Aku hari ini rasa sungguh kasihan kepada rakyat Malaysia. Kebanyakkan mereka yang satu ketika dahulu benar - benar memperjuangkan nasib rakyat Malaysia disaat kegilaan harga minyak naik, harga barang naik dan segala macam harga naik sekarang sudah diam menikus takut. Ya menikus takut mungkin kerana kuasa yang mereka baru kecapi telah menyebabkan mereka diam. Tidak dinafikan masih ada segelintir yang masih menyuarakan keluh - resah rakyat sekarang ini. Tapi mereka yang lain? Suaranya kurang keras dan senyap terus.
Aku sedih melihat mereka ada masa terperangkap dengan permainan yang dicipta khas oleh Umno dan Barisan Nasional. Sudah banyak kali mereka terperangkap. Isu Allah umpamanya, kita harus melihat kenapa selama ini mahkamah yang dipegang secara total oleh Umno dengan sewenang - wenangnya membenarkan nama Allah digunapakai oleh pihak Kristian. Tujuan Umno hanya satu, untuk dilihat sebagai juara dan mencetuskan rusuhan agama. Namun masih ada bengap susu terus - menerus memperbesarkan isu tersebut. Sepatutnya kita menyerang Umno kerana keputusan mahkamah yang telah pun dirancangkan. INI SEPATUTNYA!!
Umno telah berjaya mengalihkan perhatian pemimpin Pakatan Rakyat dari membicarakan isu hak - hak rakyat Malaysia. Perhatikan secara rapat aktiviti kepimpinan Pakatan Rakyat sekarang. Isu Khalid Samad dan Hassan Ali, Zahrain dengan Lim Guan Eng, dan pelbagai macam lagi akhirnya telah menyebabkan sebahagian besar daripada mereka telah lupa suara rintihan rakyat Malaysia dengan kenaikkan harga barang yang sudah masuk peringkat pertama. Mereka disibukkan dengan isu yang dibangkitkan oleh anasir - anasir Umno. Siapakah anasir - anasir Umno? Dari mereka yang kebulur jawatan MB Selangor hinggalah kepada bekas Ahli Umno Bukit Bintang.
Suka atau tidak insan yang sekarang paling teruk dihalang, dizalimi dan ditindas adalah Anwar Ibrahim. Lihat saja kekekangan pihak berkuasa dari beliau terus berucap amat ketara. Kerana apa? Kerana beliau tidak putus - putus memberi penerangan betapa pentingnya rakyat dibela. Betapa pentingnya kesan kenaikan harga barang kepada rakyat. Hasilnya beliau tidak benar berucap di sesetengah kawasan. Aku mengimpikan semua pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara mempertahankan hak rakyat. Bangun bersama - sama rakyat untuk mempertahankan hak mereka. Namun sekarang? Lihatlah Malaysiakini, TheMalaysianInsider, dan apa sahaja berita online, sudah kurang suara - suara pemimpin bangun membela nasib rakyat.
Rakyat Malaysia sekarang sudah terkontang - kanting. Tiada satu daripada pemimpin yang satu ketika dahulu sibuk memperjuangkan hak rakyat mengeluarkan kenyataan membela rakyat. Ya segelintirnya masih ada. Tidak dinafikan. Namun sekarang mereka yang suatu ketika dahulu lantang terus diam. Mana mereka semua ini? Dalam hal membela rakyat. Aku hormat dan tunduk kepada usaha TG Nik Aziz untuk membela dan mempertahankan hak rakyat negeri Kelantan. Kesungguhan mereka yang berada ditepi TG Nik Aziz untuk menyokong tindakan menuntut royalti minyak amat dikagumi. Hasilnya puluhan ribu rakyat datang berhimpun di stadium. Dengan berbuat sedemikian sudah pasti rakyat Kelantan akan menyayangi dan menyokong penuh kerajaan yang sedia ada. Bagi mereka kerajaan seperti ini yang dilihat benar - benar membela rakyat dan dengan izin Tuhan kerajaan seperti inilah akan didokong oleh rakyat.
Tujuan aku mengaitkan Anwar Ibrahim dan kerajaan Kelantan adalah untuk renungan semua pihak. Kami rakyat!! Rakyat yang mahukan pembelaan. Jika kalian semua yang sekarang sudah empuk di kerusi parlimen dan sudah tidak mahu keras membela rakyat tunggu sahaja hukuman kami. Kalian semua yang sudah semakin sibuk dengan permainan Umno dan dimainkan oleh Umno dan lupa penderitaan rakyat tunggu sahaja jeritan kuasa kami.
Kasihan rakyat Malaysia...memang kasihan.
Siapa yang mahu membela mereka ini? Siapa?
Is This The Perfect BMW E46?
19 jam yang lalu
biasa laa beb.
BalasPadamdalam seikat daun sireh, mana boleh tak boleh jumpa sehelai sireh bertemu urat.
ini kan pulak berhelai2.
sbb tu aku malas sgt nak berpartisan. aku lebih suke berindividu.
mana yang hak, hak.
mana yang batil, batil.
senang citer.
NGI - Non Goverment Individual..
BalasPadamsenang...agak tak puas hati mamat sorang ni..kita tibai ja...
kalau ada yang kritik..so what..ada aku kata aku ni Ahli parti hang..heheh