Angin fitnah seolah - olah tidak mahu berhenti. Dari 2008 hingga sekarang fitnah jahat Umno terhadap Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim tidak pernah berhenti. Dari Perlis hingga ke Sabah. Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim digambarkan tidak bermoral. Jahat dan keji. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat menjadi pemain pertahanan. Ketua pemuda Pakatan Rakyat semuanya kecut. Kita rakyat gelisah menanti bila agaknya serangan bakal dilancarkan.
Tidak lama lagi Pilihanraya Negeri Sarawak akan berlangsung. Nah, fitnah peribadi yang ketiga buat Anwar Ibrahim timbul. Gegak - gempita sekalian alam dengan keriuhan video lucah. Video yang belum tentu benarnya. Video yang tidak ditonton oleh rakyat dan keluarga Anwar. Video yang pada mulanya tidak mahu melibatkan polis sekarang melibatkan polis.
Kita semua terjerumus ke kancah video lucah yang belum tentu sahihnya. Kita lupa tumpuan kita. Anwar Ibrahim lupa tumpuannya. Pakatan Rakyat lupa tumpuannya. Tumpuannya hanya satu, MELANGGAR SARAWAK!! MEMBEBASKAN SARAWAK! Itu tumpuan kita. Benar, Anwar Ibrahim pemimpin dan kita harus membantu beliau dalam saat ini. Tapi saya yakin Anwar Ibrahim juga tidak mahu terikut dengan rentak bodoh Umno ini. Ini kerana Anwar Ibrahim sedar, tugas yang lebih besar berada di Sarawak. Membebaskan rakyat Sarawak daripada kemiskinan. Ini tanggungjawap Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia.
Menghalang Anwar Ibrahim daripada sibuk berkempen di Sarawak adalah misi Umno dan Barisan Nasional. Jika Anwar Ibrahim berkampung disana maka bermulalah sedikit demi sedikit rumah kekuasaan regim Taib akan roboh. Ini yang ditakuti oleh BN. Jika Pakatan Rakyat berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di Sarawak nanti, maka bermulalah detik cemas BN pada Pilihanraya Umum kelak. Maka mahu tidak mahu, Anwar Ibrahim harus disibukkan dengan isu tolol ini.
Bangun Anwar Ibrahim! Bangun dari serangan bertali - arus Umno dan Barisan Nasional! Bangun dan bangkitlah Anwar Ibrahim! Rakyat Malaysia memerlukan kehadiranmu di Sarawak! Kami sudah tidak sanggup melihat kerakusan Umno dan BN merampas duit rakyat!
Yakinlah, ALLAH BERSAMA KITA! ALLAH PASTI TOLONG KITA!
Five Reasons Why We Love The BMW M3 GTR
2 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.