Ahad, 10 Januari 2010

Rakyat Tak Bodoh Yang Bodoh Najib

Aku memang bangga dengan rakyat Malaysia. Walaupun ada segelintirnya terperangkap dengan permainan Najib namun majoritinya tidak sedemikian. Masih ramai lagi yang berfikiran waras.

Anak muda Malaysia tidak ramai yang turut serta dalam demo anjuran mereka - mereka yang menganggap diri mereka lebih pandai dari Rasulullah s.a.w. Demonstrasi yang hanya mencecah ratusan orang sahaja. Tidak langsung dapat mencecah angka ribuan umat. Berbeza dengan perhimpunan rakyat membantah kezaliman kerajaan Mesir terhadap rakyat Palestin dengan membina tembok sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Zionis Yahudi Israel. Lebih 1ooo rakyat Malaysia berhimpun membantah tindakan kejam kerajaan Mesir itu.

Apa yang boleh kita lihat disini. Buatlah percubaan untuk mencetuskan kemarahan sesama kaum. Rakyat Malaysia hanya dari jauh melihatnya dan mentertawakannya. Kita masih rasional. Bukannya bodoh sebagaimana mereka itu. Kita mampu menilainya. Najib dalam keadaan terdesak. Tidak sampai setahun memerintah terlalu banyak kontroversi yang dihadapinya. Serangan bertali - arus dari mereka yang menyampah dengan Rosmah dan melihat kekejaman Najib memerintah dan mengendalikan ekonomi menyebabkan Najib terpaksa bertahan dan ada masanya sesak nafas.

Cubaan demi cubaan untuk mengalihkan rakyat daripada masalah sebenar gagal. Dari isu kerajaan Selangor hinggalah cubaan melagakan pimpinan PAS namun tetap tidak berjaya. Rakyat hanya berhenti seketika daripada meneropong kepimpinan Najib namun kembali meneropongnya kembali. Najib lemas. Rosmah lemas. Umno lemas. BN sesak. Maka perancangan dibuat.Mahkamah konon - konon membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak Kristian. Bantahan demi bantahan dibuat. Hishamuddin Hussein membenarkan demonstrasi. Najib kata tak boleh halang mereka berdemo. Minyak dititiskan keatas api yang tak berapa nak menjadi itu. Maka gereja terbakar kerana perbuatan sesetengah yang menganggap Najib membenarkan. Demonstrasi dirancang dan diadakan. NAMUN TETAP GAGAL MENDAPAT SAMBUTAN!!

Setelah melihat demo gagal, maka mereka terpaksa membuat konon - konon simpati dengan isu gereja yang dibakar. Bantuan diberikan RM 500,000 diberikan kepada gereja terbabit. Namun bolehkah rakyat membuat prasangka buruk terhadap Najib bahawa sememangnya dia mahu mencetuskan ketegangan kaum? Tidak. Tidak sama sekali. Terlajak perahu boleh tarik balik terlajak kata - kata dan menyebabkan musibah terjadi sudah pasti amat susah untuk dilupai.

Najib sedang cuba sedaya - upaya untuk mengekalkan kuasa. Serangan bertali - arus oleh rakyat menyebabkan Najib sanggup membunuh rakyat Malaysia sendiri. GST yang bakal dikenakan terhadap rakyat bakal mengundang kemarahan rakyat yang maha dahsyat. Harga gula naik, kadar bayaran broadband akan dinaikkan dan harga baru petrol akan dikenakan. Semuanya pasti mengundang kemarahan rakyat tidak kira apa kelas dan kasta sekali pun. Maka untuk mengelakkan kemarahan rakyat kekal sampai PRU ke-13, maka isu - isu jijik seperti ini dimainkan.

Aku tetap bangga dengan anak muda Malaysia. Rata - rata tidak berminat dengan mainan songsang Najib. Hanya mereka yang sengal sahaja terikut.

Sekarang aku menyeru kepada semua pihak agar kembali tumpu kepada perhatian kepada pemerintahan Najib. Perhatikan harga - harga barang tidak naik. Perhatikan ekonomi kita. Perhatikan semuanya. Pastikan Najib sesak nafas dengan keprihatinan kita dan yang paling penting. Seranglah sebanyak mungkin.

HIDUP RAKYAT!!

Jumaat, 8 Januari 2010

Memang Ular Kepala Dua!!!


Perdana menteri mengarahkan polis untuk meningkatkan kawalan di semua rumah ibadat, susulan kejadian membakar sebuah gereja di tengah-tengah kontroversi isu 'Allah'.

Sumber : Malaysiakini 8/1/2010

BERITA SEBELUMNYA

Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.

Sumber : Malaysiakini 7/1/2010

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Situasinya macam ini...haishh punya nak bagi orang Melayu lain supaya celik

Ada dua watak seorang ayah dan anak.

