Memaparkan catatan dengan label Anwar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar. Papar semua catatan

Khamis, 24 Mac 2011

Anwar Ibrahim, Jangan Hilang Tumpuan!

Angin fitnah seolah - olah tidak mahu berhenti. Dari 2008 hingga sekarang fitnah jahat Umno terhadap Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim tidak pernah berhenti. Dari Perlis hingga ke Sabah. Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim digambarkan tidak bermoral. Jahat dan keji. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat menjadi pemain pertahanan. Ketua pemuda Pakatan Rakyat semuanya kecut. Kita rakyat gelisah menanti bila agaknya serangan bakal dilancarkan.

Tidak lama lagi Pilihanraya Negeri Sarawak akan berlangsung. Nah, fitnah peribadi yang ketiga buat Anwar Ibrahim timbul. Gegak - gempita sekalian alam dengan keriuhan video lucah. Video yang belum tentu benarnya. Video yang tidak ditonton oleh rakyat dan keluarga Anwar. Video yang pada mulanya tidak mahu melibatkan polis sekarang melibatkan polis.

Kita semua terjerumus ke kancah video lucah yang belum tentu sahihnya. Kita lupa tumpuan kita. Anwar Ibrahim lupa tumpuannya. Pakatan Rakyat lupa tumpuannya. Tumpuannya hanya satu, MELANGGAR SARAWAK!! MEMBEBASKAN SARAWAK! Itu tumpuan kita. Benar, Anwar Ibrahim pemimpin dan kita harus membantu beliau dalam saat ini. Tapi saya yakin Anwar Ibrahim juga tidak mahu terikut dengan rentak bodoh Umno ini. Ini kerana Anwar Ibrahim sedar, tugas yang lebih besar berada di Sarawak. Membebaskan rakyat Sarawak daripada kemiskinan. Ini tanggungjawap Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Menghalang Anwar Ibrahim daripada sibuk berkempen di Sarawak adalah misi Umno dan Barisan Nasional. Jika Anwar Ibrahim berkampung disana maka bermulalah sedikit demi sedikit rumah kekuasaan regim Taib akan roboh. Ini yang ditakuti oleh BN. Jika Pakatan Rakyat berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di Sarawak nanti, maka bermulalah detik cemas BN pada Pilihanraya Umum kelak. Maka mahu tidak mahu, Anwar Ibrahim harus disibukkan dengan isu tolol ini.




Bangun Anwar Ibrahim! Bangun dari serangan bertali - arus Umno dan Barisan Nasional! Bangun dan bangkitlah Anwar Ibrahim! Rakyat Malaysia memerlukan kehadiranmu di Sarawak! Kami sudah tidak sanggup melihat kerakusan Umno dan BN merampas duit rakyat!

Yakinlah, ALLAH BERSAMA KITA! ALLAH PASTI TOLONG KITA!

Apabila Datang Berita Siasat Dulu

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).



Pernah terlibat dengan kes merogol budak dibawah umur pada tahun 1995. Kes yang cukup gempar hingga menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang LIM GUAN ENG dipenjara kerana nak BELA GADIS MELAYU YANG DIPERKOSA!!

P/s cukup sekadar peringatan buat kita semua.

Selasa, 22 Mac 2011

Kalau Aku Di Tempat Anwar

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(al-Hujurat:6).

Tahun 1998 kita dikejutkan dengan berita pemecatan Anwar Ibrahim dari kabinet Mahathir. Gegak - gempita sekalian alam. Penghinaan terhadap Anwar Ibrahim berterusan. Media perdana terdiri daripada RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain - lain, menjalankan tugas menghina Anwar tanpa jemu - jemu.

Tahun 2010 sekali lagi Anwar dihina. Sekali lagi dunia terkejut. Kerajaan Turki menawarkan perlindungan politik terhadap Anwar. Media perdana sekali lagi memainkan peranan sebagai tukang fitnah yang hebat. Saban hari tanpa penat. Penghinaan yang berterusan hinggalah ke tahun 2011.

