Hari ini ramai diantara kita mungkin kecewa dengan berita kekalahan di dua kerusi yang sememangnya milik Umno dari dahulu lagi. Ramai juga kecewa kerana rakyat masih lagi tidak sedar akan kezaliman dan kebobrokan Barisan Nasional. Tapi kita jika sedar bahawa pilihanraya ini satu penipuan maka kita tidak lagi merasa marah.
Kita sekarang dipaksa untuk bermain pencak silat di mana gelanggang yang disediakan tidak rata. Pengadil pencak silat berat sebelah. Lawan kita boleh memakai senjata manakala kita yang hanya menggunakan kain sebagai pertahanan daripada menerima hentakan parang dari pihak musuh, tidak pula dibenarkan. Kita diasak bertubi - tubi. Sekali -sekala sahaja kita dapat memukul balik serangan pihak musuh. Itupun, ada ketikanya serangan itu dibatalkan.
Itulah senario kita sebagai rakyat Malaysia. Dari tahun 1957 hinggalah 2010. Kita sebenarnya sedang dipermainkan oleh Umno dan Barisan Nasional. Lihat saja ketika pembangkang berjaya menafikan 2/3 majoriti. Nah, rusuhan kaum dicetuskan. Ketika Kelantan berjaya ditawan oleh PAS, rusuhan juga dicetuskan hingga memaksa Kelantan diisytiharkan darurat. Tahun 1987, ketika gelombang kebangkitan rakyat menentang Umno sehingga menyebabkan Umno lemas, Operasi Lalang dicetuskan. Gelombang kebangkitan PAS di Kedah juga menyebabkan terbunuhnya orang - orang kampung di Memali, Baling.
Semuanya berlaku kerana ketakutan Umno kepada kebangkitan rakyat. Mari kita lihat pula lidah rasmi PAS iaitu Harakah. Pada ketika ianya dilancarkan, kerajaan tiada keinginan untuk menganggu - gugat akhbar tersebut. Malah, ahli PAS bebas menjualnya di merata tempat. Namun apabila peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim, rakyat mula mencari cerita sebenar. Rakyat yang pada mulanya (majoriti) tidak pernah ada keinginan mahu membaca Harakah, mula mencari akhbar tersebut. Jualan Harakah mendadak naik. Dari jualan hanya puluhan ribu telah menjadi suku juta naskhah berjaya dijual. Maka, Umno mula menghalang akhbar tersebut dijual di khalayak ramai. Harakah harus dijual di markaz PAS sahaja.
Sebenarnya banyak lagi, akhbar - akhbar dan majalah - majalah yang bersifat rakyat telah diharamkan. Dari Wasilah kepada Suara Keadilan. Jika ianya dapat mengubah minda rakyat, maka HARUS DIHARAMKAN. Itulah sifat Umno. Jika ianya dapat menganggu - gugat kekuasaan mereka, maka sudah pasti segala genap sudut akan cuba diharamkan. Bn tidak akan membenarkan sesiapa sahaja merampas kuasa daripada mereka. Hanya masa sahaja yang akan menentukan bilakah mereka akan mengharamkan salah satu instrumen yang harus ada dalam sebuah negara demokrasi. Masa itu pasti tiba.
Sekarang selagi mana SPR terus menjadi keldai yang paling setia buat Bn. Selagi itulah Bn akan terus berkuasa. SPR memang menjadi keldai yang paling efisyen. Lihat saja isu negeri Perak. Mereka akan tetap memastikan tindakan BN untuk merampas Perak dari Pakatan Rakyat itu adalah betul. Jika Bn memberi RM250.00 kepada pengundi tidak salah. Jika PAS memberi duit zakat ianya rasuah. Sememangnya SPR telah berjaya menjadi samseng jalanan yang menakutkan musuh - musuh ketuanya.
Bn terpukul dengan gelombang kebangkitan rakyat pada MARCH 2008. SPR pada mulanya yakin bahawa segala tindakan mereka akan tetap memastikan kuasa 2/3 majoriti milik Bn akan kekal. Namun akibat kenaikan harga barang yang melampau, maka boleh dikatakan semua orang di negara ini telah mula bangkit. Menyatakan hak mereka di kertas undi. Hasilnya di Semenanjung Malaysia boleh dikatakan BN telah hilang kuasa. Bn hanya bertahan kerana kerusi - kerusi di Sabah dan Sarawak. Gegak - gempita semuanya. SPR terkejut, BN lagi terkejut. Mereka tidak menjangkakan penipuan mereka akan gagal.
Bn tidak akan duduk diam. Sekarang segala perancangan sedang dibuat. Kita rakyat pasti akan terkejut dengan penipuan mereka ini pada PRU yang akan datang. Ketika Pilihanraya Kecil DUN Galas, SPR telah mula menipu dengan menghilangkan logo PAS di kertas undi, menghalalkan perbuatan memberi rasuah oleh BN kepada pengundi. Ini semua kertas uji untuk memastikan PRU yang akan datang apabila berlaku penipuan rakyat tidak akan merasa marah. Inilah hasil kerja SPR. Kita hanya seronok seketika, tapi kita akan sedih di kemudian hari.
Bn tahu, selagi mana SPR ini mampu menolong mereka mempertahankan kuasa selagi itulah pilihanraya tidak akan diharamkan. Kita sekarang dipaksa secara halus untuk terus mengikut rentak - tari Bn dalam pilihanraya ini. Kalau Perak rejim Zionis BN ini boleh ambil balik. Jangan harap Sabah dan Sarawak mereka akan beri. Mahathir pernah terlibat dengan pemberian kad pengenalan ekspress untuk warga asing hanya kerana mahu mengambil Sabah kembali. Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat dan kita rakyat yang sudah sedar ini dapat menyedarkan sahabat kita di Sabah dan Sarawak dan kedua - dua negeri ini tumbang ke tangan Pakatan Rakyat, percayalah. Bn akan pastikan kedua negeri ini kembali ke tangan mereka.
Sekarang apa jalan penyelesaian ini? Bak kata Hishamuddin Rais " Pilihanraya jika dapat mengubah sesuatu, sudah pasti ianya akan diharamkan". Tajuk buku beliau telah menimbulkan kesedaran kepada saya. PILIHANRAYA ATAU PILIHANJALANRAYA?. Fikirlah sejenak. Jangan terlalu berangan seperti Azmin Ali yang mahu ke Putrajaya. Fikir secara logik.
Throwback: The Sarto Racing x Rocket Bunny CLK
17 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.