Memaparkan catatan dengan label Rampasan Kuasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rampasan Kuasa. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Oktober 2010

Jangan Mimpi Pakatan Tawan Putrajaya

PRU-13 bakal diisytiharkan dalam masa terdekat ini. Ada yang yang menjangkakan tahun depan dan ada yang menjangkakan 2012. Semuanya telah bersiap-sedia dengan jentera pilihanraya masing - masing baik BN mahupun Pakatan Rakyat. Niat mereka hanya satu, mempertahankan kuasa dan mengambil-alih kekuasaan yang sedia ada.

Namun sedarkah kita terutamanya rakyat, jika ditakdirkan kita semua sebulat suara menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat dan impian melihat Putrajaya ditawan oleh kita menjadi kenyataan, apakah ianya benar - benar menjadi kenyataan? Apakah ianya akan diizinkan oleh Rosmah dan Najib Tun Razak?

Mari kita melihat kenyataan Najib mengenai kuasa yang bakal mereka pertahankan :
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC pagi ini." Sumber : Malaysiakini

Ini semua signal jelas bahawa walau Pakatan Rakyat yang buat sementara waktu ini menjadi harapan untuk membela rakyat menang besar sekali pun, Umno dengan konco - konconya akan tetap mempertahankan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Mereka sesekali tidak membenarkan kita yakni rakyat merampas kuasa yang ada pada mereka. Biarlah satu semenanjung jatuh ke tangan Pakatan, biarlah Sarawak jatuh ke tangan Pakatan dan biarlah Sabah jatuh ke tangan Pakatan tapi untuk membiarkan Putrajaya jatuh ke tangan Pakatan Rakyat tidak mereka sesekali membenarkannya.

Najib sudah pun memberi amaran awal kepada Pakatan Rakyat dan rakyat. Umno dan konco - konconya akan sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan kuasa yang mereka ada itu tidak jatuh ke tangna rakyat. Apakah kita rakyat sedar akan kenyataan ganas Najib itu? Apakah kita rakyat sudah bersiap - sedia dengan tindakan ganas Najib itu?

Berani saya katakan, Pakatan Rakyat jika mengikut logik akal hanya dapat memerintah selama 3 hari sahaja. Kenapa 3 hari? Najib akan mengarahkan seluruh samseng - samseng yang berada di dalam parti tersebut dan NGO yang mengaku MELAYU membuat huru - hara sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Hatta bilangan mereka 100 orang sudah cukup untuk mengizinkan darurat diisytiharkan. Sememangnya bunga - bunga darurat yang bakal mereka lancarkan memang akan terjadi.

Persoalan yang ada kepada saya dan mungkin orang lain. Apakah pilihanraya dapat mengubah kerajaan yang serba bodoh ini. Apakah pilihanraya benar - benar dapat memberikan keriangan kepada rakyat? Apakah pilihanraya benar - benar dapat memberikan hak rakyat untuk menukar kerajaan yang sedia ada?

Bak kata Hishamuddin Rais aka TukarTiub : "Jika pilihanraya dapat mengubah sesuatu sudah pasti pilihanraya itu diharamkan." Logiknya ada. Suara Keadilan diharamkan. Harakah diharamkan dijual di tempat awam. Majalah Wasilah diharamkan. Semuanya diharamkan kerana telah membentuk kesedaran rakyat. Telah menyedarkan rakyat betapa kejinya kerajaan yang ada pada hari ini.

Nah, sekarang media baru (blog, facebook, media alternatif) mula diberi tekanan. SKMM telah mula melancarkan serangan kepada Malaysiakini.Apa sahaja yang dapat menganggu kuasa mereka semuanya akan diserang, diharamkan, ditangkap hatta dibunuh. Kita tidak punya pilihan. Jika media - media diharamkan apatah lagi pilihanraya. Sudah pasti pilihanraya ini akan diharamkan. Apa tanggungjawap kita? Diam? Memerhatikan saja?

Hanya satu sahaja untuk melawan aksi kejam Umno ini. Hanya satu saja untuk menyatakan secara tegas buat Umno dan PERKASA yang bakal membuat onar suatu hari kelak. Jika pilihanraya diharamkan, kita pilih PILIHANJALANRAYA!!

