Sabtu, 11 April 2009

Dr. Mohd Asri

Semalam saya dah telah menulis mengenai salah seorang tokoh antarabangsa yang terkenal iaitu Khalid Yassin. Hari ini, tulisan ini akan menceritakan seorang tokoh ilmuwan yang cukup terkenal di Malaysia pada masa kini. Insan itu adalah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.


Sejarah Kehidupan


Dr Asri dilahirkan pada 1.1.1971 di Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau sudah mendirikan rumah tangga. Sebelum ini bertugas sebagai pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Kemudian dilantik sebagai Mufti Negeri Perlis mulai 1 November 2006 (secara pinjaman).

Karya - karya Penulisan

Beliau juga banyak menulis buku - buku yang boleh dikatakan mempunyai standard yang tinggi. Beliau bukan sahaja menulis tulisan - tulisan mengenai akidah, beliau juga ada menulis beberapa buku sejarah Islam.

Ini adalah antara buku - buku yang telah dihasilkan oleh beliau antaranya :

1. Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003).

2. Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua). Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Kuala Lumpur (2003).

3. Menilai Tarikat Dan Kesufian Dengan Syariat Allah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).

4. Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).

5. Selangkah Ke Arah Memahami al-Sunnah. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2004).

6. Bid'ah Hasanah: Istilah Yang Disalah Fahami. Jahabersa, Johor (2005).

7. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Research Centre, International Islamic University, Malaysia. (2005).

8. Sabab Wurud al-Hadith: Dawabit wa Ma‘ayir (سبب ورود الحديث ضوابط ومعايير). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Lebanon (second edition: 2006)

9. Risalah Koordinasi Ilmiah Ke-9: Islam Hadhari. Jemaah Dato’-Dato’ Perlis.

10. Islam Liberal. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).

11. Sunnah Mengenai Adab Perbezaan Pendapat Antara Rakyat Dengan Pemerintah. Kerajaan Negeri Perlis (2006).

12. Al-Imam al-Syafi’i: Kegemilangan Ilmu Dan Pemikiran. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006)

13. Dasar Aparteid Terhadap Wanita Di Malaysia. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).

14. Membela Islam: Tanggungjawab & Disiplin. Karya Bestari Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor (2006).

Kontroversi

Beliau juga sering diserang oleh mereka - mereka yang tidak senang dengan tulisan beliau di dalam Utusan Malaysia yang mengkritik pihak - pihak tertentu termasuk parti - parti politik. Sehinggakan ada yang memanggil beliau dengan pelbagai gelaran. Saya masih ingat ketika beliau mula - mula menjadi Mufti, kenyataan pertama yang beliau keluarkan "Tangkap khalwat harus dimansuhkan". Ramai yang menyokong dan ramai juga yang membantah. Beliau ada dalil yang tersendiri yang berdasarkan Al-Hadith.

Kenyataan politik beliau tak kurang hebatnya. Ada satu ketika beliau di anggap barua Umno dan ada masa beliau dianggap penyokong Pakatan Rakyat. Tapi kebanyakkan tulisan beliau banyak menjurus kepada rakyat. Antara tulisan yang masih saya ingat walaupun tak banyak, beliau sering mengatakan pemimpin harus dekati rakyat jangan sombong jika tidak anda semua akan dihumban oleh rakyat. Beliau juga satu - satunya Mufti yang berani mengkritik pucuk pimpinan negara dan juga satu - satunya Mufti yang mengajar masyarakat cara memilih calon yang baik ketika berkhutbah Jumaat.

Ketika di hujung - hujung khidmat beliau sebagai Mufti, banyak puisi - puisi beliau telah dilagukan. Antara yang menyanyikan lagi beliau ada kumpulan Kopratasa. Tapikah lagu atau puisi beliau ini tidak mencetuskan kontroversi. Dr. Asri tidak dapat lari daripada kontroversi. Lagu beliau telah diharamkan oleh RTM kerana RTM mensyaki lagu ini mengkritik pucuk pimpinan Umno yang sinonim dengan rasuah.

Tapi musuh - musuh beliau kebanyakkannya datang dari golongan yang beragama juga. Beliau telah dilemparkan tuduhan sebagai ekstremis WAHABI, ekstrimis Sunnah, anti-syiah, sesat, mufti sesat, bapak setan dan pelbagai lagi gelaran. Ini kerana beliau tegas menentang perbuatan yang mengada - adakan sesuatu benda dengan tanpa asas yang kukuh iaitu dengan bersandarkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Antara punca beliau dituduh sedemikian kerana beliau sememangnya tidak mempercayai langsung dengan gerakan Syiah. Puak Syiah lah yang telah memberikan gelaran - gelaran sedemikian. Buku Penyelewengan Buku “As-Salafiyyah al-Wahabiyyah: Satu Penilaian”. Persatuan Muhammadiyah, Singapura (2003) dan buku Pertelingkahan Para Sahabat Nabi s.a.w: Antara Ketulenan Fakta Dengan Pembohongan Sejarah (edisi kedua) telah menyebabkan beliau diserang bertubi - tubi oleh puak syiah yang berada dalam dunia blog ini dan jangan terkejut penulis blog syiah itu cukup terkenal.