Tahun 2011 bermula lagi satu penghinaan yang baru. Video seks yang ditontonkan kepada wartawan. Atas tujuan untuk memperlihatkan betapa kejinya Anwar bin Ibrahim. Serangan bertali - arus dari media perdana juga seperti biasa tidak jemu - jemu. Serangan yang bertali - arus dijangka akan berterusan. Imej Anwar bin Ibrahim pasti akan terjejas di kalangan masyarakat yang tidak mahu memikir dengan baik. Kenapa? Belum sempat Anwar menuding jari kepada Umno dan polis. Najib terus menafikan penglibatan polis. Pemimpin Umno terus menafikan penglibatan mereka. Seolah - olah mereka dalam keadaan gabra tak kena gaya.

Kenapa aku meletakkan tajuk sedemikian rupa sedangkan kesahihan video tersebut belum dikenal - pasti. Mungkin benar imej lelaki itu Anwar atau mungkin tidak. Aku memilih buat sementara waktu untuk tidak percaya. Kerana aku memegang prinsip jika ada berita yang disampaikan oleh mereka yang fasik dan penipu, aku harus berhati - hati menerimanya. Itu yang diajar oleh Islam. Malah dalam isu Chua Soi Lek pun aku pada mulanya diam sehinggalah video itu disahihkan oleh mereka yang pakar dan bebas dari pengaruh politik.

Aku meletakkan tajuk sebegitu kerana memikirkan, andainya aku ditempat Anwar dan aku tidak bersalah dan terus - menerus dihina dan difitnah apakah mampu aku berdiri lagi? Anwar masih mampu tersenyum dan terus melawan. Terbaru Anwar pergi membuat laporan polis untuk melaporkan video tersebut sebagai satu niat jahat untuk memfitnah beliau. Anwar masih terus memperkuatkan azamnya untuk terus menggempur Umno. Bayangkan kalau aku di tempatnya. Sudah pasti aku akan terduduk jatuh. Lemah untuk meneruskan perjuangan ini. Sudah pasti aku akan tidak meneruskan aksi penentangan terhadap Umno. Aku akan biarkan saja Malaysia terus hancur ditangan Umno.

Ya, kita harus menunggu kesahihan video tersebut. Tapi buat sementara waktu, aku akan terus memikirkan apakah aku punya kekuatan untuk terus berjuang jika aku berada di tempat Anwar Ibrahim. Buat sementara waktu, aku tidak menerima berita video seks tersebut. Bukan bererti aku taksub dengan Anwar, tetapi aku tidak mahu terus menerima berita tersebut kerana melihat kekalutan dari pihak Umno khasnya Najib dalam isu ini dengan cepat - cepat mengeluarkan kenyataan menafikan pihak polis terbabit dan aku agak susah menerima kata - kata dari mereka yang merampas tanah orang Melayu dan merompak duit rakyat.

In my shoes just to see
What it’s like to be me
I’ll be you, lets trade shoes
Just to see what it be like to
Feel your pain, you’ll feel mine
We’ll go inside each other’s minds


Mampukah kita berada disituasi tersebut?

Rabu, 6 Oktober 2010

Tahun Depan Lebih Ganas

Hari ini Rahimi Osman mengaku dia diliwat. Sekali lagi isu liwat dimainkan. Rahimi Osman bekas pembantu Anwar.

Rahimi Osman memang tidak pernah dipercayai dari dahulu lagi. Masakan orang kuat Anwar Ibrahim Club pernah menyerang dia di dalam blognya sendiri.

Kenapa Rahimi Osman tampil untuk tuduhan liwat kali ke-3. Ini kerana tuduhan Saiful terhadap Anwar tidak cukup kuat. Rakyat tidak percaya walaupun ada segelintirnya percaya. Maka Rahimi tampil sekali untuk menyedapkan cerita lagi.