Isnin, 15 Jun 2009

Podahh..Memang BN Lemah

IPOH, June 14 – Perak Mentri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir wants the people to stop harping only on the weaknesses of the Barisan Nasional leadership but to be more encouraging by recognising its strengths.

“Stop only looking at our weaknesses. We have our strengths too.

“If you keep picking on our weaknesses, it does not help our administration. You must stay positive,” he said in his speech at the opening of the Perak Indian NGOs Consultative Convention in Sungai Siput today.

Sumber : The Malaysian Insider

--------------------------------------------------------------------

Wahai Menteri Besar Haram Zionis BN Zambry, memang Bn lemah. Lepas itu kau suruh rakyat tengok kekuatan Bn. Adoii. Kalau kau kuat jom berentap pilihanraya sekali lagi. Kalau berani la. Kalau Bn itu bagus sangat, kenapa perlu keluar kenyataan minta rakyat sokong Bn. Dah la Zambry, rakyat Perak sekarang ada dendam kesumat. Hanya masa menentukannya. Sampai waktu itu, tiada siapa yang boleh tolong kau.

Kenapa hanya bantu Cina dan India sahaja. Mana Melayunya? Kata nak bela Melayu sangat. Apa yang kau buat tu, sama ja dengan Nizar buat. Tolong yang mana lebih memerlukan.

JADI KAU TU JANGAN POYO SANGAT..boleh??

Sabtu, 2 Mei 2009

5 May 2009 : 3 Bulan Selepas Rampasan Kuasa Di Perak

Hari Selasa nanti, cukup 3 bulan kejadian rampasan kuasa di Perak berlaku. Hari Selasa nanti cukup 3 bulan tangisan rakyat Perak yang sedih lihat demokrasi dicemari oleh Najib. Hari Selasa nanti cukup 3 bulan rakyat Perak masih menunggu Sultan Perak membubarkan DUN.

Cukup sudah 3 bulan. Rakyat sudah pun memberi isyarat yang cukup jelas. PRK Parlimen Bukit Gantang telah membuktikan rakyat Perak menolak rampasan kuasa yang diusahakan oleh Najib. Undi anak muda Melayu tidak berubah (walaupun untuk saluran 1 dan 2 menunjukkan sokongan ketara kepada BN). Kaum Cina dan India telah menolak sama sekali BN.

Cukup 3 bulan, namun BN masih degil dengan suara rakyat. Mereka masih terus - menerus mencabar kuasa rakyat. Gangster digunakan. Rakyat semakin ditindas. 7 May 2009 saya menyeru seluruh rakyat Perak agar membantah persidangan secara paksa ini secara beramai - ramai. Jika BN boleh halang wakil - wakil Pakatan Rakyat bersidang, kenapa rakyat tidak boleh halang?

Buktikan kepada BN, anda hanya bernafas kerana ada gangster - gangster BODOH dan polis dibelakang kamu. Tapi ini rakyat. Tiada siapa dibelakang kami kecuali kebenaran, keadilan dan Tuhan Yang Maha Esa.

Ayuh rakyat Perak...buktikan pada BN!! Rakyat Perak mahukan pilihanraya kecil yang baru!!

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!!!!!!

Jumaat, 24 April 2009

Najib Ketua Perhubungan Negeri Selangor - Pakatan Harus Bersiap - sedia

Umno sedang mempergiatkan usaha merampas empat negeri Pakatan Rakyat dalam rombakan terbesar barisan pengerusi perhubungan negeri hari ini sejak Datuk Seri Najib Razak mengetuai parti itu, akhir Mac lalu.

Najib sendiri kini memimpin Selangor dan melepaskan jawatan tersebut di Perak - tugas itu diserahkan kepada Datuk Zambry Abd Kadir, menteri besar selepas negeri itu dirampas kembali BN, Februari lalu.

Sumber : Malaysiakini

------------------------------------------------------------------

Saya menyeru kepada pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor. Sila berjaga - jaga. Jangan alpa dengan..jangan pandang remeh. Ini Najib..si perampas kuasa. Ingat peristiwa di Perak.

Saya menyeru buat pejuang rakyat di Selangor..bersiap - sedia. Kita bukan takut dengan Najib. Kita menyambut kedatangan beliau umpama Hamas menunggu kedatangan Israel. Tapi penungguan kita harus bersiap - sedia.

HIDUP RAKYAT!!!!