Hampir dua tahun PRU-12 yang telah mencatatkan sejarahnya tersendiri telah berlalu. Rakyat yang dianggap bodoh oleh Zionis Bn akhirnya telah menunjukkan keazaman tinggi bahawa mereka bukannya bodoh. Bn hilang 2/3 kerusi. Walaupun sekarang ada usaha untuk membeli mereka yang lemah imannya dan semangat perjuangannya, namun semangat rakyat untuk melihat perubahan yang ketara oleh Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Rosmah masih kabur.
Anwar Ibrahim, harga minyak yang bakal naik mendadak, harga gula, harga tepung,royalti minyak untuk negeri Kelantan dan Terengganu dan macam - macam lagi sedang bermain dalam pemikiran rakyat. Persoalannya mampukah kedua - dua parti ini berjaya memainkan dan menepis isu ini. Zionis BN mempunya media perdana. Dari akhbar Utusan Meloya hinggalah stesen radio orang Asal, semuanya milik mereka. Manakala Pakatan Rakyat hanya mempunyai media online dan twitter sahaja di mana medium ini hanya boleh didapat oleh mereka yang mempunyai internet di rumah.
Zionis BN cukup terdesak dalam mengelirukan rakyat. Dari isu ketuanan Melayu hinggalah isu perarakan perayaan Maulid Rasulullah s.a.w. Tindakan mereka yang memprotes tidak kena gaya menampakkan kebodohannya. Membantah kerajaan Pulau Pinang merobohkan gerai yang tidak punya lesen tapi tidak pula membantah surau yang diroboh di Kampung Berembang. Kata Melayu Pulau Pinang tertindas tapi apabila 77% orang Melayu dapat tender kerajaan Pulau Pinang satu tidak bersuara. Kenapa Umno jadi perangai macam Yahudi...kerana mereka cukup terdesak. Mereka memang mahu dilihat juara Melayu. Maaf Umno, Melayu kampung bolehlah anda menipu tapi Melayu di bandar jangan harap!!
Apa beza Umno dengan Zionis Israel. Ada dua perbezaan. Perbezaan yang pertama. Rakyat yang tidak sebulu dengan mereka, tekan tekan dan terus tekan hingga mereka akur kepada polisi gila mereka. Perbezaan yang kedua, ya memang Umno berbeza dengan Yahudi Zionis. Yahudi Zionis sanggup merampas tanah orang Palestin demi untuk bangsa mereka. Tapi Umno? sanggup merampas tanah orang Melayu demi kepentingan perut mereka. Mereka sanggup merampas tanah bangsa sendiri demi kepentingan perut boroi mereka sendiri. Siapa yang lebih keji? Siapa?
Persoalan yang tinggal pada kita. Siapa yang mampu pergi menjelaskan isu - isu seperti ini kepada orang Melayu di kampung - kampung. Kita para penulis blogger hanya mampu menulis di laman web sahaja. Menulis khas buat mereka yang ada kemudahan internet. Walaupun sudah usaha dari mereka yang benar - benar mahu melihat Zionis Bn ini tumbang sebagai contoh team dari Perak Express yang sanggup bekerja keras turun ke kawasan kampung di sekitar Perak. Tujuannya hanya satu, melihat rejim Bn tumbang. Tapi apakah cukup dengan mereka sahaja. Kita bagaimana? Termasuk diri aku ini..cukupkah dengan hanya sekadar menulis??
Aku bukannya ahli mana - mana parti komponen Pakatan Rakyat. Aku manusia biasa. Individu yang mahu melihat kesombongan dan kebiadapan Yahudi Umno ini lenyap selama - lamanya. Hati aku meronta dan sedih melihat kesanggupan mereka membodohkan rakyat Malaysia khasnya Melayu. Dari isu derhaka kepadalah isu perayaan Maulid Nabi. Ada ketikanya hati ini berkata agar berhenti berjuang menerangkan sesuatu yang hak kepada orang Melayu. Berjuanglah yang mana satu hak dan batil kepada kaum lain. Namun apabila melihat keazaman para pemimpin yang tidak pernah putus - asa berjuang hati aku kembali sejuk. Hati aku yang selama ini benci kepada Umno hampir padam kerana sedih melihat wujud segelintir orang Melayu yang hanyut dengan penipuan Umno kini kembali segar dan panas. Bencinya aku kepada Umno dan mahu orang Melayu sedar penipuan mereka kembali tebal dalam hati aku.
PRU-13 memang dijangka panas. Najib dan Perdana Menteri Rosmah sudah pasti mahu sokongan mendadak daripada rakyat agar mereka dapat meneruskan agenda merompak harta negara. Mereka berdua memang teramat memerlukan sokongan rakyat kerana sekarang ini apa yang mereka buat dilihat secara sinis oleh rakyat. Rakyat melihat segala macam slogan yang diperkenalkan hanyalah propaganda murahan mereka. Tapi adakah mereka berhenti daripada menyebarkan penipuan tahap syaitan ini? Tidak. Sekali menipu sudah pasti 1 seorang akan terpengaruh. 100 kali menipu 100 orang akan terpengaruh. Ini kerja mereka. Hanya mereka yang benar - benar benci kepada Bn sahaja yang tidak terpengaruh. Namun menjadi persoalan besar dalam pemikiran aku dan mungkin semua orang, apakah kelompak yang tegar membenci Umno ini besar atau kecil. Atau paling menggerunkan semakin mengecil.
PRU-13 semakin dekat. Pada 18/2/2010 aku berada di Gurney Plaza, Pulau Pinang. Pegawai - pegawai SPR disitu yang ditugaskan mendirikan kaunter pendaftar pengundi baru mengatakan PRU dijangka pertengahan bulan 2011. Kalau benar ramalan mereka kita sudah tidak punya masa. Gerak kerja yang mantap harus dilaksanakan. Pemuda Pakatan Rakyat harus dilihat mesra anak - anak muda. Para pemimpin harus sentiasa menyuarakan keluh - resah rakyat.
Kita sudah tidak punya masa. Semangat harus segera digilap. Jangan kita sedih dengan tindakan kurang ajar Zahrain, Zulkifli Noordin dan mereka yang seangkatan. Anggap sahaja ini rahmat tuhan untuk membersihkan perjuangan kita daripada mereka - mereka yang menjadi SYAITAN KECIL dalam perjuangan. Biar perjuangan kita menjadi lebih suci. Tanamkan dalam diri kita. Jika kita tidak membuang Umno pada hari ini, kita yang akan merana. Duit kita akan sentiasa hilang. Ini bukan soal sayangkan negara sahaja, ini soal masa depan kita dan anak - anak kita. Ekonomi kita. Duit kita.
SEGERA BANGKIT!!
K-Swaps, A 5-Door EK Civic & More: Inside X-Point Import Co.
23 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.