Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling agung. Tiada siapa yang dapat menandingi keagungannya baginda. Susunlah 10 orang cerdik pandai dalam dunia namun tiada siapa yang dapat menandingi keagungan baginda s.a.w.
Rasulullah s.a.w ketika zaman hidupnya berdepan dengan puak kafir Quraisy. Ketika mengadakan perjanjian dengan puak kuffar tersebut tidak pernah membantah puak kuffar Quraisy menyebut nama Allah. Contohnya :
Al-Imam Muslim dalam sahihnya meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut: “Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”. Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut. Ternyata mereka menggunakan nama Allah.
Dalam hidup kita sebagai Muslim, Al-Quran dan Sunnah (Hadith sahih) menjadi pegangan kita. Jika ada masalah fekah sekali pun jika adanya dalil dan nas yang kukuh dari Al-Quran dan Hadis maka wajib kita mengikutnya.
Dalam kes nama Allah, Nabi Muhammad s.a.w kekasih Allah s.w.t sepatutnya mula - mula mengisytiharkan perang terhadap kaum Quraisy. Namun Rasulullah s.a.w tidak membuat perkara sedemikian kerana Rasulullah s.a.w tahu apa yang menjadi keutamaan adalah akidah dan memperkuatkan pemahaman tauhid waktu itu.
Tapi ada pula yang mengaku lebih cerdik daripada Rasulullah s.a.w termasuk Zulkifli Noordin.
Contohnya :
Pertubuhan Pribumi Perkasa merancang untuk mengadakan protes di seluruh negara Jumaat ini ekoran keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan perkataan "Allah" digunakan dalam majalah mingguan terbitan gereja Katholik, Herald. - Malaysiakini
Jika Rasulullah s.a.w dan para Khulafa Ar-Rasyidin masih hidup waktu ini sudah pasti sedih melihat agama ini dipermainkan oleh mereka yang berperangai seperti Pribumi, Perkasa dan Zulkifli Noordin.
Kita jangan terpengaruh dengan dakyah jahat Umno sepertimana Zulkifli Noordin.
Bertenanglah wahai Umat Islam...
Five Reasons Why We Love The BMW M3 GTR
2 jam yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
JANGAN JADI BACUL DENGAN TAK MELETAKKAN NAMA SENDIRI ATAU SAMARAN KETIKA HENDAK MENINGGALKAN KOMEN DI BLOG INI..ORANG YANG BERSELINDUNG DENGAN TANPA NAMA ORANG YANG TIDAK BERANI MEREMPUH KEBENARAN. JADI BLOG INI AKAN MENYIARKAN KOMEN - KOMEN ORANG YANG BERDAFTAR SAHAJA.