Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 28 Mac 2010

Selamatkan Malaysia



Ya Allah Tuan punya Sekalian Alam,
Aku memohon agar Malaysia diselamatkan,
Aku merayu agar negara aku tercinta ini diselamatkan,

Aku merayu pada Mu Ya Allah,
Berilah kami kekuatan untuk rasuah dihapuskan,
Berilah kami keimanan yang kuat untuk kezaliman dilenyapkan,
Berilah kami kesungguhan yang tidak pudar untuk memastikan keadilan ditegakkan,

Ya Allah Tuhan Yang Maha Esa,
Bantulah kami untuk menghadapi musuh - musuh sentiasa menghalang kerja kami,
Bantulah kami dengan memberikan hidayah pada mereka yang masih sangsi dengan kami,
Bantulah kami sesuai dengan kekuatanMu Yang Maha Kuasa untuk memudahkan kerja kami..

Amin Ya Allah,
Malaysia Mesti Diselamatkan,
MALAYSIA MESTI DISELAMATKAN!!

Rabu, 16 September 2009

Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-46

Hari ini pada 16 September 2009 genaplah 46 tahun negara kita yang tercinta ini terbentuk. Hasil daripada bergabungnya Sabah dan Sarawak.

Inilah hari yang sepatutnya diberi penghormatan yang paling besar.

Inilah hari yang sepatutnya diberi cuti kepada seluruh warga Malaysia.

Dimana janji Najib yang mahu hari ini diberikan cuti kepada seluruh warganegara Malaysia??

Najib memang bohong!!

Ohhh Malaysia...aku mencintaimu!!

Aku sayang padamu walaupun pembentukan ini telah dirancang sejak tahun 1937 oleh Amerika Syarikat.



Wajar kita nilai kembali sejarah negara kita. Benarkah sejarah Melaka itu satu Empayar atau sekadar nama tempat. Benarkah Merong Mahawangsa itu Hindu bukannya Islam??

Kajilah sejarah sebenar....untuk kita jadikan sebagai pedoman!!