Percayalah Anwar harus masuk penjara. Melalui cara ini, maka Pakatan Rakyat akan musnah. Jangan siapa nafikan. Tahun depan akan wujud lagi pertuduhan tak masuk akal terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Tahun depan merupakan sweeping pemimpin Pakatan Rakyat. Semua ini kerana mahu menjamin kemenangan Barisan Nasional. Tahun depan jugalah Najib akan bertindak lebih kejam dan ganas.

Buat rakyat Malaysia, bersiap - sedia dengan tindakan ganas Najib. Siap sedia dengan berita - berita penahanan dan pertuduhan yang tak masuk akal terhadap pemimpin Pakatan Rakyat. Orang - orang penting dalam Pakatan akan dihumbankan dalam penjara. Tujuannya agar Pakatan Rakyat lemah dan musnah.

Buat rakyat Malaysia, apa tindakan kita untuk menghadapi cabaran ini? Bak kata Hishamuddin Rais "Kalau pilihanraya ini dapat menumbangkan BN, sudah lama pilihanraya akan diharamkan!"

Khamis, 11 Jun 2009

Gerakan Melumpuhkan Pakatan Rakyat Bermula Bulan 7

Anwar's trial will run starting from July 1 to 24.

The 61-year-old father of six is charged with sodomising Mohd Saiful Bukhari Azlan at Desa Damansara Condominium in the leafy enclave of Damansara Heights in June last year.

If found guilty, he can be jailed up to 20 years and whipped under Section 377B of the Penal Code.


Ini merupakan hukuman yang bakal diterima oleh DSAI
-------------------------------------------------------------
Sankara noted the PP seemed to be repeating tired methods to deny Anwar a fair trial, employing an “ambush prosecution” tactic used in the Sodomy I case back in 1998/ 99.

Among the documents asked for are testimonies from witnesses, the original DNA samples sent for testing, medical notes, photographs and CCTV (closed circuit television) recordings showing Anwar with his accuser, a 23-year-old former male aide.

Sankara claimed that he had written to the PP asking for copies of the various pieces of proof as early as Sept 8 last year.

Several reminders sent out since January have been largely ignored, Sankara said.

“Save for the earlier delivery of just one statement and a few photo prints picked out of a purported CCTV recording, nothing else that was requested by us have been supplied,” he said.

He added that the last they heard from the PP was on June 6, when they received a letter rejecting their requests except to provide the results of the DNA tests.

DSAI bakal dikenakan hukuman kelak. Semua prosedur mahkamah tidak memihak kepada beliau. Pakatan Rakyat jika mahu ditumbangkan DSAI hari disumbat didalam penjara. PAS harus bersifat pembuli di dalam Pakatan Rakyat. Ini perancangan Zionis BN. Rakyat Malaysia khasnya anak muda harus bersiap - sedia. Jika Pakatan Rakyat tumbang, jangan gusar jalanraya terbentang luas. Di situlah medan perjuangan kita kelak.

Rabu, 8 April 2009

Perang Epik Yang Mungkin Telah Berakhir

Perang epik yang saya maksudkan adalah peperangan dua seteru utama yang telah bermusuh hampir 11 tahun. Bermula pada tahun 1998 hinggalah 6 April 2009, permusuhan mereka seolah - olah tidak akan berakhir.

Para pembaca budiman sudah pasti tahu siapakah yang saya maksudkan. Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir. Saya masih ingat ketika DSAI bebas dari pertuduhan kes salah laku seks, DSAI secara terang - terangan mengatakan dia sudah pun memaafkan Mahathir. Namun Mahathir tetap menyerang beliau dan serangan itu dibalas dengan menyaman Mahathir walaupun mahkamah telah menolaknya.

Kemudian sejak daripada itu, DSAI mendiamkan diri walaupun Mahathir tetap menyerang peribadi DSAI. Sehinggalah pendedahan besar mengenai kes VK Lingam (Correct, correct, correct) yang telah menyebabkan Mahathir terpaksa turun naik mengadap Suruhanjaya Diraja dan sekali lagi KES ITU SENYAP SAHAJA!!!

