Selasa, 5 Januari 2010
GST Sudah Masuk Langkah Pertama
Sekarang, kerajaan tengah sibuk - sibuk nak mengkaji kadar bayaran khidmat jalur lebar.
INGAT - INGAT...kalau sibuk kaji - kaji ni tanda nak naikkan harga.
Jaga - jaga...kadar bayaran nak naik tu.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar pada masa ini supaya perkhidmatannya dapat diperluaskan kepada lebih ramai pelanggan dan pada kadar yang tidak membebankan mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. - Berita Hairan
Tidak membebankan? Hahahahahahaa.....aku rasa nak ludah kat mulut para menteri Malaysia.
Tak beban bagi orang hangpa. Kami ini? Macam mana!!??
TOLAK BN....TOLAK BN...
Pribumi Perkasa Lebih Pandai Beragama Daripada Muhammad S.A.W
Rasulullah s.a.w ketika zaman hidupnya berdepan dengan puak kafir Quraisy. Ketika mengadakan perjanjian dengan puak kuffar tersebut tidak pernah membantah puak kuffar Quraisy menyebut nama Allah. Contohnya :
Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut: “Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
Dalam hidup kita sebagai Muslim, Al-Quran dan Sunnah (Hadith sahih) menjadi pegangan kita. Jika ada masalah fekah sekali pun jika adanya dalil dan nas yang kukuh dari Al-Quran dan Hadis maka wajib kita mengikutnya.
Dalam kes nama Allah, Nabi Muhammad s.a.w kekasih Allah s.w.t sepatutnya mula - mula mengisytiharkan perang terhadap kaum Quraisy. Namun Rasulullah s.a.w tidak membuat perkara sedemikian kerana Rasulullah s.a.w tahu apa yang menjadi keutamaan adalah akidah dan memperkuatkan pemahaman tauhid waktu itu.
Tapi ada pula yang mengaku lebih cerdik daripada Rasulullah s.a.w termasuk Zulkifli Noordin.
Contohnya :
Pertubuhan Pribumi Perkasa merancang untuk mengadakan protes di seluruh negara Jumaat ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald. - Malaysiakini
Jika Rasulullah s.a.w dan para Khulafa Ar-Rasyidin masih hidup waktu ini sudah pasti sedih melihat agama ini dipermainkan oleh mereka yang berperangai seperti Pribumi, Perkasa dan Zulkifli Noordin.
Kita jangan terpengaruh dengan dakyah jahat Umno sepertimana Zulkifli Noordin.
Bertenanglah wahai Umat Islam...
Isnin, 4 Januari 2010
Benarkah Enjin Jet Hilang?
Jib Jib : "Takpa jangan risau kita buat silap mata."
Pegawai A : "Macam mana tu bos."
Jib Jib : " Ala kita claim kosong ja."
Pegawai A : "Claim kosong? Macam mana tu bos."
Pegawai A : "Tapi bos esok kalau audit check takdak macam mana."
Jib Jib : "Kita kata dah hilang apa susah."
Jadi kepada siapa yang baca dialog ni...LU PIKIRLAH SENDIRI.
Memang tu kerja depa...buat - buat ada pastu claim pastu kata hilang.
Dalam poket...dalam poket!!
Umno Sebelum Nak Bela Agama..Tengok Gambar Ini Dahulu
Isu penggunaan nama Allah sengaja mereka reka supaya umat Islam di Malaysia akan bangkit dan menganyang orang - orang Kristian di Malaysia.
13 May yang kedua sedang dirancang.
Terpulang pada semua orang yang telah terpengaruh dengan dakyah mereka kali ini, tapi percayalah mereka sedang merancang untuk menumpahkan darah rakyat Malaysia.
Mereka ingin menjadi juara segala juara...
SEBELUM UMNO NAK BELA ISLAM...SILA TEROPONG BALIK
Macam ini punya perangai nak jadi juara Islam....sudahlah Umno..
Berlakon nombor satu..ni lagi bangsat...rumah Allah kena roboh...takdak pulak hangpa mengamuk...
Lagi mau percaya konon depa ini bela Islam...
Sudahlah...mahkamah bawah depa...semua benda telah dirancang...percayalah!!
Ahad, 3 Januari 2010
Macam Ini Punya Perangai...Lagi Mau Sokong?

