Seperti yang aku tulis sebentar tadi, Sepang Drag Battle (SDB) telah dibatalkan saat akhir. Pembatalan yang dilakukan pada jam 10.00 di saat kawasan tersebut telah pun dibanjiri ribuan peminat sukan perlumbaan ini.
Aku memang sudah menjangkakan perkara - perkara seperti ini pasti akan berlaku. Pihak pengurusan Sepang International Circuit (SIC) sememangnya gemar menyusahkan para peserta dan juga para penonton. Jika dahulu pusingan terakhir pada tahun 2008, arahan terbaru yang dikeluarkan saat - saat akhir perlumbaan telah menyebabkan ramai peserta favourite terkandas. Arahan tersebut menyatakan, tangki minyak petrol harus berada di belakang bukannya di depan kawasan enjin(di luar negara tangki minyak petrol memang berada di kawasan letaknya enjin). Walhal, sebanyak 4 pusingan telah dijalankan, dengan sekonyong - konyong pada pusingan akhir arahan seperti itu dikeluarkan dan pula pada saat perlumbaan tinggal lagi 10 minit hendak dijalankan. Betul - betul kelam - kabut.
Nah, sekarang pihak pengurusan SIC sekali lagi buat hal. Sudahlah pelbagai karenah para peserta terpaksa hadapi dengan syarat - syarat yang tidak masuk akal dan kos penyertaan yang agak tinggi. Jika mengikut sumber yang teramat boleh dipercayai, kos penyertaan sahaja telah hampir mencecah RM 2000.00. Namun para peserta yang datang dari seluruh negara tetap mengikutinya kerana mahu membina dan menyokong dunia perlumbaan di dalam negara kita ini.
Sebentar tadi, SIC telah membatalkan perlumbaan tersebut kerana kecuaian mereka sendiri. Sudahlah jika ikut jadual yang dahulu perlumbaan ini sepatutnya dijalankan selepas perlumbaan F1 namun mereka telah cepatkannya dan menyebabkan agak ramai yang tidak dapat hadiri perlumbaan sebentar tadi. SIC yang menganjurkan SDB, telah gagal menyediakan mesin pencatat masa dan lampu isyarat perlumbaan.
SIC telah meminta para peserta mengambil lesen perlumbaan untuk kelas A dan B. Telah pun dipenuhi oleh mereka. Tangki minyak harus berada di belakang, telah pun dipenuhi oleh mereka. Semuanya atas alasan, SEPANG CIRCUIT merupakan litar antarabangsa jadi semua syarat harus ikut piawaian antarabangsa (ye ke?). Namun pengurusan Sepang International Circuit boleh dikatakan antarabangsat.
Rata - rata para peserta kecewa dengan pengurusan SIC. Pelbagai karenah yang mereka terpaksa hadapi. Namun tetap mereka menyertainya dengan satu semangat bersukan yang berkobar - kobar. Malah ada yang cukup optimis pihak pengurusan SIC akan bertambah baik.
Ratusan ribu telah dibelanjakan demi untuk mengubah - suai kenderaan masing - masing. Kuasa kuda telah dinaikkan dengan begitu dahsyat. Tujuan mereka satu. Untuk membuktikan jentera siapa yang paling pantas catatan masanya. Namun apabila tiba saat perlumbaan, mesin catatan masa tiada, lampu isyarat untuk berlepas tiada. Sudah pasti situasi ini mengundang perasaan tidak puas hati para peserta. Ada yang menjerit ketidakpuasan hati dengan pengurusan SIC. Malah ada satu sumber mengatakan, disebabkan luahan ketidak puasan hati para peserta, pihak SIC dengan selambanya telah membatalkan perlumbaan sebentar tadi.
Pihak SIC tidak langsung memikirkan perasaan para peserta dan peminat - peminat sukan perlumbaan ini. Mereka hanya tahu kutip wang dan buat keuntungan. Mereka tidak memikirkan bagaimana susahnya para peserta yang datang dari Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Johor, Negeri Sembilan dan lain - lain untuk hadir pada malam tadi. Setiap perjalanan ke sini semuanya mengeluarkan wang dan begitu juga para peserta. Salahkah mereka untuk berunding dengan para peserta terlebih dahulu sebelum membuat keputusan terburu - buru.
Jika beginilah pengurusan yang diberikan jangan harap lumba haram dapat dihapuskan. Aku setuju syarat - syarat begini bertujuan atas faktor keselamatan. Tapi jika syarat sahaja ketat tapi pengurusan hampeh, berbaloikah?
Pihak SIC harus berubah. Jangan permainkan mereka - mereka semua ini. Ermmm entahlah..mampu ke mereka berubah??
Flame-Throwing Thai Civics Take Over Kuala Lumpur
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.