Sekali lagi, kedua - dua mereka ini senyap dan boleh dikatakan tiada satu kenyataan pun yang dikeluarkan oleh mereka ini.

Sehinggalah kemuncaknya pada pilihanraya kecil pada baru - baru ini. Apabila Mahathir mengambil keputusan untuk menyertai Umno kembali yang pernah diludahnya dahulu sebelum Pak Lah dipaksa berhenti dan kemudiannya Mahathir pergi berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Sekali Mahathir menyerang DSAI sehinggakan ada laporan media alternatif mengatakan Mahathir tidak boleh lupakan DSAI. Namun DSAI tetap tidak membalas serangan menggila dari Mahathir.

Jika para pembaca budiman sekalian sedar, saya ada membuat satu posting dengan tajuk PADAN MUKA NAJIB + MADEY. Tujuan saya membuat posting sedemikian kerana saya cukup terkejut dengan sikap FLIP FLOP Mahathir mengenai isu rampasan kuasa di Perak. Pada mulanya menentang usaha terbabit, namun setelah sertai Umno dia kata boleh dan juga mengutuk demonstrasi - demonstrasi walhal semasa dia berada di luar Umno, dia sendiri mengatakan demonstrasi boleh. FLIP FLOP sungguh.

Mahathir perasan, pada bulan Mac 2008 ketika tsunami politik berlaku, dia merasakan dialah yang telah menyuruh rakyat Malaysia agar tidak mengundi BN. Fenomena itu juga bukan saja pada dirinya malah ada sebilangan blogger pro-rakyat juga mengatakan sedemikian. Jadi apabila kemunculannya di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau, dia yakni Mahathir perasan yang dia boleh menarik kembali sokongan rakyat kepada BN.

Nah, kali ini beliau benar - benar bertembung dengan musuh ketatnya DSAI dikawasan tersebut. DSAI yang tidak membuat serangan balas, cukup sekadar meminta rakyat memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat. Siapa yang berjaya menambat hati rakyat? Siapa yang berjaya mempengaruhi rakyat?

Mahathir?
DSAI?

Lihat sahaja keputusan yang telah diperolehi cukup untuk memberikan jawapannya.

Mahathir harus sedar, rakyat sememangnya telah jelik dengan Umno semenjak kes tahun 1998. Kamulah punca Umno jadi begini. Kamulah punca kemarahan rakyat yang dicetuskan oleh kamu pada tahun 1998. Nah, ambillah hasilnya.

Mahathir, sudahlah. Berehatlah. Rakyat jelik melihat kamu. Cakap macam yahudi mabuk.
Kamu kata Pak Lah FLIP FLOP. Kamu lagi besar punya FLIP FLOP..

Peperangan antara mereka berdua mungkin sudah tamat. Tapi apakah perang ini akan tamat selama - lamanya. Jawapan di tangan kita dan tenaga kita. Jika Mahathir menyerang sekali lagi dan serangan itu berbentuk fitnah, maka serang dia kembali semahu - mahunya...KITA yang HARUS TAMATKANNYA. Kita sudah tidak mahu melihat drama yang keji dimainkan sekali lagi oleh Mahathir. Ini tahun 2000, kita mahu melihat politik yang lebih matang..

Perang hebat ini mungkin sudah tamat..tapi dendam kesumat di dalam hati si DIA mungkin akan menyala semula dan akan lebih marak..

Isnin, 2 Mac 2009

Sebulan Selepas Rampas Kuasa - Perjuangan Yang Harus Diteruskan

Sebulan dulu pada 5 February 2009, satu titik hitam yang pekat telah berlaku di negeri Perak. Satu rampasan kuasa yang paling jijik telah dilakukan oleh bakal PM. Satu rampasan kuasa yang akhirnya menyebabkan negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai 2 Menteri Besar. Satu rampasan kuasa Umno dan Barisan Nasional yang dahulunya memang terkenal dengan sejarah penderhakaan kepada Sultan - sultan, telah bangkit mempertahankan Sultan kononnya Nizar menderhaka. Satu rampasan kuasa yang tidak dirancang dengan teliti kerana mereka lupa akan kekuasaan Speaker DUN. Satu rampasan kuasa yang tidak menggunakan otak yang bakal menghumbankan mereka ke lubang najis pada PRU ke-13 kelak.