Kalau macam ini punya sikap jadi pemimpin patutlah pemuda - pemuda Umno perangai macam apa ntah....atasan dah macam monyet bawah lagi la...haishhh....macam ini kata bela Islam dan Melayu...Islam tak ajar pun perangai macam ini!!

Jadikan tahun 2010 azam kita tendang Umno sejauh - jauhnya...perosak akhlak dan perampas duit rakyat!!
Sayang Dibiarkan Kotor
Destinasi yang aku tuju adalah Pantai Bagan Lalang. Tujuannya sebab nak makan makanan laut yang dikatakan murah dan segar. Perjalanan mengambil masa 1 jam dari Bandar Baru Bangi. Kira senang cakap "Pergi lapar balik pun lapar". Perjalanan tak jauh dalam lebih kurang 20 km sahaja. Tapi jalan kampung kan, kereta banyak, traffic light banyak.
Perjalanan yang menarik dapat tengok rumah - rumah kampung yang cantik. Sampai sahaja aku di sana. Bersama anak - anak buah pergi ke pantai Bagan Lalang.
Sayang...teramat - amat sayang.
Keindahan alam semulajadi telah terbiar. Tempat riadah bersama keluarga telah tercemar dengan sampah - sarap. Aku tertanya - tanya salah siapa? Ya memang masyarakat yang bersalah tapi dalam masa yang sama kenapa ianya jadi begitu teruk. Seolah - olah pantai yang cantik permandangannya tidak berjaga dan dijaga.
Kalau tengok gaya segala kerja - kerja penyelenggaraan dibawah Majlis Daerah Sepang...
Ada yang kata pantai itu telah dijual kepada Sepang Goldcoast di zaman Khir Toyo..
Hai entahlah...
Kalau betul semua nak dijual....
Tapi mohon juga kerajaan negeri Selangor memantau keadaan ini...teruk sangat dah!!
Sabtu, 2 Januari 2010
Lawak Tahap Boleh Sesak Nafas
“Mereka tidak wajar (buat demikian),” kata ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat program berkenaan di Pusat Komuniti Bukit Sentosa, Bandar Bukit Sentosa di sini hari ini.
Sumber : TheMalaysianInsider
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Serius...ini adalah lawak yang paling best pernah aku baca.
Bukan Umno pengkhianat rakyat ke?
Saat ekonomi tengah tak berapa nak elok dan gaji tak naik - naik hangpa bagi HARGA GULA NAIK!!
Saat rakyat sedang cuba membuat sedikit simpanan hangpa perkenalkan GST (Akta Cukai Tambahan)
Lagi tak nak mengaku hangpa semua ni pengkhianat rakyat?
Lagi nak mengaku hangpa juara rakyat?
Hahahahahahhahahaaaaa...terkentut aku gelak..
Kepada siapa sahaja yang baca blog ini....tolong buka minda dan nilai apa yang aku huraikan kali ini...
Umno Juara Rakyat? hahahahhahahha.....
Jumaat, 1 Januari 2010
Selamat Datang 2010
Sedih, duka, seronok, bahagia, gelak - tawa, menangis, sakit, sihat, hidup, meninggal dunia dan apa sahaja sudah pasti akan dilalui oleh mereka yang terpilih.
Buat mat - mat rempit teruskan usaha sedarkan pemimpin agar menyediakan tempat anda semua berlumba jika tiada jangan marah kalau kami semua merempit di jalanraya.
Buat anak - anak muda buat sahaja apa yang kita suka tapi jangan sesekali melupakan tanggungjawap kita kepada negara dengan mengikuti secara rapat isu - isu yang membabitkan kepentingan negara.
Buat semua rakyat Malaysia, siap - sedia untuk poket anda dibocorkan dengan cukai - cukai yang bakal DIKENAKAN...
Tahun 2009 kenangan dan pengalaman yang wajar dijadikan iktibar.
Tempuhi tahun baru dengan lebih bergaya dan berjaya.
Yang tak kahwin boleh rancang kahwin tahun 2010.
Yang tak ada awek dan balak hehehe boleh cari tahun 2010.
Apa pun...jadikan tahun lepas sebagai pengajaran.
TAHUN 2010 suka atau tidak...merupakan tahun bertempur buat rakyat Malaysia.
Buat permulaannya harga gula naik.
Esok macam - macam lagi yang akan naik.
Rakyat? WAJIB UNTUK NAIK MARAH!!!
Selamat Datang 2010...TAHUN AMARAH RAKYAT!!!