Pemegang panji - panji Pakatan Rakyat sila mara kehadapan. Bersiap - sedialah kalian semua. Perang akan meletus sebentar sahaja lagi. Ingat, jangan sesekali lari dari medan perjuangan hatta kalian diserang oleh keparat - keparat pembela kezaliman. Walaupun dihujani dengan balingan botol oleh mereka yang pengecut ini. INGAT!! TEGUHKAN PENDIRIAN KALIAN...KIBARKAN PANJI KALIAN SEMUA SETINGGI - TINGGINYA.
Unit - unit gerila, sila kenal pasti kawasan hitam, sila kenal pasti kawasan yang menjadi kubu kuat mereka. Kita masuk secara perlahan. Tawan hati mereka. Pastikan mereka tertawan dengan gerak kerja kita. Elakkan bertembung dengan keparat - keparat yang durjana. Kita gerila. Tugas kita menyerang dan hilangkan diri ketika mereka datang mahu menyerang kita. Gerak kerja harus cepat dan efisyen. Tapi ingat, jangan kita jangan sesekali bertindak seperti mereka. Ganas dan bersikap seperti binatang.
Pemidato - pemidato tentera rakyat, serakkan suaramu. Pekiklah suaramu sekuat - kuatnya. Biar masyarakat mendengar keluhan hati nurani rakyat yang tertindas. Kuasai emosi mereka. Nyatakan, mereka harus ditumbangkan. Orang Melayu semakin tertindas, orang Cina diketepikan, orang India dimalukan dan bangsa lain tidak mendapat tempat. Kerana apa? Kerana kalian semua tidak menjilat punggong mereka. Kita ada prinsip. Maka nyatakan, kita mahu LAWAN MEREKA!
Penyebar risalah. Sebarkan risalah yang mampu membuatkan mereka yang selama ini taksub dengan Umno berfikir sejenak. Apakah benar Umno membela Melayu? Sebarkan risalah Umno membuli bangsa lain. Mereka membuli kerana mahu mengaut keuntungan rakyat!! Sebarkan sejauh mungkin. Penuhi Kota Siputeh dengan risalah perjuangan.
Tentera rakyat!! Tentera Rakyat....keluarlah kalian...keluarlah kalian. Kebenaran sedang menunggu mu untuk dibebaskan.
Tentera rakyat!! Tentera Rakyat...bangunlah kalian dari tidurmu...
Bangunlah...
Bangkitlah..
Peperangan sudah mahu bermula..
Semboyan perang akan ditiupkan..
Apabila ditiup...kita mara...kita mara..Kota Siputeh milik kita!!
LAWAN TETAP LAWAN!!
Project 964: The RWB Transformation
20 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.