Antara punca beliau diserang teruk oleh puak - puak syiah kerana beliau telah mengatakan, "Syiah telah menghina para sahabat yang telah dijamin syurga, puak syiah telah menghina Saidatina Aisyah, puak syiah telah mengubah sejarah dengan mengatakan Saidina Hussein dibunuh oleh Yazid Bin Muawiyah walhal yang merancang pembunuhan Saidina Hussein adalah syiah." Beliau juga sering mengatakan puak Syiah dan Amerika Syarikat sebenarnya bersekongkol dan berkawan. Perkara ini telah ramai orang perkatakan dan saya percaya dengan tuduhan beliau. Malah tuan punya blog Tukar Tiub juga ketika saya bertemu beliau di Kajang mengatakan, memang Iran versi Khomeini mempunyai hubungan baik dengan Amerika. Menurut beliau, ketika gerakan rakyat yang hendak menjatuhkan Shah Iran itu terdiri daripada beberapa fraksi (maaf saya lupa nama kumpulan tersebut) yang mempunyai ideologi Sunnah Kiri. Amerika yang mahu mematikan gerakan kiri telah mewujudkan Khomeini yang syiah supaya dapat mematikan gerakan Sunnah Kiri dan hasilnya ratusan orang - orang Sunnah Kiri telah dipenggal kepala mereka dan masjid orang Sunnah telah dibakar (tapi Kuil Majusi ada di Tehran). Ini pendapat oleh beliau yang telah mengikuti politik dunia secara rapat.

Video dibawah ini pula menerangkan secara ringan mengenai kebobrokan puak Syiah oleh Dr. Asri :



Pengaruh

Saya secara peribadi, pernah mengikuti syarahan beliau di Taman Sri Ukay. Jika anda berpeluang mengikuti kelas beliau, jangan terkejut anak - anak muda yang berambut panjang dan berseluar jeans turut serta dalam kelas beliau. Ramai yang hadir ke kelas beliau terdiri daripada anak - anak muda tak kira apa golongan sekali pun.

Beliau memang terkenal di kalangan anak - anak muda walaupun ada juga anak - anak muda yang benci kepada beliau.

Beliau juga sering diberikan penghormatan oleh Tuan Guru Nik Aziz untuk berceramah dalam majlis - majlis kerajaan negeri Kelantan. Malah ada yang mengatakan beliau dan Tuan Guru Nik Aziz mempunyai pemikiran yang serupa. Lihat sahaja isu penggunaan nama Allah.

Beliau juga pernah dijemput untuk memberikan pandangan di majlis seni yang dianjurkan oleh kumpulan PAKSI bersama - sama Tukar Tiub.

Penutup

Sememangnya beliau disukai dan juga tidak kurang dibenci oleh semua golongan rakyat Malaysia. Jasa beliau di dalam negara kita ketika menjadi Mufti cukup besar. Beliau telah meletakkan standard yang cukup tinggi buat institusi Mufti yang selama ini hanya berfungsi untuk membaca doa sahaja. Beliau telah membuka minda umat Islam agar kembali kepada ajaran Sunnah yang sebenar dengan berpandukan Al-quran dan As-Sunnah bukannya terikut dengan guru - guru yang belum tentu benar dari sudut pandangan Al-Quran dan As-Sunnah.

Moga - moga Allah memberi rahmat kepada Dr.MAZA..

Sekian

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt.

    Saya berpendapat, sahibus samaah bekas mufti Perlis ini merupakan seorang tokoh yang telus dan ikhlas dalam melontarkan perkataan dan buah fikiran beliau. Ramai anak muda yang terpikat dengan kaedah dakwah beliau yang begitu teliti dan komprehensif. Begitu juga golongan yang memiliki pertentangan aliran pemikiran dengan beliau tidak kurang juga membenci penulisan beliau. Tapi apa yang jelas, hati yang merindukan kebenaran akan dapat menilai sejauh mana kekuatan dan keyakinan seseorang terhadap panduan AlQuran dan Assunnah dan apabila menilai penulisan puak yang menentang beliau, ternyata; hati kecil seorang hamba Allah yang masih hijau dengan ilmu agama, meyakini bahawa apa yang disampaikan oleh Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin merupakan apa yang dibawa oleh nabi muhammad sallallahu alaihi wassallam. Wallahu 'alam bissawab.

    BalasPadam

JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.