai insan harus berani berubah. Berubah demi untuk kebaikan. Jika tidak mahu berubah maka kita akan selama - lamanya akan berada di satu tahap sahaja dan jika tidak mahu berubah kita akan senantiasa berasakan diri kita sudag cukup sempurna walhal kita di mata masyarakat adalah sebagai insan yang cukup jelek. Sebagaimana isi kandungan syarahan beliau di video tersebut, jika kita memperjuangankan kebenaran dan kita dianggap ganjil oleh masyarakat, jangan khuatir. Kerana itulah sifat orang yang berjuang untuk perubahan dan buat yang memegang ajaran Islam yang mengikut Sunnah dan akidah para salaf jangan takut. Walaupun kita digelar dengan pelbagai gelaran oleh mereka yang tidak suka kepada perubahan biarkan. Kita memang akan dianggap ganjil oleh masyarakat yang berfikiran sedemikian tapi yang penting kita tahu apa yang kita buat itu tidak lari dari ajaran Al-Quran dan As-Sunnah..
Sebulan dulu pada 5 February 2009, satu titik hitam yang pekat telah berlaku di negeri Perak. Satu rampasan kuasa yang paling jijik telah dilakukan oleh bakal PM. Satu rampasan kuasa yang akhirnya menyebabkan negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai 2 Menteri Besar. Satu rampasan kuasa Umno dan Barisan Nasional yang dahulunya memang terkenal dengan sejarah penderhakaan kepada Sultan - sultan, telah bangkit mempertahankan Sultan kononnya Nizar menderhaka. Satu rampasan kuasa yang tidak dirancang dengan teliti kerana mereka lupa akan kekuasaan Speaker DUN. Satu rampasan kuasa yang tidak menggunakan otak yang bakal menghumbankan mereka ke lubang najis pada PRU ke-13 kelak.
Hari ini sudah sebulan peristiwa ini berlaku. Perjuangan yang hak dan batil masih lagi berterusan di Perak. Satu perjuangan bagi membuktikan siapa yang berada di pihak benar dan salah. Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar sehingga ke saat ini masih menjelajah ke seluruh Perak bagi menerangkan keadaan sebenar buat rakyat Perak. Menteri Besar Umno pula seperti biasa akan menggunakan media perdana untuk menerangkan kepada rakyat. 3 orang bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat hilang entah kemana. Bekas wakil rakyat DAP dirayu agar diberikannya peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat yang rata - ratanya telah membenci beliau.
Peristiwa atau perjuangan ini tidak akan selesai jika DUN tidak dibubarkan. Kisah tragis ini akan berlanjutan sehinggalah PRU yang ke-13 nanti. Pertempuran besar akan tercetus di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Sudah pasti Pakatan akan dilabelkan sebagai penderhaka. Tapi rakyat tidak pernah lupa :
Kisah ayahanda Tajol Rosli yang derhaka kepada arahan Sultan Perak.
Kisah penderhakaan maha besar yang dilakukan oleh Annuar Musa.
Kisah penderhakaan besar yang dilakukan oleh Mahathir pada tahun 1993.
Kisah penderhakaan pemuda Umno Terengganu kepada Yang Dipertuan Agong pada tahun 2008.
Kisah penderhakaan Pak Lah kerana mengatakan Agong tak patut masuk campur is politik.
Penghinaan besar apabila memanggil Yang Dipertuan Agong sebagai NATANG (Binatang)
Najib akan diburu dimana saja dia berada. Pemuda Mafia Umno akan berkeliaran untuk membelasah para petugas DAP dan KeADILan. Pemuda PAS atau Unit Amal PAS akan melindungi sahabat - sahabat mereka ini.
7 April Najib dah jadi PM yang paling kejam tapi tak menggunakan otak. Perjuangan rakyat Perak khasnya akan jadi lebih rumit kelak. Perjuangan REFORMASI akan menjadi lebih getir dan kekerasan pada tahun 1998 - 2001 akan berulang kembali.
Sebulan peristiwa ini berlaku. Buat para pejuang rakyat kita harus bangga, kita masih mempunyai ikon perjuangan rakyat. Anwar dan Nizar. Sebulan peristiwa ini berlaku. Sudah tiba masanya kita melahirkan lebih ramai para pejuang muda. Sebulan peristiwa ini berlaku. Kita harus bersiap - sedia dengan arus kezaliman yang lebih dahsyat dari zaman 1998. Sebulan peristiwa ini berlaku. Para aktivis yang dahulu diam dan sunyi harus keluar kembali.
Sebulan peristiwa ini berlaku...ya sudah sebulan. Apa nasib rakyat Malaysia? Keadaan politik yang digawatkan oleh mereka yang rakus dengan kekuasaan. Keadaan ekonomi dunia yang semakin tenat dan memenatkan akibat kerakusan sistem KAPITALIS. Rakyat Malaysiaku yang tercinta. Apa yang akan jadi pada kalian? Berubah dan terus berubah. Dari menyokong BN kepada PR. Dari kapitalis kepada sistem yang bukan kapitalis. Dari industri kepada pertanian.
Sebulan sudah peristiwa hitam ini berlaku. Perak dan Malaysia akan terus bergolak apabila Najib menjadi PM.
Ingatlah tarikh ini 5 February 2009 wahai rakyat Perak.
Ingatlah wajah ini wahai rakyat Perak dan Malaysia.
Tokoh kemerdekaan negara Pak Yahya Nasim yang aktif bersama Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menghembuskan nafasnya yang terkahir pagi tadi.
Jika and pernah menonton filem dokumentari “Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka”, ada akan dapat mendengar pengalaman-pengalaman yang dikongsikan oleh Pak Yahya Nasim.
Beliau akan dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, Kajang.
Al-Fatihah buat arwah. Takziah kepada keluarga.
Malaysia kehilangan seorang lagi tokoh kemerdekaan negara sebelum sempat untuk meletakkan mereka ditempat yang sepatutnya!!!
Undang - undang Kedah (Manuskrip Yang Diculik Oleh British)
Undang - undang yang Digunakan Seluruh Negara Sebelum Penjajahan Terancang Thai dan British Di Mana Akhirnya Manuskrip Ini Telah Dipulangkan oleh British Kepada Malaysia