Ayah : Abu kenapa kau bakar gereja tu

Abu : Laa dah ayah bagi green light macam suruh mengamuk

Ayah : Bila masa aku bagi

Abu : Semalam..ayah bagi green light untuk demo untuk tanda bantahan..saya pon tgk ayah macam ok je..henjut terus la

Ayah : Ye ke?

Abu : Ayah ni macam ular kepada dua....

Paham tak?

Tolonglah faham..

Najib..kau baru je memerintah dah kena hentam teruk...suka kan? Kau mesti suka..

Tu KPI kau hahaha

Selamat Terperangkap Hahaha

Kepada semua rakyat Malaysia khasnya mereka yang membela isu nama Allah.

Aku dan semua rakan - rakan ku mengucapkan selamat terperangkap dengan mainan Najib.

Banyak isu lain yang penting kita tinggalkan tetapi suka bermain isu nama Allah dimana kita sendiri rasa kita lebih cerdik daripada Rasulullah s.a.w

Jadi selamat menikmati diperbodohkan oleh Najib.

Selamat Jadi Keldai.

Selamat Diperkudakan.

Selamat Ditunggangi apa lagi semua la...SELAMAT



Seronok ke jadi BODOH? hahaha

Depa Mula Dah



Sumber : TheMalaysianInsider
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku tak nak bagi suasana lagi panas.

Tapi ini akan berlaku demo hari ini.

Demo yang direstui oleh Najib...siapa tak kenal Najib. Pencetus huru - hara.

Demo yang direstui oleh Hishamuddin Pondan.

Kita anak muda wajib pergi demo bantah kebiadapan MESIR.

Itu lebih utama.

JUMPA DI TABUNG HAJI LEPAS ITU BERARAK KE KEDUTAAN MESIR.

RIBUAN NYAWA ANAK PALESTIN SEDANG TERANCAM.

Khamis, 7 Januari 2010

TUMBANGKAN KERAJAAN BN!!!!

Saya menyeru kepada semua anak muda Malaysia.

Bersiap - sedialah...jika ada semboyan ditiupkan..kita gempur habis - habisan.

Mereka iaitu BN sudah makin lama tidak menghiraukan kita.

Harga minyak naik dari RM 1.75 jadi RM 1.80.

Harga gula naik.

Sekarang harga minyak mahu naik lagi.

Apa lagi yang kita mahu harapkan?

Ketuanan Melayu tidak bererti jika kita ditindas sekarang ini.

Bangun...bangun...

Jangan takut...demonstrasi hak kita!!

Hak Kita!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PETALING JAYA: There will be two price strucutures for petrol from May 1 - one for Malaysians and another for foreigners - Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said on Thursday.

For Malaysians, the price of petrol will also be based on engine capacity, which means that not all would be entitled to subsidised fuel, he added.

baca sampai habis

Sumber : The Star

Dahulu Ayah Sekarang Anak

Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi.

Sumber : Malaysiakini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dahulu ayahnya merancang 13 Mei 1969 akibat kekalahan teruk BN.

Sekarang anaknya Najib sedang merancang untuk mengulangi sejarah ayahnya.

Kenapa dahulu suruh bersabar sekarang bagi pula GOLONGAN TERTENTU tunjuk perasaan?

Orang Melayu yang beragama Islam...sedarlah...jangan terperangkap.

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) jangan terperangkap dengan isu ini. Mereka sengaja merancangnya. Kenapa kalian tidak boleh berfikir dengan baik.

Ya Allah, selamatkan bumi Malaysia.

Anak Muda Malaysia...jangan terperangkap...sedarlah...kita sedang dipermainkan.

Jangan terpengaruh!!

Terbukti Umno Mahu Cetuskan Huru - Hara

PUTRAJAYA, Jan 6- The Home Ministry will allow a public demonstration against the “Allah” ruling, planned by Muslim groups this Friday at the Kampung Baru mosque here, to proceed and will only take action if “things get out of hand.”

Sumber : TheMalaysianInsider

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Mamat dah tiupkan semangat orang - orang Umno untuk berdemo di Kampung Baru. Tujuannya hanya satu biar mereka yang berdemo ini berarak dan mula cari gereja lepas itu bakar gereja lepas itu bunuh seorang dua penganut agama Kristian. Umno sememangnya pencetus kepada huru - hara. Nampak tak niat mereka? Mahu jadi juara dalam isu ini. Biar orang Melayu lupa dengan kes enjin jet yang buat - buat hilang tu. Biar orang Melayu lupa kes Altantuya. Biar orang Melayu lupa kes harga gula naik. Biar orang Melayu lupa kes kadar bayaran broadband nak dinaikkan.

Sedarlah orang Melayu....jangan terperangkap!!

Rabu, 6 Januari 2010

Sepang Drag Battle 2010

The ever popular Sepang Drag Race continues in 2010. The opening round.

Round 1: 27th February
Round 2: 8th May
Round 3: 24th July
Round 4: 30th October
Round 5: 20th November

See You There Guys...

SAY NO TO LUMBA HARAM!!