Hari ini sudah sebulan peristiwa ini berlaku. Perjuangan yang hak dan batil masih lagi berterusan di Perak. Satu perjuangan bagi membuktikan siapa yang berada di pihak benar dan salah. Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar sehingga ke saat ini masih menjelajah ke seluruh Perak bagi menerangkan keadaan sebenar buat rakyat Perak. Menteri Besar Umno pula seperti biasa akan menggunakan media perdana untuk menerangkan kepada rakyat. 3 orang bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat hilang entah kemana. Bekas wakil rakyat DAP dirayu agar diberikannya peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat yang rata - ratanya telah membenci beliau.

Peristiwa atau perjuangan ini tidak akan selesai jika DUN tidak dibubarkan. Kisah tragis ini akan berlanjutan sehinggalah PRU yang ke-13 nanti. Pertempuran besar akan tercetus di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Sudah pasti Pakatan akan dilabelkan sebagai penderhaka. Tapi rakyat tidak pernah lupa :

  1. Kisah ayahanda Tajol Rosli yang derhaka kepada arahan Sultan Perak.
  2. Kisah penderhakaan maha besar yang dilakukan oleh Annuar Musa.
  3. Kisah penderhakaan besar yang dilakukan oleh Mahathir pada tahun 1993.
  4. Kisah penderhakaan pemuda Umno Terengganu kepada Yang Dipertuan Agong pada tahun 2008.
  5. Kisah penderhakaan Pak Lah kerana mengatakan Agong tak patut masuk campur is politik.
  6. Penghinaan besar apabila memanggil Yang Dipertuan Agong sebagai NATANG (Binatang)

Najib akan diburu dimana saja dia berada. Pemuda Mafia Umno akan berkeliaran untuk membelasah para petugas DAP dan KeADILan. Pemuda PAS atau Unit Amal PAS akan melindungi sahabat - sahabat mereka ini.

7 April Najib dah jadi PM yang paling kejam tapi tak menggunakan otak. Perjuangan rakyat Perak khasnya akan jadi lebih rumit kelak. Perjuangan REFORMASI akan menjadi lebih getir dan kekerasan pada tahun 1998 - 2001 akan berulang kembali.

Sebulan peristiwa ini berlaku. Buat para pejuang rakyat kita harus bangga, kita masih mempunyai ikon perjuangan rakyat. Anwar dan Nizar. Sebulan peristiwa ini berlaku. Sudah tiba masanya kita melahirkan lebih ramai para pejuang muda. Sebulan peristiwa ini berlaku. Kita harus bersiap - sedia dengan arus kezaliman yang lebih dahsyat dari zaman 1998. Sebulan peristiwa ini berlaku. Para aktivis yang dahulu diam dan sunyi harus keluar kembali.

Sebulan peristiwa ini berlaku...ya sudah sebulan. Apa nasib rakyat Malaysia? Keadaan politik yang digawatkan oleh mereka yang rakus dengan kekuasaan. Keadaan ekonomi dunia yang semakin tenat dan memenatkan akibat kerakusan sistem KAPITALIS. Rakyat Malaysiaku yang tercinta. Apa yang akan jadi pada kalian? Berubah dan terus berubah. Dari menyokong BN kepada PR. Dari kapitalis kepada sistem yang bukan kapitalis. Dari industri kepada pertanian.

Sebulan sudah peristiwa hitam ini berlaku. Perak dan Malaysia akan terus bergolak apabila Najib menjadi PM.

Ingatlah tarikh ini 5 February 2009 wahai rakyat Perak.

Ingatlah wajah ini wahai rakyat Perak dan Malaysia.

Sabtu, 7 Februari 2009

Bersalahkah Anwar Bin Ibrahim?

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.

Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.

Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!

Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.

Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.

Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!