Memaparkan catatan dengan label Keldai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keldai. Papar semua catatan

Isnin, 21 Disember 2009

Sibuk Kacau Ceramah PR, Enjin Jet Hilang Tak Sedar

Kerajaan tidak berhasrat menutup kes kehilangan enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berharga RM50 juta, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Aeroangkasa Malaysia di Putrajaya hari ini.

Sumber : Malaysiakini

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dulu ingat lagi, ada la seorang dua mangkuk hayun kata, "Polis Malaysia terbaik di Asia"

Hahahahhahaa..korang tak nak gelak ke?

Hoi...ni enjin jet ni bukannya besar mancis..besar banglo 2 tingkat kat area Shah Alam dan Bandar Baru Bangi.

Adoi...makin risau kita dibuatnya.

Dahla harga barang nak naik, keselamatan kita pun tak terjaga.

Apa kaitan enjin jet hilang dengan keselamatan diri kita?

Ya la, kalau enjin jet yang sebesar - besar tu pun tak boleh dijaga...inikan pula keselamatan rakyat?

Apa sebab kita jadi macam ini? Sebab...bila ada kes besar pasti kerajaan akan buat ambil tak peduli...cuba melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat...sepantas kereta F1...laju...terus datang siasat..datang masuk rumah..siasat..pukul...mati!!

Siasatan terpilih..

p/s lain kali hangpa jangan suka sangat halang ceramah PR...tu berlambak lagi kes besar yang hangpa kena selesaikan...mangkuk!!! bak kata P.Ramlee...nahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Rabu, 12 Ogos 2009

SPRM : Jangan Jadi KALDAI..Cepat Siasat Presiden MCA

Ketua Pegawai Eksekutif KDSB Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jangan hanya cepat membuat siasatan rasuah yang kononnya dibuat oleh ahli - ahli politik PR sahaja. Jangan ambil tindakan susulan yang maha pantas selepas laporang rasuah yang dibuat oleh GERAK terhadap wakil rakyat PR sahaja.

Sila siasat Ong Tee Keat...sila tahan dia...sila siasat berjam - jam lamanya.

Tapi jangan sampai dia terbunuh pula ya!!

Jangan lambat ambil tindakan....jangan double standard...sebab dia BN!!

Sebab dia BN kamu semua lambat ambil tindakan!!

Sebab dia BN kamu buat tak nampak!!

JANGAN JADI KALDAI BN!!