Apa pun tahniah kepada Bn kerana telah berjaya menipu Melayu dan sekali gus memenangi PRK Hulu Selangor. Tapi satu persoalan yang harus ditanya kepada diri mereka sendiri. Cukupkah kemenangan dengan majoriti 1,000 lebih sahaja. Sedangkan beratus juta telah dirasuahkan kepada pengundi - pengundi di kawasan Hulu Selangor namun hasilnya amat menyedihkan.
Bn harus sedar bahawa mereka sebenarnya masih belum cukup gagah. Mereka masih tidak mampu menahan amarah gelombang anak muda Malaysia. Mereka tidak boleh menipu diri mereka sendiri bahawa semua anak muda dan mereka yang berada di kawasan bandar telah menolak mereka secara total. Menolak mereka kerana mereka bukan lagi menjadi pilihan untuk menjadi pemerintah yang melindungi rakyat.
Apakah dengan kemenangan yang diperolehi semalam sudah cukup membuatkan Bn kuat semula? Bn terpaksa mengerahkan semua jentera, kementerian, media, ratusan juta ringgit dan menipu bersama - sama dengan SPR barulah mereka mampu menang. Satu kerusi, Bn terpaksa berhempas - pulas untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang serba tempang. Apakah para pimpinan BN mampu tersenyum puas? Apakah para pemimpin BN mampu tidur lena dengan kemenangan yang tidak seberapa ini?
Mereka harus sedar, Pilihanraya Umum bakal tiba. Mereka sedar sebenarnya mereka tidak mampu menahan gelombang amarah rakyat. Najib kata ianya satu referundum, ya memang referundum untuk mengukur kekuatan Bn yang sebenarnya. Dengan kemenangan yang sedikit ini, Najib pasti dan sememangnya pasti telah mendapat satu signal jelas bahawa mereka yang berada di bandar masih bencikan Bn.
Peristiwa Ijok jika diizinkan pasti akan berlaku kembali. Mereka menang dengan majoriti seribu namun kita rampas kembali dengan bergaya dan menawan Selangor. Ini sememangnya menakutkan Bn. Orang bandar, anak muda tak kira apa bangsa dan agama sebulat suara menolak Umno dan Bn. PRU masih lagi jalan berliku buat Umno dan Bn. Jangan sesiapa pun baik dari Umno, MIC, MCA menafikannya. Jalan yang berduri dan merbahaya sedang menunggu mereka.
Kemenangan yang mereka kecapi sebenarnya pahit untuk ditelan. PR walaupun kalah namun sebenarnya sedang tersenyum lebar. PRU yang akan datang menjanjikan satu keputusan yang sama dan mungkin lebih kepada Pakatan Rakyat. Kenapa Pakatan Rakyat tersenyum lebar? Kerana mereka sedar kemampuan mereka untuk menandingi gelombang jentera Bn dalam satu - satu P.Kecil teramatlah susah. Namun jika PRU diisytiharkan, maka jentera BN yang datang berbondong - bondong datang ke sesuatu kawasan akan berselerakan ke serata negara dan ini akan melemahkan jentera mereka. Duit yang beratus - ratus juta ditaburkan terpaksa dibahagikan ke serata negara. Maka Pakatan Rakyat mempunyai harapan.
Namun Bn masih tetap ada talian hayat iaitu SPR. SPR sebagai barua tetap Bn akan tetap memastikan BN menang pilihanraya nanti. WAJIB untuk kita terus menyerang SPR semahu - mahunya. Lihat sahaja yang berlaku di Hulu Selangor, beribu pengundi telah dipindah keluar dari kawasan tersebut. Tujuannya hanya satu, MENANGKAN BN. Namun SPR juga tahu kemampuan mereka untuk menipu masih terbatas. Ya mereka berjaya sekali dua, namun sampai bila. Menipu tahun 2004, 2008 terbungkus. Menipu di Hulu Selangor, tidak semestinya dapat menipu satu Selangor.
Jadi tugas Pakatan Rakyat, sudah tiba masanya serangan harus kerap ditujukan kepada kawasan - kawasan kampung. Satu kawasan bandar, 10 kawasan kampung harus diterangkan. Jadikan ianya satu amalan wajib jika mahu menang dengan lebih bergaya.
Tapi satu persoalan yang nak dilemparkan kepada semua. Kalaulah pilihanraya ini mampu menumbangkan BN, sudah pasti pilihanraya ini diharamkan. Sekian.
Flame-Throwing Thai Civics Take Over Kuala Lumpur
Sehari yang lalu
but it still a victory for them which is totally unbelievable.HS people had lost their dignity by taking money and vote for kamal,opss sorry, for UMNO actually.
BalasPadamyup thats the fact..thats y i said we must attacking more at rural area which is i knw, u knw everybody knw..thats KUBU KUAT UMNO...they dont get enough information like us
BalasPadamUndi untuk Zaid meningkat! Meningkat berbanding 2008 sebab perolehan Zaid ialan 23,272 berbanding Dr Zainal 23, 177 dan masih menang. kenapa dalam pada undi untuk PR meningkat Zaid masih kalah?
BalasPadamSebabnya ahli UMNO yg merajuk dan merosakkan undi dulu dah sejuk hati dan kembali memangkah BN;sebab itulah undi rosak jatuh dengan drastiknya..dari 1460 ke 700 lebih jer. Undi pos juga menyumbang banyak kepada BN iaitu lebih 700 undi berbanding PR hanya 120. Selebihnya ugutan yang dilakukan Najib; kalau menang, sekolah MCA boleh ambik dana 5 juta, kalau kalah lupakan! Peneroka Felda juga diugut, dapat pendahuluan RM50,000 dulu dan kemudiannya jika menang baru dpt penuh RM160,000. kalau kalah,elekkk! Ini menambah beberapa kerat lagi undi untuk BN. Dan juga tambahan peratusan pengundi menyumbang kepada kemenangan BN.
Selebihnya undi untuk PKR tidak berganjak..mereka yang menyokong PKR tahun 2008, masih menyokong PKR 2010..status quo!
Pendeknya BN gagal mengembalikan sokongan rakyat kepada mereka sebab mereka menang dengan menipu, mengugut dan merasuah. Dan yang sedihnya begitupun, mereka gagal membawa penyokong PKR ke pangkuan BN semula.
ulasan yang terbaik...good job bro
BalasPadamtuan blog, sgt menarik tulisan anda. keep it up.
BalasPadammiss zane, setuju dgn dragsuperstar. statistik yg menarik.
tp nk salahkan pengundi2 kt HS yg mengundi BN pn mcm xkena sgt. majoriti terdiri dr golongan berpendapatan rendah. duit tu kdg2 adalah segalanya bg diorang. mmg telah menjadi agenda kerajaan membiarkan rakyatnya miskin supaya mendapat kelebihan pada PRU seperti ini. so, lepas ni selaku belia yg bakal memilih, sama2 kita sebarkan kesedaran dgn berhemah kepada yg memerlukan(rakan2 terdekat). kurangkan kutukan tambahkan nasihat. kurangkan mencari kesalahan org, tambahkan kelebihan diri, InsyaAllah kalo berkat, takde sape dpt manghalang kemenangan kita :) TAKBIR! ALLAHUAKBAR
betol..memang kena lebihkan nasihat...mmg kawasan kampung harus kerap digempur..bukannya kawasan bandar semata..
BalasPadamaku sokong kepada yang menulis blog nih...aku aka..sunan badai dunia
BalasPadam